Khamis, 21 Februari 2013

Pantai Long Pagong, Tungku Lahad Datu: Aktiviti Keluarga

Walaupun Lahad Datu tengah kecoh kecoh pasal pencerobohan rakyat Filipina berketurunan Sultan Sulu tapi kitaorang sempat lagi pegi mandi mandi kat pantai di Tungku, iaitu salah satu daerah kecil di Lahad Datu.. ada kitaorng kesah pasal lanun hahaha..

Ekceli pasal pencerobohan tu awal awal lagi kitaorang dah tau, time tu orang ramai tak tahu lagi, sebab jiran sebelah rumah aku kat Taman Warisan Lahad Datu tu adalah seorang polis bantuan.. aku tanya la apa sebab lately banyak sangat roadblock.. daripada Bandar Lahad Datu ke rumah aku jaraknya cuma lebih kurang 4km, tapi roadblock kemain, tiap hari ada, memanjang..

So, dia bagi tahu la apa sebenarnya yang berlaku.. ada kerahan tenaga dia cakap, semua polis kena bertugas sebab didapati ada beberapa orang Mundu daripada Filipina telah masuk ke Lahad Datu.. mundu tu maksud dia lanun dalam bahasa tempatan kat sana.. macam tu la, sampailah seantero alam tahu pasal pencerobohan tu setelah kenyataan rasmi polis dah keluar.. tu pun setelah beberapa minggu pencerobohan..

Ok berbalik kepada cerita pantai tadi.. aku just nak berkonsi kepada orang orang yang suka mandi kat pantai.. cuma menyediakan sedikit info bergambar kepada pembaca yang mungkin baru ingin mengenalai satu lagi pantai yang baru ditemuai di Tungku Lahad Datu.. pantai ini di beri nama sebagai Pantai Long Pagong..

Bersebelahan dengan Pantai Kahapan, ia merupakan satu lagi daya tarikan kepada masyarakat di sekitar Lahad Datu untuk menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu.. atau juga sebagai tempat untuk mengadakan kativiti hari keluarga company, agensi atau syarikat tepat kerja anda..

 Anak bua aku tengah bermain pasir kat pantai.. keh keh keh..kelakar betul budak budak ni..

Keadaan pantai yang surut.. luas betul pantai ni, nak pegi tempat dalam memang jauh.. air bersih dan jernih, keadaan pantai pun bersih, masih virgin lagi hehehe.. tak de pembangunan disekitarnya.. sori gambar banyak kena edit, sebab tu jadi macam tu.. nampak scary plak hahaha..

 Ada beberapa buah sampan tengah parking kat sana.. masa ni tak ramai orang lagi, kitaorang sampai awal..

Luas kan, aku sempat pegi tengok ada orang tengah mengutip kerang.. dia korek korek pasir, mula mula ingat diorang buat apa.. aku tanya, pastu dia tunjuk dalam pelastik sambil bagi tahu yang dia tengah mencari kerang.. orang datang nak mandi pantai jugak, saja la tu nak cari kerang..

Sebenarnay aku tak mandi pun.. malas nak basah basahkan badan.. aku cuma berjalan jalan kat pantai sampil tangkap tangkap gambar dan tengok hidupan laut, kulit kerang, memerhatikan kedamaian pantai sambil menghayati ciptaan tuhan.. ewah!! hahaha

Ini adalah ketam yang aku jumpa tergolek golek kat gigi air.. dah mati rasanya, sebab aku tengok tak bergerak gerak pun..so kosider dah mati la kan haha..

Anak sepupun aku, nama dia Mohd. Famie Lo.. comel kan.. putih sangat dia..

So, orang orang kat Lahad Datu, jangan tak tahu ada lagi satu pantai baru ditemuai kat Tungku,, mungkin dah lama la kot tapi ia kini dibuka kepada orang ramai..jalan nak masuk ke pantai Long Pagong daripada simpang jalan besar lebih kurang 1km..menyusuri kebun kelapa sawit..

Kat tepi pantai tu ada disediakan surau, tandas, tempat mandi, jeti dan beberapa buah pondok.. datang jangan tak datang..dan sama sama kita menjaga kebersihan pantai ok..perghh ada pesanan lagi tu.. :)


Tag: Pantai Longpangong Tungku Lahad Datu Sabah, Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu, aktiviti hari keluarga di pantai long pagong lahad datu, mandi pantai di long pagong, air laut jernih di pantai long pagong, jalan menuju ke pantai long pangong, di mana pantai long pangong lahad datu, tangkap ikan di long pagong, pantai long pagong selamat, catik pantai lang pagong 

Isnin, 18 Februari 2013

Borong Tudung Di Jalan Masjid India: Galeri Tudung Hajra


Aku pun tak tahu la.. apa apa kena berhati hati selalu yerr.. aku faham perasaan anda, kehilangan adalah suatu penyiksaan...ehh..baca luahan perasaan brother ni PM aku kat FB..mungkin sama sama kita boleh ambik pengajaran supaya lebih berhati hati..

******************

Btw, aku nak cakap pasal benda lain sebenarya..tak nak cakap pasal benda benda hilang ni..buat sakit hati je.. last time ada orang PM tanya dengan aku pasal mana lokasi Galeri Tudung Hajra kat Jalan TAR.. dia cakap dekat dekat dengan Semua House Masjid India.. mungkin dia search Semua House la kot..ha'ah betul la..ekceli kedai famous google pasti boleh dapat cari punya..

Tapi just nak berkogsi dengan korang je la.. kepada gadis gadis, mak orang mak datin, mak hayam dan peniaga peniaga di luar sana nak bergaya dengan memakai tudung yang grand grand, mewah dan mahal daripada Galeri Tudung Hajra.. mencari lokasi kedai ni kat KL, boleh lah korang terus membaca.. ni pun gambar aku tangkap bebaru ni, sebab aku memang selalu pegi kat Masjid India tuh..ada business kecil kecilan hehehe..

Lokasi kedai ni ialah kat Jalan Bunus..dekat dengan Muydin kat Masjid India tuh.. masuk Jalan Budus sikit korang boleh jumpa dah Kedai Tudung Ariani berhadapan dengan Jakel..

Kalo pening pening meh sini aku tunjuk dalam map.. nampak tak Masjid India aku bulatkan kat atas tuh.. nampak tak Jalan Budus kat atas dia, jalan menghala ke Semua House.. ha kat situ je la..senang kan.. ok la bye..

Tag: kedai tudung hajra kat masjid india, lokasi jual tudung murah kat masjid india, borong tudung hajra kat masjid india, lokasi galeri tudung ariani kat jalan TAR, borong tudung ariani, kedai jakel kat masjid india, lokasi kedai jakel kat jalan TAR, kedai borong tudung kat masjid india, borong tudung kat masjid india, borong kain di masjid india jalan TAR, 

Sabtu, 16 Februari 2013

Barang Hilang Di Airport Sandakan

Hi peeps.. kembali bersua dalam entry chap ayam daripada blog aku hehe.. kalian apa khabar? oh ye..sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada students uni yang berjaya dapat pointer flying with blue color, baru je dapat result exam baru baru ni kan..gempak, korang memang rock!! ceh ceh.. dan mana mana la yang berjaya dalam hidup, khawin ke ape, dapat new born baby ke, anak kucing ke..tahniah ok..

Aku baru je balik bercuti daripada kampung, Lahad Datu Sabah (nanti aku update entry entry yang patut yerr).. lately nama kampung aku LD kembali menjadi bualan orang ramai.. ye la, pencerobohan daripada negara luar yang mengancam keselamatan masyarakat tempatan..siapa yang follow berita semasa dia tahu la..apa apa pun pray for my home town, semoga keadaan kembali seperti sediakala..aminn..

Satu lagi peristiwa hitam berlaku dalam hidup aku baru baru ni..hitam la sangat kan hahaha.. ekceli DSLR aku hilang kat airport Sandakan baru baru ni.. masa aku nak balik KL, 11hb Feb.. ntah la, malas nak cakap sebenarnya, benda nak hilang.. lepas ni gambar dalam entry kat blog ni dah tak lawa..kalau ada pun tu entry entry pending yang tak post lagi dalam blog, guna kamera hengpong pun boleh haha..

Aku sebenarnya very sure kamera tu hilang kat airport, aku sedar masa aku dah nak check in.. macam ni, aku sampai airport awal, so aku tak check in dulu.. aku menunggu kat ruang menunggu, aku ingat semua beg beg aku termasuk beg kamera tu aku letak kat atas trolley.. sekali aku berpisah dengan troli aku pada jarak 4 meter macam tu masa aku beli jajan, dekat je..

Bodohnya aku pegi tanya polis kat pondok airport tu, jarak daripada tempat kamera aku hilang tu cuma 5 meter aje..tanya pasal ade tak siapa siapa pulangkan kamera kat pondok polis, dia cakap tak de.. aku tanya lagi boleh tak dia view cctv tengok siapa yang ambik kemera aku tu..lama aku tunggu pastu dia cakap, pada masa kehilanggan tu cctv tak view tempat aku.. so, macam tu je la.. see ada polis dan cctv dia pun serupa tak de..

So, kesimpulannya sila lah berhati hati kat airport yerr.. sekejap je barang kita lesap tanpa kita sedari.. infect kat mana mana pun kena pegang kuat kuat barang kesayangan kita, terutamnya benda yang pencuri boleh nampak barang kita tu mahal harganya.. sila jadikan ini sebagai pengajaran..love you..

gambar kenang kenagan bersama DSLR aku yang hilang tu peeewww hahaha.. even kamera tak canggih mana, tapi aku sayang kat dia.. dua tahun lebih menemanai aku kesana kemari sob sob..

Ttag: barang hilang di airpory, langkah langkah keselamatan di airport, awasi barang anda di airport, pencuri di airport, polis airport

Babab.net