Khamis, 4 Ogos 2011

Mandi Sungai Menjadi Hobi di Bulan Ramadhan

Kelakar jep kalau ingat zaman kanak kanak rebina berpuasa.. masing masing ada cerita.. sungguh aku begitu naif dan tongok pada masa tu, ingat ingat balik memang boleh buat aku gelak sendiri haha..

Dulu dulu aku tinggal kat kampung, kat Tawau..  berpuasa dibulan ramadhan sebagai budak kampung memang berbeza dengan budak bandar.. kalau cakap pasal sungai, main tarzan tarzan dan panjat pokok memang aku hebat.. itu aku mengaku.. hahaha.. walaupun tenga berpuasa aktiviti macam ni tidak ditinggalkan, mandi sungai? fuh bulan puasa makin kerap.. berendam sampai ke petang hahaha..

Duduk dalam sungai bukanya barang sekejap.. mahunya sampai tiga empat jam, sejam sebelum buka puasa baru balik kat rumah.. aku dan sepupu aku akan menjadikan mandi sungai sebagai hobi setiap menjelangnya bulan ramadhan.. jahil tak jahil.. hahaha..

Tahu tak sebab apa? kalau tenga berpuasa seronok tau mandi sungai ni.. sejuk je badan, dahaga pun tak terasa sangat.. sambil menyelam, berkuak lentang atau berenang berirama ada la tu air yang masuk dalam mulut.. hahaha.. ini la dia yang dikatakan menyelam sambil minum air..

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan kat sungai, lumba renang boleh, main kejar kejar boleh.. main tarzan tarzan loncat dalam sungai pun boleh jugak.. walaupun puasa tapi kitaorang tak rasa penat langsung.. aku pun tak tahu, pelik tak? padahal dah kenyang minum air sungai hahahaha..

Adik adik jangan tiru tau aktiviti kat atas.. sah sah puasa kitaorang masa tu batal..

Untuk pengetahuan korang sungai kitaorang tu bersih tau (ye la tu bersih hehe), jernih je air dia.. itu dua puluh tahun yang lalu la.. sekarang ni tak tahu la pulak.. sebab aku dah tak duduk kat Tawau dah.. lagipun mandi sungai tidak lagi menjadi hobi aku..

gambar hiasan budak kampung

Selasa, 26 Julai 2011

Sedapnya sup ayam time demam

Nama pun personal blog.. kalau makan mcd pun post dalam blog, kalau jalan jalan post, kalau beli talipon baru post, kalau berak pun nak post jugak.. podaa hahahaha..

Tapi tak baik juga kalau asyik cerita pasal life kita jak, sekurang kurangnya selang selikan dengan tips ka, tuto ka, info ka.. lagi best.. nanti orang meluat pulak dengan kita, kalau retiss tak pe la jugak kan..hehe..

Ok ini personal blog, aku nak bagi tahu aku MC hari ni,dua hari sebab demam..oyeh!! balik daripada sunway Ahad hari tu terus aku demam.. tula seronok sangat mengkali, tak ingat dunia.. sekarang ni tenga recover, hopefully esok kembali sihat seperti biasa.. arghh!! aku benci ubat batuk!!

Sebenarnya tak de mode sangat nak online.. disebabkan aku ni seorang yang gigih, maka teronline la jugak sekejap.. sekejap kah?.. pasni nak jenguk jenguk blog sahabat, mana yang sempat jak ya.. disebabkan suhu badan aku ni kadang kadang macam water heater, kekadang macam peti ice, batuk dan kepala pusing pusing.. kadang kadang tu pulak nak sangat makan sup ayam.. oh sedapnya kalau time demam..:P

kadang kadang tu time sakit baru teringat pasal mati, manusia oh manusia.. mayat kat atas tu senyum ok.. mati dalam iman kott hahaha.. (gambar masa aku jadi mayat kursus menguruskan jenazah suatu ketika dahulu kala once upon a time..)

Babab.net