Sunday, March 31, 2013

Banyaknya Media Sosial: Faedah, Suka Suka dan Populariti

Sekarang ni banyak sangat media social online.. semua nak join tak nak teringgal.. canggih la katakan hahaha... dulu dengan friendster je, sekarang ni hambek Kau belambak lambak.. ni nak layan blog lagi, berapa jam masa dalam seharian nak spend time tuk social online..

Kalau difikir fikir pun tak de faedah je ni semua kan..apa je yang kita dapat dengan post post kat facebook, tweet tweet gigih..post post gambar kat intagram dam banyak macam lagi..haha.. mungkin jawapan paling sesuai ialah saja seronok seronok nak buang masa tak de apa nak buat kan.. kalau dapat respond komen, likes, retweets dan followers semakin bertambah baru lah rasa hebak.. boleh rasa feeling feeling celebrity sikit, famous la katakan...hehehe..

Tak de apa pun, benda macam ni ada jugak faedahnya.. kalau Facebook,  WhatsApp,  wechat boleh buat kita keep in touch dengan lebih mudah.. Facebook even dia banyak berbentuk hiburan tapi ramai member kita yang ada acc tu.. so boleh tanya tanya khabar kat situ, member yang 10 tahun tak jumpa pun boleh terserempak kat fb ok, invitations event pun senang nak buat..tu la kalau tak aktif pun sayang kalau nak deactivate acc fb..banyak benda yang kita tertinggal.. tapi yang buat orang bergadoh pun tidak kurang jumlahnya haha..

Kalau yang betul betul popularity ni macam twitter, instagram, youtube, dan yang terbaru keek..yang ni kalau tak famous memang macam kayu je la dalam tu.. cam aku la batang kayu buruk.. kalau batang buruk tak pe la jugak.. boleh makan hahaha..

Aku memang tak nak tertinggal.. orang ada twitter aku pun nak ada jugak..orang ada instagram pun aku nak jugak..dan paling baru aku sign up keek pulakss.. tapi semua ni aku so so je.. cuma instagram je la best sikit..sbb aku ni sejak azali lagi suka main gambar gambar..hahahaha even tak de skills tapi takat nak tempek kat instagram tu boleh la..

Antara banyak banyak ni blog adalah yang paling bagus sebenarnya.. sebab kat sini kita boleh menulis, mencetus edia,  berkongsi pengalaman dan tutorials.. selain dijadikan tempat untuk merakam peristiwa, dan berkongsi kegembiraan.. kadang kita tak sangka pun di luar sana ada orang lain yang mencari info yang kita tulis dalam blog tu.. dan yang paling best ramai yang menggunakan blog untuk menjana pendapatan sambilan, tak kira la sama ada business sendiri atau advertorials dari agen agen pengiklanan..

Apa apa pun ini semua bergantung kepada niat masing masing.. kalau nak mencipta popularity cari la popularity tu..buat la bersungguh sungguh supaya kau banyak followers dan famous.. carilah kelainan.. hidup hanya sekali, nak juga rasa benda benda macam ni kan.. dan terpulang lah dengan masing masing, yang penting tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..tahu mana yang boleh dikonsi dan mana yang tak patut..

Wait..did I forgot to mention Goole+ lol...

Nak berkeep in touch dgn aku..
Facebook: abu bagi
Twitter: @AshGive
Instagram: @AshGive
Keek: @AshGive
Blog: ashgive.com
WhatsApp: 'up on request'
Google+: ashgive
YouTube: ashgive
Email: ashgive@gmail.com

Saturday, March 30, 2013

Blog Mencipta Rekod Baru

Blog ini telah mencipta rekodnya tersendiri apabilah telah mencatatkan entry terpaling sedikit semenjak kewujudannya yeah..clap clap clap.. tahniah..callo beta!! Hahahaha..

Semenjak aku menjadi blogger ni..ini adalah entry yang paling sedikit aku pernah hasilkan dalam satu bulan..mood memang dah pergi laut dalam kali ni..sampai tak nak naik naik dah..

Aku bukannya apa..banyak sangat media social nak update..sampai tak tahu nak layan yang mana satu..hahaha lagipun aku dah tukar kerja sekarang..masuk dalam bahagian operation ni masa tak menentu..lately aku banyak kerja malam..tak sempat dan tak de mood nak menulis.

Walhal cara mengupdate blog ni bertambah mudah sebenarnya..dengan adanya application blogspot kerja mengupdate menjadi senang, cuma nak letak gambar agak payah sedikit, takat satu gambar tu blh la, tulis je entry simple simple hehe..contoh macam entry ni aku tulis sambil baring baring..nak tido jap lagi hahaha.. kalau nak, download la..search blogspot kat store android etc. Ok bye...muah muah!!

Friday, March 22, 2013

Blog Kena Tutup Semantara Sebab Jadi Mangsa Fitnah

Lama gila aku tak update blog..maklum la blog aku dah close beberapa minggu ni..just open for invited readers je..ye la padahal tak de pun orang request nak masuk baca hahaha..saja sebagai langkah keselamatan..

Ni semua sebab fitnah gambar aku dan member dalam facebook tu..tak sangka pulak Blogger picisan macam aku ni pun ada gak heater..heran betul aku dengan orang orang sekarang ni..kalau nak benci blogger pun cari la blogger yang famous sikit kah, famous banyak kah macam papagomol tu..

Orang lain dok sebok pasal issue pencerobohan di Lahad Datu dia pulak sebok dok fitnah aku..aku makin serabut hari tu..dah la fikir pasal keselamatan family aku kat kampung Lahad Datu..time time macam ni pulak dia kenakan aku..nasib baik tak de apa apa yang berlaku..

Macam ni, ada satu page dalam Facebook tu nama dia "Semenanjung anti Sabah dan Sarawak" lebih kurang mcm tu la..kerja dia laga lagakan orang semenanjung dan Sabah Sarawak.. dia curi gambar aku dalam blog ni pastu dia letak kat facebook cakap aku adalah admin kepada page tu..Dato Syahwan katanya..tak pasal pasal aku dapat pangkat dato'..pastu kena maki maki oleh orang orang kat facebook..

Ni la kerja page tu, melaga lagakan orang pastu guna gambar aku plak tu..aku tak tahu apa masalah dia dengan aku..kenapa aku jadi mangsa dia..free free aku dapat pahala sebab kena fitnah dan kena maki maki oleh orang dalam facebook..sediah betul..

Mujurla tindakan pantas kawan kawan dalam facebook tag dan bagi tahu kitaorang benda tu..salah sorang member aku dalam gambar kitaorang tu tangkas pegi buat laporan polis..thanks kepada Shamsuddin Amin..masa hari yang aku tahu pasal benda ni aku tengah otw nak pagi Pahang..semua benda mamber aku yang sorang ni tolong setelkan..

Dua tiga hari lepastu aku nampak dalam facebook ada lagi orang lain buat laporan pasal kedurjanaan page cilaka tu.. tup tup dalam tempoh dua minggu page tu pun dah kena tutup..well done pihak polis dan SKMM..thanks kat semua orang yang terlibat termasuk semua yang tolong tekan report kat page tu..padan muka dia dah kena  tutup..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!