Sunday, December 30, 2012

Jalan Jalan Cari Makan: Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Bulan ni je aku dah dua kali makan Mee Udang Mak Jah.. gigih betul aku datang daripada KL pegi ke Kuala Sepetang Taiping Perak sebab nak makan Mee Udang Mak Jah..ko mampu hahaha..

Tak de la, sebenarnya singgah sebab kebetulan je.. alang alang sampai dan lalu kat Taipeng, so singgah je la makan..boleh tahan sedap, ye la dah famous masuk tv news majalah bagai.. blogger pun tidak kurang ramainya yang dah buat review pasal Warung Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang ni..

So sudih lah kiranya ambo pun nak buat entry pasal Mee Udang Mak Jah jugak.. stock tak nak ketinggalan haha..

Pelbagai jenis masakan berasaskan udang boleh menjadi pilihan korang..air bandung dia sedap..

Aku macam biasa la.. mee udang menjadi pilihan.. ada dua jenis mee udang rebus dia, ada mee udang biasa (RM7) dan satu lagi mee udang special (RM12)..

Makan Tak hengat dunia..BB pun nak makan sekali, kena percikan kuah mee udang mak jah..kemain..

Licin.. kulit udang je yang tinggal..

Macam ni lah suasana kat warung Mak Jah.. always ramai orang.. tengok gaya most of them datang daripada jauh.. yang singgah jalan jalan cari makan kat Perak

Bayar jagan tak bayar..haha

Tanya kat pelayan dia "Mak Jah ada tak?".. dia cakap "Mak Jah ada lagi..usia dia dalam 70 tahun macam tu, tak kuat sangat dah" woooo.. saja tanya haha..

So kalau korang pegi jalan jalan cari makan kat Kuala Sepetang, Warung Mak Jah mungkin boleh menjadi pulihan korang.. kalau guna GPS or google map susah sikit nak cari directions.. so paling senang korang cari direction ke Kuala Sepetang daripada exit Cangkat Jering, tepi jalan je.. ada signboard tunjuk arah Warung Mak Jah

Mee Udang Mak Jah
Kampung Menteri Kuala Sepetang Taiping
Tel No.: 05-8981400/ 012-2931101/ 017-4695026

Sebenarnya kat KL pun ada gak Warung Mak Jah, kalau nak pegi sana ni alamt dia, mungkin boleh membantu tuk cari direction:

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Cawangan Kuala Lumpur
Blok 3A, No.22 Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
Tel. No. 03-41314430

PS..baca jugak: Warung Mak Teh Mee Udang Kuala Sepetang Taiping Perak


Tag: jalan jalan cari makan di tepeng perak, tempat makan yang best di kuala sepetang, mee udang kuala sepetang, sedapnya mee udang mak jah, gambar mee udang kuala sepetang mak jah, peta ke warung mak jah, jalan menuju ke warung mak jah kuala sepetang, resepi mee udang mak jah, cara buat mee udang mak jah, warung mee udang mak jah, harga mee udang mak jah kuala sepetang, harga mee udang mak jah wangsa walk, harga mee udang mak jah wangsa maju,alamat mee udang mak jah kuala sepetang, alamat mee udang mak jah wangsa maju, nombor telephone mee udang mak jah..

7 comments:

onie said...

terliurnya weiiiiii

Siti Aziz said...

sedapnyer...meleleh air liur!! @_@

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....rietta pown jrg makan mee udang kat penang...kat perak mmg xpernah pown...hmm....nie yang buat nk plan p makan mee udang kat penang nie...hehehe....

Hanif Idrus said...

Datang sini nak mengucapkan Selamat Tahun baru 2013....semoga persahabatan kita kekal berkekalan

syafiqakarim said...

gua kalau makan mau allergic ni
hahaha

aNiss :):) said...

perghh !!! terbaik laa. nampak sangat sodap yooo :DD

Cik TeN10 said...

Aku berkenan ngn air bandung dia! Warna cantik pink putih gitu ! Hahaha aduhh melelah air liur aku tk mee udang ko wehh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!