Monday, October 15, 2012

Blog Tips Lulus Interview: Interview Kena Suruh Buat Karangan

Aku dah lama tak pegi interview.. tak silap aku dah dekat dua tahun macam tu, so sekali pegi interview tu memang nebes gila la jadinya haha..

Macam ni, last week aku dapat panggilan interview daripada satu company ni.. company kat Cyberjaya, yang aku ingat aku tak de pun apply jawatan ni.. orang yang call aku tu cakap dia tengok resume aku kat JobStreet.com.. soh aku datang interview kalau berminat.. memandangkan jawatan yang dia offer tu ok.. lagipun aku google company dia pun kira ok la jugak.. so aku decide tuk pegi temuduga tu.. test power keh keh keh..

Orang ni kalau dah kengkabut dalam keadaan terdesak memang mengoogle je la kerjanyerr.. first mesti nak tahu tips tips temuduga.. sebab aku tak banyak sangat pengalaman, so thanks tuk satu blog ni sebab banyak membantu.. nak baca tips tips temuduga sila klik kat sini..http://temuduga.blogspot.com/.. ada banyak lagi blog yang share pasal tips interview.. bagus kan komuniti blogger ni, banyak berkongsi ilmu dan tips.. tepok tangan!!

Ni first time aku pegi interview kena suruh buat karangan.. karangan bahasa orang putih pulak tu.. memang Oh My English la jadinya karangan aku haha.. aku ni kalau dah buat persediaan mungkin ok la sikit, macam soalan soalan exam masa kat university.. ni aku tak expect pun kena mengarang ngarang bagai..

Kesudahanyannya interview aku tu light light je.. lepas jawab soalan esei tu aku terus "emmmm.. whatever la"  aku jadi tak nebes dah.. dalam hati aku cakap tanya la apa korang nak tanya, aku tak kesah sangat dah.. dapat ke tak dapat lantak kau la.. tapi yang paling gempak aku cakap, salary aku tak nak nego hahaha.. boleh tak macam tu..

So, doakan la aku dapat.. kalau tak dapat apa boleh buat, bukan rezki aku mungkin.. tunggu dalam tempoh tujuh hari.. kalau dapat akan diwar warkan kat sini.. kalau senyap je tu maksudnya tak dapat la.. ada tiga orang candidates.. kalau yang dua orang tu terok daripada aku, maksudnya ada chan la kot aku dapat hahaha..

sumber gambar mediabuzz.monster.com

11 comments:

Aim Mizie said...

Haha kalau dapat first gaji sila belanja makan

Ash Give said...

gaji first lama dah habis kena belanja :P

CekbOlat-bOlat said...

haha . semoga dapat okayy . ada cann tuu nk dpt . insyaAllah

maitimie said...

semoga mendapat apa yg terbaik ^o^
amin...

Yousof said...

Aku lagi la dah lama tak pegi interview² ni. Mungkin aku gelabah dua kali ganda lebih daripada kau.. heheh

Kalau rezeki kau insyaAllah kau dapat. Tak nak nego salary, pendirian yang bagus. ;D

syafiqakarim said...

boleh niiii
abu nak mekdis

Ash Give said...

mcD samurai tak try lagi huk huk..

HeNRieTTa JoSe said...

Teringat masa kena inteview dlu....adeh la....nostalgia....hehehe....

Hanif Idrus said...

Saya doakan anda berjaya mendapat job tersebut tanpa nego gaji..hehehehhe

cerita best said...

blh la dapt gaji nnt belanja pakjoe bt contest gila hahah

krole said...

wuahhh ada harapan ni pren~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!