Sunday, June 30, 2013

Piala FA 2013: Kami Pegi Berniaga Secara Gamble Di Stadium Bukit Jalil

First of all aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana menjadi juara perlawanan akhir bolah sepak malam tadi menentang Johor Darul Takzim (JDT)..perlawanan yang sangat menarik dengan berkesudahan 1- 0..ok tu je yang aku boleh cakap, sebab aku ni tak rati nak mengulas sukan..tambah tambah lagi nak mengkeritik, apa jenis sukan pun aku tak reti main.. sungguh aku tak layak nak cakap apa apa hahaha..


Ni first time aku pegi Stadium Bukit Jalil time ada game..aku pegi dengan kapasiti sebagai penyokong pasukan Johor dan yang paling utama sebab aku nak pegi meniaga hahaha..kelakar pulak aku nak sebut..
Tau tak korang kalau ada event yang besar macam ni especially game final Piala Malaysia kita boleh pegi mencari duit lebih dengan meniaga secara eligal..haha..tu yang kita orang buat gamble je pegi kat tepi stadium jual air mineral dan jajan..


Tolak tolak trolley "air air air masuk air masuk air"... "koci koci koci kropok kropok kropok"..haha.. sebenarnya pegi beseronok seronk je, modal pun bukannyaa banyak, jual yang simpel simpel je..suka suka first experience konon konon macam mana nak beniaga gamble kat tempat crowded macam tu haha.. penat jangan cakap la, sesuai untuk orang orang yang malas nak bersenam...


Siapa yang datang stadium malam tadi atau pena pegi stadium time crowd macam tu ha korang tahu la keadaan dia kan..ramai peniaga peniaga illegal kat tepi tepi jalan..apa ingat diorang tu sewa tapak ke? Semua tu gamble macam kita orang malam tadi..haha..kitaorang siab borak borak bersenda gurau bersama peniaga peniaga lain..


Sebenarnya susah nak dapat tapak beniaga kat stadium..kebanyakannya kroni kroni..member member diorang je yang dapat, ada contect..sebab tu balik balik muka muka diorang je yang beniaga kat situ..harapan lah nak dapat tapak..

Kebanyakan peniaga gamble kat situ adalah orang orang yang memang biasa beniaga dan student student university...kes nak cari duit lebih, biasalah lah bang..ni diorang jenis otak business punya..perasan tak korang, kat university ada je geng geng budak yang otak business kan..


Kitaorang beniaga kat area penyokong Johor...kat area penyokong Kelantan susah sikit nak push sebab korang tahu je la kan orang Kelantan, diorang bab bab business ni memang terer..ni yang aku salut dengan diorang..

Apa apa pun ini adalah pengalaman yang seronok..buat aku rasa macam nak pegi lagi next time..hahaha.. Chelsea nak datang Malaysia kan, dengar dalam radio tadi tiket dah start kena jual hehehe..
Gambar kat bawah ni adalah gambar kitaorang selapas berniaga dan beberapa gambar lain sebelum dan semasa perlawanan berlangsung..semua gambar kat luar stadium.. tak de captions sebab update guna Note 2.. ceh! perlu ke nak sebut jenis hp hahaha..

Sekarang aku kat uptown shah alam..mari la sini kita lepak lepak.. k bye..


Tag: game final FA Malaysia 2013, suasana stadium BUkit Jalil ketika perlawanan akhir bola, ramai orang di stadium bukit jalil, bilangan penonton di bukit jalil, gambar stadium bukit jalil, peniaga di bukit jalil, membeli belah di bulit jalil, ada show di bukit jalil, jalan ke bukit jalil, parking kereta dan motor di stadium bukit jalil, keadaan di bukit jalil, penonton, skrin tv di bukit jalil

5 comments:

Khai♥Rin : anies said...

sy tingin nk berniaga mcm tu..tp tkt kena hanbat je dgn DBKL...

Syazana Zainn said...

hahaha abam abu, nak koci sepeket!


:D


nasib tak kena halau dgn dbkl :D


abu ko mmg cool :p

Ash Give said...

Penguat kuasa tak kacau sbb ramai sgt..orng lain siap masak masak lagi..
Kitaorng jual yg simpel simpel je..tu pun blh jalan..sbb ramai sgt orng..
Air cek non..haus tetap cari air hahahaha..

mashitah binti rosli said...

wahh,,skrg mr.abu sudah gigih mengupdate blog ! hihi..terbaik..anwy..great idea la cri income cmtu..best tu !

Ash Give said...

Mashita..sila lah letak link blog kat g+ anda..tak dapek ambo nak trace back bloganda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!