Monday, September 24, 2012

Susahnya Nak Dapat Lucky Draw Hadiah Superb

Sepanjang aku bergelar manusia ni aku sangat jarang dapat lucky draw dekat mana mana majlis.. nak cakap aku tak mandi pagi pun tak jugak, sebab aku memang pun hari hari mandi pagi.. nanti keti bau busuk.. errr.. ada tak kaitan mandi pagi dengan lucky draw hahaha.. tah aku memang kategori yang kurang bertuah la rasanya..

Sepanjang yang aku ingat dalam sejarah pestime aku dapat lucky draw masa aku darjah 5 tak silap aku.. hadiah dia ubat gigi dengan berus gigi..puihh!!.. well aku guna je berus gigi dengan ubat gigi tu sampai habis haha.. 

Lepas tu beberapa tahun kemudian sekali lagi aku dapat.. itu pun sebab tak ramai yang datang aktiviti tu.. aktiviti Fakulti Sains Gunaan kat UiTM Shah Alam.. seingat aku dalam belas belas orang je.. hadiah lucky draw paling besar aku pernah dapat setakat ni, seterika Panasonic.. boleh tekan tekan kat hujung dia tuk sembur air masa mengiorn baju.. 

Dan baru baru ni aku dapat lucky draw lagi.. tuuuudiaaaaaaaa... baru masuk isi entry ni, kemain lagi intro panjang sampai tiga perenggan hahaha.. cara tak aku.. 

pic tangkap masa nak balik dah, aku antara 90 orang yang bertuah oyeah!!

Sempena majlis makan malam Annual Diner MAFC Group 2012 aku dapat cabutan bertuah barangan Adabi.. orang lain dapat hamper makanan, voucher seratus duaratus, kamera, microwave, vacuum cleaner, black berry, talipon nokia, tab 2, tibi lcd, blue-ray DVD player, set home theater.. fuhh!! aku pulak dapat perencah kari kambing, pelbagai jenis tepung cucur, tepung goreng serbaguna, sub bunjut, kari, perencah nasi goreng, kicap pekat manis dan banyak lagi jenis adabi bagai..

aku dapat barang ni jugak satu, top six best dress.. dah let go kat jiran sebelah rumah

Sohai betu la.. orang bujang dapat barang macam tu.. serupa tak dapat lucky draw je, aku mana ada dapur nak masak barang barang tu semua.. kalau aku ada bini memeng sedap la, gembira la kot dia aku bawak set bahan makanan sajian istana.. "nah ambek la sayang, masakkan untuk abang.. abang lapar ni".. hahaha.. ambo memang tak reti masak!!

Aku dah bagi kat jiran sebelah rumah beberapa jenis serbuk tepung perencah sub tulang bagai.. lain aku plan nak mintak member opis aku bak balik, yang cucur nanas, cucur udang, cucur bawang tu mintak dirong goreng.. boleh makan reramai kat opis.. ada tujuh paket semuanya.. yang lain let go je la kat diorang..

jeng jeng gambar intro, lebih banyak gambar dalam entry seterusnya, aku buat entry What Were They Thinking hahaha.. nantikan..



15 comments:

Umie Artoqiemie said...

dapat lucky draw lain kali bagi aku la weh hahahaha.. btw, kasut kau lawa hahaha.

onie said...

tu tandanya depa suh kau masuk la tu abu,hikhik :D

Syazwan Che Deraman said...

dia suruh kau kahwin tu abu.

ehehhe.

telepas BB, Tab.
adeh.

kau claim la..kata taknak yang ni, nak BB ke,tab ke.

Syazana Zainn said...

tu la kenkadang aku jeles gak tgk org mng lucky draw tv iphone bagai tu

T_T

paling kejam aku rasa waktu main tukar2 adiah dgn kwn sekelas aku dpt adiah coklat ape ntah 2 bijik tp kotak gila besau. mendajal org je T___T

HeNRieTTa JoSe said...

ok la tu...dapat juga lucky draw....bertuah...

i am S!L4H.. said...

ahahaha ade ke weh x mandi pagi x bertuah??

seronok kalo dapat lucky draw ni. rase macam blushing2 je pipi.

eh ade kene mengene x? lol


psss : lame x jenguk si abu nih. heeee

Puteri Iqa Izyan said...

kehkehkeh. nasib ade jugak tempat nak sedekah sume perencah2 :P

tapi takpe. at least ade jugak pengalaman dpt lucky draw. hehehe

si robot comel said...

ehem sup bunjut adabi ada tak? nak nak. sila pos,kehkeh

missSenget said...

ko ptut adiah lucky draw tu buat giveaway kt blog..


cara x idea aku..?

tapi dah terlambat kan..?


ape2 pn, aku xpenah lucky..

anif abdullah| AA said...

ko kena mandi bunga la abu. haha gurau2

kira okay gak dapat perencah tu, leh masak2 :)

Aki said...

stylo la abu.. selamba ja ko menang kan?? He he he.. :).. sa tia la pernah menang apa2 lucky draw.. :D

blog-tips-kurus said...

"ADABI..
melazatkan"!! hahaha!

HeNRieTTa JoSe said...

Psss....yg rietta pernah jmpa full makeup ada dua, satu lgi lori biru, transfomer kaler silver ke gray....lg real dr yg ini....

Aien Alien said...

wah dapat adabi tu..haha.

aku pun susah nak dapat. tapi kalau dapat dia punya terkesima tu lain macam la...hakhak.


syakey said...

hhahaha itu hikmahnya kau kena polish skill memasak so boleyy prektis msuk master chef nnti XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!