Sabtu, 16 Februari 2013

Barang Hilang Di Airport Sandakan

Hi peeps.. kembali bersua dalam entry chap ayam daripada blog aku hehe.. kalian apa khabar? oh ye..sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada students uni yang berjaya dapat pointer flying with blue color, baru je dapat result exam baru baru ni kan..gempak, korang memang rock!! ceh ceh.. dan mana mana la yang berjaya dalam hidup, khawin ke ape, dapat new born baby ke, anak kucing ke..tahniah ok..

Aku baru je balik bercuti daripada kampung, Lahad Datu Sabah (nanti aku update entry entry yang patut yerr).. lately nama kampung aku LD kembali menjadi bualan orang ramai.. ye la, pencerobohan daripada negara luar yang mengancam keselamatan masyarakat tempatan..siapa yang follow berita semasa dia tahu la..apa apa pun pray for my home town, semoga keadaan kembali seperti sediakala..aminn..

Satu lagi peristiwa hitam berlaku dalam hidup aku baru baru ni..hitam la sangat kan hahaha.. ekceli DSLR aku hilang kat airport Sandakan baru baru ni.. masa aku nak balik KL, 11hb Feb.. ntah la, malas nak cakap sebenarnya, benda nak hilang.. lepas ni gambar dalam entry kat blog ni dah tak lawa..kalau ada pun tu entry entry pending yang tak post lagi dalam blog, guna kamera hengpong pun boleh haha..

Aku sebenarnya very sure kamera tu hilang kat airport, aku sedar masa aku dah nak check in.. macam ni, aku sampai airport awal, so aku tak check in dulu.. aku menunggu kat ruang menunggu, aku ingat semua beg beg aku termasuk beg kamera tu aku letak kat atas trolley.. sekali aku berpisah dengan troli aku pada jarak 4 meter macam tu masa aku beli jajan, dekat je..

Bodohnya aku pegi tanya polis kat pondok airport tu, jarak daripada tempat kamera aku hilang tu cuma 5 meter aje..tanya pasal ade tak siapa siapa pulangkan kamera kat pondok polis, dia cakap tak de.. aku tanya lagi boleh tak dia view cctv tengok siapa yang ambik kemera aku tu..lama aku tunggu pastu dia cakap, pada masa kehilanggan tu cctv tak view tempat aku.. so, macam tu je la.. see ada polis dan cctv dia pun serupa tak de..

So, kesimpulannya sila lah berhati hati kat airport yerr.. sekejap je barang kita lesap tanpa kita sedari.. infect kat mana mana pun kena pegang kuat kuat barang kesayangan kita, terutamnya benda yang pencuri boleh nampak barang kita tu mahal harganya.. sila jadikan ini sebagai pengajaran..love you..

gambar kenang kenagan bersama DSLR aku yang hilang tu peeewww hahaha.. even kamera tak canggih mana, tapi aku sayang kat dia.. dua tahun lebih menemanai aku kesana kemari sob sob..

Ttag: barang hilang di airpory, langkah langkah keselamatan di airport, awasi barang anda di airport, pencuri di airport, polis airport

10 ulasan:

Cikgu Ma berkata...

kalo saya nangis nih...mmg kena hati2 di mana2...org nak curi mmg cekap sangat

ewanthology berkata...

jadikan pengajaran..next time lebih berhati hati

Mek Onie berkata...

weiiiiiiiiiiiiiiiiii,sedihnya weiiiiiiiiiiiiiiiiiii :'(



ingat abu,beringat tau lenkali....

iAmCekbolat berkata...

cuaii . alahai nak buat cemana kan :(

Aqim Razali berkata...

kitaorng kat sini pun risau juga. Pray for Sabah dan Malaysia. Hati-hati dengan barang berharga. :)

Unknown berkata...

lain cerita polis dan cctv , lain lagi dari kita sendiri .. hope dapat tabah ye .. perghh , kalau sampai sama aku .. menangis guling2 sudaaaaa .. apapun , yakinlah Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih kau perlukan dan insyaAllah lebih baik ..

yg pasal LD tu , okey fine .. kami terasa habanya ..

Unknown berkata...

Patut la lama x nampak entry baru abu..rupanya balik kg...Ada hikmah tu,abu..dia suruh abu beli kamera baru...hehehe....

Cik TeN10 berkata...

Ohh sedihnya..dia suruh ko beli dslr baru le tu..tu la kan..kena sentiasa berhati-hati..org zaman skrg tangan panjang2 belaka

inche hlovate berkata...

sadis..kalau sya dah meraung hentak2 kaki kat situ..berani betul pencuri tu ggrrr

syakirahmn berkata...

weiii sedihnyaaa. T__T

takpa abu. tabah. maybe hikmah dia nanti kau beli dslr canggih sikit pulak ke kann. mana tau, rezki.

;))

Babab.net