Friday, March 22, 2013

Blog Kena Tutup Semantara Sebab Jadi Mangsa Fitnah

Lama gila aku tak update blog..maklum la blog aku dah close beberapa minggu ni..just open for invited readers je..ye la padahal tak de pun orang request nak masuk baca hahaha..saja sebagai langkah keselamatan..

Ni semua sebab fitnah gambar aku dan member dalam facebook tu..tak sangka pulak Blogger picisan macam aku ni pun ada gak heater..heran betul aku dengan orang orang sekarang ni..kalau nak benci blogger pun cari la blogger yang famous sikit kah, famous banyak kah macam papagomol tu..

Orang lain dok sebok pasal issue pencerobohan di Lahad Datu dia pulak sebok dok fitnah aku..aku makin serabut hari tu..dah la fikir pasal keselamatan family aku kat kampung Lahad Datu..time time macam ni pulak dia kenakan aku..nasib baik tak de apa apa yang berlaku..

Macam ni, ada satu page dalam Facebook tu nama dia "Semenanjung anti Sabah dan Sarawak" lebih kurang mcm tu la..kerja dia laga lagakan orang semenanjung dan Sabah Sarawak.. dia curi gambar aku dalam blog ni pastu dia letak kat facebook cakap aku adalah admin kepada page tu..Dato Syahwan katanya..tak pasal pasal aku dapat pangkat dato'..pastu kena maki maki oleh orang orang kat facebook..

Ni la kerja page tu, melaga lagakan orang pastu guna gambar aku plak tu..aku tak tahu apa masalah dia dengan aku..kenapa aku jadi mangsa dia..free free aku dapat pahala sebab kena fitnah dan kena maki maki oleh orang dalam facebook..sediah betul..

Mujurla tindakan pantas kawan kawan dalam facebook tag dan bagi tahu kitaorang benda tu..salah sorang member aku dalam gambar kitaorang tu tangkas pegi buat laporan polis..thanks kepada Shamsuddin Amin..masa hari yang aku tahu pasal benda ni aku tengah otw nak pagi Pahang..semua benda mamber aku yang sorang ni tolong setelkan..

Dua tiga hari lepastu aku nampak dalam facebook ada lagi orang lain buat laporan pasal kedurjanaan page cilaka tu.. tup tup dalam tempoh dua minggu page tu pun dah kena tutup..well done pihak polis dan SKMM..thanks kat semua orang yang terlibat termasuk semua yang tolong tekan report kat page tu..padan muka dia dah kena  tutup..

8 comments:

ena meina said...

ish2..teruk tol org tu
bhaye gak sng2 je amek pic org lain

onie said...

manusia zaman sekarang :(

Cik Tia said...

sandi juga kerjanya. ish , bahaya betul bha. sedang kau lelaki pun boleh kena. apa lagi yang perempuan. nauzubillahminzalik. sabar kau aa. lepas ni tu gambar2 mu kau letak watermark supaya teda org sembrg2 ambil.

syafiqakarim said...

abu kembali abu kembali

maitimie said...

aduduhhhhh~~~~~ni laah ni perosak bangsa niiii

Yusof Ngadi said...

Mula² aku perasan gambar raya tu kau pernah share dekat blog.. serius aku ingat kawan² kau saje nak dengki kau daa.. tapi bila baca nama page, baca komen² orang sah kau kena fitnah.


Sedih bila fikir manusia yang sebar fitnah tu. Tambah sedih bila TUKANG² KOMEN yang tak tau cerita sebenar main tabur je kata² kesat kat 'Dato Syahwan'..

Takpe ada hikmah yang Allah nak bagi kau tu ;)

Cik TeN10 said...

Maybe dia jeles sbb ko lg macho dr dia kot..bhahahaha abaikan je benda2 yg tak bermanfaat tu .. Sepandai2 tupai melompat last2 jatuh tersungkur jugak kan..

Bila ko ckp ko dh lama xupdate blog aku pn turut terasa jgak tau!.. Hahahaha

Syazana Zainn said...

aku baru perasan ko buat entry baru. :3


welkambek


btw, aku rasa takut pulak nak bubuh gambaq2 ni :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!