Sunday, September 16, 2012

The Diamond Jubilee of Queen Elizabeth II: Setem Jubli Intan Ratu Elizabeth II, Sempena Lawatan Prince William & Kate Middleton Ke Malaysia (Gambar)

Hamboi tajuk.. tak boleh panjang lagi ke hahaha.. baru baru ni tak silap aku hari Rabu aku pegi pejabat Pos, aku tengok sorang nyonya cina ni pegang setem, tengok macam stem baru.. aku pegi dekat dekat dengan dia sambil menulis alamat pada borang untuk kiriman post laju aku, masa tu nak hantar job application aku pegi Sabah guna pos laju.. aku saja nak tengok setem apa la agaknya yang nyonya tu pegang hahaha..

Tengok dekat dekat.. oh gambar Putera William dan Kate Middleton, baru la aku teringat yang diorang nak datang Malaysia kan masa tu.. balik rumah aku terus google website www.pos.com.my..

Sempena lawatan Prince William dan Kate Middleton ke Malaysia pada 13 September 2012 baru baru ni, Pos Malaysia telah mengeluarkan setem Jubli Intan Ratu Elizabeth II..

Butiran tentang setem (dicedok daripada website Pos Malaysia)


Dedominasi setem: Rm1.50 x 2 reka bentuk
Saiz Setem: 40mm x 50mm

Sampul Surat Hari Pertama dengan Lembaran Mini.. Nilai: Rm5.50

Sampul Surat Hari Pertama dengan Setem.. Nilai: Rm3.50

Folder.. Nilai: Rm5.50

Amacam menarik kan.. kepada sesiapa yang gemar mengumpul setem mungkin ini adalah sesuatu yang wajib korang miliki.. untuk info yang lebih boleh pegi ke website www.pos.com.my.. 


Tag: Malaysia new stem, stem terbaru pos Malaysia, lawatan Putera William dan Kate Middleton ke Lahad Datu, gamabar setem terbaru Pos Malaysia, stem unik. 

12 comments:

meisnani said...

dulu minatla kumpul stem.. smnjak buku stem tu hilang, da tade nk kumpul da.. ermm

missSenget said...

ko beli tak..?

Ash Give said...

tak aku tengok je :P

ch000tz axoera ヅ said...

Dah lama tak Lumpu setem hehehehe last dulu masa skolah rendah hehehe

Hanif Idrus said...

Dulu kumpul setem..sekarang tak..leceh!!
Lagi2 sekarang semua sms ajer..
memang panjang tajuk kau ini...hahahaha

HeNRieTTa JoSe said...

chanteknye....dulu kumpul stem...pastu pan pal from oversea pown byk hntar...lpas dah dok asrama...abis semua...ntah ke mana....

kay_are said...

tak minat pun kumpul setem ni.. so teruja tu takde =P

::FAIZ:: said...

kwn2 saya nmpk dia kat airport...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

dulu akak suka kumpul setem..ms jaman bebudak laa

Yousof said...

Sempat jugak kau ngendap setem nyonya tu kan.. haha


Kau apply kerja di kampung halaman? Harap² ada rezeki kau dekat sana. Dekat dengan family, terasa bahagianya berkali ganda. ;)


Kancil 8349 said...

cantik...menarik..

Puteri Iqa Izyan said...

cantikkkkkk :D

nampak classic je~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!