Isnin, 14 Mei 2012

Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment) dan Cabut Gigi Bungsu (Remove Wisdom Teeth)

Ini adalah kali pertama gigi aku dinodai oleh dokter gigi.. even gigi aku ni tak cantek mana, tapi sejak zaman kanak kanak rebina lagi gigi aku tak pernah disentuh, diusah, diketok ketok, dixray bagai oleh dokter gigi.. tapi pada awal bulan May baru baru ni tetiba aku diserang sakit gigi.. first time sakit gigi yang macam ni.. dulu masa budak budak gigi aku yang pecah ke, bedarah ke, goyang ke biasanya aku cabut sendiri.. ntah masa tu senang je tanggal, ikat dengan benang pastu tarik hahaha kampung style.. maybe mugkin sebab gigi susu kot, tak sakit mana, syok je goyang goyang pastu tarik..

First time pegi kelinik gigi 8 May 2012, dentist tu xray dan buat dressing kat gigi aku..dressing means dia tampal sikit sikit tempat bahagian yang belubang then kalau sakit lagi kena datang lagi kat klinik dia dan buat treatment terus.. dia cakap gigi aku yang buruk tu tak banyak, masih boleh diselamatkan lagi, dia suggest  aku buat root canal treatment dan buang gigi bungsu atau wisdom teeth yang menolak gigi sebelah depan dia..dokter tu suh aku skali buat scaling hahaha.. maybe sebab banyak karat kot kat gigi aku ni..
Wisdom teeth ni orang Melayu sebut gigi bugsu la.. wisdom teeth ni biasanya mula tumbuh pada usia 17 hingga 25 tahun.. dalam satu populasi, hanya 35% je yang tidak akan ada wisdom teeth, betuah la korang kalau korang dalam kelompok yang itu.. selebihnya akan ditumbuhi dengan wisdom teeth, tapi bergantung.. some of them mungkin tidak memudaratkan.. 


Apa yang aku faham dokter tu cakap wisdom teehs aku ni dah menolak gigi gigi kat depan dia, menyebabkan gusi aku bengkak dan makanan mudah tersangkut kat between wisdom teeth dan gigi depan dia.. punca gigi aku buruk dan sakit.. 


So, dokter gigi tu cakap wisdom teeth tu mesti kena buang dan gigi depan dia perlu dirawat dengan kaedah Rawatan Akar Gigi atau bahasa orang putih dia Root Canal Treatment.. macam mana root canal treatment tu? tengok gambar kat bawah..


Seram je kan tengok gigi di korek korek macam tu.. sayang kalau nak buang gigi yang rosak sikit sikit.. sebenarnya ia masih boleh diselamatkan lagi menggunakan kaedah macam dalam gambar kat atas tu.. gigi dibersihkan buang bahagian yang buruk termasuk saraf yang ada kat dalam gigi..means tak de dah rasa sakit sebab tak de saraf.. bahagian dalam gigi dimasukkan dengan gutta percha dan tooth colored... cam mana seram kan..

Tapi perlu diingat kaedah ni adalah kaedah mematikan gigi, maksudnya gigi ko lekat kat situ je.. dia rosak ke patah ke korang takkan rasa apa apa sebab saraf dia dah kena buang, gitu gitu je gigi korang kat situ mati.. so, bagi aku kalau root canal treatment ni masih boleh dielakkan aku pilih jalan yang itu.. 

Dokter gigi tu cakap, yang aku ingat la tak silap aku.. kalau nak buat root canal treatment tu kena bayar lebih kurang RM 2000 dan tampal cost dia dalam RM 500.. see untuk RCT je dah RM 2500.. pastu kena cabut wisdom teeth lagi RM 800 sebijik lepastu scaling lagi dalam RM100.. so come up with RM3500.. tu tak termasuk kalau ada komplikasi berlaku, kalau ada kompom la cost dia lagi mahal ye dak.. 

Hari tu sahaja cost gigi aku kat klinik dah RM120 untuk dressing dan 2 kali xray.. disebabkan klinik gigi ni tak boleh nak cover terus guna insurance (PMCare) company tempat kerja aku, so aku decide pegi kat private hospital yang boleh cover terus guna PMcare.. private hospital lagi ok, accommodation dan service dia lagi bagus.. aku pegi kat Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.. SJMC or SDMC whatever.. 

Nak tengok gambar aku dan nak tahu macam nana aku batak first time tidur kat ward kena bius, pengsan cabut gigi muka sembam bagai.. nantikan entry aku yang seterusnya jeng jeng jeng.. tapi korang yang friend list aku dalam facebook dan follow kat twitter mungkin dah tahu story aku kan hahaha

33 ulasan:

syakirahmn berkata...

wehhh! bukan sesi pencabutan gigi adalah satu perkara yang menyakitkan teramat ke??

tabah abu. aku tauu dgn kos tu kau boleh dapat iponggg 4s satu tapi takpa abu, sila tabah demi kebahagian gigimu.


;D

~Sal Ismail~ berkata...

aku adalah antara yg tergolong dlm 35% itu.sila jelez~ =p

p/s: buat masa skrg aku cuma sempat curi2 masa bw n buat lawatan balas ke blog kwn yg dtg jenguk n tanya kaba aku weh..sebulan dua ni busy amat..huhu~

cuti skola ujung bulan 5 nnt aku hapdet new entry n bw kow2 ya~ ;)

Fakhrul Haiyin berkata...

ciss. around 3000 gitu kaa jo? gila mahal. haha. klinik krajaan seja lau aku. murah. tp mmg hancuss laa dy punya service. haha. btw, selamat korek2 gigi. XD

Lysa berkata...

Masa kecik cabut gigi sendiri? Pakai benang pastu tarik like erghh apa ni..Tak sakit ke? hahahaha macam teruk je kes gigi yang ni..Banyak pulak bayarannya. mahal pulak tu T__T

ciK LyndaWawa berkata...

cantikla gigi dia pani.......=]

hani berkata...

aku lupe ko kt sjmc je. dekat bebenar dgn tmpt keje aku, kalau tau aku dh gi melawat bawak bunga coklet dan kuih muih bagai tu ari. hehe..

psni boleh jadik model iklan ubat gigi lettew!

Aien Not Alien berkata...

hai abu....teruk juga ek, dulu aku kena paksa rela cabut gigi bongsu sebabkan pertumbuhannya menyakitkan gusi sampai seminggu nak tunggu bengkak surut sebelum minor operation dilakukan aku terpaksa makan bubur je siang malam.....kurang berat badan 3kg sebab gigi je, merana weh...so aku nk tunggu gambar muka merana kau ea..huhuhu

Abu Bagi berkata...

thanks alien..kan, pengalaman adalah guru yg terbaik :)

kawan kawan.. ni nothing to do with gigi depan, ni story kat gigi belakang, gigi aku still jarang jarang lagi macam dulu hahahahaa

iem berkata...

aku pn baru pas cabut gg minggu lepas...
sangat2 menyakitkan sampai sekarang

Abu Bagi berkata...

perit tak perit..hahaha sabo je la..

dya nasir berkata...

dya sampai sekarang takut nk jumpa doktor gigi..hahahaha

ch000tz berkata...

xsuka cabut gigi! takoooooooooooot

Nadia berkata...

arkkkk ... kalu sakit gigi, memang rasa nak sepak orang aje ... hehe

-eim- berkata...

aku cabut gigi kena inject 2 kali..

mmg la doc tu...=.="

Abu Bagi berkata...

aku kena bius sampai pengsan hahahaha

ewanthology berkata...

masa saya ke klinik gigi tempoh hari doctor sound saya "dah brape lama awak tak datang klinik gigi ni???"


ahaksss

Mek Onie berkata...

aku ingat kau tak pengsan ,rupanya kau pengsan gak,okay tunggu saat aku pulak,haha!

9n0L4 berkata...

huh. seumur hidup saya, baru sekali gi buat scaling. ;)

~Cik Sweety~ berkata...

seyes sya takot jmpe doc gigi...

dieyna berkata...

datang berguling- guling ke sini... sakit gigi adalah sakit yang paling tak best di muka bumi ini.. tak caya?? Tanyalaa semua orang...

Jom join segmen kenangan akak tu.. memeriahkan suasana skit....

APAN berkata...

kalau kat sekolah, kerap gak kena kalau ada doktor gigi datang cek murid2...bila dah besar, sakit2 pun tahan je la dulu. maklum la, kos mahal giler. kalau x thn betol baru aku gi...ni pun baru sekali je pegi lps hbis sekolah... :)

anak ayah berkata...

ngilu laaa weyh~~~~~

gunalah obat gigi darlie... ha3 :D

nina berkata...

Ahhh aku paling benci pergi jumpa doctor gigi! Dulu masa aku pergi buat rawatan gigi, aku rasa mcm nak terajang je doctor tu. Sakit woi!

Btwy, kau buat aku rindu feel cabut gigi pakai benang, goyang2 sampai darah2. Ahh rindu zaman tu :')

kay_are berkata...

salam bro.. err.. first time g klinik gigi? mantap.. aku sejak zaman sekolah pengunjung setia klinik gigi.. jururawat pun dah kenal aku -_- err.. macam seram je treatment tu.. ngeri2

Lea Isnawi berkata...

aku xtumbuh gigi bongsu lagi
mungkinkan aku antara 35% tu

YouSOF berkata...

Oh.. Baru aku teringat kau pernah up status fb pasal sakit gigi.. Tak tau pulak sampai tahap ni.. Ok lepas aku hayati entri ni.. Aku paham apa yang kau lalui..


Proses berkenaan gigi ni memang bukan calang² punya rasa. Nak buat macam mana kan, duit boleh dicari.. Sakit gigi siapa yang nak cari.. hehe


*Tiba² aku teringat proses masa pasang besi kat gigi dan aku tak pengsan masa tu.. ;D

shamyheart berkata...

Ui, aku xpnh rs skt ggi wlpn ggi aku xla cntik sgt. Pnh rs skt ggi je bbrpa bulan lepas tp xtruk, jap je.
Aku x ada k0t ggi b0ngsu klu ikut kata yg ia tumbh pd um0 18-25. um0 dh lebih 25thn. Tp aku tg0k jiran2 ada yg dh tua 30thn bru tumbuh ggi b0ngsu. Ni yg seram.

Lama x twitt ko wei. Pswd aku xjmpa pulak. Hahaha.

Abu Bagi berkata...

Sakit gigi mmg amat memeritkan.. Aku pun tak sangka sampai nak kena opret bagai..

Sayidah Nafisah Ruslan berkata...

giler dahsyat kene penyakit macam ni.. asal jadi macam ni ek? sebab tak rajin gosok gg ke? huhu

Tanpa Nama berkata...

Situs web seperti informatif! Terima kasih besar! Terima kasih untuk waktu yang baik mengunjungi situs Anda. Ini benar-benar suatu kesenangan pemahaman sebuah situs web seperti ini penuh dengan informasi yang bagus. Terima kasih!

Afzainizam berkata...

wehhhh aku tak mau cabut gigi ... ni bab yang paling aku takut sekali

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Unknown berkata...

Baru terbaca entry ni....nampaknya saya dalam golongan 35% tu hehe...tp gigi saya tak cantik...nak pakai braces tp x mampu huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

saya dah umur 28 tahun tapi selalu juga kena sakit gigi dan gigi berlubang, sy dah 2 btg gigi matikan saraf dia sebab gigi berlubang teruk tu hari, dan sekarang rasa mcm nak cabut pula gigi geraham lagi sebab rasa sakit, gigi sy tak cantik pun , nak pakai braces tapi tak mampu, LOL

Babab.net