Wednesday, November 14, 2012

Taman Kaktus Cameron Highlands: Jalan jalan di Cactus Point Cameron Highlands

Yaaa musim cuti sekolah sudah bermula.. amacam banyak tak dapat invitations kahwin? ada tak dapat invitation aku? tak de kan.. sebab aku tak rancang pun nak kawin masa terdekat ni, rezki tak de lagi, jodoh pun tak sampai lagi.. wah! berani betul aku sentuh tang kahwin kat sini, jap lagi ada la tu komen komen berapi tuju kat aku hahaha.. tau sangat dah perangai korang semua..

Mengelak topik pasal kahwin, musim cuti sekolah juga adalah masa untuk bercuti cuti jalan jalan seisi keluarga, bawak anak anak satu family ke tempat tempat yang seronok.. pastinya ibu bapa juga akan berasa seronok apabila melihat anak mereka begitu gembira sekali..

Semalam anak buah aku yang ada kat Kedah PM aku kat facebook "Pakcik Abu, nanti ikutlah kami ke Sunway Lagoon".. je la kan musim cuti sekolah nak jenjalan.. hari tu masa aku kat Jitra diorang ada cakap nak gi Sunway Lagoon dan Gegoland aka Legoland..

Selain taman tema, Cameron Highlands juga menjadi destinasi ibu bapa membawa keluarga dan anak anak bercuti.. disebabkan aku selalu pegi kat CH atas urusan kerja, tahu sangat dah musim cuti memang susah nak dapat hotel.. jalan kat atas pun akan menjadi sesak..

Tapi semua itu tidak menjadi penghalang bagi mereka yang benar benar hendak bercuti di kawasan tanah tinggi itu.. dalam blog ini ada beberapa entry berkaitan dengan Cameron Highlands yang mungkin korang nak baca, just search "Cameron Highlands" kat ruangan search seblah kanan atas untuk jump ke entry entry tersebut..

Untuk kali ini aku bawakan kepada korang beberapa gambar yang mungkin boleh memberi sedikit gambaran di Taman Kaktus yang ada di Cameron Highlands.. nama tempat itu ialah Cactus Point..

Cactus Point ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi bagi setiap orang yang datang bercuti cuti di CH.. ia adalah syurga bagi penggemar kaktus.. sudah pasti mata korang akan menjadi juling melihat kaktus kaktus yang cantik dan comel..



Selain kaktus, di sini juga terdapat banyak bunga bunga lain yang cantik dan berwarna warni.. semunya dijual dengan harga berpatutan.. banyak pilihan.. tapi aku tak pastila pulak kan bunga ni boleh hidup lama ke tak kat bawah ni panas macam apa.. letak dalam opis berairkon boleh la kot..


Jangan lah kiranya aku ditanya tentang nama nama kaktus dan bunga bunga ini, sudah pasti aku tidak mempunyai jawapan untuk itu hahaha.. aku cuma suka melihat keunikan tumbuh tumbuhan ini..






 Periuk Kera

Di sini jugak terdapat barangan jualan lain, kot kot ini adalah destinasi last korang.. tak sempat atau lupa beli masa kat kedai kedai lain, so korang boleh beli kat sini.. daripada pasu bunga sampai ke asam asam semua ada..

Taman Kaktus Cactus Point ini terletak lebih kurang 4km daripada Brinchang menghala ke Kampung Raja, tepi jalan je.. tempat parking kereta agak banyak disediakan, tapi kalau time cuti sekolah agak susah jugak nak dapat parking..

Dan sebagai penutup.. gambar aku!! hahaha


Tag: jalan jalan di cameron highlands, cuti cuti di cameron highland, tempat menarik di cameron highlands, ladang kaktus brinchang, jenis jenis kaktus cameron highlands, melawat taman kaktus cameron highlands, jenis jenis bunga cameron highlands, jalan menuju ke taman kaktus, lawatan sambil belajar di cameron highlands, murah harga kaktus di cameron highlands..

12 comments:

blog-tips-kurus said...

naik Rose Valley tak?
yg ade naga di atas bukit tuuuuu.. :)

Cik Yatt said...

haish..dengki betul..asik berjalan jekan..aha

misz sheyla said...

COMEL LAK NENGOK KAKTUS NI....

the malay male said...

Sejukkkkk

Chic Na said...

cantiknya pokok2 kaktus. lg yg berbunga tu. :)

Syazana Zainn said...

RINDU CAMERON!


bilalah aku nak pergi lagi ni..

:D

Ash Give said...

BTK.. Tak pgi pun :(

Azham Vsvc said...

Wah....pernah pegi Cameron Highlands sekali je hehe....tp seronok sebab sejuk kat atas tu hehe....

syafiqakarim said...

aku sedang cari kaktus comel

zila manaf said...

pe brg dowh...gi alaska la beran ahaha

syakey said...

wehhh abu, asyik entri cameron aje, mmg dekat gegilesss je hape asyik p sana ja. jellyy aku tk sampai2 lg sana haaa.

ciK LyndaWawa said...

kulgambar tu.,. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!