Sabtu, 26 Februari 2011

Orang Tua Dan Perasaan Kasihan

Ada orang duk sama flat tempat aku tngal ni..kasian jer aku tngok dia, kurus je  duk atas wheelchair, OKU..aku perasan dlm kul smbilan dia mula lepak kat bawah dgn wheelchair dia..nampak dah kemas2 mcm baru lepas mandi..dia ni kira pemes jgk la kat kawasan ni, orang awam salu je borak dng dia, siap bagi rokok lagi tuh..

dulu masa mula2 tegur aku dia cita pasal life dia sebelum ni..sampai menangis nangis, sedih jugak aku tengok..walaupun duk atas wheelchair macam semua tempat area ni dia tau..dia cita je smua..kadang2 tu aku penat drpd keja sempat lagi dia nak borak dgn aku..

tapi nak tau, yang ni lagi kasihan..korang tau tak Thaisong? Haha...ni sejenis minuman keras, aku pun baru tau..rasanya datang drpd thailan la kot..picture dia pun ada orang thailan menari, yang pakai topi tinggi tuh dgn kuku yang panjang. Aku pun tak pena baca lable dia.

ha..dia ni selalu mintak aku tolong belikan thaisong, aku tau dah mana kedai2 kat puchong perdana dgn puchong permai ni yang ada jual arak. harga dia lbh kurang rm3.50..kalau nak bli kena cakap camni..

'thaisong satu, kecik bulat, bungkus news'...


aku bukanya teruja pun nak tolong dia ni, pastu belikan arak untuk oku pulak tu..aku selalu je mengelak teserempak dgn dia, kalau dia tak nampak cepat2 aku memecut..ya la kott, aku ni bukan la alim sngat tapi atlist tau la aku benda2 yang haram cam ni kan..kadang2 tu dia siap cakap lagi penat tunggu aku...


'motor ada orang tara'..dengan logat india..pastu dengan muka sedih dia mintak tolong..


sebenarnya cam ni,dia cakap kat aku.. dia minum benda tuh sebagai ubat, dia tak blh tido kalau tak minum..terutamaya kalau hari hujan, tulang2 dia semua sakit..dia tak der pilihan, dia kena minum jugak. dia pena tnjuk kat aku banyak2 ubat..tp aku tak dengar sangat apa yang dia cakap..yang aku tau dia ni sakit. kalau dia mntak tolong akau tolong, tapi kalau sempat aku mngelak aku mengelak..aku selalu cakap 'takder orang lain ka yang blh belikan'...

gambar hiasan

untuk penjelasan daripada segi agama aku search google...jumpa blog Tanyalah Ustaz, dia menjelaskan 10 golongan (dilaknat) yang terlibat dengan arak. fuh!! terang2 aku kat situ..dah tak nak tolong dia doh!!  



ps: nak belajar sebut "tak hingin"  pada yang bersimpati

Jumaat, 26 November 2010

Aku pun nak blogging jugak

nak kena jual 50% discound

Fuh!! tak tahan tenga malam asyik tengok blog orng jer, kalau macam ni aku pun nak blogging jugak la. Assalamualaikum bolgger semua, aku baru lagi kat sini, baru nak belajar, jolok jolokkan la kalau ada yang salah ya. Tau kat sini ramai jer blogger yang taiko taiko. Lama dah, rasa macam nak buat blog, tapi banyak sangat 'tapi'..boleh ka?, ada kah orng nak baca?, idea apa nak tulis? bila masa nak post entry?..uh! banyak sngt alasan..now positive positive positive. So, create je la blog, yang lain tuh blakang kira kan..kan..

Konsep blog aku ni biasa je, yang ringan ringan. Just nak kongsi kongsi pengalaman, cerita dan limu yang tak seberapa ni. Ye la, otak lain lain, pengalaman lain lain, berasal pulak daripada background yang berlainan..so, msti ada cerita yang berbeza beza. kalau tak der pun, buat buat ada je.

Dari segi penggunaan bahasa pulak, aku menggunakan bahasa cacamarba, seantero alam dan yang biasa digunakan seharian. Biar yang mudah difahami dan santai, ala ala bersantai di tetpi laut haha... Kalau korng nak tau aku ni master of typo. Aku anggap ini suatau cabaran untuk aku, dan memperbaiki kelemahan ni..challange.. Kalau orang lain boleh, aku pum mesti boleh jugak..kan

Eh jap!! layout blog aku ni dan background dia cam pena tengok. Dush dush!! tak pe la first entry, nanti aku ubah la, slow slow, ada banyak benda lagi aku kena blajar dalam dunia blogging ni. Edit sana edit sini, nak letak yang ni la, letak yang tu la...dan yang penting sekali ialah etika seorng blogger.

Ok la, tu jer aku nak cakap sebagai mukadimah blog cerita kotak kosong aku ni. Kira panjang jugak la kan..hehe..sukanya sukanga..dah!!

Babab.net