Tuesday, May 15, 2012

Pengalaman Aku: Pembedahan Gigi Bongsu (wisdom teeth)

Mari kita sambung story aku pasal gigi tu.. orang cakap kalau kita tak de pengalaman ada baiknya kalau kita belajar daripada pengalaman orang lain aje.. paling kurang pun ambil tahu je la. oooo cam ni, oooo cam tu oooo cang gini rupanya hahaha..

Disebabkan gigi, aku first time masuk tidur dalam wad dan kena operation.. dalam entry aku yang sebelum ini cakap aku kena buat operation gigi kan.. dan aku decided untuk buat operation kat Sime Darby Medical Centre.. tup tup aku pegi kat hospital tu pada 9 haribulan May.. apa lagi mintak MC la sehari..

Dengan pertolongan member opis aku yang gojes bernama Alia, aku dapat GL daripada PMCare dan buat appointment dengan dentist Dr. Mohd Noor Awang.. cool je doctor dia, daripada cara bercakap aku suspek dia ni orang Kedah.. tengok kat pintu, dia bekas study kat London..

So, Dr Mohd Noor cakap aku kena buat operation buang wisdom teeth dan sebelah kiri yang tolak gigi gigi aku yang lain... dan tengok gigi aku yang rosak tu.. kalau dia tak effect kat saraf tak payah nak buat root canal treatment.. dia tanya lagi "nak buang jugak ke gigi bungsu yang sebelah kanan?" tapi aku cakap tak sakit pun.. dr tu cakap soon dia akan sakit, sama ada dia buruk atau dia terus menolak gigi macam sebelah kiri aku ni.. one shoot buang je la dua dua.. aku cakap okay fine, buang je la..


Dan begini la kejadiannya, kat atas adalah gambar aku sedar sepenuhnya selepas pembedahan.. masih nampak hensem lagi kan hahahaha... pada petang Jumaat tu habis kerja aku 'check in' kat hospital SJMC.. thanks En Fadir yang banyak membantu.. aku duduk kat sepital sorang sorang single room, juadah gigi bungsu aku yang terakhir ialah burger Subway, tabah je aku makan kat bawah sepital tu sorang diri.. pedulik hape, sebab dia dah nak kena buang dan aku kena puasa start pukul 12 malam sebab esoknya nak kena opret..


Pagi Sabtu aku siap siap tu masuk ke bilik pembedahan, sign document pembedahan, berak kencing semua dan pakai gaun warna pink.. kelakar sebab aku pakai gaun tu dengan baju kat dalam seluar panjang dan boxer sekali.. aku tak tahu, rupanya kena bogel kalau nak pakai gaun tu hahahaha..

So, 9. 30 pagi aku dah kena tolak tolak atas katil pegi turun kat tingkat satu.. kat situ ruang menunggu tuk pembedahan, sorang dokter pakar bius datang explain pasal bius dan aku pun turunkan tandatangan kat situ.. aku sign je pun sebenarnya, malam sebelumnya aku dah baca document tu dan aku faham..

Selepas je doctor tu masukan bius dalam badan aku, mata aku terus berpinar pinar, siling meja orang katil semua tunggang langgang aku tengok.. tak lama pastu aku sedar katil aku tu diorang sorong masuk kat bilik pembedahan.. sempat tengok lampu lampu tuk pembedahan aje, muka Dr Mohd Noor pun aku tak sempat tengok selapas dia masukan sekali lagi bius tak silap aku.. then aku tak sedar apa apa dah..  

Aku separuh sedar masa aku dah dalam lift nurse tolak bak masuk dalam bilik.. aku tak sedar pun masa operation tu diorang buat.. tahu tahu je nurse cakap " Abu Abu wake up!!" aku tanya "Done?".. "Yes you going beck to your room".. pastu aku sambung pengsan..hahahaha

Aku dah sedar sepenuhnya dekat pukul 1.00.. dan rasa bekas pembedahan tu tahu tahu je la.. aku dok tekan tekan suis nak paggil nurse.. aku cakap sakit, then diorang datang bagi inject pain killer dalam saluran air kat tangan aku.. muka dah mula sembam dan badan lemah..

Ni cocok cocok air ni aku mana pernah buat.. first time semuanya, thanks gigi yang sakit sebab bagi aku pengalaman yang macam ni.. mula mula nak cucuk tu semua aku rasa oh damn.. sepanjang aku dalam wad tu aku kena dua atau tiga bag air tak silap aku, termasuk semasa pembedahan.. nurse cabut hos tu masa petang dah..

Oh btw, sempat gak wish Happy Nurse's Day kat diorang hehehe.. sorang tu cakap "You the only patient yang wih Happy Nurse's Day today" aku senyum je.. tupun aku tahu sebab trending kat twitter hahaha.. ramai Nursing student beb.. Sime Darby Nursing College..

Sepanjang dalam bilik hospital tu ini la yang aku buat.. makan bubur yang diorang bagi, tengok Mania, tukar tukar channel, bbm, twitter dan facebook memanjang.. bosan gila, sebab tu ada gambar warna warni ni hahaha.. tak de kerja aku edit guna BlackBerry.. tapi cantik gak aku tengok hahaha..

Maklum la kat sini aku tak de family, yang ada pun cuma kengkawan baik je.. diorang la yang datang melawat aku kat wad, thanks kat En. Azrul, En Fadir, Ustat Saufi dan Cik Hani.. macam macam, ustat ada bagi kuliah maghrib lagi, Azrul yang balik time aku tak sedar dan Hani yang bagi kad.. thank kat korang.. well mak dan family aku kat Sabah pun cuak pasal pembedahan aku ni.. sal gigi je pun..

Yang dalam botol tu adalah gigi aku yang doctor cabut nak bagi kat Ratatouille hahaha.. empat batang semunya, aku pun pelik.. aku terfikir apa yang dokter tu buat sebenarnya, apesal banyak sangt cabut.. buat root canal treatment ke tak.. aku jadi musykil..

Hari Ahad aku discharge daripa hospital.. tapi sebelum aku keluar Dr. Mohd Noor datang bagi consultation dulu, time tu gak aku tanya apa yang doctor buat sebab aku tak sedar langsung dan tak pernah jumpa dia selepas pembedahan Sabtu tu.. dia cakap, sebenarnya gigi yang dia cabut tu cuma dua je, disebabkan payah nak cabut, kena belah gusi bagai, so dia kena potong gigi aku belah dua.. oooo baru la aku faham.. then aku tanya lagi, buat tak root canal treatment.. dia cakap tak buat pun, sebab gigi yang rosak tu tak banyak, tak effect pegi saraf lagi, dia cuma bersihkan, buang dressing yang klinik sebelum ni aku jumpa, dan tampal aje gigi tu.. oh okay fine...

Lebih kuarang pulul 2.30 macam tu aku discharge, tunggu hospital sipakan bill.. dan aku tengok total kos pembedahan semua semua terbeliak matak aku hahahaha.. kakak kat kaunter tu, cakap "This one you punya bill, I akan call insurance yang adik guna ni dan tengok mana yang dia cover dan mana yang dia tak cover, kalau yang tak cover tu adek kena bayar sendiri la".. aku cakap oh ok..

Masa otw nak balik rumah singgah jap kat restoran Murni Discovery kat Taipan Subang.. lek lek dulu minum minum dangan en Fadir dan kawan dia.. tetiba kakak kat hopital SJMC tu call cakap adik kena bayar 4 ringgit 60 sen je tuk sampul surat.. yang tu insurance tak cover, nanti bayar time follow up check gigi Friday ni.. hehehehe Alhamdulillah.. dan sekarang aku duk kat rumah MC 5 hari.. asyikkkk...

51 comments:

KhaiRin : anies said...

tetiba sy pulak yg terasa sakitnya..

insurance cover?

Hanif said...

lawa nurse tu....emmm
Alamak gigi sakit!!..apa nama tadi hospital lu masuk bro tadi...

ABU said...

Sime Darby Medical Centre

Masha Meisters said...

lorh...kesinyer! nurse comey hilangla sakit...kihkihkih...

folow Mr Ash here!

ciK LyndaWawa said...

tak penah lagi bedah apa2 yang patut dibdah....

Anonymous said...

sy pnh jgk bedah gigi time mgandung coz tak thn sgt. d bedah coz gigi geraham jenis trbenam x leh d tarik or cabut. But d bedah x lah smpi mo tido d wad. Cuma bg bius dn bedah and jahit. Tu jer..Tpi 1 btg gigi tuh sy byr RM700. adoii...mahal sgt. Nsib bule claim...

ciK LyndaWawa said...

banyakkan rehat, ok...

syafiqakarim said...

tengok gigi.
haha.rehat bu.
ni tak..asek tweet makan itu ini
haha

deno said...

erk... deno pernah kena operate tapi bukan gigi

ABU said...

S-karim..tweet tak pe jari je goyang goyang.. Mulut tak gerak pun.. Unless ada tweet yg klakar hahahaha..

Fakhrul Haiyin said...

4 ringgt jak? haha. ingtkan ribu2. tahniah laa jo sbb brjaya mnjalani pmbedahan gigi. kah3.

Rtp Farra Arisha said...

ouch i'm scared when it comes to teeth! anyway, how you overcome fear? so far arisha belum pernah lagi jalani pembedahan apapun...

sha my heart said...

Ui seram tng0k wad, pic kdua tu..
Selamat wei, smua insurans c0ver.
Btw, brpa jumlah byrn yg di0rg caj dn apa nama insuran ko?

Mizz ErMa said...

wah, best sangat..operate gigi juz bayar beberapa ringgit + dapat mc 5 ari? uhh, mmg masyuk bangat..hehehe

onie said...

sakit woooooo masuk ayooooo... tunggu giliran aku lak....haha

Kancil 8349 said...

ndak dapat dibayangkan...hehehe


rasanya kamu nie junior Kancil...Kancil pelajar tahun 1993 hingga 2000...

tahun 1998 Kancil terlibat dalam orientasi ting. 1...mungkin kamu kenal dengan Kancil lagi

kura said...

pehh. mcm ngeri je pengalaman nii :0

Nafisah Ruslan said...

uish.. gg pun kene operate ek..

Chic Na said...

uishh.. ni minor ke major operation? sampai camtu skali ek even operate gigi je pun. takutnyeee. hihi.. :)

ieda said...

aduhh sakitnyaaaa
sakit gigilahh paling x suke ! .. huhu

anamizu kaito said...

4 ringgit 60 sen je tuk sampul surat<---kekeke oke lettew =P



arhhhh guwa tak suke sakit2 + hospital ceni =.='



get well soon ya!






luv,
cik ana

cimöt said...

aku yang rasa sakitnya weyhhh..

alahaiii..siannya dia..family jauh ea..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hubby akak baru jer cabut gigi bongsu semalam..

Lea Isnawi said...

mc 5 hari sonok la kannn...

ish tapi kan menggerunkan je

aku paling takut nak jumpa doc gigi

huhuhu

kay_are said...

operation gigi pun insurance cover? tapi.. operation gigi pun kne masuk wad tukar baju masuk air sume? terkesima aku jap..

si robot comel said...

uih baca ni,seram den.

DAIRI SEDETIK LEBIH said...

Berjalan dan melawat blog awak. Nak jemput awak join segmen Farisha -> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html

syakey said...

weh, doktor tu ayah aku pa. ayah aku nama mohd noor jugekkk :P

alhamdulillah selamat semuanya abu. tapi aku tengok gaya duduk sepital tu macam orang nak operet badannn ja bukan cabut gigi. dengan cucuk2 segala bagaiiii.

ok lah, selamat menikmati mc 5 hari! :D

Eera Shera said...

oih seramnye..gigi pulak tu ouch! xpe dpt rase pengalamn dok sepital

[sutera kasih] said...

ehh bahaya jgk rupanya gigi bongsu tu kalo sakit ya..yala efek sma saraf2 di otak ba tu kan..nahhh..bkin takut ni huhu

Aien Alien said...

kerana gigi je kan..tapi takpelah, semoga sihat sepenuhnya boleh makan-makan dan untunglah bayar duit sampul surat je :D

YOUsoF said...

Harini baru aku ada masa nak baca pengalaman kau ni Abu.. Pengalaman memang banyak mengajar manusia yang ingin belajar kan.. ;D

Sime Darby Medical Centre.. Bilahlah aku nak masuk.. Err maksud aku bila nak masuk jalan² kat dalam tu.. heheh

Samalah macam aku, masa eksiden dulu baru rasa tidur hospital, masuk air, puasa sebelum operate.. Tapi kau untung pengsan masa operate, aku sedo msa dikerjakan.. Pengalaman²..

Syukur ada insuran cover kau. Simpan envelope tu elok² sebagai kenangan.. hehe

Afzainizam said...

uihhhhh aku bab-bab cabut gigi mmg takut beb.... tah kenapa aku takut sangat ngan doktor gigi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair door trim kereta

Royal Lady said...

Sy pla bru kemarin jlani pmbdahan gg bongsu.sakitny,Allah ja yg tau..tp skg ok ckit dh,e-e

Royal Lady said...

Sy pla bru kemarin jlani pmbdahan gg bongsu.sakitny,Allah ja yg tau..tp skg ok ckit dh,e-e

Royal Lady said...

Sy pla bru kemarin jlani pmbdahan gg bongsu.sakitny,Allah ja yg tau..tp skg ok ckit dh,e-e

Royal Lady said...

Sy pla bru kemarin jlani pmbdahan gg bongsu.sakitny,Allah ja yg tau..tp skg ok ckit dh,e-e

Royal Lady said...

Sy pla bru kemarin jlani pmbdahan gg bongsu.sakitny,Allah ja yg tau..tp skg ok ckit dh,e-e

missSenget said...

psl gigi smpai ke admit hosp..?

huwaaaa~~!!!




takut..!

PUTERI SHAKIRA JAHN KASSIM said...

Saya sedang di hospital ampang menanti wisdom tooth surgery besok. berdebar debar rasanya. tapi post ni berjaya membuat saya ketawa kahkahkah! semoga Allah membalas jasa abu. kikiewrites.blogspot.com

PUTERI SHAKIRA JAHN KASSIM said...

Saya sedang di hospital ampang menanti wisdom tooth surgery besok. berdebar debar rasanya. tapi post ni berjaya membuat saya ketawa kahkahkah! semoga Allah membalas jasa abu. kikiewrites.blogspot.com

PUTERI SHAKIRA JAHN KASSIM said...

Saya sedang di hospital ampang menanti wisdom tooth surgery besok. berdebar debar rasanya. tapi post ni berjaya membuat saya ketawa kahkahkah! semoga Allah membalas jasa abu. kikiewrites.blogspot.com

PUTERI SHAKIRA JAHN KASSIM said...

Saya sedang di hospital ampang menanti wisdom tooth surgery besok. berdebar debar rasanya. tapi post ni berjaya membuat saya ketawa kahkahkah! semoga Allah membalas jasa abu. kikiewrites.blogspot.com

SuRose Cumil said...

huhuuu...bia betol smpi msok spital..tatoootttt...kt mmg tgh skit gg bongsu ni..gusi bngkak...pp pn ikot bngkak...khmis ni br jmpe doc..taatoottt....

nad said...

Thanks for sharing this experience because I akan buat jugak this kind of operation next month. But PMCare cover ek wisdom teeth? PMCare bg kitaorg rm250 je utk dental :(.

Iman Natasha said...

Saya baru je lepas buat minor surgery untuk extract dua wisdom teeth bawah kri dan kanan dengan 4 batang gigi geraham pertama haih ini semua sebab nak pakai braces! Nak tanya ni, lepas surgery ada rasa kebas kat bahagian bibir bawah and dagu tak? Kalau ada, berapa jangka masa kebas tu? Dah hampir sebulan ni tak hilang lagi kebasnya T_T

Adam's Mom said...

Awk pki insurance pe ya smpi cover utk dental surgery.... insurance sy xcover lak....

Adam's Mom said...

Awk pki insurance pe ya smpi cover utk dental surgery.... insurance sy xcover lak....

Adam's Mom said...

Awk pki insurance pe ya smpi cover utk dental surgery.... insurance sy xcover lak....

Adam's Mom said...

Awk pki insurance pe ya smpi cover utk dental surgery.... insurance sy xcover lak....

Anonymous said...

Boleh tanya tak berapa kos utk minor surgery ni?sebab saya pun akan buang wisdom tooth ni dlm feb or mac cam tu..ok tak sdmc n layanan dorang?plz....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!