Thursday, November 29, 2012

Dusun Durian, Felda Kota Gelanggi Jerantut Pahang: Hamboi Tajuk Kemain Penjang Macam Kereta Api, Kau Mampu

Entry banyak gambar kembali lagi.. acara bebas nak baca atau terus tengok gambar pun boley.. mana mana, suka hati korang hahaha.. yaa ini adalah entry bergambar aku dan member lain di dusun buah buahan En. Faizal bekas rakan sekerja.. kini beliau sudah kembali ke kampung halaman, mengusahakan ladang sawit bapak beliau.. sudah jadi tauke sawit..apedahal..hehehe

En. Fazal atau lebih dikenali sebagai Pak Andak dengan baik hatinya telah menginvite kitaorang pegi melantak buah buahan tempatan di dusun beliau di Felda Kota Gelanggi Jerantut Pahang, ha'ah buah buahan tempatan.. free aje kawan kawan, bukan setakat durian manggis, dukong, salak dan rambutan pun ada..

Memperkenalkan Pak Andak yang pegang sabit tu, Hamdan yang pegang durian dua bijik dan gua yang kacak kat tengah.. ewah kemain jumpa durian hahaha.. sampai je dusun terus kumpul durian yang ada kat bawah pokok bersepah..

Gerak daripada Puchong pukul 11 pagi.. sampai sana dekat pukul 3 petang.. singgah kejap kat restoran Warisan Pak Mandor, makan nasi sikit sebelum makan durian.. takut perut masuk angin..

Ini la pesen orang yang tak reti belah buah durian.. dua orang tarik.. tu pun tak lepas hahaha.. buah tu jatuh daripada pokok depan depan kitaorang..

Takut jugak kalau kalau buah durian jatuh kat atas kepala.. memang arwah la jadinya.. sebagai langkah berjaga jaga, kitaorang tak duduk bawah pokok durian dah, terutamanya time pokok bergoyang ditiup angin.. kitaorang duduk kat bawah pokok petai..

Emmm sedapnya.. empuk, manis pun manis free lagi.. combo super awesome.. jari aku ada taik kuku sila abaikan hahaha..

Heaven la bila makan durian macam makan nasi.. ada banyak lagi kat depan mata sampai tak larat nak habiskan, banyak sangat kot.. boleh buat mandi atau lumur kat badan

Petua untuk mengelakkan badan terasa panas akibat makan durian.. korang boleh makan buah manggis.. buah manggis kan sejuk orang kata.. tapi sebenarya buah manggis membantu meleraikan karbohidrat yang tinggi pada durian dalam perut kot.. cuba baca kat sini

Kat dusun Pak Andak pun ada pokok manggis.. so makan buah manggis pulak.. petik je daripada atas pokok, segar terbaik dari ladang..

Buah dukong pun ada.. manis, selain durian dan manggis.. aku juga menggemari buah dukong.. apejela yang aku tak gemari kan, macam semua benda aku bedal haha..

Oh sila noted buah rambutan pun aku suka jugak.. buah rambutan masak merimbun atas pokok, syok gila aku tengok.. bestla orang yang duduk kat kampung.. banyak betul buah buahan tempatan..

Salak lagi.. semua aku bedal, tak cukup dua tangan dalam mulut pun aku sumbat..

Tuuu dia aku dengan kusyuknya melantak durian.. orang lain dah tak five, aku still continue lagi kah kah kah.. tengok la, buah durian besepah.. makan kat dusun kena bawak ubat nyamuk ye kawan kawan, nanti badan ada bulat bulat kena gigit nyamok.. tu asap asap tu bakar kotak telur..

Jolok jangan tak jolok..

Kemain Pak Andak jolok buah dukong dan buah salak.. aku tukang pungut dan tukang makan je..

Lama betul tak jumpa En. Faizal aka Pak Andak.. banyak betul cerita yang dikongsi, kuat mencarut macam dulu.. stock tak sanyang mulut hahaha.. apa apa pun thanks to En. Faizal jemput ketaorang datang bertandang di dusun beliau kat Felda Kota Gelanggi, semoga beliau lagi dimurahkan rezeki.. bakal menyambut baby yeng kedua very soon..

Melantak Durian Di Kuala Kangsar
Melantak Durian Di Puchong Permai
Durian Crepe Yang Sedap
Gambar Musim Durian 
Tpis Memilih Buah Durian Terbaik
Tips Badan Panas Makan Buah Durian


Tag: mahan buah buahan tempatan malaysia, dusun durian di pahang, musim durian di pahang, anak felda, jenis jenis durian, pokok salak berduri, melantak durian di dusun, jalan jalan cari pakan di pahang, tips buah durian, bahaya duduk di bawah pokok durian, jeruk salak

Wednesday, November 28, 2012

Monday, November 26, 2012

Durian Crepe: Pengedar Durian Crepe



Ha! finally aku dah makan durian crepe yang famous tu.. ntah tetiba je durian crepe menjadi sebutan ramai di dalam internet ni.. aku tengok orang upload gambar di sana sini twitter, facebook dan blog, emmm nampak sedap..

Kebetulan pulak hari ni aku pegi menghadiri Seminar The Sustainable of Malaysian Agricultural Food Safety and Security kat MAHA2012 MAEPS Serdang.. so adala benda durian crepe ni jual kat situ, aku pun beli lah sekadar hedak mencuba, maklumlah curiosity tinggi nak jugak try sedap ke tak benda ni..

Pada aku bagi pengemar durian mereka pasti akan menyukai durian crepe.. mula mula ingatkan benda ni kena goreng atau rebus dulu sebelum dimakan.. rupanya ngaaap! macam tu je hahaha

So tolong peniaga bumiputra, bagi sesiapa yang nak merasa durian crepe ni.. berikut adalah alamat yang tertulis pada pack gambar di atas: Yummy Yellow (Durian Crepe)
Mum's Rich Food 
No.69 Jalan Pulau Lumut U10/76C
Taman Alam Budiman, Sek U10
40170 Shah Alam, Selangor 
Tel: Halim 017-2358535, Asma 0192-2710137

Kalau nak belajar resepi cam mana nak buat durian crepe ni, sila pegi ke blog cik epal, baru je google.. dia dah buat entry pasal ni jugka rupanya..emmm patutla durian crepe jadi famous.. blogger punya kerja rupanya hahaha

ps: habis makan durian sendawa bau macam haram...
ps: esok esok baru update pasal pegi maha hari ni..penat la
ps: I love you

Tag: Durian crepe sedap, mana nak dapat durian crepe, cara cara nak buat durian crepe, menjual durian crepe, sedapkah durian crepe, resepi durian crepe, durian crepe famous, penjual durian crepe, durian crepe bali kat mana

Sunday, November 25, 2012

Mutiara Sabah: Beza Mutiara Asli Dan Mutiara Palsu

Ramai yang meminati mutiara, kalau dalam negara kita Sabah adalah sangat sinonim dengan mutiaranya yang cantik digayakan sebagai perhiasan oleh wanita wanita yang gojes.. walaupun Sabah terkenal dengan mutiara tapi gelaran Pulau Mutiara adalah merujuk kepada Pulau Pinang..


Jika korang berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah, Pasar Filipina adalah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh penggemar mutiara.. di sini terdapat banyak pilihan mutiara siap seperti gelang, rantai, subang, cincin, brooch, kerongsang dan banyak lagi.. yang jual bijik bijik (tak siap) pun ada..

Mutiara boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mutiara air masin (laut dalam) dan mutiara air tawar.. mutiara air masin selalunya harga dia sangat mahal.. lebih kurang dalam RM90 lebih sebijik, kebanyakan bentuk dia adalah bulat.. manakala mutiara air tawar bentuk dia macam macam (bulat atau lonjung sedikit), harga dia tak mahal macam mutiara air masin.. darisegi warna lebih kurang sama aje..

Di pasaran terdapat banyak mutiara yang palsu sebenarnya, so entry kali ini memberikan sedikit info bagaimana untuk membezakan mutiara tulin dan mutiara palsu, antaranya ialah:


1. Mutiara original tidak mempunyai rupa bentuk yang super perfect, di permukaannya biasanya terdapat kedut, atau sedikit kecacatan dan bentuk tidak bulat yang perfect.. ini adalah disebabkan mutiara tersebut terbentuk melalui proses semulajadi pada cengkerang tiram/ hidupan air.. mutiara palsu mempunyai rupa bentuk dan permukaan yang hampir super perfect.. sebab ia diperbuat daripada mesin/ ciptaan manusia sendiri..

2. Jika dibakar menggunakan lighter mutiara tulin tidak akan melecet atau tidak ada kesan daripada pembakaran tersebut.. manakala mutiara palsu akan melecet apabila dibakar..

3. Apabila mutiara tulin digeselkan dengan gigi, gigi akan terasa seperti berpasir dan ngilu.. tetapi mutiara palsu pula adalah sebaliknya..

4. Mutiara tulin adalah lebih berat berbanding dengan mutiara palsu yang sama saiz.. terasa mutiara tulin lebih compact berbanding yang palsu.. cuba lambungkan mutiara tersebut untuk membezakannya

Mutiara yang terbentuk di dalam tiram.. isi tiram di lantak, mutiara buat butang baju melayu haha.. sumber gambar dairyhamil.blogspot.com

Ok itu je info tentang mutiara, so jangan tertipu jika korang membeli mutiara di Pasar Filipina KK, untuk membezaakannya, info ini mungkin berguna..tq.

Apakah Perbezaan Diantara MasterCard dan Visa
Apakah Perbezaan Diantara UK, England dan London
Apakah Perbezaan Lelaki dan Perempuan Diawal Pagi 
Apakah Perbezaan Diantara Rama Rama dan Kupu Kupu


Tag: Mutiara asli sabah, mutiara sabah murah, jual mutiara online murah, sabah banyak mutiara, cara bezakan mutiara original dan mutiara palsu, mutiara kata, mutiara jual murah, pasar pilipn jual mutiara, sabah dan mutiara, kota kinabalu banyak jual mutiara tulin, membezakan mutiara palsu dan tidak, tips membezakan mutiara palsu dan tulin 

Wednesday, November 21, 2012

WW: Keropok Tasen, Keropok Perisa Ikan Popular Di Sabah

Tahu kah anda di Sabah terdapat satu jenis keropok yang sangat popular seantero sabah.. keropok Tasen nama diberi, fish crackers.. ia menjadi pujaan ramai oleh orang orang yang menggemari keropok perisan ikan ini..

Dijual dalam dua jenis iaitu packet besar market price RM2.00 dan packet kecil RM0.30 (dulu jual 20sen, naik harga sudah).. walaupun paket je besar isi dia kat dalam seciput tapi ia tetap laku di pasaran.. sebab apa? sebab rasa dia sangat sedap dan lazat..yam yam yam..

Kilang pemprosesan dia terletak di Sandakan Sabah.. dan terdapat banyak dijual di Lahad Datu, Tawau, Semporna, Beluran dan lain lain kawasan.. KK jarang pulak aku jumpa.. Ekceli keropok ni susah nak dapat, sebab cepat laku.. jangan risau ada cop halal..

Aku pernah bawak datang sini Puchong.. daripada kampung aku Lahad Datu aku masukkan dalam kotak bungkus elok elok, bak sini jadi stock makanan, naik kapal ada beberapak paket yang pecah..hahaha..

Ok itu je aku nak cakap.. oh please, I hate wordless Wednesday.


Tag: keropok ikan sabah, keropok kegemaranku, makanan popular di sabah, jajan yang sedap, keropok sabah, hobi makan keropok hoho..

Friday, November 16, 2012

Jenis Jenis Awan: Mari Terbang Bersama Saya

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami ABA5152 Abu Bagi Airline.. saya Abu Kacak ketua pramugara anda mengucapkan selamat pagi.. ketua juruterbang kita kali ini ialah Kapten Yousof dan dibantu oleh Kapten Syazana Zainn.. untuk makluman para penumpang sila pastikan anda berada di tempat duduk yang betul iaitu di tepi tingkap.. pastikan semua barang barang anda diletakkan di tempat penyimpanan barang sebelah atas atau di bawah tempat duduk anda.. pasangkan tali pinggang keselamatan anda dan dilarang merokok, merokok di dalam tandas akan menyebabkan alat penggera berbunyi.. matikan alat elektronik dan telefon bimbit anda.. anda juga dilarang untuk pergi ke tandas pada masa ini.. pastikan mata anda terbuka seluas luasnya dan perhatikan lah keindahan awan di sebelah luar sana..

awan tinggi

awan biru

awan tebal

awan nak hujan kain dijemuran

awan cantek

awan altokumulus

awan terbang 

awan sirus 

awan nano 

awan berarak pergi

awan wulan sinetron indonesia

awan dania

Duduk di dalam kapal terbang selama 2 jam 45 minit adalah sesuatu yang sangat membosankan.. tambah tambah lagi masa perjalanan malam.. hapoo pun tak boleh!!..

Sebab tu kadang kadang aku rasa seronok dan suka apabila kapal tu langgar awan, bergegar sedikit kapal tu baru ada rasa cuak sikit "pasangkan tali pinggang anda" dia cakap hoho.. kalau tak flet je tak de, perasaan.. buhsan!!..


Tag: pemandang awan daripada kapal terbang, tengok awan daripada tingkap kapal terbang, koleksi gambar awan, kapal langgar awan, indahnya awan, gambar awan, makan awan keh keh keh

Wednesday, November 14, 2012

Taman Kaktus Cameron Highlands: Jalan jalan di Cactus Point Cameron Highlands

Yaaa musim cuti sekolah sudah bermula.. amacam banyak tak dapat invitations kahwin? ada tak dapat invitation aku? tak de kan.. sebab aku tak rancang pun nak kawin masa terdekat ni, rezki tak de lagi, jodoh pun tak sampai lagi.. wah! berani betul aku sentuh tang kahwin kat sini, jap lagi ada la tu komen komen berapi tuju kat aku hahaha.. tau sangat dah perangai korang semua..

Mengelak topik pasal kahwin, musim cuti sekolah juga adalah masa untuk bercuti cuti jalan jalan seisi keluarga, bawak anak anak satu family ke tempat tempat yang seronok.. pastinya ibu bapa juga akan berasa seronok apabila melihat anak mereka begitu gembira sekali..

Semalam anak buah aku yang ada kat Kedah PM aku kat facebook "Pakcik Abu, nanti ikutlah kami ke Sunway Lagoon".. je la kan musim cuti sekolah nak jenjalan.. hari tu masa aku kat Jitra diorang ada cakap nak gi Sunway Lagoon dan Gegoland aka Legoland..

Selain taman tema, Cameron Highlands juga menjadi destinasi ibu bapa membawa keluarga dan anak anak bercuti.. disebabkan aku selalu pegi kat CH atas urusan kerja, tahu sangat dah musim cuti memang susah nak dapat hotel.. jalan kat atas pun akan menjadi sesak..

Tapi semua itu tidak menjadi penghalang bagi mereka yang benar benar hendak bercuti di kawasan tanah tinggi itu.. dalam blog ini ada beberapa entry berkaitan dengan Cameron Highlands yang mungkin korang nak baca, just search "Cameron Highlands" kat ruangan search seblah kanan atas untuk jump ke entry entry tersebut..

Untuk kali ini aku bawakan kepada korang beberapa gambar yang mungkin boleh memberi sedikit gambaran di Taman Kaktus yang ada di Cameron Highlands.. nama tempat itu ialah Cactus Point..

Cactus Point ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi bagi setiap orang yang datang bercuti cuti di CH.. ia adalah syurga bagi penggemar kaktus.. sudah pasti mata korang akan menjadi juling melihat kaktus kaktus yang cantik dan comel..



Selain kaktus, di sini juga terdapat banyak bunga bunga lain yang cantik dan berwarna warni.. semunya dijual dengan harga berpatutan.. banyak pilihan.. tapi aku tak pastila pulak kan bunga ni boleh hidup lama ke tak kat bawah ni panas macam apa.. letak dalam opis berairkon boleh la kot..


Jangan lah kiranya aku ditanya tentang nama nama kaktus dan bunga bunga ini, sudah pasti aku tidak mempunyai jawapan untuk itu hahaha.. aku cuma suka melihat keunikan tumbuh tumbuhan ini..






 Periuk Kera

Di sini jugak terdapat barangan jualan lain, kot kot ini adalah destinasi last korang.. tak sempat atau lupa beli masa kat kedai kedai lain, so korang boleh beli kat sini.. daripada pasu bunga sampai ke asam asam semua ada..

Taman Kaktus Cactus Point ini terletak lebih kurang 4km daripada Brinchang menghala ke Kampung Raja, tepi jalan je.. tempat parking kereta agak banyak disediakan, tapi kalau time cuti sekolah agak susah jugak nak dapat parking..

Dan sebagai penutup.. gambar aku!! hahaha


Tag: jalan jalan di cameron highlands, cuti cuti di cameron highland, tempat menarik di cameron highlands, ladang kaktus brinchang, jenis jenis kaktus cameron highlands, melawat taman kaktus cameron highlands, jenis jenis bunga cameron highlands, jalan menuju ke taman kaktus, lawatan sambil belajar di cameron highlands, murah harga kaktus di cameron highlands..

Monday, November 12, 2012

Ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali


Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada masyarakat India di Malaysia yang meraihkannya.. marilah kita bermuafakat hidup dengan harmoni sama sama memajukan negara kita yang tercinta ini..

Ewah!! ucapan aku mengalahkan wakil rakyat hahaha

Even aku tak ramai kawan yang berbangsa India.. tapi blog ini boleh aku gunakan untuk mengucapkan Hari Deepavali, ye la kan kot kot ada daripada masyarakat India menjadi silence readers blog aku ni, argh! perasan ada silence reader.. Deepavali ni tak silap aku adalah perayaan agama, thats why ada sesetengah masayrakat India tu tak merayakannya.. sebab dia beragama Kristian atau agama lain.. 

Apa apa pun semoga pesta cahaya tahun ini membawa keceriaan kepada setiap keluarga yang merayakannya, pastinya ia membawa keseronokan kepada kalian semua.. 

Aku sekali tumpang seronok sebab julan murah di gedung membeli belah kini bermula hahaha..

Sunday, November 11, 2012

Topeng Superhero: Topeng The Incredible Hulk, Topeng Iron Man, Topeng Captain America, Topeng The Avengers Thor, Topeng Transformer Optimus Prime

Ini la dia superhero macam gampang.. copp!! aku nak kuar.. entry tak siap..bye..
---------------------------------
Aku sambung entry ni.. tinggal macam tu je kan hari tu, sebab nak kuar beli baju baru punya pasal hahaha.. gambar gambar kat bawah ni adalah gambar kat tesco puchong dan carefour puchong utama.. dua hari yang berlainan.. 

Kadang tu time lunch hour pegi kat tesco kejap.. ada la tu member opis rakan selunch yang nak beli barang sikit.. so kebiasaanya kitaorang akan pegi je sekali, saja saja tengok barang.. so, macam gambar kat bawah ni kejadiannya.. topeng Transformer dan Marvel Avengers..

Jumpa menan menan pegi buat main.. usah usah barang, padahal tak beli pun.. kejadah nak beli barang menan macam ni dah besar hahaha

Topeng Transformer Optimus Prime.. 

Topeng The Avengers Thor..

Topeng Captain America..

Topeng Iron Man..

Topeng The Incredible Hulk..


Saturday, November 10, 2012

Asal Usul Hantu Pocong: Cerita Seram Nusantara

Entry berbahasa Indonesia dicedok daripada wartawarga.gunadarma.ac.id.. infoseram, boleh menjadi bahan mainan mimpi kita..bacalah hehehehe


------------------------------------------------------------------------------

Penggambaran pocong bervariasi. Dikatakan, pocong memiliki wajah berwarnah hijau dengan mata yang kosong. Penggambaran lain menyatakan, pocong berwajah rata dan memiliki lubang mata berongga atau tertutup kapas dengan wajah putih pucat. Mereka yang percaya akan adanya hantu ini beranggapan, pocong merupakan bentuk protes dari si mati yang terlupa dibuka ikatan kafannya sebelum kuburnya ditutup.

Meskipun pocong dalam film sering digambarkan bergerak melompat-lompat, mitos tentang pocongk malah menyatakan pocong bergerak melayang-layang. Hal ini bisa dimaklumi, sebab di film-film pemeran pocongk tidak bisa menggerakkan kakinya sehingga berjalannya harus melompat-lompat. Keadaan ini pula yang menimbulkan suatu pernyataan yang biasa dipakai untuk membedakan pocongk asli dan pocong palsu dimasyarakat.



Kepercayaan akan adanya hantu pocong hanya berkembang di Indonesia, terutama di Jawa dan Sumatera. Walaupun penggambarannya mengikuti tradisi muslim, umat beragama lain pun ternyata dapat mengakui eksistensi hantu ini.

Menurut kepercayaan masyarakat, hanya ada 2 cara untuk melepaskan diri bila dikejar oleh pocong. cara pertama adalah bersetubuh dengan bumi atau yang biasa disebut tiarap dan cara kedua adalah jalan berkelok-kelok seperti cacing. Kedua cara ini diyakini sangat efektif oleh masyarakat dipelbagai daerah.pocong sering kali mewarnai cerpen atau cerita bertemakan misteri. 


Kepercayaan akan sosok yang satu ini membawanya hadir kedalam layar lebar. Film yang sudah dirilis menggunakan sosok ini diantaranya "pocong" pada tahun 2005, "pocong 2" pada tahun 2006, "pocong 3" pada tahun 2007, dan 40 Hari Bangkitnya pocong.


sumber : wartawarga.gunadarma.ac.id

Thursday, November 8, 2012

Bercuti Cuti Ke Kota Kinabalu Sabah: Sewa Rumah Dan Kenderaan Secara Pakej

Selalu sangat orang bertanya dengan aku kalau nak pegi Sabah mana tempat yang best nak lawat eh.. Kota Kinabalu apa tempat yang best? macam mana nak jalan jalan kat sana ar..? ok la dalam entry ini aku akan bagi tahu kat korang beberapa info menarik sekali package jalan jalan di Kota Kinabalu..

Kalau nak cakap tempat tempat yang menarik kat Sabah memang tak cukup satu entry.. so untuk kali ni aku  bawakan khas info menarik bagi mereka yang berhajat besar nak ke dejavu kinabalu, poring hot spring , pusat kebudayaan, pulau pulau yang cantik, tempat makan dan banyak lagi la..

Ramai yang nak datang ke Sabah sebenarnya.. cuma masalah dia, ramai yang tak tahu macam mana nak ke sana? bagaimana nak menguruskan tempat tinggal? tempat tempat mana yang wajib nak pegi? dan banyak lagi.. disini aku akan begi tahu kat korang..

Korang tidak perlu serabut sangat memikirkan tentang sewa hotel, kenderaan, privacy, masa dan macam macam lagi.. terutamanya for those yang gamble takut sesat dan pergi secara berombongan.. korang boleh terus sahaja menyewa penginapan dan kenderaan sekali dengan harga yang murah dan berpatutan..

Harga yang ditawarkan ialah: Sewa rumah + kenderaan secara pakej

1 hari - RM300
2 hari - RM500
3 hari - RM700
4 hari - RM850
5 hari - RM850
6 hari - RM1100
7 hari - RM1200
2 minggu - RM2200
3 minggu - RM3000
4 minggu - RM3500

Kalau pegi jalan jalan macam ni memang tak best pegi sorang sorang kan.. better bawak kawan ramai ramai, dalam 4 5 orang macam tu.. so, kalau korang stay 3 hari tong tong 5 orang dah boleh bayar RM140 sorang, termasuk transport kat sana.. 3 hari beb tak ke murah tu namanya.. 

university condo apartment yang cantik da booom

ada kolam renang lagi.. boleh terjun terjun 

kemudahan yang terdapat didalam rumah sewa

 kawasan penginapan berhapiran dengan tempat tempat yang best di KK..pheeww!!

Pakej ini menyediakan anda rumah condominium (pent house) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi , lengkap dengan perabot, TV, peti ais, mesin basuh. dapur gas, boleh buat BBQ, kolam renang dan banyak lagi.. sesuai untuk bersuka ria.. tapi bahan makanan mentah tidak disediakan ok, beli sendiri kalau nak..


Kenderaan yang disediakan ialah KIA RIO Auto 1.5.. personal driver juga disediakan kalau korang tak de driver atau memang tak reti langsung nak jalan kat sana.. orang tu korang kena bayar RM100 sehari la.. kalau tak nak pun tak pe..

Yang bestnya korang tak perlu nak pening pening kepala, sebab penghantaran dan pengambilan daripada airport atau terminal bas disediakan secara percuma..

So, apa tunggu lagi, orang yang korang perlu hubungi ialah:
En. Tahir - 019-8417520

Dinasihatkan buat tempahan awal awal.. sebab memang sekarang  ni dah makin ramai yang nak ke Sabah jalan jalan.. 

Sebagai warming up.. berikut adalah antara beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati di Sabah..

Ke Kundasang, Gunung Kinabalu, Kundasang udara sejuk... tak dapat nak panjat, pegi kat area kaki gunung pun boley.. ke Kinabalu Park permandangan kat sana sangat lawa.. kat ranau ka..ala macam kat tivi tu Dejavu di Kinabalu kat Kundasang.. gamabar yang kat atas ni ialah area puncak gunung kinabalu, jangan tak tahu pulak..

Boleh pagi ke Muzium Sabah, menyimpan banyak ilmu tentang Sabah, sejarah awal dan banyak lagi la.. ekceli aku pun tak pernah masuk lagi hahaha

Perkampungan Kebudayaan masyarakan Kadazan Dusun di Pinampang.. paling best kalau dapat pegi time Pesta Kaamatan.. meriah sebab masa tu la banyak aktiviti kebudayaan diorang buat, pesta menuai padi..

Sila maklum, aku tak de dalam pic ni ok!! hahaha 



Daripada jeti tepi Bandaraya Kota Kinabalu, korang boleh pegi ke Taman Tungku Abdul Rahman.. dengan menaiki bot laju (kadar sewa seperti di atas) 20 minit daripada jeti korang boleh pegi ke lima buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sulug, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi.. banyak banyak pulau ni, Pulau Sapi je yang aku dah pegi hahaha.. aktiviti yang boleh dilakukan seperi diving, snorkelling dan banyak lagi..

Boleh pagi ke rumah terbalik.. ada jugak kereta kancil terbalik kat sini hahaha.. satu satunya rumah terbalik yang terdapat di Malaysia.. terletak di Kampung Bantayan Telibong, rumah ini menjadi tarikan beribu ribu pelancong..

Pasar Filipina Kota Kinabalu.. terletak di tepi laut pasar pilipin adalah salah satu tempat yang wajib korang pegi.. pelbagai jenis mutiara sabah original dijual di sini.. boleh dijadikan ole ole.. memang juling mata korang tengok hahaha


Makan di Pasar Filipina mungkin menjadi pengalaman menarik bagi korang.. makanan laut yang murah dan sedap..

Ok itu je.. so, apa ditunggu lagi.. musim cuti sekolah dah dekat, pastinya ramai yang mula berfikir fikir untuk pergi bercuti di Sabah terutamanya.. dah sampai kat KK, daripada situ korang boleh pegi ke banyak tempat termasuk tempat tempat yang aku sebutkan kat atas tu..
Apa apa pun boleh hubungi ex-classmate aku..
En. Tahir - 019-8417520



Tag: Jalan jalan ke Kota Kinabalu, jalan jalan cari makan di sabah, jalan jlan cari makan di kota kinabalu, ke Kundasang Sabah, tempat menarik di kota kinabalu, ke pulau taman tunku Abdul Rahman, pakej percutian murah ke Sabah, rumah sewa murah di kota kinabalu, melancong ke Sabah, cuti cuti di Kota Kinabalu Sabah, tempat makan yang best di kota kinabalu, tempat makan yang best di kundasang sabah, harga sewa bot ke pulau pulau sabah, makan ikan bakar di pasar filipina, mutiara di pasar filipina kota kinabalu sabah, membeli belah di pasar pilipn, makan angin di sabah, cuti sekolah melancong ke kota kinabalu sabah, sewa kereta murah di kota kinabalu sabah, harga rumah sewa murah di kota kinabalu, rombongan bercuti ke sabah, pemandangan indah di pulau pulau sabah, seronok bercuti di sabah, kereta sewa melancong ke sabah, kereta dan rumah sewa di kota kinabalu, jalan jalan ke ranau sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!