Tuesday, October 1, 2013

Kenapa Berhenti Berkerja

Ok la, since ramai yang pm kat fb dan msg kat WhatsApp bertanyakan tentang hal ini, biarlah aku story sikit apa sebenarnya yang berlaku..lagi pun dalam blog ni la aku boleh bercakap panjang sikit banding pos status kat fb, twitter atau ig..

Berhenti berkerja.
Aku sebenarnya bukanlah diberhentikan kerja, meletak jawatan atau ebsconded..aku cuma mengambil peluang mengoferkan diri suka sama suka antara aku dan majikan untuk diberhentikan dibawah skim khas dengan bayaran pampasan..kalau korang familiar dgn perkataan "separation service", "compensation" dll dibawah subjek Introduction to Human Resources mungkin korang tahu..

Malaysian Agrifood Corporation Bhd (MAFC) dan Cold Chain Network (CCN).
Dan aku bukanlah berseorangan..hal hal macam ni mestilah ia melibatkan ramai orang kan..rakan rakan sekerja, best friends dan teammate semua, dalam dua puluh orang lebih macam tu..semalam 30 September adalah last service kitaorang dgn MAFC dan aku CCN.. oh jangan keliru antara MAFC dan CCN.. MAFC lebih kurang mother company dengan CCN..macam aku even service aku kat CCN tapi aku attached kat MAFC, so boleh agak la kan law dia dalam HR..MAFC dan CCN still masih ada lagi dan beroprasi seperti biasa..

Berat untuk pergi.
Berat rasa hati untuk meninggalkan company ni..ni la first time aku kerja dalam satu company dalam jangka masa yang lama, lebih kurang empat tahun..sangat banyak kenangan dengan rakan rakan sekerja, office mate dan best friends semua, kalau tengok gambar gambar lama mahu berjujuran air mata menangis haha..deorang semua baik baik, mengubah persepsi aku masa mula mula gred dari UiTM Shah Alam hari tu cakap tak nak kerja kat semenanjung sebab orang orang semenanjung tak best, susah nak diajak berkawan..

Balik kampung.
Ok lepas ni aku akan kembali ke kampung halaman 10 Oktober ni..jobless baru nak kembali ke pangkuan ibu kan haha..nak buat apa? Aku serahkan takdir aku sepenuhnya kepaNya, berusaha sendiri dan mencari pekerjaan baru, insyaAllah kat mana mana pun ada rezeki..ye la aku ni samaada cepat atau lambat aku tetap akan balik ke Sabah jugak, sebelum aku tercommit dengan apa apa lagi so cepat cepatlah kembali ke tanah kelahiran sendiri haha..

Doakan yang terbaik.
So aku mendoakan MAFC dan CCN akan terus berjaya dimasa masa akan datang..terima kasih diatas pengalaman yang sangat berharga ini.. kepada staff staff yang masih tinggal berkhidmat wish you luck, all the best to you, buat kerja kuat kuat lepas ni..

Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan..with love Abu Bagi, cewahh!! Haha..

Confirmation on promotion..baru je dapat 3 bulan lepas, aku tahu boss aku pun berat rasa hati nak lepaskan aku..tapi nasib la dapat boss yang memahami jiwa dan sanubari anak anak buah dia haha..thanks En. Sepian untuk semua ini..

Saturday, August 3, 2013

Baju Melayu Baru: Tahun Ni Tak Beli Baju Melayu Baru

Baju melayu tuk aku selalunya baju melayu yang ditempah..satu sebab problem pada size badan aku yang kecik even size xs pun still nampak macam pakai kain langsir, kat bahagian tangan dan kaki mesti mengelebeh..yang kedua aku suka pilih sendiri material dan design baju..design tak de la vogue sulam sulam bayai macam artis..sebab aku suka yang simpel je..

Tapi kali ni aku dah decide raya tahun ni aku tak pakai baju melayu baru..pakai je baju raya tahun tahun lepas punya..
Berapa tahun ni asyik buat baju melayu baru je..fikir fikir rasa macam membazir pun ada jugak..ye la baju melayu aku tak pakai sangat pun..pakai time raya je.. kalau kat rumah memang tak la aku nak pakai baju melayu hari hari..

Selalu pakai masa pegi solat jumaat atau time solat magrib je..tu pun jarang, ikut mood, pakai baju melayu pun yang dulu dulu punya.. baju masa zaman study kat uni..kalau gi solat jumaat gerak daripada tempat kerja pulak aku biasanya pakai baju kerja je..

See..nampak kan..baju melayu banyak banyak nak buat apa..kalau boleh pakai jalan jalan kat sunway ka midvalley ka pavilion ka tak pe la jugak haha..

So, raya tahun ni pakai baju melayu tahun tahun lepas punya..tu je aku nak bagi tahu grrr...
Siang tadi aku gi sunway beli baju ni haha.. sebab sale maka aku pun teruja sampai beli dua pasang, harap aku tidak membazir hehe

Thursday, July 18, 2013

Selamat Hari Jadi Kepada Diri Sendiri

Saya ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada diri saya sendiri..terima kasih kepada Allah swt diatas semua kurniaanya..rezeki ini, keluarga dan rakan rakan serta kenalan yang baik..

Terima kasih juga kepada semua yang memberi ucapan selamat hati jadi di facebook, instagram, twitter, WhatsApp dan juga melalui pesanan ringkas sms..amin ya rabbal alamin dengan doa doa kalian..

Saya juga mendoakan semoga kita semua sentiasa mendapat barokah dariNya..dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatn yang baik..selamat dunia dan akhirat..

Thank you Allah.

Wednesday, July 17, 2013

Orang Berkeyakinan Tinggi Mudah Berjaya

Agak lama jugak aku tidak menulis entry tentang pendapat kan.. last time cakap pasal pendapat aku tentang tren wanita bertudung masakini.. ni dah lama tak update otak pun jadi tepu sudah..

Mungkin short entry nak cakap tentang keyakinan diri.. yaaa keyakinan diri dapat menjadikan anda hidup berjaya.. betu la, sebagai orang yang dah berkerja.. menurut pengamatan aku orang yang  berkeyakinan tinggi pempunyai peluang yang sangat cerah untuk pergi jauh dalam bidang yang dia ceburi, lagi lagi orang yang bijak dan pandai bercakap..ini serius..

Sebenarnya aku agak jeles apabila melihat orang begitu yakin bercakap di hadapan orang ramai dan tak nebes.. lek je dia.. atau secara face to face memberikan pendapat dan hujah.. kadang aku tengok diorang ni tak de la bijak mana pun.. tapi disebabkan cara mereka bercakap ia dapat menarik minat orang lain, tambah tambah lagi dia nak kelentong orang yang bongok..

Pada satu keadaan tu kadang kadang orang tak nampak pun qualification.. ya aku setuju, salah satu cara untuk kita hidup berjaya ialah degan mendapatkan keputusan yang cemerlang semasa di university.. tapi serius aku nak bagi tahu kat korang.. yang tersangat lah penting ialah keyakinan diri.. keyakinan untuk bercakap, yakin menempuh cabaran, berani merima perubahan dan yakin dan terus yakin.. keputusan super cemerlang cuma sebagai tiket untuk kita get trough je..

Di dalam organisasi, orang yang mempunyai keyakinan diri dan bijak berkata kata dilihat sebagai orang yang unik dan berkebolehan.. apa yang menjadikan mereka mudah untuk dilihat di dalam kesesakan orang ramai.. itula dia package untuk mereka pergi jauh.. dan serius aku kurang dalam hal ini..sodih sob sob..

Tuesday, July 16, 2013

Berbuka Puasa Di Asam House Setia Walk Puchong

Semalam kami telah berbuka puasa di Asam House Setia Walk Puchong..k bye tu je aku nak bagi tahu hahaha..

Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya..nak cakap apa tu je la..yeeaah kami berbuka puasa bersama kawan kawan..dah lama tak buat entry makan makan..terus jadi bengap pulak..


Asam House.
Restoran biasa biasa je..tak de la grand sangat macam kat pavilion tu..kebanyakan makanan ala asian foods...menepati selera aku la..kedai dia satu ada kat depan entrances panggung gsc Ioi Mall Puchong wing lama dan yang terbaru dan terkini satu lagi kat Setia Walk kat Puchong gak..menjadi pilihan kitaorang sebab dekat dengan office, kena dgn selera dan tak mahal sangat..

Setia Walk Puchong.
Local business area yang agak high class dan grand..baru je bukak kat puchong ni..mungkin ramai lagi yang tak tahu..ingat nanti aku nak review dalam satu entry khas..tempat yang sangat wauuu ohsem..ada air sepanjang walkway kat tengah tengah di antara dua bangunan..dan lawa..

Kawan kawan office.
Lama tak ngeteh makan bersama sama dengan diorang..emm lama la kot..sejak bulan Ramadhan al kareem ni la..first time dalam bulan puasa kali ni kitaorang berbuka puasa bersama sema..hangout together gather..macam biasa la menggila kejap..haha

Selamat berpuasa kawan kawan.. :)


Tag: lepak dengan kawan office, gambar Setia Walk Puchong, Makan di Setia Walk Puchong, suasana di setia walk puchong, makan di asam house, iftar di asam house puchong, tempat berbuka puasa di setia walk puchong..

Saturday, July 13, 2013

Ole ole Sabah: Kue Cincin Sabah

Aku kalau balik Sabah selalu pening pasal ole ole apa nak bawak balik sini..haha pening la sangat kan..ye la balik kampung kat Lahad Datu selalu orang tanya apa yang best kat LD boleh dibuat ole ole..selalu aku tergamam seketika..emmmm apa ya..hahaha..

Tak de apa yang best kat LD boleh dibawa balik sebagai ole ole..barang kraf, freezer magnet dan apa jadah memang tak de..sebab Lahad Datu bukanlah tempat tumpuan pelancong asing atau pelancong dari semenanjung..balik balik orang sebut tu ha Lembah Danum..hutan tertua mengalahkan hutan amazon, yang pernah dikunjungi oleh Putra William dan Isteri dia..tu je yang ada, tu pun orang putih je selalu datang sana buat research study..kerajaan tak majukan industri pelancongan kat Lahad Datu..sedih..

So secara automatik barangan istimewa yang boleh dijadikan ole ole memang mendukacitakan..haha.. orang tanya apa yg istimewa di LD? Aku cakap la orang sulu..ko nak orang sulu?..ha tu Wawa Zainal..ambik lah hahaha..gurau..

Tapi yang pasti kalau aku balik kampung ramai sangat orang nak kue cincin..aku pos kat fb "sila nyatakan ole ole apa yang korang nak?" Ramai yang sebut kue cincin..

Tahu tak korang acener bentuk kue cincin tu..ha tengok gambar kat bawah..macam tu la..tak de rupa macam cincin pun..tapi dia ada lubang lubang lah..boleh masukkan jari haha.. aku tak tahu dibuat daripada apa, ce google "cara cara buat kue cincin"..


Dari segi rasa..pada aku memang sedap lah..kue tradisional..rasa dia manis dan rangup..keras keras sedikit..crunchy la kot orang putih cakap haha..tapi tak de la rangup macam kerepek ubi haha..manis manis gula melaka..tak manis sangat ala ala belemak sedikit..eh..apa yang aku describe ni haha..lebih kurang macam tu la..mungkin korang boleh bayangkan..

Kalau balik KL aku selalu singgah kat Kunak masa otw pagi airport Tawau, sebab kat LD susah nak dapat..kat Kunak tepi jalan besar memang ada jual makanan yang sesuai dijadikan ole ole..untuk kue cincin ni tak silap aku ada dua jenis packaging..yang rm5 dan yang rm10..ole ole kengkawan aku selalu beli yang rm5 je..beli banyak banyak senang nak bagi bagi..kalau beli kat airport harga dia sangat mahal..so beli ole ole kue cincin dan keropok amplang kat Kunak je lah..

Aku akan balik Sabah bercuti raya kat kampung aku Lahad Datu pada 5 haribulan lapan sampai 14 haribulan..hehe seronoknya..jangan nak pesan ole ole pulak..tak larat dah aku..hahaha..


tag: hadiah dari sabah, ole-ole dari sabah, ole ole yang sesuai di bawak dari sabah, makanan tradisional sabah, budaya sabah, beli bole oleh di sabah, keropok amplang, melancog di pantai timur sabah, jalan jalan di lahad datu, jalan jalan di kunak, jalan jalan di tawau, kedai kerepak di kunak, gambar ole ole dari sabah, gambar kue cincin, gambar sabah.

Cara Check Baki Data Internet Celcom (How To Check Balance Internet Data Usage)

Sekarang ni ramai orang yang pakai hengpong canggih canggih kan..tapi kalau hengpong canggih pun takat nak guna sms, call, tangkap gambar dan dengar lagu je apa barang..baik pakai tiga tiga sekupang je haha..

Satu yang perlu ada bagi pengguna gadget atau headphone canggih ni ialah capaian internet..so mungkin anda menggunakan khidmat internet yang ntah mana satu aku pun tak tahu haha..ada banyak plan yang service provider tawarkan, daily, weekly atau monthly tinggal korang je yang pilih..

Cuma untuk kali ini aku secara saja saja nak update entry ingin mengkhabarkan cara nak check status data yang anda telah gunakan..pengguna celcom pospaid yang melanggan data secara bulanan..aku tak pasti sama ada cara ini boleh pakai atau idak bagi pengguna internet yang weekly dan daily..

Cara simpel nak cek berapa balance data yang tinggal dalam tempoh sebulan..contoh kalau korang melanggan data celcom 3g monthly, setakat ke hari ini (hari ke 2 selapas data untuk bulan July telah dimasukkan oleh celcom) berapa banyak dah data yang korang gunakan..cara dia cuma sms VOL STATUS ke 22188..rujuk gambar di bawah..cara ini juga boleh digunakan untuk broadband..aku dah try kat broadband aku..

Perlu korang tahu untuk pengguna celcom..cycle bill anda adalah pada setiap 13 haribulan..maksudnya penggunaan panggilan dan data akan berakhir dan bermula pada setiap 13 haribulan..so data korang juga akan dimasukkan pada setiap 13hb..

Ok itu je untuk kali ni..thanks singgah baca.. :)

Friday, July 12, 2013

Berbuka Puasa Di Masjid: Kelebihan Makan Dalam Talam

Ada tak siapa siapa kat sini yang suka berbuka puasa kat masjid..ok kita geng hahaha.. dah dua hari puasa Ramadhan ni aku berbuka puasa kat Masjid..baru dua hari kan terus claimed suka kah kah kah..tak de la, sebab aku kerja petang..masuk pukul 4pm, so petang malas nak pikir apa..dengan member opis kita orang pegi je kat Masjid Al-Husna Taman Wawasan Puchong, dekat dengan tempat kerja..berbuka puasa bersama umat islam yang lain lain..


Banyak kelebihan berbuka puasa kat masjid ni..selain mengimarahkan masjid dengan berbuka puasa dan solat magrib, kita dihidangkan dengan makanan secara percumaaaa hehehe..tak payah fikir nak pegi bazar lagi membazir rambang mata.. selain tu secara tidak langsung kita boleh bergaul dengan masyarakat islam lain di Malaysia..wah! ayat aku hahaha..


Ye la masih bujang ni..apa lagi nak buat..bukannya duduk dengan family pun, kalau kat kampung seronok la berbuka puasa dengan ibu bapa adik beradik tercinta..kita yang merantau ni apa ada..untuk orang yang berjalan jauh (musafir), student student university yang nak jimatkan wang, bujang trang tang tang yang kumpul duit nak kawin dan siapa saja umat islam lain.. boleh lah menjadikan masjid sebagai pusat berbuka puasa kalian sepanjang bulan Ramadhan ni..


Yang seronoknnya aku sungkai (buka puasa) menggunakan talam..makan tiga empat lima orang satu talam haha.. aku datang semenanjung baru rasa makan dalam talam ni..yang kita tahu orang orang tabligh selalunya makan dalam talam kan..kat sini atau mungkin kebanyakan masjid masjid kat Lembah Klang diorang provide makanan berbuka menggunakan talam..


Apa kelebihan makan dalam talam ni? Ada orang cakap makan dalam talam tu adalah sunnah nabi..tapi aku tak cukup ilmu nak cakap "ya"..aku google pun ada sesetengah orang cakap ia bukanlah sunnah dan takde adits pun yang menyatakan secara direct makan dalam talam itu adalah sunnah nabi..tapi ia baik diamalkan berdasarkan hadits berikut..“Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664)..
Selain tu kita dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama umat islam..tidak kah itu dituntut dalam agama kita..ceh..aku macam al fadil ustat Abu sudah haha..betul la kan..cuba korang bayangkan makan satu pinggan dengan orang yang korang tak kenal..cuma mengenali mereka sebagai saudara seislam je..selalunya sambil sambil makan tu borak borak sikit la..tak yah nak awkward sangat haha..nama siapa, keje kat mana, orang mana bla bla bla..


Sedikit aku nak bagi tahu flow macam mana kalau berbuka puasa kat masjid..untuk orang tak pernah tengok atau tak tahu pasal ni...kalau awal sampai tu tak de apa nak buat kome pegilah bertadarus dulu sementara menunggu waktu berbuka..tapi aku dan member ni selalunya dekat dekat nak buka baru sampai..terus duduk je la dengan jemaah jemaah lain di atas tikar yang pihak masjid sediakan..berbuka dengan hidangan ringan je dulu, air panas panas (kopi tarik atau nescafe) dan air ais (soya bandung atau sirap)..pastu solat magrib...lepas solat magrib secara berjemaah barulah makan nasi..macam biasa kena beratur bagai ya..bukan nak berebut rebut..

Ok itu je la..update untuk kali ni..hidup orang bujang trang tang tang di perantauan..macam ini lah macam itu lah haha..


Tag: Masjid kat Puchong, makan di masjid, makan ramai ramai di masjid, Masjid Taman Wawasan Puchong, gambar buka puasa di masjid, iftar di masjid, makan guna talam di majid, nasi ambang

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia..semoga kita tidak tergolong dengan orang orang yang cuma mendapat lapar dan dahaga sahaja..aminn..

Friday, July 5, 2013

Jangan Takut Menderma Darah

Ramai orang yang takut nak menderma darah..salah satu faktornya ialah takut sebab jarum..sakit la kata kau kan haha..kena cucuk jarum yang besar.. lepastu takut tengok darah keluar dalam tube masuk kedalam beg..

Ada ramai jugak yang nak benderma darah tapi tak lepas..tak cukup berat la..talasimia la, tekanan darah tak cukup la..tapi besar hajat nak menderma..tak pe la..sekurang kurannya dah cuba try..tak lepas apa boleh buat kan..

Baru baru ni Kelab Rekriasi company tempat kerja aku mengadakan perogram menderma darah..ok la kali ni aku dapat menderma..program last time aku tak sempat..aku tak pasti aku pegi mana masa tu, tak ingat..tapi beberapa hari sebelum raya haji aku menderma darah kat Alor Setar Kedah, kat Tesco..haha.. kebetulan aku pegi jalan jalan dengan family kazen aku dengan anak anak dia..nampak orang tengah menderma darah..so aku apa lagi menderma lah..

Bagus menderma darah ni..sekurang kurangnya kita dapat membantu orang yang betul betul memerlukan darah..kat hospital tu mesti ada ramai pesakit yang memerlukan darah kan..kali ni diorang yang memerlukan, mungkin esok esok kita atau family kita pulak yang kena..masa tu baru nak teringat betapa berharganya nilai setitis darah yang kita dermakan..

Aku ingat lagi..ada satu ketika tu aku yang duduk kat Selangor ni hospital kat Kota Kinabalu call aku mintak tolong dermakan darah aku..see kat mana mana hospital mereka sangat memerlukan darah kita..

Baru baru ni ada sorang sahabat, salah sorang ahli daripada persatuan NGO kitaorang telah ditahan di hospital..sebab penyakot Himophilia..ce google penyakit apakah itu.. tapi alhamdulillah, dia dah discharge..pm dalam group fb, dia mengucapkan terima kasih kepada orang yang mendoakan dia..dan ini pesanan beliau.."Saya menyarankan kepada semua pimpinan untuk menderma darah di Pusat Darah Negara bagi sama-sama membantu Pesakit Hemophilia di Malaysia kerana setiap darah yg didermakan akan diproses untuk menjadi Factor VIII (8) untuk digunakan oleh pesakit Hemophilia.."

So, korang korang di luar sana..marilah kita menderma darah..beranikan diri, jangan nak jadi penakut sangat dengan jarum tu hehe..jangan percaya dengan khabar angin mengatakan menderma darah tak elok la, jangkitan penyakit la, pingsan la, tak selamat lah..tu semua tipu..ingatlah, setitis darah yang kita dermakan mungkin akan menyelamatkan nyawa orang lain..

Tuesday, July 2, 2013

Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan: Memandulkan Kucing dan Anjing Terbiar

Bagi membantu mengurangkan populasi kucing kucing dan anjing anjing terbiar..Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) sedang mengadakan program pemandulan kucing dan anjing..sesiapa yang ingin memandulkan kucing/anjing kesayangan yang mereka selamatkan, boleh terus membaca share di bawah..

SYARAT DAN POLISI UNTUK MEMOHON :
1- Perlu mendaftarkan diri sebagai Ahli AAT.
Pendaftaran boleh dibuat di http://pasukantindakanhaiwan.blogspot.com

2- Kucing/Anjing yang hendak dimandulkan adalah kucing/anjing yang diambil atau diselamatkan dari jalanan dan dibela sendiri.

3- Semua kucing/anjing terbiar dikawasan kejiranan (perlu dirawat sehingga sembuh sebelum dilepas semula atau dicari pemilik baru.

4-Anjing/kucing terbabit perlu cukup syarat untuk dimandulkan Keutamaan diberi kepada pelajar, suri rumah, warga emas, golongan kurang berkemampuan, feeder dan rescuer dikawasan masing-masing.

CARA MEMOHON:
1- Email kami keterangan peribadi dan jumlah kucing yang hendak dimandulkan di nurul@aat.org.my dan masej PetzStop Catshouse untuk pengesahan.

2-Pemohonan akan ditapis dan akan dimaklumkan melalui email atau masej fb.

3-pemohon yang layak perlu memberi butiran lenggkap klinik haiwan yang ingin dilawati.

4- Setelah selesai proses pemandulan, Pemohon perlu emailkan kepada kami resit dan gambar kucing/anjing yang siap dimandulkan untuk urusan dokumentasi berserta butiran Akaun peribadi untuk proses transaksi

*Bantuan yang diberikan dalam jumlah penuh, atau 50% dari kos pemandulan (bergantung kepada kelayakan pemohon)

*Transaksi kewangan akan diberikan pada pemohon sebelum atau selepas haiwan dihantar ke klinik haiwan bergantung kepada kelayakan pemohon.

*Bantuan subsidi AAT bergantung kepada dana semasa yang dimiliki untuk maklumat lanjut boleh PM petzstop cathouse.

Sekian Terima: Kasih Sharul Nizam Ab Rahim Dania Badrisya Abu Bagi Mohd Pitry Bahrim Aunty Umairah Azrul Aminur Bin Ghapar Mohd Fadir Muhammad Fairuz AbdalAdheem Bin Abdullah.


Tag: memandulkan kucing percuma free, memandulkan anjing percuma free, memandulkan haiwan kesayangan secara percuma, menyelamatkan haiwan, kurangkan bebanan haiwan, kelinik haiwan di USJ, kelinik haiwan di area Selangor, rawatan anjing dan kucing percuma, persatuan haiwan di Malaysia.

Sunday, June 30, 2013

Piala FA 2013: Kami Pegi Berniaga Secara Gamble Di Stadium Bukit Jalil

First of all aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana menjadi juara perlawanan akhir bolah sepak malam tadi menentang Johor Darul Takzim (JDT)..perlawanan yang sangat menarik dengan berkesudahan 1- 0..ok tu je yang aku boleh cakap, sebab aku ni tak rati nak mengulas sukan..tambah tambah lagi nak mengkeritik, apa jenis sukan pun aku tak reti main.. sungguh aku tak layak nak cakap apa apa hahaha..


Ni first time aku pegi Stadium Bukit Jalil time ada game..aku pegi dengan kapasiti sebagai penyokong pasukan Johor dan yang paling utama sebab aku nak pegi meniaga hahaha..kelakar pulak aku nak sebut..
Tau tak korang kalau ada event yang besar macam ni especially game final Piala Malaysia kita boleh pegi mencari duit lebih dengan meniaga secara eligal..haha..tu yang kita orang buat gamble je pegi kat tepi stadium jual air mineral dan jajan..


Tolak tolak trolley "air air air masuk air masuk air"... "koci koci koci kropok kropok kropok"..haha.. sebenarnya pegi beseronok seronk je, modal pun bukannyaa banyak, jual yang simpel simpel je..suka suka first experience konon konon macam mana nak beniaga gamble kat tempat crowded macam tu haha.. penat jangan cakap la, sesuai untuk orang orang yang malas nak bersenam...


Siapa yang datang stadium malam tadi atau pena pegi stadium time crowd macam tu ha korang tahu la keadaan dia kan..ramai peniaga peniaga illegal kat tepi tepi jalan..apa ingat diorang tu sewa tapak ke? Semua tu gamble macam kita orang malam tadi..haha..kitaorang siab borak borak bersenda gurau bersama peniaga peniaga lain..


Sebenarnya susah nak dapat tapak beniaga kat stadium..kebanyakannya kroni kroni..member member diorang je yang dapat, ada contect..sebab tu balik balik muka muka diorang je yang beniaga kat situ..harapan lah nak dapat tapak..

Kebanyakan peniaga gamble kat situ adalah orang orang yang memang biasa beniaga dan student student university...kes nak cari duit lebih, biasalah lah bang..ni diorang jenis otak business punya..perasan tak korang, kat university ada je geng geng budak yang otak business kan..


Kitaorang beniaga kat area penyokong Johor...kat area penyokong Kelantan susah sikit nak push sebab korang tahu je la kan orang Kelantan, diorang bab bab business ni memang terer..ni yang aku salut dengan diorang..

Apa apa pun ini adalah pengalaman yang seronok..buat aku rasa macam nak pegi lagi next time..hahaha.. Chelsea nak datang Malaysia kan, dengar dalam radio tadi tiket dah start kena jual hehehe..
Gambar kat bawah ni adalah gambar kitaorang selapas berniaga dan beberapa gambar lain sebelum dan semasa perlawanan berlangsung..semua gambar kat luar stadium.. tak de captions sebab update guna Note 2.. ceh! perlu ke nak sebut jenis hp hahaha..

Sekarang aku kat uptown shah alam..mari la sini kita lepak lepak.. k bye..


Tag: game final FA Malaysia 2013, suasana stadium BUkit Jalil ketika perlawanan akhir bola, ramai orang di stadium bukit jalil, bilangan penonton di bukit jalil, gambar stadium bukit jalil, peniaga di bukit jalil, membeli belah di bulit jalil, ada show di bukit jalil, jalan ke bukit jalil, parking kereta dan motor di stadium bukit jalil, keadaan di bukit jalil, penonton, skrin tv di bukit jalil

Saturday, June 29, 2013

Membuat Perbandingan Harga Tiket Kapal Balik Kampung

Ya mari kita membuat perbandingan harga tiket kapal terbang balik raya..diantara syarikat penerbangan Air Asia, Malindoair dan MAS..

Sama macam kita kalau nak shopping lah..kita kena buat perbandingan harga..kalau balik kempung aku tak kesah sangat pasal service kat atas kapal..aku yang penting sampai dan harga murah..bab makan kat dalam kapal tu, tak makan pun tak pe..

Masalah sekarang aku ni..aku kira dah lewat beli tiket, sekarang dah berapa haribulan..beberapa hari lagi kita nak puasa..pastu nak raya..kalau beli lagi lewat mesti harga lagi mahal..

Aku tak discus dengan bos aku lagi bila aku boleh balik raya..tapi yang pasti aku kena balik Sabah 5 hb sebab tiket from KL to KK aku dah beli, tinggal lagi beli tuk KK to LD dan balik sini TWU to KL..
So aku kena discuss dengan boss aku berapa lama aku boleh balik cuti raya? dan berapa haribulan aku kena balik sini?, by next week kena dapat confirmation..so itu yang search harga tiket tu..

Kat bawan ni gambar yang aku snapshot..perbandingan harga tiket kapal terbang di antara 3 syarikat penerbangan, flight daripada Tawau to Kuala Lumpur..nampaknya AA nama je sayrikat tambang murah..tapi tak de lah semurah mana pun..lain lagi kes kes tertinggal kapal bagai macam aku dulu hahaha..sejak dua tiga menjak ni pun dah banyak isu AA.. dah kena kritik oleh media massa dan ahli politik, padan muka grrr...

Friday, June 28, 2013

Update Blog Menggunakan Telefon Atau Tab

Sejak ada henpong canggih ni aku update blog dah tak menggunakan laptop dah..belagak sikit, semua nak update pakai henpon sekarang..cewah dah moden, kalau boleh henpon ni buat berus gigi aku pun berus gigi jugak guna henpon ni..haha..
Tambah tambah lagi mood blogging tak menentu kan..pakai henpon ni mudah sikit, ada pro and kontra dia la..terpulang ikut keselesaan..tapi pesen macam aku ni, sesimpel yang boleh itu yang aku buat..pesen mahu yang senang dan mudah je..dengan aplikasi atau apps yang aku download dari Play Store, aku akan cakap sedikit kebaikan/ kelebihan dan kekurangan mengupdate blog menggunakan telefon/ headphone atau tab (android)..
Kebaikan? Dah namanya mobile, means kita boleh update blog kat mana mana..even tengah berak pun boleh update jugak tau.. mudah dan cepat, tak payah nak pikir pikir banyak, sebab entry berbentuk quick update..apa yang ada dalam pala hotak pop-out terus masuk tulis dalam entry..materials macam pictures bagai tak banyak nak guna.. lagi satu, tak serabut dengan widget widget yang ntah pape ada dalam blog sendiri..
Kekurangan? Kalau blog nak tulis panjang bejela tak sesuai sangat..sebab nak cek spelling lagi, nak check alignment lagi bagai, nak tempek pictures lagi..mungkin kurang sesuai lah..picture pun susah nak arrange, sebab tak boleh nak letak captions, tak boleh nak drag kat tengah tengah di antara perenggan..pendek kata leceh lah.. so, picture semua boleh letak kat bawah kat hujung entry je..kalau ada 2 3 4 picture? besusun kat bawah je la..nampak entry dan susunan tak menarik..kelemahan yang ni tak tahu la pulak, maybe developer akan update apps dia..tunggu je la..
Kalau korang perasan, entry aku lately upload 1 picture je kan..entry pun pendek pendek macam quick update je..tu semua update guna hp lah..berbeza dengan entry entry awal tahun dan tahun tahun sebelum ini..dunia dah berubah sekarang hahaha..

Gambar yang di snapshot daripada hp


Tag: cara update blog menggunakan tab, cara update blog menggunakan henfon, post entry menggunakan tab, post entry menggunakan hand phone, tutorial update blog guna telephone/ tab, tab handphone yang boleh post blog, 

Thursday, June 27, 2013

Musim Jerebu: Keadaan Makin Ok

Selama beberapa hari negara kita yang tercenta ini dilanda masalah jerebu..sekarang ada kurang kurang sikit sudah kan..ye, sebab hujan dah turun sejak semalam dan semalam semalam..hujan boleh mengurangkan jerebu..

Masa hari hujan tu kat facefook dan twitter time line sangat mengsyukuri air hujan..masa dulu time musim hujan kemain lagi nyanyi lagu "rain rain go away, come to the another day"...tu la manusia, kadang kadang HANYA melahirkan kesyukuran apabila mendapat sesuatu yang diinginkan..terdesak..kalau dah kerap sangat hujan nanti mulah lah mengeluh..

Jerebu yang ada sekarang ni belum redah 100% lagi..masih nampak lagi, tapi tidak seterok 3 4 hari lepas..sakit tekak, pening pening..yang ada asma paling senang terganggu kesihatannya..

Kat Johor dua daerah telah diistihar darurat..kat Selangor dan KL sekolah ditutup..tapi sehingga entry ini di tulis aku tak pasti sama ada diistihar sudah oke atau tak..tapi yang aku tahu tempat tinggal aku ni tengah hari siang tadi bebudak bising macam cilaka..maksudnya diorang tak sekolah lagi la tu..choiii...

Dikhabarkan punca jerebu ni datang daripada Indonesia..well kalau ada jerebu yang terok macam ni ia selalu dikaitkan dengan negara jiran kita tu.. antara nilai yang harus dibayar oleh mereka untuk mengekalkan status pengeluar utama minyak sawit dunia..padahal banyak syarikat perladangan yang ada kat Indonesia tu pun datang daripada Malaysia. .so dua kali lima lah..

Deforestation sedang berlaku kat sana..penebangan hutan, penanaman semula sawit dan pembakaran secara terbuka..selain  masalah pencemaran udara..kemusnahan hutan dan habitat hidupan liar juga sedang berlaku..kasihan kat mana lah orang utan dan monyet monyet tu nanti nak tinggal..rumah diorang kena bakar sob sob..

Yang penting kita kat sini ni..jaga kesihatan..jangan nak begedik sangat main kat luar dengan jerebu, minum air bebanyak..pakai topeng muka..biar nampak osem macam mask riders haha..

Gambar kat bawah menunjukkan keadaan jerebu pada 23 June kat area Puchong..

Tuesday, June 25, 2013

Kalau Ada Soalan Sila PM kat Facebook ^^

Hi kawan kawan..lama bebenor tak mengupdate blog..aku pun dah tak tahu apa dah jadi dengan diri aku ni..tak de jati diri sorang blogger langsung haha.. but merrical happen sometime..tetiba pulak nak mengupdate..

Tu pun sebab aku tengok beberapa komen kat dashboard bertanyakan sesuatu tentang apa apa yang berkaitan dengan entry dalam blog ni..kasihan gak aku tengok, sebab kebanyakan soalan soalan beberapa minggu yang lepas..aku tak reply pun..sorry aku memang jarang bukak blog sekarang, lagi lagi nak check komen...nanti aku try jejak korang kalau ada masa lebih sikit..tapi yang bertanya dengan menggunakan nama anonymous memang tak mampu la aku nak jejak korang yerr..

Kepada korang korang yang datang kat blog terbengkalai ni, jika ada soalan baik korang PM je aku terus kat fb, send email atau mansion aku kat twitter atau instagram... sebab aku lebih aktif kat situ..boleh lah aku jawab soalan korang dengan kadar yang paling laju.. tapi sofar kebanyakan users PM aku kat facebook..dun worry I ni sangat friendly orangnya haha...

Aku appreciate sangat korang yang sudi datang kat blog aku ni..thanks so much.. pecah kaca pecah gelas, habis baca tak de apa apa lah..grrrr...

Btw, meet me at instagram: @ashgive
Email, facebook twitter bagai sila tengok kat contact me.. :)

Monday, April 29, 2013

Setiap Orang Adalah Pemimpin

Ingatlah bahawa setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggunjawab dengan apa yang dipimpinnya (Riwayat al-Bukhari).

Berlainan Fahaman Politik, Jangan Gadoh Terok Sangat

Sedikit hari lagi pilihanraya umum negara yang ke 13 akan berlangsung..sekarang ni tempoh untuk berkempen, masa untuk gantung gantung bendera, masa untuk menaburkan segala janji janji manis kepada rakyat seantero alam.. masa untuk memikat hati pengundi pengundi..

Dalam facebook aku dah naik pening dah tengok post post pasal politik..macam biasalah kita selalunya baca komen komen sekali kan..aku tengok orang yang berlainan fahaman politik ni bagi komen macam nak begadoh dah..kalau face to face mahu tak betumbuk diorang tu semua haha.. harap time ni je la kan..habis PRU13 nanti harap harap semua akan kembali seperti biasa..jangan gadoh gadoh..tak baik, mayat kita bukannya boleh bergolek sendiri masok dalam lubang kubur..

Berlainan pendapat itu bagus..tapi biarlah dengan cara yang betul, hormati pendapat orang lain, pung pang pung pang undi nanti pun korang sendiri je yang tahu, hak di tangan masing masing..tak yerr gadoh terok sangat..

Apa apan pun selamat berkempen kepada ahli ahli politik..semoga negara kita akan terus aman..

Saturday, April 27, 2013

Shopping Di Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga Kuala Lumpur

Mungkin ramai yang dah pernah dengar nama Tempat Jalan Kenanga.. ia adakah salah satu tempat syurga memberi belah barang terutamanya kain baju, seluar bagai secara borong.. tempat yang tidak asing lagi bagi orang orang yang terlibat dengan perniagaan kain baju segala macam..

Entry kali ni bagi tahu korang bagai mana nak ke Kenanga Wholesale City, Jalan Kenanga Kuala Lumpur.. senang je..korang tekan google maps cari direction pasti jumpa punya.. tapi jagan tak tahu area tu memang pack gila dengan kenderaan, susah nak cari parking.. kat lot lot kedai luar KWC area bawah pun parking berlapis lapis..unless korang masuk ke bangunan Kenanga Wholesale City, kat area dalam tu banyak parking.. tapi tengok hari jugak la, kalau weekend..mungkin korang boleh agak..

Kalau tak borong banyak sangat atau datang ramai ramai satu family tak de baby, mungkin public transport boleh menjadi pilihan korang..

Dengan menaiki Monerial atau LRT korang turun kat station Hang Tuah.. daripada situ korang kuar kat laluan sebelah kiri.. jangan ikut arah sebelah kanan pulak tu nak ke Time Squire..

Turun tangga cari signboard tulis Kenanga Wholesale City, ikut je.. memang kena berjalan kaki sikit la.. tak pe la tuk kesihatan haha.. pastu korang dah boleh jumpa banyak kedai kedai yang jual secara borong.. kat sini korang dah boleh start borong barang dah.. macam macam ada..

Kebanyakan kedai kedai kat sini tak layan sangat orang yang tak beli borong.. ada certain kedai tu dah siap siap tampal kat pintu "Wholesale Only"..

Terus je jalan kaki kat tepi tepi kedai sampai hujung korang akan jumpa satu bangunan besar warna kelabu.. ha yang tu la dia Kenanga Wholesale City.. kat dalam bangunan tu lagi banyak kedai jual barang secara borong..

Kat dalam Kenanga Wholesale City ni banyak dah kedai yang boleh beli secara retail.. harga yang di tawarkan pun kira not bad, banyak yang murah murah banding korang beli kat uptown..Tapi kalau korang beli secara borong lagi murah.. boleh dapat separuh harga..


Antara suasana di dalam KWC ni..kalau weekend jangan cakap la..memang ramai gila..aku perasan ramai orang sabah yang datang sini..dengar logat diorang bercakap..memang datang borong laaa...

Pesen pesen sangat up to date.. daripada pesen korea korea ke timur tengah sampai ke pesen amarika.. style.. kalau nak cakap pakaian perempuan memang banyak gila, boleh naik juling mata perempuan kaki shopping kalau datang kat sini..


Kalau lapar sangat penat berjalan pusing satu bangunan boleh lah rehat rehat.. ada banyak kedai makan, aku selalunya makan kat Old Town je.. kalau nak solat pegi tingkat 16..tinggi kat atas sana tinggi gila, gayat tengok bawah.. boleh nampak pemandangan area Kuala Lumpur, nak tahu details pasal lot lot kedai dan kemudahan dalam KWC, pegi je website Kenanga Wholesale City..

PS: Ini entry beberapa bulan yang lepas, lama diperam dalam Draft..baru nak post kali ni dekat dekat nak pilihanraya hahaha..padahal tak de kaitan degan politik pun.. ada beberapa lagi entry dalam draft, ikut tahap kerajinan..kalau ada rajin lebih sikit baru la kena publish hahaha..

Tag: kedai di Jalan Kenanga Kuala Lumpur, Beli Borong Pakaian di Jalan Kenanga, jalan ke Kenanga Wholesale City, Borong baju di jalan kenanga, shopping di Kenanga Wholesale City, lokasi Kenanga Wholesale City, dimana Kenanga Wholesale City, jalan jalan di jalan kenanga, baju murah di jalan kenanga, baju beli borong di Kenanga Wholesale City, baju wanita, tudung, blouse

Thursday, April 18, 2013

Marilah Kita Mula Bercakap Pasal Politik

Memandangkan sekarang adalah musim pilihanraya umum yang ke 13 bagi negara kita Malaysia yang tercenta, perlulah kita juga mula bercakap pasal politik..ye dak? Barulah kita sedikit nampak uptudate hahaha.. mengikuti perkembangan semasa negara la katakan.

Secara general ramai yang tak suka bercakap pasal politik, aku pun tak suka sangat sebenarnya..tapi memandangkan usia ni semakin tua (uhuk uhuk!) minat itu datang secara slow slow..tapi tak de la sampai fanatik sangat, just tau gitu gitu je la, hidup kita ni tak boleh tidak kita perlu tahu jugak pasal politik negara..paham readers blog ni (kalau ada la ek) ramai yang masih muda remaja (konon la remaja hahaha) lebih gemar kepada artis artis, hiburan, seronok seronok dan huha huha..tapi tunggu la nanti esok esok korang pun tergerak hati nak ambil tahu bab bab politik ni..ambil kesah tentang pembangunan rakyat, bantuan kerajaan, dasar kerajaan, harga barang, gerak kerja kerajaan, nasib rakyat dan banyak lagi..

Pada aku tak kiralah parti mana pun apa apa yang menguntungkan rakyat itu aku sokong.. korang sokong apa pulak pru13 kali ni? Ops undi anda adalah rahsia..haha

Ok la setakat ini saja...entry politik yang tak seberapa nak politik sangat, cukup la untuk kali ini, tiga perenggan dah laa haha..tak reti nak cakap banyak pasal politik ni..kalau cakap pasal jalan jalan makan makan hok tu bagi kat aku hahaha..

Gambar di bawah: jangan ingat aku tunjuk gambar BN bermaksud aku sokong BN..itu cuma gambar hiasan sahaja hahaha.. kebetulan stock gambar yang ada dalam hp aku.. quick update via mobile..kbai :)

Wednesday, April 17, 2013

Ramai Kawan Lama Dah Tak Aktif Blogging

Hi guys im back...rindu aku tak?..ewah hahaha ada orang post komen rindu aku bergambar gambar macam dulu..jalan jalan camwhoring macam dulu..hehehe.. lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang..

Mungkin korang dah lupa aku kan dah tukar tempat kerja..dan mungkin korang lupa jugak kamera DSLR aku kan dah hilang kat airport Sandakan hari tu..mungkin sebab tu la dah kurang post gambar gambar dalam blog..

Dengar dengar ramai yang dah tak aktif blogging macam dulu..member member blogger yang selalu muncul dalam blog pun ramai yang dah tak nampak..kadang kadang je ada..sama macam aku ni la kot..

Mungkin ramai yang dah start busy dengan hal hal lain..dah start masuk alam pekerjaan, atau memang bosan tak de hati dah nak blogging..lagi pun sekarang ni banyak sangat laman sosial, ramai yang negteh kat situ je..

Aku busy tak busy, kalau ada masa aku buka blog..kadang kadang tengok gak berapa la agaknya views blog yang terbengkalai ni..ada dalam 5 ratus 6 ratus sedikit buat aku terperanjat, dengan blog macam ni dengan tak berupdate tak de yang special aku expect dalam seratus lebih je..

Sebagai penutup..nah aku persembahkan sekeping gambar daripada instagram sebagai pengubat hati rindu korang hahahaha...

Monday, April 1, 2013

Suku Tahun Pertama: Selamat Maju Jaya..eh!!

Cepat je masa berlalu kan..tup tup masuk bulan April dah.. tak sedar betul, macam baru je beberapa minggu lepas kita menyambut tahun baru.. kejap lagi bulan puasa pulak..ce korang kira.. rasanya dah tak sampai seratus hari dah kot bulan Ramadhan akan menemui kita.. InshaAllah jika dipanjangkan umur kita akan berpuasa lagi oyehh!.. eh macam dah nak raya pulaks hahaha..

Apa perubahan aku suku tahun pertama ni? Ada satu benda penting dalam kerjaya aku yang berubah..aku kini berada di bahagian operation.. sebelum ni aku duduk di bahagian management.. hari tu bidang kerja aku ada kaitan dengan study aku masa kat uni..agriculture, sekarang ni lari jauh tersasar dah bidang warehousing...

Kalau korang perasan sebelum ni aku banyak berjalan kan..sekarang ni da tak de dah.. hari tu aku banyak pegi farm, buat audit good agricultural practises (GAP)..aku berjalan daripada selatan sampai ke Cameron Highlands dan banyak tempat lagi, kebanyakannya adalah sebab urusan kerja..cuma sambil sambil je aku singgah kat beberapa tempat setelah urusan kerja selesai..

Dan sekarang aku di bahagian operation ni kerja kat satu tempat je la, tak jalan jalan pegi mana.. kerja masa tak menentu, kadang aku masuk kerja malam, kadang aku masuk siang..tambah tambah lagi aku yang baru nak study segala jadah pasal operation ni.. biological cycle body aku pun rasa macam lain lain dah..kejap lagi sakit urat badan ahahaha.

Harapan kita semua, semoga April dan bulan bulan mendatang ni akan membawa sinar baru kepada kita semua..ewah!! Sinar kecerahan.. (closing out gila haha..)

Gambar kat bawah ni adalah sebahagian daripada staff operation bahagian receiving...always busy with their own things...

Sunday, March 31, 2013

Banyaknya Media Sosial: Faedah, Suka Suka dan Populariti

Sekarang ni banyak sangat media social online.. semua nak join tak nak teringgal.. canggih la katakan hahaha... dulu dengan friendster je, sekarang ni hambek Kau belambak lambak.. ni nak layan blog lagi, berapa jam masa dalam seharian nak spend time tuk social online..

Kalau difikir fikir pun tak de faedah je ni semua kan..apa je yang kita dapat dengan post post kat facebook, tweet tweet gigih..post post gambar kat intagram dam banyak macam lagi..haha.. mungkin jawapan paling sesuai ialah saja seronok seronok nak buang masa tak de apa nak buat kan.. kalau dapat respond komen, likes, retweets dan followers semakin bertambah baru lah rasa hebak.. boleh rasa feeling feeling celebrity sikit, famous la katakan...hehehe..

Tak de apa pun, benda macam ni ada jugak faedahnya.. kalau Facebook,  WhatsApp,  wechat boleh buat kita keep in touch dengan lebih mudah.. Facebook even dia banyak berbentuk hiburan tapi ramai member kita yang ada acc tu.. so boleh tanya tanya khabar kat situ, member yang 10 tahun tak jumpa pun boleh terserempak kat fb ok, invitations event pun senang nak buat..tu la kalau tak aktif pun sayang kalau nak deactivate acc fb..banyak benda yang kita tertinggal.. tapi yang buat orang bergadoh pun tidak kurang jumlahnya haha..

Kalau yang betul betul popularity ni macam twitter, instagram, youtube, dan yang terbaru keek..yang ni kalau tak famous memang macam kayu je la dalam tu.. cam aku la batang kayu buruk.. kalau batang buruk tak pe la jugak.. boleh makan hahaha..

Aku memang tak nak tertinggal.. orang ada twitter aku pun nak ada jugak..orang ada instagram pun aku nak jugak..dan paling baru aku sign up keek pulakss.. tapi semua ni aku so so je.. cuma instagram je la best sikit..sbb aku ni sejak azali lagi suka main gambar gambar..hahahaha even tak de skills tapi takat nak tempek kat instagram tu boleh la..

Antara banyak banyak ni blog adalah yang paling bagus sebenarnya.. sebab kat sini kita boleh menulis, mencetus edia,  berkongsi pengalaman dan tutorials.. selain dijadikan tempat untuk merakam peristiwa, dan berkongsi kegembiraan.. kadang kita tak sangka pun di luar sana ada orang lain yang mencari info yang kita tulis dalam blog tu.. dan yang paling best ramai yang menggunakan blog untuk menjana pendapatan sambilan, tak kira la sama ada business sendiri atau advertorials dari agen agen pengiklanan..

Apa apa pun ini semua bergantung kepada niat masing masing.. kalau nak mencipta popularity cari la popularity tu..buat la bersungguh sungguh supaya kau banyak followers dan famous.. carilah kelainan.. hidup hanya sekali, nak juga rasa benda benda macam ni kan.. dan terpulang lah dengan masing masing, yang penting tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk..tahu mana yang boleh dikonsi dan mana yang tak patut..

Wait..did I forgot to mention Goole+ lol...

Nak berkeep in touch dgn aku..
Facebook: abu bagi
Twitter: @AshGive
Instagram: @AshGive
Keek: @AshGive
Blog: ashgive.com
WhatsApp: 'up on request'
Google+: ashgive
YouTube: ashgive
Email: ashgive@gmail.com

Saturday, March 30, 2013

Blog Mencipta Rekod Baru

Blog ini telah mencipta rekodnya tersendiri apabilah telah mencatatkan entry terpaling sedikit semenjak kewujudannya yeah..clap clap clap.. tahniah..callo beta!! Hahahaha..

Semenjak aku menjadi blogger ni..ini adalah entry yang paling sedikit aku pernah hasilkan dalam satu bulan..mood memang dah pergi laut dalam kali ni..sampai tak nak naik naik dah..

Aku bukannya apa..banyak sangat media social nak update..sampai tak tahu nak layan yang mana satu..hahaha lagipun aku dah tukar kerja sekarang..masuk dalam bahagian operation ni masa tak menentu..lately aku banyak kerja malam..tak sempat dan tak de mood nak menulis.

Walhal cara mengupdate blog ni bertambah mudah sebenarnya..dengan adanya application blogspot kerja mengupdate menjadi senang, cuma nak letak gambar agak payah sedikit, takat satu gambar tu blh la, tulis je entry simple simple hehe..contoh macam entry ni aku tulis sambil baring baring..nak tido jap lagi hahaha.. kalau nak, download la..search blogspot kat store android etc. Ok bye...muah muah!!

Friday, March 22, 2013

Blog Kena Tutup Semantara Sebab Jadi Mangsa Fitnah

Lama gila aku tak update blog..maklum la blog aku dah close beberapa minggu ni..just open for invited readers je..ye la padahal tak de pun orang request nak masuk baca hahaha..saja sebagai langkah keselamatan..

Ni semua sebab fitnah gambar aku dan member dalam facebook tu..tak sangka pulak Blogger picisan macam aku ni pun ada gak heater..heran betul aku dengan orang orang sekarang ni..kalau nak benci blogger pun cari la blogger yang famous sikit kah, famous banyak kah macam papagomol tu..

Orang lain dok sebok pasal issue pencerobohan di Lahad Datu dia pulak sebok dok fitnah aku..aku makin serabut hari tu..dah la fikir pasal keselamatan family aku kat kampung Lahad Datu..time time macam ni pulak dia kenakan aku..nasib baik tak de apa apa yang berlaku..

Macam ni, ada satu page dalam Facebook tu nama dia "Semenanjung anti Sabah dan Sarawak" lebih kurang mcm tu la..kerja dia laga lagakan orang semenanjung dan Sabah Sarawak.. dia curi gambar aku dalam blog ni pastu dia letak kat facebook cakap aku adalah admin kepada page tu..Dato Syahwan katanya..tak pasal pasal aku dapat pangkat dato'..pastu kena maki maki oleh orang orang kat facebook..

Ni la kerja page tu, melaga lagakan orang pastu guna gambar aku plak tu..aku tak tahu apa masalah dia dengan aku..kenapa aku jadi mangsa dia..free free aku dapat pahala sebab kena fitnah dan kena maki maki oleh orang dalam facebook..sediah betul..

Mujurla tindakan pantas kawan kawan dalam facebook tag dan bagi tahu kitaorang benda tu..salah sorang member aku dalam gambar kitaorang tu tangkas pegi buat laporan polis..thanks kepada Shamsuddin Amin..masa hari yang aku tahu pasal benda ni aku tengah otw nak pagi Pahang..semua benda mamber aku yang sorang ni tolong setelkan..

Dua tiga hari lepastu aku nampak dalam facebook ada lagi orang lain buat laporan pasal kedurjanaan page cilaka tu.. tup tup dalam tempoh dua minggu page tu pun dah kena tutup..well done pihak polis dan SKMM..thanks kat semua orang yang terlibat termasuk semua yang tolong tekan report kat page tu..padan muka dia dah kena  tutup..

Thursday, February 21, 2013

Pantai Long Pagong, Tungku Lahad Datu: Aktiviti Keluarga

Walaupun Lahad Datu tengah kecoh kecoh pasal pencerobohan rakyat Filipina berketurunan Sultan Sulu tapi kitaorang sempat lagi pegi mandi mandi kat pantai di Tungku, iaitu salah satu daerah kecil di Lahad Datu.. ada kitaorng kesah pasal lanun hahaha..

Ekceli pasal pencerobohan tu awal awal lagi kitaorang dah tau, time tu orang ramai tak tahu lagi, sebab jiran sebelah rumah aku kat Taman Warisan Lahad Datu tu adalah seorang polis bantuan.. aku tanya la apa sebab lately banyak sangat roadblock.. daripada Bandar Lahad Datu ke rumah aku jaraknya cuma lebih kurang 4km, tapi roadblock kemain, tiap hari ada, memanjang..

So, dia bagi tahu la apa sebenarnya yang berlaku.. ada kerahan tenaga dia cakap, semua polis kena bertugas sebab didapati ada beberapa orang Mundu daripada Filipina telah masuk ke Lahad Datu.. mundu tu maksud dia lanun dalam bahasa tempatan kat sana.. macam tu la, sampailah seantero alam tahu pasal pencerobohan tu setelah kenyataan rasmi polis dah keluar.. tu pun setelah beberapa minggu pencerobohan..

Ok berbalik kepada cerita pantai tadi.. aku just nak berkonsi kepada orang orang yang suka mandi kat pantai.. cuma menyediakan sedikit info bergambar kepada pembaca yang mungkin baru ingin mengenalai satu lagi pantai yang baru ditemuai di Tungku Lahad Datu.. pantai ini di beri nama sebagai Pantai Long Pagong..

Bersebelahan dengan Pantai Kahapan, ia merupakan satu lagi daya tarikan kepada masyarakat di sekitar Lahad Datu untuk menghabiskan masa bersama keluarga di hujung minggu.. atau juga sebagai tempat untuk mengadakan kativiti hari keluarga company, agensi atau syarikat tepat kerja anda..

 Anak bua aku tengah bermain pasir kat pantai.. keh keh keh..kelakar betul budak budak ni..

Keadaan pantai yang surut.. luas betul pantai ni, nak pegi tempat dalam memang jauh.. air bersih dan jernih, keadaan pantai pun bersih, masih virgin lagi hehehe.. tak de pembangunan disekitarnya.. sori gambar banyak kena edit, sebab tu jadi macam tu.. nampak scary plak hahaha..

 Ada beberapa buah sampan tengah parking kat sana.. masa ni tak ramai orang lagi, kitaorang sampai awal..

Luas kan, aku sempat pegi tengok ada orang tengah mengutip kerang.. dia korek korek pasir, mula mula ingat diorang buat apa.. aku tanya, pastu dia tunjuk dalam pelastik sambil bagi tahu yang dia tengah mencari kerang.. orang datang nak mandi pantai jugak, saja la tu nak cari kerang..

Sebenarnay aku tak mandi pun.. malas nak basah basahkan badan.. aku cuma berjalan jalan kat pantai sampil tangkap tangkap gambar dan tengok hidupan laut, kulit kerang, memerhatikan kedamaian pantai sambil menghayati ciptaan tuhan.. ewah!! hahaha

Ini adalah ketam yang aku jumpa tergolek golek kat gigi air.. dah mati rasanya, sebab aku tengok tak bergerak gerak pun..so kosider dah mati la kan haha..

Anak sepupun aku, nama dia Mohd. Famie Lo.. comel kan.. putih sangat dia..

So, orang orang kat Lahad Datu, jangan tak tahu ada lagi satu pantai baru ditemuai kat Tungku,, mungkin dah lama la kot tapi ia kini dibuka kepada orang ramai..jalan nak masuk ke pantai Long Pagong daripada simpang jalan besar lebih kurang 1km..menyusuri kebun kelapa sawit..

Kat tepi pantai tu ada disediakan surau, tandas, tempat mandi, jeti dan beberapa buah pondok.. datang jangan tak datang..dan sama sama kita menjaga kebersihan pantai ok..perghh ada pesanan lagi tu.. :)


Tag: Pantai Longpangong Tungku Lahad Datu Sabah, Pantai Long Pagong Tungku Lahad Datu, aktiviti hari keluarga di pantai long pagong lahad datu, mandi pantai di long pagong, air laut jernih di pantai long pagong, jalan menuju ke pantai long pangong, di mana pantai long pangong lahad datu, tangkap ikan di long pagong, pantai long pagong selamat, catik pantai lang pagong 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!