Friday, July 27, 2012

Tiket Flight Balik Sabah: Tiket Balik Raya Dah Habis

Aku tadi saja saja la konon nak cek cek harga tiket flight balik Sabah.. tiket aku dah beli sebenarnya, cuma aku nak cek berapa lah konon harga tiket kapal terbang sekarang.. sebab baru baru ni member aku cakap mahal gila sekarang..

So aku check tadi rupanya tiket flight balik Sabah turun kat Tawau dah sold out, dua dua tuk airasia dan malaysia airlines.. huhuhu nasib baik aku dah beli siap siap.. yang ada pun 24 August..sabar la korang yang nak turun Tawau, semua tiket flight dah habis untuk balik beraya.. 

airasia

malaysia airlines 

Tinggal lagi yang nak turun Kota Kinabalu, tu pun one way malaysia airline harga tuk tiket dia dalam RM 877, bapak mahal.. nak turun Sandakan 16, 17  dan 18 August pun semua dah sold out..

Airasia kalau nak turun Kota Kinabalu masih banyak lagi, diorang macam dah tambahkan bilangan penerbangan.. tapi harga tiket all in dalam RM 800 jugak la.. kalau nak turun Sandakan ada beberapa flight lagi, harga all in tuk 17 dan 18 August dalam RM 1052, one way..hahaha mahal gila..

Harga tiket airasia ke Sandakan

Aku beli hari tu pun kira dah lewat.. harga all in turun kat Sandakan dekat dekat RM 500 gak one way.. balik sini dalam RM 300 lebih.. komon komon dekat RM 900 jugak la habis tuk return, so koyak jugak la poket aku haha..

Sofar aku balik Sabah dalam dua kali setahun.. kalau aku gunakan tambang tiket ni semua pegi cuti cuti kat Bali, Bandung, Jakarta, Thailand, Vietnam bagai, boleh dah aku pegi beberapa kali hahaha..  oh sabar je la orang yang kerja kat oversea ni.. ok itu je, bye.. selamat berpuasa..


Tag: tiket kapal terbang balik raya dah habis, harga tiket kapal terbang murah, harga tiket kapal terbnag mahal, tiket balik kampung, harga tiket kapal terbang ke sandakan, tiket bus, tiket kapal balik kampung, tiket promo

Thursday, July 26, 2012

Marilah Kita Pop-up kan Ruangan Komen

Di sini ada pesanan untuk rakan blogger.. lately aku banyak terjumpa blog yang ruangan komennya tidak di pop-up kan.. tak tahu la pulak aku sama ada korang sengaja ataupun tak, cuma aku tak nampak mana resionalnya kenapa ia tidak di pop-up kan.. mungkin korang boleh respon dan bagi tahu aku sebabnya kat ruangan komen nih..bossy tak ayat aku ni hahahaha.. tak boleh bla..

Selalunya issue pop-up or words verification bagai macam ni timbul kepada blogger baru.. tapi setahu aku circle friends aku dalam blog ni kebanyakannya adalah blogger lama, dah kira senior.. kira otai pun ada, eh! agak perasan la jugak aku kawan dengan blogger otai kan hahaha.. tapi yang pasti ada diantara kalian sudah boleh diangkat sebagai abang kawasan.. 

Perlu kah aku nak jelaskan kenapa perlu pop-up kan ruangan komen.. diulang suara, perlu kah.. tak perlu kan, tapi aku peduli hape, aku nak jelaskan jugak..

Korang bandingkan mana lagi mudah, buka tetingkap kecik atau buka page baru?.. just kelik Comment pop! tetingkap kecik dibuka, lebih ringan, senang nak hayun.. tak perlu load semula page.. sedap je komen..

Walaupun sudah ramai yang mengunakan internet berkelajuan tinggi, tapi mungkin perlu jugak dipertimbangkan mereka mereka seperti saya yang menunggang berok cap celcom di dahi.. kasihan la kat kitorang..

Pic ke satu 
Pic ke dua

Nampak tak gambar kat atas.. kalau benda ni kuar aku terpaksa komen guna Anonymous, tapi paling kerap aku buat ialah dengan masukan nama dan URL blog.. tak tahu pulak aku kenapa dia tak boleh set terus guna akaun google aku.. aku tray try tapi tak dapat jugak.. 

So setiap kali nak komen entry korang aku ulang ulang benda yang sama.. dan yang paling terok ialah rupanya selama ini komen aku tu tak keluar pun, maksudnya selama ni yang aku komen komen tu tak de apa apa, sia sia.. ni aku tahu selepas double check comments yang aku tinggalkan kat entry rakan blogger yang ruangan komen dia macam kat atas, ada ke tak.. ke korang memang tak approve komen aku tu, jahat gila hahahaha.. setahu aku, setakat ni aku tak pernah lagi komen blog orang guna perkataan perkataan lucah.. gila ka apa aku ni nak buat macam tu..haha..

Jika ini berlaku, mungkin korang beranggapan aku ni seorang yang sombong.. ataupun paling mengarut mungkin korang cakap aku ni bajet retis.. tak pernah singgah blog korang dan tinggalkan jejak.. oh mana mana la.. kalau retis pun ok jugak kot hahaha..

Adakah masalah ni berlaku dengan aku sahaja.. untuk pengetahuan korang aku menggunakan browser Google Chrome.. ada tak apa apa setting yang aku perlu ubah..

Tapi apa apa pun paling bagus kalau korang pop-up kan ruangan komen korang, serius itu sangat mesra pengguna.. mudah nak komen dan sangat simple, macam mana nak pop-up kan ruangan komen? sila lah google, aku yakin ada banyak tutorial di dalam internet ni.. 

Sebagai pesanan terakhir, selain meng K-pop kan blog korang.. MARILAH POP-UP KAN RUANGAN KOMEN.. 

Wednesday, July 25, 2012

WW: Number Plate Abu


Awesome bila terjumapa plate number ABU di sana.. 
Serius entry penyelamat apabila entry terakhir pada hari Ahad lepas hahaha 

____________________________________________________________________


Monday, July 23, 2012

Fesyen Tudung Terkini 2012: Pendapat Aku Tentang Trend Wanita Bertudung Masa Kini

Dekat dekat nak raya ni mesti ramai yang dah mula berfikir fikir pesen tudung apa yang nak dipakai kan..terutamanya perempuan, errr.. memang la perempuan, takan pondan pun nak pakai tudung.. tapi ada je kan pondan yang pakai tudung, muslimah katanya.. mana mana la, pondan pun pondan la..

Balik cerita pasal tudung.. sebenarnya pada aku tak kesah la korang nak pakai tudung apa pun, nak letak kupu kupu kah, pasu bunga kah, lilit satu badan kah, warna wari macam I-City kah.. yang penting menutupi apa yang perlu ditutup seperti yang diajarkan oleh Islam.. ingat lagi tak Wear it Right Campaign, Covering the Chest is The Best..

Tak pakai tudung pun tak pe.. pakai alas meja kah, kain langsir kah, kain pelikat kah pon buleh.. cukup kan nak litup bahagian bahu dan tetek.. so pakaila.. biar nampak ayu dan lembut dangan santunya, sejuk je mata memandang..

Kalau nak cakap pasal fashion tudung sekarang ni jangan la.. banyak gila, laju betul pesen pesen terbaru,  mengalahkan Samsung Galaxy series, aku pun tak terkejar (motif aku nak kejar).. tapi yang bestnya aku tengok gaya dia semakin menarik, moden, kontemporary dan elegant.. selain mengekalkan ciri ciri muslimah dia.. wah gila aku ayat fashion designer hahaha..

Aku melihat perkembangan ini sebagai sesuatu yang positif.. tengok la lately semakin ramai wanita muslim yang memilih untuk bertudung/ berhijab.. daripada free hair kepada image bertudung/ berhijab.. tak kira golongan biasa ataupun daripada golongan artis..

Dilihat sebagai fashion, tapi pada aku itu dikira okay, sekurang kurangnya ada 'sesuatu' di hati mereka.. walaupun ada jugak bunyi yang mengatkan "buat apa nak bertudung tapi hati tak ikhlas, sekadar fashion semata mata".. tapi pada aku jugak sekurang kurangnya mereka sudahpun terlepas daripada satu dosa iaitu dosa mendedahkan aurat, dosa yang lain hanya Allah swt. yang mengetahui..

Kepada wanita diluar sana, jika korang sedang menimbang nimbang lepas ni sama ada nak berhijab atau pun tidak.. teruskan lah niat korang untuk berhijab.. sementara usia masih muda, fashion yang lawa lawa dan hangat tengah belambak di pasaran.. nanti dah tua da kurang yakin dah nak pakai lilit lilit bagai, rugila korang tak sempat nak rasa satu era muda anggun dengan berhijab..

Tengah bulan Ramadhan ni jugak mungkin adalah masa terbaik untuk berubah.. lebih berkat berbanding dengan 1 January.. pahala pun dilipat gandakan.. dah bertudung nanti dapatlah berhari raya dengan image baru, buat surprise kepada sanak saudara rakan dan taulan di kota dan di desa.. amacam positif tak aku, bagus tak idea aku ni hahaha..

Oh sebelum aku terlupa, gambar gambar ni semua aku ambek daripada fb TudungPeople.. tengok tudung dia semua nampak macam lawa, pegi la terjah sebelum kehabisan stock.. aku tengok pun ada banyak yang sold out, ni lagi dah dekat nak raya..

Fikir fikir nak pakai tudung apa time raya nanti aku pun tak tahu la korang, macam macam jenis nama tudung.. korang perempuan jugak la yang tahu lebih.. kitaorang cuma boleh cakap "korang nampak lebih cantik dengan bertudung".. ok itu je, selamat berpuasa..

PS: Sensasi Gaya Tudung Hana Tajima

Sumber gambar: https://www.facebook.com/TudungPeople


Tag: Gaya tudung terbaru, gambar fashion tudung hari raya 2012, gaya fesyen tudung terkini untuk hari raya (gambar), tudung online shopping, gaya fesyen tudung yuna dan hana tajima, tudung fareeda, tudung borong online, tudung jual kodi, gaya tudung tasha manshahar, tudung ariani 2012, tudung online, fashion tudung, bawal, labuh, yuna, terbaru.

Saturday, July 21, 2012

Sambut Hari Jadi: Thanks To My Crazy Friends

Cam ne puasa first day, ok ke tak..mestilah ok kan.. jangan beguling guling atas tilam je sudeh hahaha.. aku ni ha, hujung minggu ni tak pegi mana mana pun, jimat.. duk rumah je kemas bilik, basuh baju, bersihkan tandas fuhh!! penat hahaha.. motif bagi tahu kan keh keh keh keh..

Ok hari ni baru nak update pasal besday aku 18 haribulan baru baru ni.. tak sempat uolzz busy katanyer, lagipun gambar baru dapat daripada kawan aku, tak de materials rasa malas pulak nak buat entry.. blog pesen tepek gambar, semua entry harusla ada gambar hehe..

Tuuudia gambar cake dibulan puasa eh.. tapi time puasa tak nak makan cake, suka buka puasa dengan kue kue kampung..

Nak dijadikan cerita, aku tak tahu pun member member gila aku yang diberi nama Kido, Umie, Hani dan Azrul nak sambut besday aku.. hari tu biasa biasa je, petang Umie cakap jom lepak kat Pedas jap..eh sampai sana tetiba Kido bawak cake.. motif la kan main surprise surprise, padahal aku macam boleh agak je hahaha.. dan yang kat atas tu la cake dia..perisa chocolate..

 Hani dan Umie 

 Azrul 

 Abu dan Hani  

Mintak tolong brother kat Pedas tu tangkap gambar.. rasanya dia nak muntah kot tengok perangai kitaorang buat kedi dia macam kat rumah sendiri hahaha.. bising gelak macam apa..

Waaah da besar dah, bagus betul la si Abu ni, dulu keciiiiiik je, sekarang dah besar bulat macam bola.. perangai pun dah semakin matang, tengok matang kan dia.. oh I wish so..

Mungkin ramai yang tertanya tenya ini hari jadi yang keberapa.. itu semua tak penting, anggap je sweet seventeen.. ada jugak yang pengsan kang hahaha..

So, dikejahuan ini aku nak ucapkan terima kasih to all my crazy friends yang sengal sengal dan lawak.. thanks kat korang, it is so unforgettable.. korang jugak la best friends yang dekat dengan aku disini.. love you all.. dan tak lupa jugak selamat berpuasa kat korang readers semua semua ok.. 

Thursday, July 19, 2012

Rukun puasa, lafaz niat puasa Ramadan, sayarat wajib puasa dan sayarat sah puasa

Tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma dan kita akan manjalankan ibadah puasa.. so aku nak ucapkan  selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada saudara saudari semua yang beragama Islam.. i love u, u love me muah muah muah!! hahaha..

Sekadar untuk berkongsi ilmu ilmu yang kita dah belajar.. ya la kan kita ni kan manusia, lupa, tak ingat, ingat ingat lupa dah sebati dalam kehidupan seharian kita.. dan dengan itu, mari lah kita belajar kembali ya kawan kawan..

Rukun Puasa:
1. Orang yang berpuasa.
2. Berniat pada malam hari bagi puasa wajib (antara permulaan malam sehingga sebelum terbit fajar sidik).
3. Menahan diri daripada segala yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.  

Lafaz niat puasa bulan Ramadan (harian):

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah ta'ala

Lafaz niat pusa Ramadan sepenuhnya (sebulan):

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadan kerana Allah ta'ala

Sayarat sayarat wajib puasa:
1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
2. Baligh - tidak diwajibkan ke atas kanak kanak yang belum sampai umur baligh.. walau bagaimanapun, kanak kanak digalakkan berpuasa.
3. Berakal - tidak diwajibkan bagi orang gila.
4. Berkemampuan - tidak diwajibkan ke atas orang yang tidak berdaya seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Sayarat sah puasa:
1. Islam -  Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya akan batal.
2. Berakal - orang gila tidak sah puasanya.
3. Suci daripada haid dan nifas.
4. Masuk waktu puasa.
5. Berniat pada setiap malam - menurut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Okeh itu jak untuk kali ini.. nanti kita sambung lagi hilal ramadan kita ya..assalamualaikum..
Sumber: Dawama Sdn. Bhd

Wednesday, July 18, 2012

WW: Selamat Hari Jadi Abu

Tuuudia gambar paling legend tahun 2004 hahaha..Siapa kita yang dulu itu tak penting..

Buah keranji dalam perahu
Selamat hari jadi Abu


ps: komen pantun dua kerat plz..^^

Tuesday, July 17, 2012

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2012, Bagi Negeri Negeri Seluruh Malaysia


Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa bagi negeri negeri seluruh Malaysia, klik pada link berikut, print dan tepek kat dinding dapur, ruang tamu, tepi katil dan sebagainya hehehe 

MELAKA
BAGI SELURUH NEGERI MELAKA

JOHOR
ZON I : PULAU AUR, PULAU PEMANGGIL

ZON II :      DAERAH JOHOR BAHRU, KULAIJAYA, KOTA TINGGI DAN MERSING DAN PULAU-PULAU BERHAMPIRAN    

ZON III : DAERAH PONTIAN DAN KLUANG

ZON IV : DAERAH BATU PAHAT, MUAR, LEDANG, SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR

PERAK
ZON I   :    Tapah, Slim River  Dan Tanjung Malim

ZON II   :    Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput dan Kuala Kangsar

ZON III  :    Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong

ZON IV  :    Temengor dan Belum


ZON V  :   Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan dan Pulau Pangkor

ZON VI  :    Selama, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar

ZON VII  :    Bukit Larut

SARAWAK
ZON I  : LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS

ZON II  :  NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI

ZON III  : TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU

ZON IV  : IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU, KANOWIT, KAPIT DAN SONG

ZON V  : BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN RAJANG


ZON VI  :  KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK

ZON VII  :  SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM

ZON VIII  :  KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN


ZON KHAS  :  KG.ULU MERAPOK, KG.SUNGAI MERAPOK, KG.MANCHU, KG.BUKIT PUAN, KG.TANAH, SIBAGOL, KG.UNDOP, KG.SASA, KG. BUKIT MANANG, KG.MERAMBAI, KG.LIMPAKI, MERAPOK, KG.BANGKATAN, KG.LADANG LALANG, KG.LEMPAKI TENGAH,  KG.LEMPAKI ASAL, KG.LANGUBAN DAN KG.PATARIKAN

SABAH

ZON 1 : (BAHAGIAN SANDAKAN ; TIMUR), TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN, SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM


ZON II : (BAHAGIAN SANDAKAN ; BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT,  JAMBONGAN,   PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH


ZON III :  (BAHAGIAN TAWAU ; TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN, KUNAK DAN LAHAD  DATU


ZON IV : (BAHAGIAN TAWAU ; BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN


ZON V : (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN BANDAR KUDAT

ZON VI : GUNUNG KINABALU ; KETINGGIAN 4,101 M


ZON VII  : (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, TAMPARULI, PENAMPANG,  KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR


ZON VIII : (BAHAGIAN PEDALAMAN ; ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU


ZON IX  : ( BAHAGIAN PEDALAMAN ; BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG 


TERENGGANU 
ZON I :  KUALA TERENGGANU DAN MARANG

ZON II :  BESUT DAN SETIU

ZON III :    HULU TERENGGANU

ZON IV :  KEMAMAN DAN DUNGUN

KELANTAN

ZON I : JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH, TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN GUA MUSANG (DAERAH CHIKU)


ZON II  :  JAJAHAN JELI, GUA MUSANG (DAERAH GALAS DAN BERTAM) DAN JAJAHAN KECIL LOJING 

SELANGOR
ZON I:  DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG

ZON II:  DAERAH KLANG, KUALA LANGAT,KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

PAHANG
ZON I : PULAU TIOMAN

ZON II : ROMPIN, PEKAN, MUADZAM SHAH DAN KUANTAN

ZON III : MARAN, JENGKA, CHENOR, TEMERLOH, BERA DAN JERANTUT

ZON IV : BENTONG, RAUB DAN LIPIS

ZON V : GENTING SEMPAH, BUKIT TINGGI DAN JANDA BAIK

ZON VI : CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER DAN GENTING HIGHLAND

WILAYAH PERSEKUTUAN
BAGI  SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA


BAGI  SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN


PERLIS
BAGI SELURUH NEGERI PERLIS 

NEGERI SEMBILAN
ZON I: TAMPIN DAN JEMPOL

ZON II  :  SEREMBAN, PORT DICKSON, KUALA PILAH,  REMBAU DAN JELEBU

KEDAH
ZON I :    DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA

ZON II :    DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN

ZON III : DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING

ZON IV  : DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU 

ZON V  :  DAERAH LANGKAWI

ZON VI  : PUNCAK GUNUNG JERAI

PULAU PINANG
BAGI SELURUH NEGERI PULAU PINANG

Sumber:http://www.islam.gov.my/

Monday, July 16, 2012

Best Di Pasar Malam Brinchang (Brinchang Night Market)

Mari buat entry jalan jalan pulak lagi kali ni.. dah lama nak story, nak kongsi apa yang ada kat Cameron Highlands lagi.. sebelum ni aku pernah cerita pasal cuti cuti tempat best di camerontempat makan best Cameron Highlands, membeli bunga segar di Kea Farm, ais krim dan ladang strawberry di Kampung Sedia, tumbuhan tanah tinggi, jenis jenis strawberry dan cara nak buat strawberry chocolate.. soon aku cerita ladang kaktus pulak yeekk..

Ok, jika anda berkunjung dan bermalam di Cameron Highlands, satu tempat yang korang harus pegi ialah Pasar Malam Brinchang (Brinchang Night Market).. kedudukan pasar malam ini berada di tepi jalan besar, sebelah menyebelah, di hadapan flat polis dan balai bomba brinchang..

Pasar malam ni dibuka pada setiap Sabtu seawal pukul 4 petang, tapi kalau time cuti sekolah ia akan dibuka pada setiap malam.. sesak jangan cakap la, nak dapat tempat parking memang payah gila..

So, dengan gambar yang aku tangkap.. mari kita lihat apa yang ada kat pasar malam brinchang..

Serangga serangga magnet, yang lekat lekat kat peti ais atau mana mana dinding besi pon boley.. yang penting dia nak lekat.. yang ni dia display kat keta pickup, lekat kat bumbung dinding semua.. nampak lawa dengan lighting dia.. aku pun snap!!

Pelbagai jenis teh boleh didapti di sini.. pelbagai jenis perisa, teh perisa strawberry, perisa lemon, perisa anggur dan banyak lagi.. asam asam pun banyak.. madu, kordial dan jem semua ada.. harga pun berbaloi.. snap!!

Strawberry chocolate lagi la banyak.. berjenis jenis, ada yang letak white chocolate, ada yang tabur dengan chocolate rice macam macam rasa.. dia buat kat situ, boleh tengok cara diorang buat.. hygiene ke tak hygiene.. dan aku snap!!

Suasana pasar malam.. ni pun dekat dekat dah nak tutup.. kitaorang sampai agak lewat sebab singgah makan dulu kat warung ikan bakar nik.. tapi masih ramai orang lagi, barang jualan sayur segar, makanan semua pun masih banyak.. suasana pasar malam lawa snap!!

Bantal Strawberry adalah antara sesuatu yang menjadi kegilan gadis gadis kalau pegi CH.. ya la kan warna merah pink comel cemel bagai.. suka la diorang kan.. snap!!

Gelang gelang, cicin ukir nama pun ada jual.. aku tak seberapa sangat dengan barang barang macam ni sebab pasar malam kat lembah klang pun banyak.. aku prefer barang barang CH.. snap!!

Buat muka annoying orange dengan kawan aku ni, Hani .. pesen pantang tengok orang bergambar, asyik nak menyelit je kerja di hahaha.. layankan sajoh snap!!

Antara barang souvenir yang boleh menjadi pilihan, key-chain murah murah boleh buat ole ole bak bagi satu office hahaha.. suka sebab dia ada tulis cameron highlands, lawa kan.. freezer magnet pun murah, macam macam bentuk dan warna, yang 5 ketul tuk 10 ringgit pun ada, ikut jenis macam macam.. lawa snap!!

Pelbagai jenis kaktus ada dijual di Cameron Highlands ni.. pasar malam ni pun dah boleh nampak, semua cantik cantik dan comel comel.. pelbagai jenis harga ditawarkan, ada yang 3 tuk 10 ringgit dan ada yang dua sepuluh dan banyak lagi la.. penggemar kaktus mesti beli, tambah koleksi.. snap!!

Rasanya ini bunga daisy kan.. ha yang ni pun ada jual, siap kembang lagi bunga dia.. cantek kan, subur pulak tu.. kalau makcik makcik gila bunga mesti dia beli ni.. bunga daisy cantik waktu malam snap!!

Kacaknya kacaknya kacaknya kacaknya hahahahaaha... snap!!

So, I Love Cameron Highlands..

I love, I love pun aku tak nak kena transfer keja kat sana dowh.. tak hadap aku nak bertapak kat Cameron Highlands, kalau takat nak outstation dua tiga hari tu ok lagi.. keja lama kat sana memang aku tak nak la hoii hehe..

Sunday, July 15, 2012

Tips Memilih Buah Durian: Tips Elak Terasa Panas Atau Mabuk Durian


Sekarangkan musim durian, durian besepah di sana sini.. ramai yang suka makan durian tapi tak tahu memilih  durian yang paling ohsem.. so, di sini aku nak bagi beberapa tips nak memilih durian yang masak, manis dan enak.. tpis dipetik daripada tempo.com...

Bergantung kepada jenis.. D24, musang king dan sebagainya, tapi sebaiknya pilih buah yang bulat sebab di setiap ruas nanti akan mengandungi isi durian..

Pastikan tangkainya bukan daripada potongan pisau.. bermaksud buah itu jatuh sendiri daripada pokok..dan jika tangkai itu dipotong dan dijilat ia akan terasa sedikit manis.. tanda durian itu cukup matang dan sedap.. so sila jilat tangkai durian ya hahaha

Pastikan durian mengeluarkan aroma yang kuat dan bau sedap.. sebagai tanda durian itu matang.. tapi jangan pilih kalau bau macam kentut durian.. tu mungkin durian kat dalam dah buruk hahaha..

Jika anda terasa panas, atau mabuk durian.. berikut adalah tipsnya..

Segera makan buah manggis kerana ia boleh membantu meleraikan dengan cepat karbohidrat yang tinggi pada durian di dalam perut..

Atau minum air putih daripada kulit durian yang sama fungsinya seperti buah manggis tadi..
Ok itu jep.. selamat melantak durian.. bye..


Tag: Gambar buah durian, musim durian di perak dan johor, jenis durian malaysia, cara kupas durian, cara makan durian, elak panas badan makan durian, elakkan mabuk durian, pokok durian tinggi, durian gugur, kentut bau durian, tips pilih durin yang matang, tips pilih durian yang masak dan sedap..

Thursday, July 12, 2012

Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra

Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra
Kawasan bukit adalah merupakan kawasan pemakaman keluarga diraja Selangor sejak tahun 1886. Di kawasan seluas 5 ekar ini terdiri sebuah binaan yang menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor ke-4 yang telah mangkat pada Febuari 1898, Makam makam lain yang terletak di luar binaan merupakan makam makam Almarhum Tengku Muda Musa, Almarhum Tengku Alfiah (Puteri Almarhum Sultan Abdul Samad), Almarhum Tengku Jaafar, Almarhum Tengku Yaakob, Almarhum Tengku Maharum, Almarhum Raja Berkat dan Almarhum Tengku Mutih Ibni Sultan Abdul Samad.

Bangunan menempatkan makam Almarhum Sultan Abdul Samad

 Makam Almarhum Sultan Abdul Samad


 Makam makam lain yang berada di sekitar kawasan ini 


 Rasanya ini la makam makam panglima diraja, panglima hijau dan panglima hitam, tengok pada kain kat atas batu nisan 

 Makam Almarhum Tengku Muda Musa, mangkat pada 7 Julai 1884


Kalau korang tray google, macam macam cerita korang boleh baca tentang kawasan pemakaman ini.. tapi untungla masa aku pegi ni aku tak tahu apa apa lagi, masa balik daripada bukit jugra tengok orang ber-paragliding, member aku tetiba je bagi tahu kat atas sana ada kawasan perkuburan diraja.. so, aku apa lagi.. nak je la tengok, lagi pun dah tengah hari, tak de la rasa apa apa sangat..

Kawasan ni dijaga rapi ok, ada beberapa orang yang jaga kawasan ni.. time kitaorang singgah pun ada dua orang  sedang ngaji kat situ.. mungkin takut orang datang buat benda yang bukan bukan la kot, maklum la, orang orang lama ni ilmu dia kuat, kot kot ada yang datang main bakar bakar kemenyan mintak nombor ekor bagai, buat aktiviti paranormal macam uncle seekers tu..


Apa apa pun jika korang berkunjung ke area Banting Selangor, menjejaki sejarah lama Kesultanan Selangor kawasan Makam Diraja Sultan Abdul Samad, Bukit Jugra adalah tempat yang harus korang pegi.. kawasan perkuburan lama yang menempatkan makam sultan dan kerabat diraja dan panglima panglima sultan..


Bagaimana nak ke kawasan Makam Diraja ni?.. klik kat sini, tengok signboard, sebab map ni darpada Pekan Banting ke Bukit Jugra Paragliding.. one way boleh singgah ke kawasan makam diraja..

Tag: kawasan bersejarah di selangor, kubur lama di banting, bandar diraja lama di banting, kawasan perkuburan seram, aktiviti kurafat di kubur lama, gambar kubur seram di bukit jugra, kambar kubur sultan selangor..

Wednesday, July 11, 2012

WW: Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan, Kau Mampu!!

Supermodel: Yushairi 
Origin: Uganda
Photographer: Abu Bagi
Theme: Beauty Behind The Lantana Camara
Shutter Speed And Motion: Random 
ISO: Random 
Platform Editing: Picasa 3


Memperkenalkan, terbaru daripda Uganda.. model didatangkan khas.. lama dah mintak kena expose dalam blog.. today dia punya dream came true.. 







PS: Jangan menghanjeng.. nanti supermodel sentap hahahaha...

Saturday, July 7, 2012

Apakah Perbezaan Diantara MasterCard Dan Visa

PersamaanEkceli tiada perbezaan yang nyata di antara MasterCard dan Visa. Kedua duanya adalah kad yang menetapkan peraturan dan standard bagaimana urus niaga kad diterima, dibenarkan dan diproses. Kedua-duanya buat duit dengan cara yang sama. 



Perbezaan utama


PenerimaanMasterCard diterima di lebih banyak tempat di seluruh dunia, Visa diterima di Amerika Syarikat. Sesetengah berpendapat MasterCard lebih digunakan secara meluas di Asia, mana kala Visa pula di Europe dan Amerika. 


Struktur OrganisasiMasterCard boleh dikongsi oleh pengguna awam, bermakna anda boleh membeli saham dalam MasterCard Inc. Visa adalah sebuah persatuan beberapa pertubuhan geografi yang dimiliki dan dikendalikan oleh bank-bank anggota.


ProdukKad Debit Visa di seluruh tempat, Tidak pasti MasterCard mempunyai kad debitatau jika tidak, ia tidak boleh didapati dengan meluas. MasterCard mempunyai produk yang rapi dipanggil PayPass yang membolehkan anda hanya swep kad anda dan pergi.

Sumber: answer.yahoo.com



Apakah Perbezaan Diantara UK, England, London dan Jugak Great Britain

Friday, July 6, 2012

Barangan Kraftangan Bazar Kraf dan Laman Budaya (gambar)

Jangan hengat aku tak bejalan jalan aku dah tak de story.. hehehehe.. aku ada banyak lagi story yang pending tak post dalam blog entry pasal jalan jalan tau hahahaha boleh tak macam tu.. 

Contoh macam ni.. 
Ini adalah entry bergambar.. barangan kraftangan di Bazar Kraf dan Laman Budaya yang terletak di hadapan Medan Cendol Dan Laksa MPKK.. bagi mereka yang berjalan jalan di sekitar Kuala Kangsar Bandar Diraja dan ingin membeli ole ole untuk dibawa pulang, di sini la tempatnya.. 

Gambar Labu Syong Perak yang cantek..

Gambar tudung saji dan gambar bakul bambu.. buatan tangan..

Gambar key-chain yang comel.. pelbagai jenis dan rupa 

Gambar piring piring.. boleh main masak masak..

Gambar beg tangan anyaman daripada sumber alam..

Gambar tikar mengkuang, beg tangan anyaman serbaguna, tepak sireh, labu sayong, seramik dan banyak lagi.. 

Gambar buah olok olok.. cili, kacang tanah dan cherry..

Gambar bakul serbaguna.. letak kat dinding, boleh guna tuk letak surat dan lain lain..

Jalan Shah Bandar Poskod 3300 Kuala Kangsar Perak

Siap dah entry bergambar yang sangat simple.. sedikt info dan gambaran bagi mereka yang pestime nak berjalan jalan di kuala kangsar.. ok itu je, bye..


Tag: Tempat membeli labu sayong di kuala kangsar perak, tempat beli barangan kraf di perak, temapat makan cendol di kuala kangsar, tempat best di kuala kangsar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!