Selasa, 31 Mei 2011

Blog aku berat

Aku kan kalau orang masuk dalam blog aku, seboleh yang mampu aku akan membalas kunjungan korang, dan aku sangat menghargai jejak yang korang tinggalkan.. unless aku tak sempat, busy dengan kerja kerja yang lain.. aku yakin korang pun macam tu jugak kan..

Sebab tu mintak mintak la aku tidak teperosok dalam blog blog yang berat.. macam mana blog yang berat tu? kalau korang letak banyak sangat widget, segala macam yang terbang melayang layang, salji salji dan macam macam lagi... ha yang tu la dia.. memang la nampak lawa kan.. tapi..

Lagi satu, aku paling suka kalau ruangan komen tu kuar dalam bentuk pop-up, dan tak de verification.. uh! aku rasa macam nak gigit gigit je blog yang kena double load.. lagi teruk kalau dah taip message, tiba tiba kena letak kod verification pulak.. arghhh.. ada satu tahap tu aku gigih je nak letak komen kan.. tapi..

Sebab tu.. aku harap korang tak kecik hati kalau aku langsung tak tinggal jejak dalam blog macam tu.. sebenarnya aku masuk dalam blog korang..tapi banyak aral melintang, masuk gitu gitu je, pastu kuar balik.. ok, salam ukuah.. nama saya Abu,...ah ah abu  :D

adakah aku perlu samak blog aku ni sebab letak seekor anjen kat sini hahaha..oh! kasihan delou, keberatan dia mengangkat batu bata..

Isnin, 30 Mei 2011

Pesta Kaamatan: Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan


Hari ni dan esok adalah publick holiday bagi negeri Sabah sebab diorang tengah meraihkan hari kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat negeri di Pinampang.. huhu meriah la gamaknya.. tahu tak korang Pinampang tu lah pusat kebudayaan bagi masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.. kalau korang datang Sabah rugi kalau tak pegi Pinampang.. tambah tambah lagi kalau time macam ni.. seronok tengok budaya masyarakat tempatan..

Menurut kepercayaan orang Kadazan Dusun, semangat padi merupakan sebahagian daripada Kinoingan (makhluk halus). Bambaazon adalah pencipta, berkuasa dan amat memuliakan tanaman padi sebagai sumber makanan...



Kemuncak Pesta Kaamatan atau juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' (Harvest Festival) ada pertandingan Unduk Ngadau 'ratu cantik' tarian tradisi sumazau, dan upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan iaitu ketua pendita.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan..

Babab.net