Friday, July 5, 2013

Jangan Takut Menderma Darah

Ramai orang yang takut nak menderma darah..salah satu faktornya ialah takut sebab jarum..sakit la kata kau kan haha..kena cucuk jarum yang besar.. lepastu takut tengok darah keluar dalam tube masuk kedalam beg..

Ada ramai jugak yang nak benderma darah tapi tak lepas..tak cukup berat la..talasimia la, tekanan darah tak cukup la..tapi besar hajat nak menderma..tak pe la..sekurang kurannya dah cuba try..tak lepas apa boleh buat kan..

Baru baru ni Kelab Rekriasi company tempat kerja aku mengadakan perogram menderma darah..ok la kali ni aku dapat menderma..program last time aku tak sempat..aku tak pasti aku pegi mana masa tu, tak ingat..tapi beberapa hari sebelum raya haji aku menderma darah kat Alor Setar Kedah, kat Tesco..haha.. kebetulan aku pegi jalan jalan dengan family kazen aku dengan anak anak dia..nampak orang tengah menderma darah..so aku apa lagi menderma lah..

Bagus menderma darah ni..sekurang kurangnya kita dapat membantu orang yang betul betul memerlukan darah..kat hospital tu mesti ada ramai pesakit yang memerlukan darah kan..kali ni diorang yang memerlukan, mungkin esok esok kita atau family kita pulak yang kena..masa tu baru nak teringat betapa berharganya nilai setitis darah yang kita dermakan..

Aku ingat lagi..ada satu ketika tu aku yang duduk kat Selangor ni hospital kat Kota Kinabalu call aku mintak tolong dermakan darah aku..see kat mana mana hospital mereka sangat memerlukan darah kita..

Baru baru ni ada sorang sahabat, salah sorang ahli daripada persatuan NGO kitaorang telah ditahan di hospital..sebab penyakot Himophilia..ce google penyakit apakah itu.. tapi alhamdulillah, dia dah discharge..pm dalam group fb, dia mengucapkan terima kasih kepada orang yang mendoakan dia..dan ini pesanan beliau.."Saya menyarankan kepada semua pimpinan untuk menderma darah di Pusat Darah Negara bagi sama-sama membantu Pesakit Hemophilia di Malaysia kerana setiap darah yg didermakan akan diproses untuk menjadi Factor VIII (8) untuk digunakan oleh pesakit Hemophilia.."

So, korang korang di luar sana..marilah kita menderma darah..beranikan diri, jangan nak jadi penakut sangat dengan jarum tu hehe..jangan percaya dengan khabar angin mengatakan menderma darah tak elok la, jangkitan penyakit la, pingsan la, tak selamat lah..tu semua tipu..ingatlah, setitis darah yang kita dermakan mungkin akan menyelamatkan nyawa orang lain..

7 comments:

Mashitah Rosli's said...

Slm,,mr abu..hihi..tauladan betul! bagus derma darah ni..tapi betul ke lepas derma darah badan cepat naik? best tu,penat da mkn banyak2 bdn susah naik..adoyai...

dear xila said...

last time derma sampai rasa mual2 pening nak pitam.... nk kata kurus jadahnya. sobs...teringin nk derma lg

Syazana Zainn said...

seriau aku tgk jarum tu

tp dulu aku pernah nak try tp tak lepas sbb berat badan kuang

-_-

Syazana Zainn said...

typo pulak tengahari gini

#kurang


:p

si robot comel said...

teringin nak derma darah, tp secara tiba2 perasaan takut pulok melanda diri, next time nk trylah.

syafiqakarim said...

err masalah...err..berat.err..errr

Azham Vsvc said...

Aku tak boleh menderma sebab anemia, kurang darah dalam badan hehe. Teringin nak menderma tapi kesihatan tak mengizinkan, tambahan pula kadang-kadang aku la yang sedut bekalan darah kat hospital kalau teruk sangat :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!