Saturday, August 11, 2012

Bayar Fidyah Puasa Dan Cara Mengira Fidyah: Maksud Fidyah Dan Jenis Golongan Yang Membayar Fidyah

Ketika bulan Ramadah tidak semua Muslim mampu berpuasa, ada yang puasa separuh separu dan ada yang langsung tak mampu berpuasa dalam tempoh sebulan.. for those yang tak mampu berpuas tu, Islam membenarkan untuk membayar Fidyah

Maksud Fidyah 

Fidyah adalah satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakili satu hari yang tertinggal puasa Ramadan padanya.

Makanan asasi masyarakat Malaysia adalah beras, maka wajib menyedekahkan secupak beras kepada fakir miskin bagi mewakili sehari puasa. Ukuran secupak beras secara lebih kurang sebanyak 670 gram.Contohnya si polan telah meninggalkan puasanya sebanyak lima hari, maka dia wajib membayar fidyahnya sebanyak lima cupak beras kepada fakir miskin.

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Puasa yang diwajibkan itu adalah beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat menggantikan puasanya di bulan Ramadan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.


Sumber Bicara Agama Utusan Online

Fidyah boleh dibahagikan kepada dua golongan:

1. Membayar fidyah sahaja
a. Uzur, sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh
b. Orang yang telah meninggal dunia (hendaklah desempurnakan oleh waris si mati)

Kaedah pengiraan: 1 cupak  x jumlah hari yang ditinggalkan puasa

2. Membayar fidyah dan Qada' Puasa
b. Perempuan hamil yang dikhuatiri menjejaskan kandungannya
b. Perempuan yang menyusukan anak, yang dikhuatiri kering air susunya

Kaedah pengiraan: 1 cupak x jumlah hari yang ditinggalkan puasa + menggantikan bilangan puasa yang di tinggalkan

c. Melambatkan qada' puasa hingga melangkan ke bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Kaedah pengiraan: 1 cupak x jumlah hari yang ditinggalkan puasa (jumlah fidyah adalah berganda mengikut tahun yang ditiggalkan + menggantikan bilangan puasa yang ditinggalkan.

Sumber: izakat.com

Cara mengira fidyah

Sila klik link ini----> Kalkultor Fidyah Lembaga Zakat Selangor



Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan memerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai wang ringgit, pakaian dan sebagainya.

Sumber Lembaga Zakat Selangor

Ok itu je ilmu yang di cedok daripada beberapa sumber.. sekadar untuk berkongsi dan extendkan ilmu yang ada di alam maya ni.. selamat beribadah..

26 comments:

Akue Achik said...

info yg sgt3 bguna..thanks 4 da sharing.. :)

blum pnh byr fidyah lg..tia mmpu..huhu

Cikgu Ma said...

masih bwh tanggungan ayah..hihi

Ash Give said...

Fidyah la. Bukan zakat..

APAN said...

yg kena byr tu, pepandailah bayar...jngn tau tinggal je...anak2 yg sihat kena amek tau kalau ibubapa mereka uzur pastu tinggal puasa...

harapnya, dptlah puasa penuh sampai hbs usia...

onie said...

ilmu yang berguna :)

Lea Isnawi said...

nice info..

tapi alhamdulillah masih mampu berpuasa dan sempat ganti posa :D

lilypelangi said...

nice info!!


tp kan abu , lau kita tak ingat bpe byk kita tinggal puasa camne? ( tp bukan sy lah :p )

Ash Give said...

Lebih pun tak pe... "Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya.."

iqa said...

bagus ni abu! :)

Hanif Idrus said...

Perkongsian yg baik

Edy Fee said...

aku takde chance la.hehe kene pose gak

anamizu kaito said...

alhamdulillah bagusnye sharing ni ABU.. byk info baru nih..

tirahzairi said...

mohon buat kelas tambahan...juling mata nk kira...hehe

kay_are said...

rumit gak nak kire fidyah ni kan sebenarnye.. so senang cite, selagi mampu.. kite berpose je r kan..

blog-tips-kurus said...

bagusnya Ustaz Abu ni.. :-)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

johor punya takde ke?

HeNRieTTa JoSe said...

Thnaks for the share....

amir aizat said...

good entry lah abu :-)

Yousof said...

Entri yang baik!

Baru aku tau dah siap ada kalkulator tu, mudahkan urusan. Bagus bila teknologi diguna untuk benda baik macam ni kan, besar pahala orang yang buat tu.


Selamat menghayati ramadan hingga ke penghujungnya wahai sahabat! ;)

O CIKTEDDY said...

terima kasih sngt2 Abu..sngt berguna ^^

Hanif Idrus said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
Selamat Hari Raya

Edy Fee said...

kunjungan sempena raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Azham Vsvc said...

hehe dulu masa sekolah menengah pernah kena hafal benda ni sbb ustaz nak tanya dalam kelas...tapi tu la setakat hafal je skrg dah lupa hehe...baguslah sekarang boleh refresh balik kat sini hehe!

hassy chan said...

wah.. nice info..
selama ni x tau cra nk kire..

btw selamat hri raya heeee

Syazana Zainn said...

gigih ko kan buat tuto mcm mn nak kira fidyah :D

p/s: btw thanks sbb ko gigih :D
selamat hari raya ABU!

El-Janna said...

wahh thanks for sharing^^ bgus nii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!