Khamis, 24 Januari 2013

Treasure Hunt Di Taman Wetland Putrajaya

Ok baru nak update aktiviti KRK MAFC Group, Treasure Hunt kat Taman Wetland Putrajaya.. ekceli event ni adalah pada hari Ahad baru baru ni, tapi macam biasalah tak dapat nak update laju laju dalam blog.. kalau dapat duit lebih daripada iklan nuffnang tak pe la jugak.. nescaya akan aku post entry entry dengan kadar kelajuan yang paling maksima..

Tak payah intro panjang panjang.. layan gambar dengan captions je la yah..

Ini lah dia ahli satu kumpulan dengan aku..dari kiri..Markido, Mak Jemah, Markumi, Abu Bagi Duit, Azrool AKA Ustat Don... dan kami kumpulan Ceko Ceko Ahh!! nama diberi.. paling bergaya sekali peeewww.. baju seragam yah sila maklum, Typo Graph di situ beli kat FOS IOI Mall.. RM15 ringgit satu.. err! details aku bagi..

Sebelum memulakan acara mencari harta karun, harus sarapan dulu.. takut pengsan kat wetland, bihun pun boleh.. ringan ringan jerr... ada si Alia Markoni suka menyelit dalam group kitaorang.. pengh!! satu, terus mulut mereng macam dalam gambar haha..

Bergambar dengan para pesaing yang annoying.. bajet je si En. Idham ni, tau la korang menang.. gaya jengan nak freedom sangat (ayat orang jealous) haha..

Sesi taklimat oleh En. Komeng, dia cakap komeng tu maksud dia kelapa laut, kelapa laut yang comel.. eeewww.. comel aku lagi hahahaha.. di sini En. Komeng memberikan taklimat tentang peraturan peraturan permainan.. lepas tu kitaorang membuat senaman ringan dan berciki dance begedik gedik..

Bergambar beramai ramai bersama En. Ariffin.. semua muka kompiden nak menang.. nampak tak aku kat sana nampak tak hehehe....

Kena gambar, so buatla konon konon gigih baca instructions yang si En. Komeng tu bagi.. kertas tu memberikan semua maklumat arahan tugasan dan misi yang perlu diselesaikan dalam game treasure hunt ini..

Main tipu pakai google hahahaha.. tapi itu pun setengah mampus nak cari pokok yang dimaksudkan.. sebenarnya kumpulan kitaorang banyak gelak je, banyak main.. di awal permainan memang tak serius sangat, ada orang tu aku tak rasa dia berfikir untuk mendapatkan jawapan.. pegi belengang je kat tepi tasik tengok flamingo.. selepas pukul 11 lebih baru nak bersungguh sungguh, thinking out of the box la sangat.. sampai ntah pegi mana mana je sesat terkeluar daripada peta cari jawapan.. bengong laaa...

 Is annoying betul la kumpulan ni.. annoying annoying annoying hahahaha..

Ini game bola ping pong.. kena ambil bola ping pong dalam lumpur semudian isikan air menggunakan corong ke dalam botol air sampai penuh.. emm tak de motiff, cuma memerlukan ketangkasan je, dan ikut nasib kalau dapat bola yang kena isi botol yang tinggi lambat sikit lah penuh.. kalau dapat botol yang rendah cepat lah penuh.. macam tu je.. btw, kat belakang baju biru berdiri tegak tu nama dia Kak Ana, kemain lagi macam penyelia asrama perati bebudak bersukaneka hahaha..

Sebelum aktiviti basah basahkan diri dalam tasik Wetland Putrajaya, kena pakai life jacket dulu.. takut ada yang lemas.. malang kat Mak Jemah life jacket dia ada defect, tidak berfungsi dengan sempurna.. hampir lemas muka biru.. nasib baik lah dia reti berenang dan ditolong oleh si Ustat Don.. berjaya lah jugak sampai ke seberang dan dapatkan bendera kumpulan..

Sampai dengan jayanya..muka menten happy.. ala tak de apa pun, sebab ada tali boleh pegang masa masuk kat dalam tasik.. 

 Selepas terjon dalam tasik.. aktivit last sebelum penyampaian hadiah adalan sesi BBQ.. makanan lunch semua disediakan.. ayam sedap, cuma takdan nak tunggu sebab lapar sangat..

Eyyy.. tak boleh bela do.. poyo je diorang ni semua.. paling poyo si Asraf Latif ni ngutuk kumpulan kitaorang.. ok tak pe ada lori ada bus, lain kali boleh terbabas..

Wah kemain naik trem.. kat selekoh jerit kegembiraan, suka.. 

Aku malas nak bagi tahu kitaorang dapat tempat keberapa.. yang pasti dapat voucher Jusco RM10 je.. beli seluar dalam cap1Malaysia pun tak lepas hahahaha


Tag: mencari harta karun di Wetland Putrajaya, aktiviti di wetland putrajaya, bayaran masuk wetland putrajaya, package permianan di wetland putrajaya, flamingo di wetland putrajaya, aktiviti treasure hunt di wetland putrajaya. gambar wetland putrajaya, gambar orang bersukaneka di wetland putrajaya 

16 ulasan:

Syazana Zainn berkata...

hahaha.. heppi kemain.
okey what dapat baucer 10 inggit
dr tak dapat apo :p

Abu Bagi berkata...

Lepas kot beli sapu tangan haha

khairul akmal bin azman berkata...

sakan ko bro!
beriadah!

cimot berkata...

smart baju typo tu..kasi ke aq laa abu!

aNiss :):) berkata...

HAHA. dapat baucer rm10 pun okayy laa. paling penting semangat !! hohoho

Abu Bagi berkata...

Khairul...haha utk kesihatan badan bro lol...

Cimot..beli kat FOS murah je..

Aniss..tula hadiah tak kesah sgt pun, just suka suka je ni..seronok..

Mek Onie berkata...

ahad baru-baru ni?heiiiii abu,ahad baru-baru ni pun aku ke putrajaya weiiiiiiiiiii,aku p bahagian pullman sana....

Coll Games berkata...

hai berkunjung dan salam kenal:D

faiq berkata...

kalau aku la..sesi bbq tu yg paling penting..hehe

ewanthology berkata...

aktiviti sihat yang saya tak pernah buat.

Abu Bagi berkata...

onie.. really.. nasib baik tak jumpa hang hahaha

coll..hai salam kenal gak :)

Faiq..hahaha kuat makan!!

Tanpa Nama berkata...

Menarik sgt tgk gambar2 ni.
Soalan2 utk aktiviti treasure hunt ini disediakan oleh pihak Wetland Putrajaya ke or urusetia yg sediakan.

Tanpa Nama berkata...

Wow, that's what I was looking for, what a stuff! present here at this weblog,
thanks admin of this website.

Look at my blog post clash of clans hack android
(http://boatclix.com/clash-of-Clans-Hack-reddit)

Tanpa Nama berkata...

Very good site you have here but I was curious about if you knew
of any message boards that cover the same topics discussed
here? I'd really like to be a part of group where I
can get feedback from other experienced people that share the same interest.
If you have any recommendations, please let
me know. Kudos!

Take a look at my blog :: winrar password cracker (blogspot.com)

Tanpa Nama berkata...

Greetings! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out and say
I truly enjoy reading through your posts. Can you suggest
any other blogs/websites/forums that cover the same subjects?
Thanks!

Have a look at my weblog itunes free codes

yanmaneee berkata...

golden goose sneakers
goyard
moncler jackets
moncler
goyard
golden goose outlet
goyard handbags
golden goose
golden goose
yeezy shoes

Babab.net