Saturday, September 29, 2012

Semua House Jalan TAR: Murah, Tempat Membeli Barang Majlis Kahwin, Kenduri Aqiqah dll.

Sekadar berkongsi kepada readers.. sesiapa yang ingin membeli barangan pengantin/ kenduri kahwin, kenduri aqiqah atau apa apa majlis mai sini aku nak bagi tahu (mulut becok).. terutamnya yang duduk kat Lembah Klang.. nama tempat dia ialah Semua House, Jalan TAR..

Kat sini ada dua buah kedai.. selama aku duduk semenanjung ni aku dah beberapa kali datang sini.. sebab kena suruh beli bunga telur dengan goodies bag bak balik Sabah time aku nak balik bercuti kat kampung.. so terpaksa la..tolong sedara mara.. tempat ni pun aku tau daripada kazen aku..

Pelbagai jenis doorgifted, cenderahati tuk majlis majlis kenduri 

Bunga telor banyak jenis, ikut bajet korang nak bali jenis yang mana satu

Bunga bunga pelastik pun ada

Satu sebab harga dia murah.. kedua ialah sebab kat sini ada banyak pilihan, disebabkan aku tak reti memilih so selalunya aku akan tangkap gambar dan send kat sedara suku sakat aku kat kampung sebelum decide nak bali.. aku cuma tukang beli je la dan tukang bak balik..

Tak tahu cam mana nak gi Semua House..  pegi je Jalan Masjid India, daripada pintu masuk Bazar Jalan Masjid India tu terus je.. kat hujung sana ada satu bangunan tulis Semua House..kat dalam ada banyak kedai kedai kain, baju semua.. tapi barangan majlis perkahwinan ada kat tingkat bawah.. turun satu aras.. nama kedai dia Yen Riben dan Sinmin..

Kedai Yen Riben, Semua House Jalan TAR  

Kedai Sinmin, Semua House Jalan TAR

 Daripada luar bangunan Semua House, sumber gambar

Peta Jalan Masjid India.. daripada bazar depan Masjid India jalan terus sampai jumpa bangunan macam dalam gambar kat atas, sumber gambar google map 

Aku pung pang pung pang ni macam je kedai aku kan hahaha..
Btw, yang duduk jauh nak aku tolong boleh gak aku uruskan, boleh kautim harga.. ewah!!

19 comments:

[sutera kasih] said...

nanti aku kawen, nk beli brg2 kawen, koling2 ko jak la bu..fuhhh sng keja

Ash Give said...

ok no hal bah hehehe

Cikgu Ma said...

bakal abam keje KL..memang bantai usung barang dari KL je la..

onie said...

fuhhhhhhhhhhhhhhh! masuk dalam list...tenkiyukkkk abu

Ash Give said...

cikgu ma.. untungla hehehe
onie.. hehehe laju kan..

Lea Isnawi said...

bila nak beli utk diri sendiri lak abu?

Hanif Idrus said...

Pilihan yg baik!!

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

rambang mata kalau bnyk pilihan ni..akak kalau masuk tmpt camni hui berejam x kuar-kuar

HeNRieTTa JoSe said...

lamer dah xkesana....hehehe....klu ada rezki nov trun sana jap...

hani said...

ni la tempat paling salu aku pegi utk beli brg kraf. tp ada satu lagi kedai dlm semua house yg lagi murah dari yen riben n sinmin ni.

kat tingkat u5, nama dia sayang you. lagi besar, lagi murah, lagi lama kau duk dalam tuh haha. sekian.

er..kau tgh survey tempat nk carik brk kawen ke? nak kawen kah?

inche hlovate said...

Wah bagus2..nanti nak kawin boleh pegi ni..banyak pilihan betul

Ash Give said...

hani.. thanks.. baru tau, tak pena pun explore sampai kat atas..

missSenget said...

kat situ ada jual benang kait tak..? hohohoh..

faridah nazurah said...

haha nnt aku kawen kau tolong sponsorkan okey

Wawa Mohamad said...

terasa nak kawen je tengok barang2 kawen tu lawa sangat... haish, kalau mak den tahu mesti kena cepuk :D

Syazana Zainn said...

amboi, uol nak kawen dah ke?hihi


p/s: antara TAR dgn nilai mana murah? -,-'

syakey said...

baiknyaaa kau abu, rajin belikan untuk org. haha

haa, area jalan tar ni mmg semua ada. a to z gitu. tak cukup, masuk sogo ponn boleyy

Yousof said...

Hehehe bagus jugak cara kau.. Maknanya kau hantar gambar hari ni, malam sedara mara kau decide nak yang mana, esok kau terus shopping kan untuk diaorang? ;D


Comel nama kedai ni, semua rumah. Semua rumah kena ada barang² ni untuk nampak cantik. hihi

Nur Farazilla said...

Thnkz 4 these info...Skrng nih mmg nk crik kdai utk bli brg2 hantaran kt kl...tq ya ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!