Friday, September 21, 2012

Kantoi Ada Blog

Lately orang orang kat opis dah tahu aku ada blog.. so, tertutup sudah pintu aku nak mengumpat kutuk kutuk diorang dengan sewenangnya kat sini.. nasib baik la previous entry aku tak berjari lancang sangat haha.. ada pun sikit sikit je kot.. ah gigih diorang nak selak satu satu entry aku..  

Tambah tambah lagi boss aku Mr. John tu pun dah tahu.. dia cakap macam ni lebih kurang.."I heard  you expert about a foods and share it into your blog".. daaaah.. aku da cuak.. sib baik dia tak tanya apa nama blog aku.. mahunya dia google.. nampak ooooh ini bukan pegi buat farm audit ni, ini pegi bercuti cuti kat Cameron Highlands hahaha..

Those yang tak friend list dengan aku kat facebook pun sama.. aku bukannya share sangat pun entry aku dalam facebook.. ada pun tak ramai yang klik daripada situ sebab boleh tahu traffic source daripada dashboard..

Ini sebab kes kes yang search dalam google la.. minggu ni pun ada yang tegur tang pening pening pasal baju pop colour untuk annual diner esok haha.. sorang kakak tadi pun sapa daripada jauh... "abu!!... ashgive.com" errr.. dia cakap dia google baju pop colour.. terjumpa blog aku ni..orite.. yang pasal aku tertinggal kapal terbang tu jangan cakap la.. siap perli gurau lagi.. "lah abu ni.. dah la tertinggal kapal" haha..

Tu la kadang kadang kita tak expect pun sesetengah orang tu boleh baca atau terbaca blog kita.. betul la jadi blogger ni untuk berkongsi something dengan readers.. sebab ia terlalu publik, pastikan kita tak bercerita tentang sesuatu yang terlalu peribadi... atau pun melepaskan perasaan marah kutuk kau kau pada mana mana pihak yang kita kenal personally dalam dunia nyata.. nanti ada yang cakap "cilaka kau Abu" haha..

me and a bunch of friends 

21 comments:

onie said...

aku pun penah kantoi gak wei,kantoi dengan bos lak tu,adeh la...malu je wei...haha...

PORUMAN said...

betul tu.. x perlu share hal peribadi sgt.. byk cerita-cerita dunia yg boleh diulas dlm blog.

ikaa said...

bila nk letak shout?? ikaa nk tgl jejak nnt

ikaa said...

bila nk letak shout?? ikaa nk tgl jejak nnt

Syazwan Che Deraman said...

tula sesetangah orang tak tunjuk identiti.
takut jadi macam ni.

aku plak.
aku banyak dok cerita pasal cikgu ganti.
bila students add aku dalam fb.
aku tak post dah entry aku dalam fb.
takut dorang baca.

anamizu kaito said...

sbb tu kdg2 ramai bloggers suka
mysterio je.. tanak expose sgt
identiti sbnr..hehe


*aku takot kntoi ada blog, so aku
buat 2 blog sbnrnye.. kot2 kantoi
blog diary kecil, aku bleh tutup je
trus.. guna blog yg 1 lagi.. ekeke =P

Aki said...

teda efek sama sa tu abu.. sa hantam ja.. lagipun, jarang sa cerita hal opis.. tida bermakna.. :P..

Hanif Idrus said...

Rakan opis yang mesra..hahaha

Ash Give said...

sebenrnya blog aku ni bersifat neutral..:P

Miz Rinie Yunus said...

Nampaknya blog mu semakin "fofuler" la abu..heeeee....hidup abu!!!hehehe...

Ash Give said...

ah fofular la sgt hahaha..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

aku ni seorang yang pemalu! #truestory!

2 tahun lepas, tak de sapa pun kawan aku tahu aku ada blog.. tah macam mana tah, sejak last year aku dok kena bahan sebab ada blog..haha aku ni pemalu, jadi nak marah or perli balik pun rasa malu.. jadi diam wat dek je..hahaha

Yousof said...

Serius aku ingat selama ni kawan² kau dah tau yang kau ada blog yang fofuler.. Paling best bila boss kau dapat tau yang kau banyak 'puji' dia dalam blog kan.. ;D

Belum lagi tips kuruskan pipi tu, harap² kawan kau tak berkecil hati.. heheh

Kawan nyata aku ramai yang tau aku ada blog tapi kebanyakannya tak ikut sangat pun, ye la aku bukannya fofuler. Yang penting aku dapat tinggalkan sesuatu yang baik untuk dikenang bila aku dah tak ada nanti..

syafiqakarim said...

ramai tau psl blog aku.
buat derk je.hahha

Cikgu Ma said...

memang x seronottt kalo ofismate tau blog kita...hehe

Wawa Mohamad said...

blog lama aku hanya beberapa orang je member yang tahu, so aku buat blog baru nak private2 sikit :D

EL MARIACHI said...

apa nak takut..cakap je kebebasan berkarya...FREEDOM IN WRITING

M. Noridham said...

abis la ko abu.. wahahaha.. klu dia tau pun aku rasa mampu ke dia carik url blog ko ni?? wahahaha~

Syazana Zainn said...

tau takpe

aku lak terkantai dgn boss aku dulu -,-

nasib aku cik anon kan nama dia

tp dia macam tau jek hewhew

thats y aku dah tak ngutok org..kahkah


i am S!L4H.. said...

haha. betul. bile org dah tau, mule lah perli2. aku pon x phm motif perli2 itu.


@_@

Puteri Iqa Izyan said...

aku malu kalau orang tau pasal blog! hee.

yang tak menahan bile duk cite bace entri pasal ape. rase nak sorok muke dlm tanah. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!