Monday, June 11, 2012

Paragliding Di Bukit Jugra Kuala Langat, Banting (gambar)

Aku baru tahu kat Banting Selangor sebenarnya ada banyak tempat tempat yang menarik.. aku dan member aku telah menghabisan masa sehari suntuk berhuha huha mengexplore tempat yang best dan tempat tempat makan yang awesome di Banting.. korang mungkin pernah dengar Pantai Morib yang terkenal tu kan..  tapi untuk entry ini aku nak cerita tentang tempat lain pulak..

Dengan bantuan member rakan sekerja Afiq yang meme duduk kat Banting, dia sebagai tourist guide membawa kitaorang ke Bukit Jugra Kuala Langat..

aksi loncat loncat atas bukit, nasib tak jatuh begolek

Rumah Api Bukit Jugra
Menara konkrit putih yang mempunyai ketinggian 25 meter yang lengkap dengan sistem pencahayaan.. dibina pada tahun 1976.. rumah api ini sangat strategik, memandang ke arah Selat Melaka.. memainkan peranan yang sangat penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut.. ia berdiri pada ketinggian 146 meter atas paras laut (ayat daripada signboard)..

brother ni sedang bersiap siap nak ber paragliding.. meluncur di udara.. 

Paragliding Bukit Jugra
Kawasan Rumah Api Bukit Jugra adalah peak point dimana paragliders darpada serata negara datang untuk bermain paragliding.. ia adalah sukan meluncur udara dimana paragliders duduk di dalam satu bentuk macam bag called harness.. fabric wing yang mengembang bila ditiup angin kuat yang masuk melalui vents di hadapannya mampu mangakat objek berat seperti manusia.. tengok tak padang kat belakang tu.. paragliders yang terbang akan landing kat sana la..

brother tu dah start terbang, gila awesome sukan ni..

Kalau orang jenis yang kuat gayat, tak payah la nak try sukan ni.. kompom pengsan kat atas udara, pastu tak boleh drive belon tu, terbang ntah mana mana pegi kat Cherry Island hahaha..

tinggi siot, lek je dia melayang layang 

Serius aku excited tengok diorang terbang kat udara.. tapi sayang ada sorang mat saleh dengan sorang lagi brother tu tak nak terbang masa kitaorang kat sana.. dia cakap angin kuat sangat.. sib baik sempat tengok sorang ni terbang sampai dia landing kat padang nun jauh kat bawah sana.. aku first time tengok menda macam ni..

kecik je dia kat sana, kalau aku mahu bergegar lutut aku terbang tinggi macam tu

Lama gak brother tu aku tengok kat udara.. dia pusing pusing, terhayun hayun.. fabric wing tu dia tarik tarik tuk menentukan arah pergerakan dia terbang.. even dia terhayun hayun tapi dia lending tepat kat padang, hebat la brother tu.. kalau nak buat kena mantap ilmu berparagliding, kalau tak memang lending kat payah bakau la jawabnya hahaha..

mat saleh daripada UK pun ada gak nah ber paragliding 

Dia tengah test test angin sesuai ke tak tuk terbang.. gigih dia aku tengok, even angin kuat tapi dia pegang benda tu macam biasa je.. dia tarik satu tali then benda tu jatuh, macam tu la kot dia memandu arah benda tu.. kalau fikir fikir sudah tentu dia terbang kat udara kan..

paragliders tengah tunggu angin yang sesuai tuk meluncur

Balai Cerap Bukit Jugra
Pada 25 Oktober 2003, bersamaan 29 Sya'aban 1424, Balai Cerap Bukit Jugra Kuala Langat telah diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.. Balai Cerap ini adalah tempat dimana aktiviti cerapan rasmi dan bulanan dijalankan.. ia juga di menfaatkan sebagai pusat latihan ilmu falak di Negeri Selangor (ayat daripada signboard)..

So, itu la dia keistimewaan Bukit Jugra Kuala Langat Banting Negeri Selangor.. awesome tak awesome datang sendiri baru tahu.. aku dah, anda bila lagi..wekk!! hahaha

Tag: Tempat Tempat Menarik Selangor, Kuala Langat Bating Best, Pemandangan Cantik Di Bukit Jugra,  Santai Di Bukit Jugra, Deting Di Bukit Jugra 

27 comments:

syafiqakarim said...

haha kau ni da bole jd pengacara
JJCM la.jadi pengacara 3hr 1 mlm
la.semua la...oh. pantai morib tu
tau bu..dulu kemain pemes sb kekotoran dia.skng da awesomeeeeee bak hang.pegi ah.
yg paragliding ni aku pnh tanya berapa tuk main... 1k lebih klo nak berclass-class dia weh.kahkah...

KhaiRin : anies said...

best nyer... kalu tensen2 g tu..g meluncur mcm tu..waduuhhhh hilang tensen!

Sayidah Nafisah Ruslan said...

saya gayat.. tak mungkin dapat naik.. tengok je pun dah gayat.. hehe

Kesuma Angsana said...

best2 lama x pg area banting kuala langat ni

kay_are said...

paragliding? aku flying fox pun dah rase semacam.. ngeri kot naik bende yang tak dapat nak rase tanah tu.. kaki kat udara.. seram!

HeNRieTTa JoSe said...

huhuhu...nak jugak....huhuhu...paratroopers pown jdik lew....ekekeke...

millerJ said...

Gilaaa. punya bestttt! jeles ooh. sy pn mo try main ni, tapi klu di sabah tia sure di mana tempat dia.. huhu

Anne Nurain said...

igt kn ko bt paragliding..hehe..
mo try tp aku rngan betul, ntah larat ka tidak bawak beg tu.. hehehe..

nazirah said...

hOhO selalu g banting tapi tak penah terpk lak g situ huhu rumah tunang pun betul2 dkt situ jew.. die pun tak nah g taw sal ni haha nanti nak g explOre la tanx for the info ek ;)

Hanif Idrus said...

trademark bergambar kau aku dah tahu....suka meloncat!!!...hehehehe

bunga said...

lau bunga gayat..xberani la deng..heeee

blog-tips-kurus said...

gambarnya tak keluar pon... :(

APAN said...

ingat ko yg naik mende ni tadi...dpt tengok dpn mata pun kira awesome gak la. aku dpt tengok dlm tc je...bukan sukan aku tinggi2 mcm ni. haha...

Alia Nur Jazlia said...

Syoknyaaaa :O

Cik TeN10 said...

Kau loncat ke kau menari zapin tu wehh ?? Hahahhh

Sorry la lately aku jarang update.. Xsempat.. Exam lagi report lagi.. Masa free ja terbongkang atas katil.. Huhu

ABU said...

zapin gak la sekali hahahaha ewah ewah!! :P

Rain said...

aku tak sedar yang aku ni gayat sampai la one day tu aku g naik roller coaster kat TS. peh gilaa ah. aku taubat weiii. rasa nak putus nyawa..huhu. tu belum p genting lagik.

tapi satu ja, i love sky!! the blue sky remind me about someone, remind me about childlife and make me calm and cool down when im stress.

suka tengok je laa..

aku suka gambar langit yang ko amik. terbaik bro.

ABU said...

someone special la tu kn hehehe..

Hanie Dew said...

aku dah lama menetap di selangor tak pernah terfikir nak gi sana..huhuhuu.

Hanie Dew said...

tgk mmg owesome paragliding ni.tp kuat ke tak kuat jantung menahan gayat tu.maunya pengsan time terbang tak ke haru..muahahahahaha

ABU said...

Hari tu kalau di ofer memng aku nak naik sekali.. Ok je kot aku.. Aku tak gayat.. Aku kuat.. Hehehe

fakhri khairi said...

aik, ko tak naik ke?

ABU said...

Aku tak naik pun.. Kalau dia bgi peluang mmg aku nak

Afzainizam said...

aku tak sanggop lerrr gayat tempat tinggi dan terlampau extrim sangat... takut beb

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Azham Vosovic said...

gila best sukan ni!

nak join!

nak join!

sumpah best kalau dpt try ni huhu!

onie said...

kalau aku ber-paragliding mahu goyah lututku ini,haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!