Thursday, July 19, 2012

Rukun puasa, lafaz niat puasa Ramadan, sayarat wajib puasa dan sayarat sah puasa

Tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma dan kita akan manjalankan ibadah puasa.. so aku nak ucapkan  selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada saudara saudari semua yang beragama Islam.. i love u, u love me muah muah muah!! hahaha..

Sekadar untuk berkongsi ilmu ilmu yang kita dah belajar.. ya la kan kita ni kan manusia, lupa, tak ingat, ingat ingat lupa dah sebati dalam kehidupan seharian kita.. dan dengan itu, mari lah kita belajar kembali ya kawan kawan..

Rukun Puasa:
1. Orang yang berpuasa.
2. Berniat pada malam hari bagi puasa wajib (antara permulaan malam sehingga sebelum terbit fajar sidik).
3. Menahan diri daripada segala yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.  

Lafaz niat puasa bulan Ramadan (harian):

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah ta'ala

Lafaz niat pusa Ramadan sepenuhnya (sebulan):

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadan kerana Allah ta'ala

Sayarat sayarat wajib puasa:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak diwajibkan ke atas kanak kanak yang belum sampai umur baligh.. walau bagaimanapun, kanak kanak digalakkan berpuasa.
3. Berakal - tidak diwajibkan bagi orang gila.
4. Berkemampuan - tidak diwajibkan ke atas orang yang tidak berdaya seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Sayarat sah puasa:
1. Islam -  Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya akan batal.
2. Berakal - orang gila tidak sah puasanya.
3. Suci daripada haid dan nifas.
4. Masuk waktu puasa.
5. Berniat pada setiap malam - menurut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Okeh itu jak untuk kali ini.. nanti kita sambung lagi hilal ramadan kita ya..assalamualaikum..
Sumber: Dawama Sdn. Bhd

15 comments:

khairul akmal bin azman said...

bagus gak entry berbentuk ilmiah..
thats good for teenagers

.::TAIKO ::. said...

bagus2..
ingat masa puasa kecik2 dulu ayah ajar niat puasa ikut nasyid raihan..
huhu :)

Chic Na said...

bagus share ilmu ni.

lebih selamat niat utk sebulan. :)

syafiqakarim said...

haaa.sgt bagus ni.bole refresh semula. tengs bu.
salam ramadhan

kay_are said...

peringatan yang bagus.. last blaja mase sekolah dulu rase nye.. memang ingat2 lupe.. thanx for reminder =)

cimOt said...

nice! such a good tazkirah for today and fasting month just exactly around the corner...

ramadhan kareem alaika ya abu~~

KhaiRin : anies said...

salam ramadan buat abu sekeluarga!

inche hlovate said...

selamat berpuasa Abu

lilypelangi said...

selamat berpuasa Abu , nice info!!

semoga puasa tahun ini lebih baek dari sebelumnye :D

ABU said...

selmat berpuasa jugak kepada semua..

APAN said...

selamat berpuasa bro :)

Azham Vsvc said...

Selamat Berpuasa...wah nevesnya rasa heheheh....

Rain said...

baguih adik akak ni ..

selamat puasa. orang lelaki tiada keuzuran , insyallah..

syakey said...

slamat berpuasa weh!

Viantra said...

makasih lafaz niat puasa ramadonnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!