Friday, July 12, 2013

Berbuka Puasa Di Masjid: Kelebihan Makan Dalam Talam

Ada tak siapa siapa kat sini yang suka berbuka puasa kat masjid..ok kita geng hahaha.. dah dua hari puasa Ramadhan ni aku berbuka puasa kat Masjid..baru dua hari kan terus claimed suka kah kah kah..tak de la, sebab aku kerja petang..masuk pukul 4pm, so petang malas nak pikir apa..dengan member opis kita orang pegi je kat Masjid Al-Husna Taman Wawasan Puchong, dekat dengan tempat kerja..berbuka puasa bersama umat islam yang lain lain..


Banyak kelebihan berbuka puasa kat masjid ni..selain mengimarahkan masjid dengan berbuka puasa dan solat magrib, kita dihidangkan dengan makanan secara percumaaaa hehehe..tak payah fikir nak pegi bazar lagi membazir rambang mata.. selain tu secara tidak langsung kita boleh bergaul dengan masyarakat islam lain di Malaysia..wah! ayat aku hahaha..


Ye la masih bujang ni..apa lagi nak buat..bukannya duduk dengan family pun, kalau kat kampung seronok la berbuka puasa dengan ibu bapa adik beradik tercinta..kita yang merantau ni apa ada..untuk orang yang berjalan jauh (musafir), student student university yang nak jimatkan wang, bujang trang tang tang yang kumpul duit nak kawin dan siapa saja umat islam lain.. boleh lah menjadikan masjid sebagai pusat berbuka puasa kalian sepanjang bulan Ramadhan ni..


Yang seronoknnya aku sungkai (buka puasa) menggunakan talam..makan tiga empat lima orang satu talam haha.. aku datang semenanjung baru rasa makan dalam talam ni..yang kita tahu orang orang tabligh selalunya makan dalam talam kan..kat sini atau mungkin kebanyakan masjid masjid kat Lembah Klang diorang provide makanan berbuka menggunakan talam..


Apa kelebihan makan dalam talam ni? Ada orang cakap makan dalam talam tu adalah sunnah nabi..tapi aku tak cukup ilmu nak cakap "ya"..aku google pun ada sesetengah orang cakap ia bukanlah sunnah dan takde adits pun yang menyatakan secara direct makan dalam talam itu adalah sunnah nabi..tapi ia baik diamalkan berdasarkan hadits berikut..“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)..
Selain tu kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat islam..tidak kah itu dituntut dalam agama kita..ceh..aku macam al fadil ustat Abu sudah haha..betul la kan..cuba korang bayangkan makan satu pinggan dengan orang yang korang tak kenal..cuma mengenali mereka sebagai saudara seislam je..selalunya sambil sambil makan tu borak borak sikit la..tak yah nak awkward sangat haha..nama siapa, keje kat mana, orang mana bla bla bla..


Sedikit aku nak bagi tahu flow macam mana kalau berbuka puasa kat masjid..untuk orang tak pernah tengok atau tak tahu pasal ni...kalau awal sampai tu tak de apa nak buat kome pegilah bertadarus dulu sementara menunggu waktu berbuka..tapi aku dan member ni selalunya dekat dekat nak buka baru sampai..terus duduk je la dengan jemaah jemaah lain di atas tikar yang pihak masjid sediakan..berbuka dengan hidangan ringan je dulu, air panas panas (kopi tarik atau nescafe) dan air ais (soya bandung atau sirap)..pastu solat magrib...lepas solat magrib secara berjemaah barulah makan nasi..macam biasa kena beratur bagai ya..bukan nak berebut rebut..

Ok itu je la..update untuk kali ni..hidup orang bujang trang tang tang di perantauan..macam ini lah macam itu lah haha..


Tag: Masjid kat Puchong, makan di masjid, makan ramai ramai di masjid, Masjid Taman Wawasan Puchong, gambar buka puasa di masjid, iftar di masjid, makan guna talam di majid, nasi ambang

5 comments:

kajaharuna said...

1) memang best berbuka di masjid, save bejet kan kan, tapi untuk orang perempuan, kat rumah masak jela??

2) makan guna talam, pernah jugak makan guna talam, rasa makanan tu bertambah-tambah sedap bertambah-tambah nikmat..

3) kelebihan makan guna talam yang pernah saya dengar dari ayah saya, dia cakap dekat hujung-hunjung jari kita ni ada kuman yang cepat menghadam kan makanan dalam perut, bila bertalam maka makin banyak la jari-jemari dan makin banyak la kuman baik yang dah bercampur di talam tu, dan makin cepat la penghadaman..

4) ehh! banyak pulak komen kat sini.. hehe, selamat menyambut bulan puasa :) winkwink!

Mashitah Rosli's said...

slm..hihi..mr.abu..mmg best pn brbuka rmai2 dgn jemaah msjid..bkn sebab free je tp dpt eratkan silaturhim jgk..lgpun time2 cmnie la kite dpt tahan nafsu dari brbelanja lebih2 pastu jd kwn syaiton nir rajim kn..hihi

Azham Vsvc said...

Hehe...aku masih belum try berbuka dalam talam sebab secara jujurnya aku tidak boleh...pernah ada kawan ajak tapi aku menolak, hehe tak boleh paksa diri aku hehe...

By the way it's good to read your experience Abu hehehe.....

Khai♥Rin : anies said...

Dulu ms study slalu gak berbuka @ masjid.lg pn masjid dkt je dgn hostel.la ni, semua wat sendiri.dapo x berasap x berbuka la... :-)

Syazana Zainn said...

aku stay dgn family, so buka kat rumah je

:)


sabar lah abu, nnt ko balik kg, so bolehlah buka dgn family hihi

p/s: baru aku perasan kau makin rajin hapdate blog

:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!