Friday, January 25, 2013

Tempat Makan Yang Dekat Dekat

Aku ada beberapa kali terfikir nak cari rumah sewa yang lain.. konon konon nak cari rumah sewa yang lagi murah dan selesa macam rumah yang aku duduk sekarang ni.. tapi sofar aku peratikan kebanyakan rumah sewa yang ada kat area area sini Puchong Permai Puchong Perdana pun rate dia lebih kurang je.. tu pun tak de ape dalam rumah tu.. kosong kosong kosong~... lagi mahal ada lah..

Satu lagi yang aku suka kat area tempat tinggal aku ni, selain ada 7E, KK mart, klinik dll.. di sini ada terdapat banyak tempat makan.. merata rata, ada banyak pilihan..dekat je, kiri kanan atas bawah.. tak payah pegi jauh jauh.. memang sesuai lah dengan orang macam aku ni yang pesen makan kat luar aje..

So mari kita melakukan rondaan sebahagian makanan makanan yang sering menjadi pilihan aku di sekitar ini..ayoh kawan kawan ayoh..ahaha..

Kedai Mug Mug.. mug mug ni sekang kang kera je dengan tempat tinggal aku..jerit pun rasanya boleh dengar sampai kat Mug Mug haha.. aku tipu.. mug mug ni cuma salah satu warung di satu kawasan yang terdapat deretan kedai makan.. banyak kedai sebenarnya tapi aku dan member member suka lepak kat sini.. makanan biasa la, melayu punya style, goreng goreng bagai.. dan betul betul depan kedai mug mug ada orang jual sate..

Ipoh Station Puchong Utama.. yang ni restoran dia agak unik sedikit.. agak klasik, dan dalam kedai dia terdapat banyak barang barang antik, atau barang barang koleksi menjadi bahan hiasan dalam kedai... menu lebih kepada style ala ala daripada perak gitewww.. dah nama dia pun Ipoh Station kan..

Nasi Kukus Malaya Best.. yang ni tempat paling kerap aku lepak dengan member member aku, paling dekat dengan rumah sewa aku ni dan sempoi.. orang kat sini dah kenal dah kitaorang.. sori gambar tak de nasi dia, sebab malam aku tak makan nasi hahaha.. menu dia satu jenis aje, nasi kukus dengan ayam dara goreng berempah.. malam selalu ramai orang makan kat sini.. sebab utama dia ialah sedap lah..

Kalau habis daripada kerja terus lepak kat sini kata member aku macam kat Korea.. tambah tambah lagi time gerimis, pheeew.. kedai makan kat tepi jalan je, depan McD, dan banyak kereta/ motor lalu lalang.. bising dan suasana agak sebok.. so kitaorang gelar tempat makan ni Korea, contoh ayat.. "weii jom makan kat Korea petang ni" hahaha.. waktu beroperasi 12pm sampai 12am..

Char Kuey Teow Tepi Longkang..ni warung tak de nama, so aku bagi nama dia char kuew teow tepi longkang.. jastifikasinya ialah makanan paling famous kat sini ialah char kuey teow dan warung ni terletak betul betul kat tepi longkang yang besar haha.. depan OTK Puchong Prima dan berada di tepi jalan..rama orang makan memalam kat sini.. dulu masa memula lepak makan kat sini aku selalu order char kuey teow lah.. tapi sekarang dah jarang jarang dan aku lately suka makan mee goreng udang dia.. waktu beroperasi kul 7 kot sampai larut malam..

Ani Sup Utara mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang duduk kat Shah Alam dan beberapa tempat kat Selangor.. dulu mula makan kat Ani Sup Utara masa study kat UiTM Shah Alam, ada kat seksen dua.. masa tu kedai dia masih yang lama lagi.. sekarang Ani Sup Utara dah rebranding jadi restoran franchise yang nampak lebih klas.. so yang ada dekat Puchong Perdana ni menu dia sama macam kat mana mana restoran Ani Sup Utara yang lain.. dan rasa dia pun lebih kurang sama aje.. sup daging macam biasa, mejadi kegemaran aku dan bubur daging dia pun boleh tahan jugak..

Antara makanan fast food yang paling dekat dengan tempat tinggal aku ialah McD la.. jalan kaki lima minit pun tak sampai.. dekat station minyak shell bersebelahan dengan kedia CD dan 7E.. kalau boring tak de apa nak buat kat rumah biasa aku lepak kat sini.. weekend pepagi breakfast baling best, sebab kopi O dia aku suka..

Korang mungkin pernah terasa dalam satu ketika tu korang nak makan ayam kepsi kan.. so kalau perasaan tu datang kat aku time berada kat rumah.. ha kepsi berhampiran pasaraya OTK je la jawabnya..

Poyo je aku rasa dalam entry ni..larikk!!



Tag: gambar nsi ayam berempah, gambar kat puchong permai, area tempat makan kat puchong permai dan puchong perdana, makanan sedap kat puchong, gambar sup ani sup utara, gambar orang lapar, stesen LRT kat puchong permai, puchong prima..

7 comments:

onie said...

ani sup utara so-so la bagi aku,abu aku rasa tak lama lagi kau gemuk la :P

zila manaf said...

pesal jamah entry makanan memalam buto ni??? grrr

Ash Give said...

onie..ntah even dah lama makan ani sup tu.. tapi still masih suka lagi..

zila..lapo haha

the malay male said...

banyak pilihan kedai makan... ok la tu

Kancil 8349 said...

wow...bikin kembang badan je nie...hehehe

Syazana Zainn said...

kedai makan tu penting weh :p


area puchong mmg mahal weh

sewa bilik je mau rm700 *pengsan

ekceli sewa kat kl mmg mahal *nanges

so aku terpaksa lah tolak kerja dgn sime darby awal tahun aritu. sobsob

better dok ngan mak aku, jimat duit..kikiki

NARDtheNERD said...

charkueyteow oh charkueyteow.
belanja i abu. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!