Khamis, 12 Julai 2012

Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra

Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra
Kawasan bukit adalah merupakan kawasan pemakaman keluarga diraja Selangor sejak tahun 1886. Di kawasan seluas 5 ekar ini terdiri sebuah binaan yang menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor ke-4 yang telah mangkat pada Febuari 1898, Makam makam lain yang terletak di luar binaan merupakan makam makam Almarhum Tengku Muda Musa, Almarhum Tengku Alfiah (Puteri Almarhum Sultan Abdul Samad), Almarhum Tengku Jaafar, Almarhum Tengku Yaakob, Almarhum Tengku Maharum, Almarhum Raja Berkat dan Almarhum Tengku Mutih Ibni Sultan Abdul Samad.

Bangunan menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad

 Makam Almarhum Sultan Abdul Samad


 Makam makam lain yang berada di sekitar kawasan ini 


 Rasanya ini la makam makam panglima diraja, panglima hijau dan panglima hitam, tengok pada kain kat atas batu nisan 

 Makam Almarhum Tengku Muda Musa, mangkat pada 7 Julai 1884


Kalau korang tray google, macam macam cerita korang boleh baca tentang kawasan pemakaman ini.. tapi untungla masa aku pegi ni aku tak tahu apa apa lagi, masa balik daripada bukit jugra tengok orang ber-paragliding, member aku tetiba je bagi tahu kat atas sana ada kawasan perkuburan diraja.. so, aku apa lagi.. nak je la tengok, lagi pun dah tengah hari, tak de la rasa apa apa sangat..

Kawasan ni dijaga rapi ok, ada beberapa orang yang jaga kawasan ni.. time kitaorang singgah pun ada dua orang  sedang ngaji kat situ.. mungkin takut orang datang buat benda yang bukan bukan la kot, maklum la, orang orang lama ni ilmu dia kuat, kot kot ada yang datang main bakar bakar kemenyan mintak nombor ekor bagai, buat aktiviti paranormal macam uncle seekers tu..


Apa apa pun jika korang berkunjung ke area Banting Selangor, menjejaki sejarah lama Kesultanan Selangor kawasan Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra adalah tempat yang harus korang pegi.. kawasan perkuburan lama yang menempatkan makam sultan dan kerabat diraja dan panglima panglima sultan..


Bagaimana nak ke kawasan Makam Diraja ni?.. klik kat sini, tengok signboard, sebab map ni darpada Pekan Banting ke Bukit Jugra Paragliding.. one way boleh singgah ke kawasan makam diraja..

Tag: kawasan bersejarah di selangor, kubur lama di banting, bandar diraja lama di banting, kawasan perkuburan seram, aktiviti kurafat di kubur lama, gambar kubur seram di bukit jugra, kambar kubur sultan selangor..

17 ulasan:

khairul akmal bin azman berkata...

cantik2 pic.
ko pakai nikon ke dslr

Abu Bagi berkata...

canon yg mcm yuna pakai tu je..tak mampu nak beli yg mahal mahal..

Unknown berkata...

hehe janji ada kamera bro :D

Wadi AR berkata...

amboi canon macam yuna pon mahal jugek. jambuuu

Zehan Ilyana berkata...

lama dah tak pergi makam ni..:'(
rindu dengan makam2 ni semua...:(
tapi, setiap tahun mesti kena pergi atleast sekali...:)

syakirahmn berkata...

i likeeeeeeeeeee gambaq awan biru. makam tu kurang like. huhu

Cik TeN10 berkata...

smart pics !! i likeeeeesssss :)

syafiqa berkata...

lawa gambaq.
nanti kita p lagi k

Chic Na berkata...

pernah tengok pasal istana ni dalam rancangan Sarapan. :)

HeNRieTTa JoSe berkata...

Xpernah pergi....

dear anies berkata...

ooo kawasan di raja la kiranya...lom penah smpi lg

Rain berkata...

kuning!!

Hanif berkata...

Ramai yang puji kau amik lawa....aku dah lama tahu ...
before and after banyak perubahan!!

Unknown berkata...

Hehhee....seronok la jln2 kt Kuala Selangor eyh? hehehehe.....nanti nak cuba la pergi sana hehehe

hani berkata...

aku mmg suke sejarah, tp bab makam2 ni kengkadang gerun jgk nengoknye..

vendoline berkata...

tetengah hr bergambar ni.heheheh tak panas ka

vendoline berkata...

tetengah hr bergambar ni.heheheh tak panas ka

Babab.net