Saturday, June 30, 2012

Kerja Part Time Jual Mangga

Dua hari ni aku akan berada di Carrefour Mid Valley jadi promoter pulak, rajin kan aku.. cakap la rajin cakap la aku rajin.. beberapa minggu lepas asyik bejalan je kerja kan, so weekend ni mahu mencari uwang lebih kok.. dompetnya udah tipis hahaha..

Ekceli bukanla promoter sangat pun, dalam email email kat opis diorang sebut sampling mango, since kat C4 dia bagi tag 'promoter' so jadi promoter mangga la gamaknya hahaha.. ada beberpa orang telah mengofferkan diri, ada kat Carrefour Tropicana, Carrefour Subang, Carrefour Putrajaya, Carrefour Shah Alam dan banyak lagi la.. tugas kitaorang ialah bagi orang tray sample mango dan introduce kat prospect tentang mango ni.. sekali advice diorang tuk beli.. see promoter la kan...    

Company tempat aku kerja ni tengah melancarkan satu jenis mango yang didatangkan daripada Myanmar, Burmese Mango.. Sien Ta Lone diberi nama.. mango ni adalah mango yang terbaik ada di Malaysia, mengalahkan Indan Mango.. bacaan brix (tahap kemanisan) jauh lebih tinggi berbanding mangga mangga yang lain, wangi pun wangi, kaya dengan vitamin C dan yang paling penting ialah bebas daripada penggunaan racun makhluk perosak.. sila lah beli Puan.. ek!! tetiba jual mangga dalam blog.. motiff!!..   


Ini dalah pengalaman aku yang pertama buat kerja part-time cang gini.. ok la kan, selain dibayar gaji dapat la jugak tolong tolong company kan.. ada la jugak pengalaman sikit cam ne keadaan produce kitaorang kat retail..

Sejak dulu dulu habis SPM atau zaman kat university tak pernah pulak aku kerja part time macam ni.. so, now tahu la aku macam ni rupanya kat belakang tabir, cam mana nak approach orang tuk beli barang yang kita jual, karenah orang bagai..

Terus terang, satu hari je aku kat C4 Mid Valley tadi macam macam customers aku jumpa.. ada yang tray mango macam nak makan sampai kenyang, ada yang tray sekali pastu pusing one round datang tray lagi.. ada yang kerja dia pegi tray semua tester, ada yang bawak tooth stick sendiri dalam poket, ada yang bawak satu family tray sample hahahaha.. macam macam.. belum lagi karenah staff C4MV dengan pekel masing masing..

Habis kerja tadi aku dengan member aku, Amin dan Azrul terus lepak kejap kat Burger King.. dan kejadian paling terok tadi ialah kunci motor aku hilang damn.. kitaorang kat parking lot baru aku perasan kunci aku dah takde, mau tak menggelabah segugus kunci hilang.. semua jenis kunci ada kat situ, termasuk kunci hati.. cek cek naik balik kat atas pegi locker kat C4 semua tak jumpa..

Nasib baik member aku tanya kat pondok jaga kat parking lot.. rupanya kunci aku tertinggal kat motor pagi tadi.. ada sorang awek bagi kat diorang, oh syukur la, kalau tak aku tak tahu nak buat apa.. kepada awek tersebut "terima kasih awak sebab selamatkan saya, sungguh murni hati awak, kita jumpa kat C4 esok ya.. saya belanja awak mangga"..

Wednesday, June 27, 2012

WW: Go Green To Save Our Planet

It's not just trendy to know the colour but to live it.. embrace some earthy way and help save our planet.. keep Go Green people..

Tuesday, June 26, 2012

Camping Di Janda Baik: Entry Last (Gambar)

Ok la ini entry last kisah janda yang baik, lepas ni tak de dah nak cakap pasal janda.. Siapa yang tak tahu cerita asal entry ni boleh la klik kat sini.. 

Yaaa mari karaoke sampai bengkak.. petang sampai ke malam menyumbangkan lagu kepada pokok pokok unggas dan mergastua.. ewah ewah kak Muliza ayu beno suara dia, tak boleh halus lagi ke kak suara tu hahaha.. marah kak muliza nanti, next camping tak nak dah masak..

Tengok, kak Sally je tak menganga..yang lain haiiyooo, macam nak baling kacang cap pagoda je masuk dalam mulut sorang sorang, eh aku jangan.. melayan perasaan, feeling feeling bougainvillea.. bakat baru telah dicungkil malam tu.. tak sangka ramai yang ada potensi tuk jadi retis.. boleh pegi jauh sejauh jauhnya sampai tak nampak..

Time orang berkarok, ada beberapa orang dok sebok melantak hahahaha.. penat acara team building mengkali bak kata en zahrin hehehe.. ha! kak Busrah, tak makan kambing la sangat kan hehehe.. kambing tak bau kan..

Best aktiviti macam ni sebab ramai yang helpful.. sedia membantu bekerjasama macam wonder pet.. tolong dirikan khemah, tolong masak, tolong angkat barang, tolong tengok, tolong makan.. sikap tolong menolong itu ada di mana mana..

Ada orang tu sejuk sejuk mandi sungai pepagi naik ke daratan terus melantak eskrim kan.. ada pakcik datang jual eskrim.. pandai betol pakcik tu, tau tau je dia kitaorang ni kuat makan..

Aisemen.. anak buluh betong yang kacak... ada gaya gak aku jadi model kan hehehe.. sila la muntah hijau kalau nak.. uwekk!!

Meratah kambing mmmbeeekkkk.. macam haiwan karnivor dah budak ni aku tengok..

Sambil sambil tunggu yang lain siapkan makanan ada pulak yang baring baring bajet "cantek kah kau!!".. Radh dan Faathir pulak sambung lawan tutup botol daripada semalam.. serius aku tak reti dan tak pernah main game tu.. zaman aku kanak kanak rebina masa kat sabah tak pernah pulak jumpa game tutup botol..

Oh my oh my.. mak hayam kat belakang dua orang.. diva uolzzz.. posing maut giteew!! macam retis nak masok melodi hahaha..

Otw balik sempat singgah bantai durian kat tepi jalan.. boleh tak durian dia lagi mahal daripada kat KL.. tak pe la, singgah ramai ramai sebagai aktiviti penutup tuk camping kitaorang.. ohsem!!


Tag: Makan durian kampung, jalan jalan ke janda baik, bercuti di janda baik, gambar orang makan durian, gambar orang kuat makan, gambar anak buluh betong

Monday, June 25, 2012

Teratak Di Hujung Kampung, Janda Baik Bentong Pahang

Ini adalah entry bergambar.. macam biasa la blog aku, apa lagi kan hehe.. gambar kitaorang kat Teratak Hujung Kampung di Kampung Janda yang Baik.. saja saja opismet mengadakan aktiviti "team-building".. untuk mengeratkan hubungan sesama staff dan memperkasakan semangat kerja berpasukan.. wah gitoh hahahaha..

Macam mana nak pegi tempat ni?.. daripada R&R Genting Sempah, kat tepi jalan kat bawah yang ada orang jual jual buah berangan tu.. terus je masuk kat jalan kampung pegi Janda Baik.. yang tempat kitaorang pegi ni dekat dengan pusat latihan umno..

Kat dalam ada beberapa resort dan chalet.. ikut bajet korang la mana nak pegi, tapi kitaorang pilih kira yang murah sikit, selesa pun selesa, tak terikat sangat dengan peraturan, acara bebas dan kampong style..

Mari berkangkang dalam pelampung..oyeh!! hahaha..

Ini la dia sekitar kawasan chalet.. memang pesen rumah kampung la.. kitaorang sewa dua pondok, harga tak silap aku RM170.. semua dia sediakan termasuk pondok dapur tuk masak masak..

Gang rempit tegar dan sorang budak perasan gadis litar keh keh keh.. kitaorang datang dengan lima bijik keta, dua bijik motor LC dan sebijik super-bike..

Ah awal awal lagi dah posing depan pondok hehehe.. pondok dia selesa dan berbaloi dengan harga.. kemudahan yang di sediakan pun kira lengkap.. kira just datang bawak baju dan keperluan peribadi je..

Ini adalah pondok tempat memasak.. dia dah sediakan dapur gas dan kemudahan asas tuk masak masak.. makanan bawak sendiri la..

Ada pondok atas pokok.. sengal diorang jumpa ular daun atas pondok ni.. kengkabut turun tangga keh keh keh.. padahal ular daun tak mengigit kan.. tapi still geli jugak la hehehe

Wah tu dia.. dugong gergasi dalam sungai.. nasib baik sungai tak dalam, kalau tak rasanya dugong ni dah mati lemas..

Antara aktiviti dalam sungai selain berenang anjing atas pelampung hehehe.. air sungai jernih bersih dan sejuk nak mampus.. tapi tetap best berendam dan duduk duduk atas batu sungai macam orang bunian.. ok bunian la sangat..

See padang tuk bersukan pun ada.. saja nak tepek satu gambar aku sedang bersukan hehehe.. lama tak main badminton rasa lenguh pulak tangan aku lepas main..

Ini la main course kitaorang.. daripada petang, malam sampai ke pagi makan daging kambing je kerja hahaha.. kambing golek, memang awesome..

Sedapnya.. panas panas cicah dengan sos BBQ.. emmm juicy, kalau jumpa part yang keras golek golek dalam mulut pastu telan je kan hahaha..


Ah ada banyak gambar lagi nak tepek.. aktiviti malam dan esok paginya sebelum balik tak story lagi.. apa apa pun gambar dan sedikit info ni mungkin dapat bagi gambaran kat korang yang tempat ni memang best..


So, korang yang duduk kat area lembah klang yang rasa rasa nak merilekskan diri, jauh daripada kesibukan kota, boleh la stay kat sini satu malam dua hari.. buat aktiviti hujung minggu bersama rakan rakan, opismet atau family.. memang seronok..  




Tag: Janda baik resort, janda baik hotel, janda baik chalet, janda baik hotel, BBQ di janda baik, gambar janda baik, bagaimana nak ke janda baik, mandi sungai di janda baik, kawasan yang best di bentong pahang, kawasan yang best di janda baik..

Thursday, June 21, 2012

Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Batu Gajah

Rasa macam sebulan dah aku tak online blog kan.. kott.. aku bukannya busy mana pun sebenarnya, cuma aku tak de mode, buka lappy aku movies marathon.. lately rasa macam nak mencarut je depan seseorang.. emm.. malas lah nak cakap.. kang kecoh.. walaupun blog ayam ayam, ada je orang yang tidak disangka rupanya baca jugak blog ini.. respon "oooo korang mengata sipolan ya".. "dah pegi sana pegi situ kan".. "wah kemain lagi".. so, kena berhati hati.. budak opis tu bukannya boleh dipercya sangat hahaha.. 

Entry paling senang dan termalas ialah tepek gambar dan story sikit, tak payah nak fikir banyak banyak.. foods and travels lah mungkin paling sesuai dengan konsep blog aku ni kan.. agaknya la kott.. walaupun tak foods and travels sangat kan.. di sekitar kawan je pun..

Ok la, memperkenalkan selamat datang ke Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Tomyam Batu Gajah Perak keh keh keh.. sori gambar agak gelap macam nak buat filem seram.. "a picture worth a thousand of words".. tu picture.. kalau pictures? lagi la ber thousand thousand island kan.. ok layan..

Restoran ni terletak dekat dengan simpang empat ada trafik light menuju ke Pekan Batu Gajah..  betul betul kat depan Kampung Pisang kalau tak silap aku.. nampak daripada tepi jalan restoran ni sangat menarik, kampong style..

Ini adalah antara ruang makan yang disediakan.. ada meja besar tuk family atau makan ramai ramai.. ada meja kecik kecik tuk detim dan ada pondok pondok.. kitaorang try makan atas pondok usang, rasa unik tiga jantan main pondok pondok hahaha...

Oh kretip jugak member aku tangkap gambar.. ohsem, tapi ohsem lagi model yang ada dalam gambar tu hahaha (boleh tak kalau tak masuk bakul dalam setiap entry).. btw, macam ni la pondok dia, mcam rumah panjang pulak aku tengok dalam gambar..

Wah macam ada hantu.. aku tengah pilih menu apa nak makan.. brother tu baru je siap bersihkan meja dalam pondok.. dia cakap batu gajah ada banyak tempat makan yang sedap sedap..

Kitaorang semua order nasi lemak ayam golek.. serius memang sedap ayam dia.. baru digolek, panas panas lagi.. sambal dia pedas, aku tak larat nak makan banyak.. ayam manis manis madu giteww.. wau!! jom pi batu gajah sekarang hahaha.. ada banyak menu pilihan lain, macam biasa la goreng goreng, tomyam, seafoods dan banyak lagi..

Makan atas meja yang rendah, duduk besila.. perut terjojor macam aku ni, kalau dah full house harap maklum je la ya..berlipat lah muffin top aku hahaha..

Antara suasana di dalam restoran.. klasik nasional kan, lighting, perhiasan dan arrangement di dalam restoran sangat unik.. beza dengan kebanyakan restoran restoran kat KL.. bagi aku kalau nak memilih tempat makan, suasana adalah antara perkara yang aku pertimbangkan..

Antara keunikan restoran ini jugak ialah kat bumbung dia terdapat banyak payung kertas (paper umbrellas) bergantung.. see.. lawa kan..

Pintu masuk dan keluar restoran..

So, siapa siapa yang nak mencuba nasi lemak ayam golek Batu Gajah sila la bertandang ke negeri yang banyak bukit bukit batu macam dalam katun dragon ball.. apa lagi Perak la.. hehehe..

Nah Alamat..
Lot 2303 CT, Jalan Tg Tualang,
Simpang Kg Pisang,
31000 Batu Gajah Perak.
nasilemakayamgolek@hotmail.com
019-4283534




Tag: tempat makan yang best di batu gajah perak, nasi lemak kampung, restoran ala ala kampung, setoran pondok, melantak di negeri perak..

Saturday, June 16, 2012

Etika Ketika Blogging

Apabila berblogging kita harus mengetahui prinsip utama seorang blogger, kerana blogger yang baik bertanggungjawab memberikan maklumat yang benar, tak emo emo, cool, bijak mengawal persaan dan bijak berblogwalking.. so untuk itu mari kita mengenal sedikit tentang etika yang perlu dimiliki oleh seorang blogger..


Ketidaksabaran
Jika kita membaca sesuatu artikel dan kita tidak bersetuju dengannya, sangat penting untuk kita mengawal perasaan.. even kadang kadang kita rasa geram je dengan artikel tu dan owner blog tapi.. sabar sabar sabar.. jangan panas, padamkan api ketidaksabaran.. itu cuma pandangan peribadinya dan respect apa yang dia cuba sampaikan.. jangan pulak komen.. "your entry is simply crap!!"

Di atas landasan yang betul
Jangan sesekali memberi komen yang resist.. kalau nak komen bentuk debate, berikan hujah hujah yang bernas, benar dan bukan auta.. nilai komen kita sebelum post samaada ia mewakili rasa marah atau tak.. kalau dah rasa macam bahasa yang digunkan tu over, nampak sangat tak puas hati dan annoying, baik edit komen tu supaya ia nampak lebih bijak dan cool dan awesome..

Replay
Sebenarnya seorang blogger yang baik tidak akan mengignore komen komen yang masuk ke dalam blog mereka.. mereka mengambil masa untuk membaca entry kita kot, ia sangat polite dengan membaca dan memberi respon sewajarnya dangan komen yang ditinggalkan.. dalam hal ini ramai blogger memegang prinsip pada  "membuat kunjugan balas"..

Terima kasih
Jangan terlalu mengharapkan ucapan terima kasih dan pujian dengan apa yang kita berikan kepada blogger lain.. ini termasuklah back link atau blog post daripada blogger tersebut.. dan jangan sentap jika mereka tidak melakukan itu.. buat lek sudah.. walaupun sangat okay dan rasa dihargai dengan apa yang kita telah lakukan tapi itu bukanlah suatu perinsip yang perlu dipegang.. don't hit the roof..

Sumber: Diolah daripada Molecule Air Mineral Semula Jadi

Tag: etika berblogging, blogger yang baik, cara cara menjadi blogger yang baik, prinsip seorang blogger..

Friday, June 15, 2012

Kellie's Castle.. The Castle of Love (Gambar)

Sejarah Kellie's Castle (Daripada Pamphlet)
William Kellie Smith dilahirkan di Elgin Scotland pada 1 MAc 1870 dan datang ke Malaysia ketika berumur 20 tahun untuk mencuba nasib. Kellie adalah nama kepada ibunya. Pada 1905, Smith Mendirikan kediamannya yang pertama, Kellas House. Pada 1909, batu asas istana kedua didirikan sebagai simbol keagungannya.

Beliau menggunakan khidmat 70 orang pekerja yang kebanyakannya daripada Madras. Batu bata dan marmar yang digunakan adalah diimport dari Italy. Tetapi semasa pembinaanya satu tragedi menimpa dan mengorbankan ramai pekerja Smith. Mengikut kepercayaan kaum India kuil harus dibina bagi mententeramkan tuhan mereka.


Istana lama ini mempunyai 6 tingkat menara. sel menyimpan arak, tiang tiang kukuh, arca Mororish dan dinding seni ukir Greco Roman. Terdapat juga ruang legar di tingkat atas untuk berperti dan juga shaft lift yang pertaman di Malaya.



Dalam kunjungan ke Lisbon, Portugal, semasa berumur 56 tahun, Smith diserang penyakit Pneumonia dan meninggal dunia. Kerj kerja terhenti pada Disember 1926 akibat kematiannya itu. Isterinya menjual semua hartanya di Malaya dan dengan peredaran waktu, istana ini kemudiannya bersemadi dalam kenangan. Bangunan ini tidak dapat disiapkan.

Hari ini, penemuan semula istana ini yang dikenali sebagai Kellie's Castle, tegap berdiri walaupun telah dimakan usia.


Menurut penceritaan, di koridor bawah tu la dikatakan penah beberapa kali kelihatan Roh William Kellie Smith masih bergentayangan..

Disinilah tempat dimana tuan Kellie bercadang untuk menjadikannya sebagai ruang tamu.. kawasan yang berbilik bilik ada dua tingkat sebenarnya.. semua bilik besar besar..

Di tingkat atas terdepat beberapa bilik.. ada bilik dikatakan yang sepatutnya menjadi bilik anak lelaki Smith yang bernama Anthony, bilik anak perempuannya bernama Helen, bilik menyimpan cadar, selimut dan tilam, bilik tidur utama dan beberapa tangga rahsia..

Ruang penyimpanan arak yang berada di tingkat bawah.. kawasan ni sejuk dan gelap gila, kitaorang pun guna henpon je suluh turun ke bawah.. seram jangan cakap la, aku mintak cepat cepat naik atas.. member aku ni gila, nak juga tengok sampai ruang yang paling last hahaha..

Kat sini juga ada laluan masuk ke terowong bawah tanah tetapi telah ditutup oleh pihak muzium pada tahun 2003 oleh sebab keselamatan..

Kellie Smith dalah seorang toke ladang getah yang berjaya pada ketika itu.. dia membina istana ni sebagai tanda cinta ke akhir hayatnya kepada isterinya yang bernama Agnes.. ala ala lebihkurang macam Taj Mahal di Agra tu la.. Istana Cinta gitewww... tapi malangnya istana ini tidak dapat disiapkan dan Kellie Smith pulak meninggal..

Rumah Kellas .. ini merupakan rumah kedua William Kellie Smith. Di bina pada tahun 1904. Rumah ini sempurna diduduki semasa mereka berada di sini. Ianya hanya roboh semasa perang dunia ke dua.

Pada 28/11/2007 seorang lelaki cicit William Kellie Smith pernah datang melawat istana lama ini.. nama dia Allistar Boston Smith lahir pada 1980 dan sekarang menetap di Woodlane Beverly Hill England.. nak tengok rupa dia, pegi la Kellie's Castle, ada gambar dia tepek kat sana..

Dan obviously Boston Smith bukannya budak yang selak kain kat atas tu.. hahaha

Helen (bukan gambar budak kat atas tu), anak perempuan Kellie Smith pernah dilihat oleh pengunjung menjelma beberapa saat di pintu di salah satu Bilik Anak Perempuan.. apa yang mereka lihat dalah Helen memakai blouse berwarna putih, berambut kerinting dan berumur dalam lingkungan 6 tahun..

Mungkin ada benarnya mengikut cerita dahulu kala yang mengatakan semangat roh William Kellie Smith measih merayau rayau di sepanjang koridor istana ini... 

Nak tahu cerita lebih mendalam disebalik istana lama Kellie's Castle.. berkunjungla ke Batu Gajah Perak.. dan untuk pengetahuan korang ramai gila orang buat pre wedding photoshoot kat sini.. time kitaorang datang ada lima pasang bakal pengantin buat photoshoot.. hebat, memang Castle of Love la..


Tag: Misteri Kellie Castle Batu Gajah Perak, Hantu Istana Lama, Pre Wedding Photoshoot Di Istana Lama, Jalan jalan di Batu Gajah Perak, Apa yang ada di Kellie Castle..

Tuesday, June 12, 2012

WW: Misteri Istana Lama

Nantikan Entry Yang Akan Datang, Kisah Misteri Disebalik Istana Lama 

Koridor Misteri... Jeng Jeng Jeng...


Excited tak?! hahahahahaha... 

Pantai Morib Banting Kuala Langat

Pantai Morib adalah salah satu pantai yang kira terkenal untuk orang yang duduk kat area area Selangor.. kata kawan aku yang berasal daripada Banting, dulu pantai morib ni terkenal sebagai pantai yang sangat tercemar.. pastu kerajaan dan baik pulih, bersihkan tambah fasility menjadikan ia satu pantai yang dikira awesome bagi penduduk setempat.. tempat beriadah, merelekskan diri dihujung minggu bersama keluarga..

Setiap kali hujung minggu dan musim cuti sekolah tempat ini menjadi kunjungan ramai satu Malaysia, semua mai mai ramai ramai main layang layang dan cuci mata.. bagus kan hahahaha..

orang mencari sesuatu di kawasan pantai yang surut.. 

kanak kanak bermain belon air (err belon air?).. dan sorang apek ngisap rokok kat belakang

kawasan rehat, makan dan cuci mata

lagi kawasan pantai seluas luas alam, ntah apa je diorang cari kat bawah tu, kena gigit lintah baru tahu

seorang medel bersiar siar..puuihhhh!!.. banyak layang layang uolllzz.. boleh curi satu main kat pantai

tak kenal!! hehehe..

oso boleh main kuda kuda

aku beli atromen dan raksasa.. bagi diorang makan ABC.. diorang suka..

Fakta Tentang Pantai Morib
Pantai Morib menyimpan sejarah di amana satu pasukan tentera India dari Batalion ke 46 Tentera Marin British telah mendarat disitu pada 9 September 1945 bagi mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tentera Jepun. Pada hari ini Pantai Morib menjadi kawasan istirehat utama di Daerah Kuala Langat. Ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang ingin bersantai di kawasan pantai. Mempunyai persisiran pantai sepanjang 3km di samping kemudahan asas yang disediakan seperti tempat penginapan, gerai makan, gelanggang gasing, pentas serbaguna, padang bola sepak pantai dan yang paling popular adalah padang golf di tepi pantai (ayat daripada tembok warna coklat)..

ps: gambar tangkap time betri kong, buruk.. malas nak edit..

Tag: gambar pantai morib, bermain layang layang di pantai morib, pemandangan pantai morib, jalan jalan cari makan di banting kuala langat, berkelah di pantai, makan ABC sedap.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!