Thursday, June 27, 2013

Musim Jerebu: Keadaan Makin Ok

Selama beberapa hari negara kita yang tercenta ini dilanda masalah jerebu..sekarang ada kurang kurang sikit sudah kan..ye, sebab hujan dah turun sejak semalam dan semalam semalam..hujan boleh mengurangkan jerebu..

Masa hari hujan tu kat facefook dan twitter time line sangat mengsyukuri air hujan..masa dulu time musim hujan kemain lagi nyanyi lagu "rain rain go away, come to the another day"...tu la manusia, kadang kadang HANYA melahirkan kesyukuran apabila mendapat sesuatu yang diinginkan..terdesak..kalau dah kerap sangat hujan nanti mulah lah mengeluh..

Jerebu yang ada sekarang ni belum redah 100% lagi..masih nampak lagi, tapi tidak seterok 3 4 hari lepas..sakit tekak, pening pening..yang ada asma paling senang terganggu kesihatannya..

Kat Johor dua daerah telah diistihar darurat..kat Selangor dan KL sekolah ditutup..tapi sehingga entry ini di tulis aku tak pasti sama ada diistihar sudah oke atau tak..tapi yang aku tahu tempat tinggal aku ni tengah hari siang tadi bebudak bising macam cilaka..maksudnya diorang tak sekolah lagi la tu..choiii...

Dikhabarkan punca jerebu ni datang daripada Indonesia..well kalau ada jerebu yang terok macam ni ia selalu dikaitkan dengan negara jiran kita tu.. antara nilai yang harus dibayar oleh mereka untuk mengekalkan status pengeluar utama minyak sawit dunia..padahal banyak syarikat perladangan yang ada kat Indonesia tu pun datang daripada Malaysia. .so dua kali lima lah..

Deforestation sedang berlaku kat sana..penebangan hutan, penanaman semula sawit dan pembakaran secara terbuka..selain  masalah pencemaran udara..kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar juga sedang berlaku..kasihan kat mana lah orang utan dan monyet monyet tu nanti nak tinggal..rumah diorang kena bakar sob sob..

Yang penting kita kat sini ni..jaga kesihatan..jangan nak begedik sangat main kat luar dengan jerebu, minum air bebanyak..pakai topeng muka..biar nampak osem macam mask riders haha..

Gambar kat bawah menunjukkan keadaan jerebu pada 23 June kat area Puchong..

8 comments:

Khai♥Rin : anies said...

kt sini da cerah suka tgk.da 2 hr ujan tp ciput jer

the malay male said...

hari ni nmpk macam dah ok

Ash Give said...

Kat puchong pun dah cerah..yeah

Ash Give said...

Di sini pun sama.. :)

Cik TeN10 said...

dok lam umah senyap2 mkn kuaci.haha

Syazana Zainn said...

ipoh dah ok wehhh :p

dear xila said...

2 3 hari ni rasa sejuk je air hujan...nikmat kot? ngeee

mashitah binti rosli said...

hari tu kota tinggi teruk jerebu..tp alhamdllah da ok..insyaAllah smua yg jd ade hikmahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!