Friday, June 1, 2012

Tutorial Cara Nak Buat Strawberry Chocolate

Hari ni aku nak tunjukkan satu tutorial yang sangat mudah dan comel.. iaitu cara cara nak buat strawberry chocolate.. gigih tau aku beli periuk periuk ni semua, sendok besar, coklat, estoberi dan butter.. sebab nak ajar korang.. ye la, aku kan dah ada ilmu ketok ketok kuali, so aku nak kongsi la ni..

Mari kita mulakan tutorial.. baca betul betul tau, ingat dan fahamkan.. sebab susah gak nak buat estoberi coklat ni.. silap silap tak sempat buat, estoberi dah habis kena makan..

Nak cairkan coklat.. mula mula panaskan air dalam satu periuk yang besar sedikit.. tunggu sampai mendidih, masukan chocolate bar kedalam satu periuk yang lain bersaiz kecil dan letak di dalam air yang mendidih tadi.. nak sedap lagi chocolate dia, tarok la sedikit butter.. kacau kacau kacau kacau kacau kacau sampai sebati dan coklat dia betul betul cair.. pastu matikan la api..

Sejuk sejuk sedikit, pastu boleh la celup strawberry yang dah dicucuk guna lidi tu kedalam coklat, kalau tak boleh tenggelam, guna sudu pun boleh gak.. siram siram strawberry tu dengan chocolate pada semua permukaan, kecuali pada daun daun kat pangkal buah dia tu.. malu je aku nak sebut daun, bukan daun sebenarnya.. aku dah lupa nama sebenar dia hehehehe..

Nak cepatkan chocolate dia beku, rendam dia kedalam air ais dengan kadar yang sekejap.. ada sesetengah chocolate tu tak payah pun nak rendam.. kejap je dia beku, sempat lagi nak deko deko, letak chocolate rice atau buat jalur jalur dengan white chocolate..

Taraaaaaa... siap dah.. macam ni je la, strawberry chocolate yang simple.. rasa kesedapan dia bergantung kepada freshness strawberry dan jenis chocolate yang korang gunakan.. lagi segar strawberry dia lagi sedap.. lagi mahal chocolate yang korang gunakan lagi sedap la kot rasa strawberry chocolate korang..

Step yang paling last sekali ialah makan.. hahahahaha..

Ok la aku tipu tipu je sebenarnya.. kat atas tu bukan aku yang buat.. aku cuma tangkap gambar je daripada night market kat cameron highland pastu tengok macam mana diorang buat.. yang lain lain tu aku tanya officemate aku dan lagi yang lain aku fikir secara logik hahahahaha.. kat CH jual RM 2 secucuk ok...

Senang je kan tutorial ni, boleh buat kat rumah.. kalau korang tak de strawberry aku rasa korang boleh gantikan dengan buah lain kot.. cuba tray petai ka, langsat ka, buah nona ka.. bagi la nama chocolate nona manis hahahaha..

28 comments:

Chic Na said...

mati2 ingat abu yg buat. huhu.. apepun, mmg sedap stroberi coklat tu. :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

peh! petai makan ngan coklat?
kentut bau dua2..

KhaiRin : anies said...

mula2 mkn dulu rs sedap sbb masam - manis..lelama ntah rs mcm x suka hehehe

syafiqakarim said...

mohon buat kan byk2.
nanti kita jumpa di the curve makan sama sama.ya baby?

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

terliur aku tgk..haha

etuza said...

macam ni pula buat coklat strewbery ya..

Gen2Merah said...

hehehehe... kagum aku tadi kalau orang lelaki dapat buat coklat sesedap ini... ehehe.... nice

Puteri Iqa Izyan said...

dah agak dah. mesti ambik gambar dkt cameron ni. hahaha.

tp, time pegi cameron tak penah pun makan strawberry choc ni. sbb rase mcm tak best je. hehe

~Sweet Honesty~ said...

kemain gigih en abu buat tuto..heheh

Lea Isnawi said...

gila ah petai cicah coklat

yucks

hahaha

si robot comel said...

strawberry chocolate teringat Datuk K,hahah

Yumida said...

rm2 mahal jgk kn..tp buah strawberry mmg mahal...berbaloi jgk beli..tp buat sendiri lg bez,,jimat...ingatkan abu yg rajin sgt bt masak2 ni semua..hadoi...penerbit di belakang tabir rupanya..hehe

ABU said...

hahahaha mmg tak la aku nak buat benda ni..

hara said...

ce wat tuto petai cicah coklat plak nk tgk sket..haha

semutsengal said...

Aaaaaaaabu tipu.


malas kawan. LALALALALLALALALA

onie said...

sampai lani onie takdan try strawberry choc. haha...sedih kan?

Aien Alien said...

mula2 lagi aku dah yakin dan pasti bukan kau yang buat...huuuu


nampak sodap!!!

ABU said...

citt!! hahahahahaha

saharol said...

Kena tipu bulat2. Ingat bro yang buat tadi. Hahaha ;p

Woofer Storm said...

kalau ko yang wat,aku terjah uma ko skg geng,.hehee

ada masa lepak ioi jum..eheee

Cik Yatt said...

aku tak prnh mkn strawbrry ceklet..nak..!!

Hanif Idrus said...

aku tertipu ni....
aku baru nak kutuk bersepah kau buat buat kerja..heheheh

Rain said...

memandangkan nampak sgt sedap, aku syakwasangka ni. bukan ko buat kan. bek ngaku!!

cimöt said...

eksyen je lbih..ingatkan ko laaa yg buat..cehhh..

petai coklat?

pon bolehhh..aku tunggu ko buat dulu..

ABU said...

nampak sangat la bukan aku yng buat kan hahaha

syakey said...

hahaha. makan memang la penting dan tersangat penting.

patut ada gamba coklat tu melelehleleh membaluti strawberry,fuhh mmg terliur. XD

Afzainizam said...

fuhhhh mmg best kalau dapat ni... mmg gabungan coklat strawbery mengiurkan plak..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta

Farha IbuCergas said...

Lagi sekali tertipu daa...
ingatkan mu yg buat sendiri.. sah lah comot sangat..

ciss lagi


Jom Intai Harga Set Bersalin Shaklee di IbuCergas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!