Rabu, 9 Mei 2012

Laporan Siasatan Kezaliman Anak Monyet, Kuala Pilah

Mungkin korang dah tahu pasal entry aku cerita pasal anak monyet yang kasihan tu.. kalau tak tahu korang boleh tengok dalam entry aku yang ini.. kalau nak la, tak paksa pun hehehe.. sebab entry ini adalah sambungan daripada entry tersebut.. emmm nak cakap sambungan macam tak jugak.. kira macam ending la, kesudahan nasib anak monyet tu..


Dipendekan cerita, sebenarnya seorang aktivis hiwan telah mengubungi aku tang anak monyet tu.. 'sepatutnya anak monyet tersebut tidak dibiarkan macam tu.. ia perlu diselamatkan, seseorang yang ingin memelihara monyet atau kera perlu memiliki lesen atau permit, feeling feeling kasihan endup with nothing.. gerak kerja perlu dijana'..

Justeru itu aktivis haiwan tersebut telah membuat laporan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Jempol, dan tindakan telah diambil.. berikut adalah laporan daripada En. Mohd Shukri Bin Hasim Ketua Perhilitan Daerah Jempol yang aku print screen..
Sebenarnya entry aku yang sebelum ni memang tidak berniat apa apa.. masa yang aktivis haiwan dan Jabatan Perhilitan hubungi aku pun aku dah rasa cuak.. eh apa ni apa ni... aku dah mula risau pasal tindakan saman kah apa kah dengan bangla dan pemilik ladang tu.. takut effect kepada company dan kerja aku.. lagi pun last time masa aku pegi buat visit kat ladang tu bangla bangla tu semua friendly dan nice je dengan kitaorang..

Kasihan dengan memeber aku yang pegi ladang tu tadi, bangla tu dah bising kat dia.. ye la kan diorang bab bab penguatkuasa ni memeng takut.. siap tanya macam mana perhilitan boleh tahu bla bla bla.. siap cakap pasal Vaseline lagi.. sah! memang la sebab diorang dapat info daripada blog aku ni.. ok aku dah mintak maaf  dah dengan member aku tu.. but the real is, dia je la yang tahu macam mana perasaan dia masa menghadap bangla tu kat ladang.. sori sebab aku memang tak de keperluan nak pegi tadi, lagi pun boss memang tak bagi keluar outstation suka suka hati....

Hasil siasatan, tak de unsur kezaliman yang dilakukan oleh bangla bangla tersebut terhadap anak monyet tu.. indeed diorang lagi nak selamatkan dan rawat anak monyet tu even sebenarnya terdapat banyak kumpulan monyet yang selalu je datang merosakkan hasil tanaman mereka..

Well even dalam entry aku tu pun tak de cakap pasal bangla tu menzalimi anak monyet tersebut.. munkin silap aku gak sebab tidak menceritakan keadaan situasi dengan lebih lanjut asal usul dan pokok kisah cerita anak monyet berwajah sugul dan kasihan tu, main tepek gambar dan cerita sekerat sekerat je kan.. cuma menjadi kesalahan kalau diorang nak bela anak monyet tu.. sebab kalau nak bela binatang macam tu kena ada lesen atau permit..

So, aku harap tak de dah lepas ni.. kira da settle dah.. anak monyet tu pun dihantar ke Zoo Melaka, aku harap luka dia akan bertambah pulih.. kalau korang nak tengok anak monyet tu boleh la lawat dia kat Zoo Melaka nanti ya..

Pengajaran daripada entry ni? korang fikir la sendiri ya..

26 ulasan:

APAN berkata...

mmg memberi kesan la nampaknya entri tuh...tahniah sebab aku rasa ko dah selamatkan anak monyet tuh...naya je kalau tengok dlm gambo. mmg niat mereka nak bela tu baik, tp kalau x kena cara pun pyh gak. pengorbanan diperlukan utk kebahagian. haha...

bab membe ko tu, mmg nasib dia la. nasib x jadi pape. harap mat2 bangla tu pun baca la entri ko ni... :)

syafiqa berkata...

nanti nak tgk dorg la.kt zoo melaka
kan.heww

ciK LyndaWawa berkata...

alahai...ciannya monyet......

Afzainizam berkata...

alahaiiii leher anak monyet tu luka... nape lahh dia ikat pakai dawai... nasib baik lahh tak putus leher anak monyet tu....

apa pun iktibarnyerrr.... kita sesama haiwan pun perlu ada belas iksan kerana dia dan kita makluk yang bernyawa juga...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang

inche hlovate berkata...

okay nanti free nk p zoo mlke lawat si ank monyet.. kesian monyet tu

Rina Rahamat berkata...

bg akak ko dah jalankan tanggungjawab sosial..sbb kalau ko tak buat entri tu anak monyet tu x tau nasibnya mcm mana..kawan ko tu mangsa keadaan je hehe..bangla tu plak x salah gak..cuma diaorang mestila risau takut kena tangkap ke apa kan..


syabas kerana entri ko menyelamatkan seekor anak monyet..

dear anies berkata...

acu kite buat kt org yg aniaya monyet mcm tu?

Ce'gu JAERA berkata...

Alahai siannya kan anak monyet tu. Nampak sayu2 je

Dkna Abza berkata...

kesiannya...walaupon binantang tapi tetap makhluk allah jugak kan...ermm...

hanaahmad berkata...

kau punya hati mulia. semoga Tuhan merahmati. :)

Mr.Superman berkata...

kesiannya.. :( sdh tgk ank monyet.asal mke dia comel sgt.

Liyana Zahim berkata...

Walaupun aku ketinggalan psl monyet2 ni tp aku sgt impresed dgn ko.. Pasni ko leh la jd haiwan di zoo negare.. Gegegegegege..

ewanthology berkata...

ok la tu, at least dapat diberi rawatan sewajarnya.

Yumida berkata...

cian nengok anak monyet tu...klo kita mmg dh ter-aduh aduh sakit dh..hope luka tu pulih ngn cepat...

Lysa berkata...

kesiannya monyet tu. walaupun haiwan, dia pun tahu perasaan sakit jugak. hm

nina berkata...

jgn tkot, ku dh buat kerja baik ni. monyet tu msti happy sgt dpt knl dgn ko haha

cimöt berkata...

dulu ade monyet kat umah opah nama dia awang..dia slalu tlg carik kutu kat kazen aku punye rambut..hahaha

alahai semoga cepat monyet tu sembuh..

Kancil 8349 berkata...

kesiannya...moga orang yang menderanya dapat balasan..

Kancil terbaca satu entri mengenai sekolah kamu...SMK Agaseh Lahad Datu...tahun berapa kamu belajar di sana...dan untuk makluman kamu Kancil belajar di sekolah yang sama...hehehe

ingin mengetahui jawapan wordless wednesday semalam...jom singgah ke blog Kancil

http://kancil8349.blogspot.com/2012/05/jawapan-wordless-wednesday-37.html

Aien Not Alien berkata...

takpelah abu sekurang2nya kau melaporkan apa yang nampak, tindakan pun dah diambil dan jelas mamat2 bangla tu semua baik hati nak menjaga cuma salahnya takde permit jelah....nanti ada masa aku pergi Zoo Melaka, dekat je dgn rumah cuma masa je takde :D

Syazana Zainn berkata...

kesiannya tengok anak monyet tu. hmm

tp sekurangnya ko jujur dalam pemerhatian dan penulisan ko tu

n

at least ko menjadi masyarakat yg bertanggungjawab :)

Sayidah Nafisah Ruslan berkata...

memangimpak yang besar tulis pasal cerita2 macam ni. sedangkan takde niat buruk pun kan? tapi ok lah tu, anak monyet tu mendapat tempat yang lebih baik :)

Rain berkata...

sejak bilik aku jadi bilik perhilitan kera, aku dah muka sayang menyayang cinta dikenang sama itu monyet.

sapa yang berani dera memang aku terjah.

entri pertama tu masa aku baca, tisu ada sebelah.. sedih!

[sutera kasih] berkata...

pengajarannya, jgn zalimi haiwan huhu..bah nnti aku pegi zoo tu tgk anak kera tu..comel bahh

shamyheart berkata...

Aku xtau pulak nk mulakan ayat mcm mna. Bpusing2 dan brsimpg siur je pndpt dlm kpla aku ni.

Aku fhm apa yg ko rasa, buat entri sb ksihan kat anak m0nyet tanpa nk babitkan pihak berkuasa. Tp bl diorg dpt tau mestilah ko rasa cuak sb babitkn krja ko dan mat bgla. Betul x?

Kdg2 bela sendiri lbh bnyk bg ksh syg brbndg hntr kat z0o. Tp dh undg2 kena la ikut.

Apa pn, ok la sb ada jgk yg buka mata kat entri dan bl0g ko. Tu tandanya ko p0pular.

Btw, aku cek bl0g ko gn hp ni. Sb tu k0men gn shortf0rm, hehe

hani berkata...

pada pengamatan aku, semua pihak terlibat tade intention pun utk berada dlm keadaan cuak, baik kau empunya blog, kawan kau dan mat mat bangla berkenaan. biasela kite klu ada kna mengena dgn pihak berwajib ni, tak salah pun cuak gak kan? hehe..

adan berkata...

sekeping gambar membuatkan orang merasa binatang tu kena dera.. aku tgk pic kera tu memang menyedihkan.. apa2pun benda dah setel.. kesian si kawan menghadap bangla2 tu.. hehe.. alarh..jgn risau la..bangla tu kan baik..

Babab.net