Tuesday, July 2, 2013

Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan: Memandulkan Kucing dan Anjing Terbiar

Bagi membantu mengurangkan populasi kucing kucing dan anjing anjing terbiar..Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) sedang mengadakan program pemandulan kucing dan anjing..sesiapa yang ingin memandulkan kucing/anjing kesayangan yang mereka selamatkan, boleh terus membaca share di bawah..

SYARAT DAN POLISI UNTUK MEMOHON :
1- Perlu mendaftarkan diri sebagai Ahli AAT.
Pendaftaran boleh dibuat di http://pasukantindakanhaiwan.blogspot.com

2- Kucing/Anjing yang hendak dimandulkan adalah kucing/anjing yang diambil atau diselamatkan dari jalanan dan dibela sendiri.

3- Semua kucing/anjing terbiar dikawasan kejiranan (perlu dirawat sehingga sembuh sebelum dilepas semula atau dicari pemilik baru.

4-Anjing/kucing terbabit perlu cukup syarat untuk dimandulkan Keutamaan diberi kepada pelajar, suri rumah, warga emas, golongan kurang berkemampuan, feeder dan rescuer dikawasan masing-masing.

CARA MEMOHON:
1- Email kami keterangan peribadi dan jumlah kucing yang hendak dimandulkan di nurul@aat.org.my dan masej PetzStop Catshouse untuk pengesahan.

2-Pemohonan akan ditapis dan akan dimaklumkan melalui email atau masej fb.

3-pemohon yang layak perlu memberi butiran lenggkap klinik haiwan yang ingin dilawati.

4- Setelah selesai proses pemandulan, Pemohon perlu emailkan kepada kami resit dan gambar kucing/anjing yang siap dimandulkan untuk urusan dokumentasi berserta butiran Akaun peribadi untuk proses transaksi

*Bantuan yang diberikan dalam jumlah penuh, atau 50% dari kos pemandulan (bergantung kepada kelayakan pemohon)

*Transaksi kewangan akan diberikan pada pemohon sebelum atau selepas haiwan dihantar ke klinik haiwan bergantung kepada kelayakan pemohon.

*Bantuan subsidi AAT bergantung kepada dana semasa yang dimiliki untuk maklumat lanjut boleh PM petzstop cathouse.

Sekian Terima: Kasih Sharul Nizam Ab Rahim Dania Badrisya Abu Bagi Mohd Pitry Bahrim Aunty Umairah Azrul Aminur Bin Ghapar Mohd Fadir Muhammad Fairuz AbdalAdheem Bin Abdullah.


Tag: memandulkan kucing percuma free, memandulkan anjing percuma free, memandulkan haiwan kesayangan secara percuma, menyelamatkan haiwan, kurangkan bebanan haiwan, kelinik haiwan di USJ, kelinik haiwan di area Selangor, rawatan anjing dan kucing percuma, persatuan haiwan di Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!