Sunday, March 31, 2013

Banyaknya Media Sosial: Faedah, Suka Suka dan Populariti

Sekarang ni banyak sangat media social online.. semua nak join tak nak teringgal.. canggih la katakan hahaha... dulu dengan friendster je, sekarang ni hambek Kau belambak lambak.. ni nak layan blog lagi, berapa jam masa dalam seharian nak spend time tuk social online..

Kalau difikir fikir pun tak de faedah je ni semua kan..apa je yang kita dapat dengan post post kat facebook, tweet tweet gigih..post post gambar kat intagram dam banyak macam lagi..haha.. mungkin jawapan paling sesuai ialah saja seronok seronok nak buang masa tak de apa nak buat kan.. kalau dapat respond komen, likes, retweets dan followers semakin bertambah baru lah rasa hebak.. boleh rasa feeling feeling celebrity sikit, famous la katakan...hehehe..

Tak de apa pun, benda macam ni ada jugak faedahnya.. kalau Facebook,  WhatsApp,  wechat boleh buat kita keep in touch dengan lebih mudah.. Facebook even dia banyak berbentuk hiburan tapi ramai member kita yang ada acc tu.. so boleh tanya tanya khabar kat situ, member yang 10 tahun tak jumpa pun boleh terserempak kat fb ok, invitations event pun senang nak buat..tu la kalau tak aktif pun sayang kalau nak deactivate acc fb..banyak benda yang kita tertinggal.. tapi yang buat orang bergadoh pun tidak kurang jumlahnya haha..

Kalau yang betul betul popularity ni macam twitter, instagram, youtube, dan yang terbaru keek..yang ni kalau tak famous memang macam kayu je la dalam tu.. cam aku la batang kayu buruk.. kalau batang buruk tak pe la jugak.. boleh makan hahaha..

Aku memang tak nak tertinggal.. orang ada twitter aku pun nak ada jugak..orang ada instagram pun aku nak jugak..dan paling baru aku sign up keek pulakss.. tapi semua ni aku so so je.. cuma instagram je la best sikit..sbb aku ni sejak azali lagi suka main gambar gambar..hahahaha even tak de skills tapi takat nak tempek kat instagram tu boleh la..

Antara banyak banyak ni blog adalah yang paling bagus sebenarnya.. sebab kat sini kita boleh menulis, mencetus edia,  berkongsi pengalaman dan tutorials.. selain dijadikan tempat untuk merakam peristiwa, dan berkongsi kegembiraan.. kadang kita tak sangka pun di luar sana ada orang lain yang mencari info yang kita tulis dalam blog tu.. dan yang paling best ramai yang menggunakan blog untuk menjana pendapatan sambilan, tak kira la sama ada business sendiri atau advertorials dari agen agen pengiklanan..

Apa apa pun ini semua bergantung kepada niat masing masing.. kalau nak mencipta popularity cari la popularity tu..buat la bersungguh sungguh supaya kau banyak followers dan famous.. carilah kelainan.. hidup hanya sekali, nak juga rasa benda benda macam ni kan.. dan terpulang lah dengan masing masing, yang penting tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..tahu mana yang boleh dikonsi dan mana yang tak patut..

Wait..did I forgot to mention Goole+ lol...

Nak berkeep in touch dgn aku..
Facebook: abu bagi
Twitter: @AshGive
Instagram: @AshGive
Keek: @AshGive
Blog: ashgive.com
WhatsApp: 'up on request'
Google+: ashgive
YouTube: ashgive
Email: ashgive@gmail.com

4 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

lol trlupa pasal google+ sbb tak ramai guna an..

zaman informasi teknologi.. :)

syakey said...

kenapa aku tak folo ko kat stegram abu oiii. sat nak p folo.


>.<

onie said...

sememangnya henponku teda insta,wechat,wassap,keek..tapi nasib baik ada twitter dan fb,hahahaha....

Khai♥Rin : anies said...

Bg sy ckp la blo,twitter tagged...fb da lama deactivate...byk sgt laman sosial ni nnt pening esp nk igtkn password...

P/s pekabo?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!