Wednesday, October 31, 2012

Pergi Ke Pusat Rekreasi Bukit Wang

Kali ni memang minggu melawat Kedah.. almaklum je la yerrr tuan tanah baru je menghabiskan masa beberapa hari kat sana.. tu pun tak banyak tempat yang sempat tuan tanah pegi.. dah gebang kecoh entry berderet dalam blog hehehe.. tempat tempat yang lagi superb tak pegi lagi macam kat Langkawi, Mahsuri bagai.. tapi nak story jugak keh keh keh.. ko ade? tak kan...

Ni nak habak mai satu tempat yang agak popular bagi masyarakat setempat.. sebab kata kazen aku, tempat ni selalu dikunjungi ramai orang.. terutamanya masyarakat orang orang kat situ.. tempat berkelah, menghabiskan masa bersama keluarga.. weekend ramai orang..

Ini lah dia Rimba Rekreasi Bukit Wang atau jugak disebut sebagai Hutan Lipur Bukit Wang.. kat sini ada sungai, taman permainan, rumah rehat, tapak perkemahan, surau, tandas, tempat loncoat loncat dan banyak lagi la.. tapi sayangnya tempat ni tidak dijaga dengan baik.. 

Kawasan ni terletak kat Kampung Changlun Mukim Malau Jitra Kedah (betul ke aku sebut ni).. tak jauh daripada rumah mentua kazen aku, kitaorang pegi cuma menaiki motor je, 4 5 minit macam tu je daripada rumah.. dekat kan.. beguling guling pun sampai mengkali hahaha.. btw, sori sebab gambar tak sebarapa nak memuaskan hati.. tak bawak DSLR, pakai talipon je..  

Tengok la, kolam renang dia pun air tak penuh, banyak daun daun.. nampak jelas dan nyata tak diuruskan dengan baik.. tapi bebudak ni, nampak je kolam terus nak terjun hahaha.. tak sabo sabo.. nasib baik ada bapak dia jaga.. jenuh jugak bebudak ni, asyik nak begado je hahaha.. nak kawal lagi supaya tak pegi kat sungai kat kawasan dalam.. sabo je la...

Sempat walk trough tengok kawasan kawasan bahagian dalam.. ada banyak pondok pondok, dan rumah, dewan semua yang dah rosak.. tak dibaiki langsung.. emmmm sedih gak tengok.. tapi kata kazen aku, even kawasan dia macam tu, hujung minggu still ramai orang yang datang.. time kitaorang pegi ni tak ramai sangat orang, raya haji hari ke dua.. sebok potong lembu kot..

Banyak facilities kat kawasan ni sebenarnya.. cuma tula yang macam aku cakap, tak bejaga.. kat sini, tepi tepi sungai ada je orang main BBQ, satu family bawak anak beranak.. berkelah bagai, seronok je kat tapi sungai air milo keh keh keh.. ada yang bedetim lagi..

Keh keh keh.. air dia macam air milo.. coklat, tapi aku pun terjun jugak sebenarnya hahaha.. maklumla dah lama tak mandi sungai gian sangat nak mandi air lumpur, tapi tak de la nak join dengan budak budak dalam gambar kat atas tu haha.. air coklat musim hujan, mungkin sebab tu la air dia keruh macam ni.. hari sebelum dia memang hujan agak lebat..


So kalau nak pegi ke Pusat Rekreasi Bukit Wang pegi la korang.. tak de siapa nak larang pun haha.. yang pasti masuk free ok.. bawak la berapa ramai pun..

Ni dia map nak ke tempat tu: Dari Pekan Jitra ke Hutan Rekreasi Bukit Wang Changlun Kedah:


Tag: jalan jalan di Kedah, Tempat menarik di kedah, hutan rekreasi Malau Kedah, mandi sungai di jitra, aktiviti di hutan lipur bukit wang jitra kedah

5 comments:

kura said...

kemain milo lg ayaq diaaaa.. klu terkecing pun tak kantoi ni. hahaha

Cik Yatt said...

mcm best..tpi air wrna cam tu..cam tak best je nk mndi..

Syazana Zainn said...

oo kat jitra, t ko pi la bukit kayu hitam. dah dekat giler tu. p soping sana, banyak barang murah ooo

:D




sha my heart said...

dah lama x pergi sana

Cik TeN10 said...

Dh lama gila aku xg bukit wang ni..last pegi msa dok beringus lg..betul la mcm ko ckp tu xbpe nk dijaga sgt tmpat ni..syg sekali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!