Khamis, 31 Mei 2012

Warung Mak Teh Mee Banjir Udang Kuala Sepetang

Jika korang berjalan jalan ke Taiping Perak mungkin tak lengkap jika korang tidak berkunjung ke Kuala Sepetang.. apa yang best kat sana? sudah tentu la dengan mee udang dia hohoho..

Di Kuala Sepetang ada beberapa warung mee udang yang sangat terkenal, tempat untuk menggemukkan badan.. pernah masuk tibi, majalah, surat khabar bagai.. blog lagi, jangan cakap la, semua nak story kan.. antara warung yang famous amos ialah Mee Udang Mak Jah dan Mee Udang Mak Teh.. tapi untuk entry ini aku nak story satu tempat makan je la.. gila kah aku nak makan sampai kedua dua tempat haha..

Ok mari kita meliur liur diri tengok gambar mee udang daripada Warung Mak Teh Mee Banjir Udang.. ha! baca betul betul.. ada perkataan banjir udang kat situ...

Jangan Risau, untuk sampai ke sini, on je GPS korang kompom tak sesat.. paling senang kalau ada member orang Perak bawak dia sekali.. Warung Mak Teh Mee Banjir Udang ni ada kat tepi jalan.. nampak je dua ekor udang terkebil kebil matanya...

Terdapat tiga jenis hidangan.. ada mee udang RM 6 ringgit, ada yang RM10 dan ada yang RM12.. kitaorang semua order yang RM 6 je.. tak pasti apa beza ketiga tiga jenis hidangan tu, sama ada size kah apa kah.. sesetengah blog cakap beza pada jenis udang, ada udang laut, udang ternak dan udang air tawar.. datang sendiri dan tanya baru tahu..

Tengok la banjir tak banjir udang dia hahaha.. mahu tujuh ekor udang dalam satu mangkuk, aku makan pun mee dia dah dekat nak habis tapi udang dia banyak lagi.. kuah dia pun tak cair sangat dan tak pekat sangat.. sedap jangan cakap la.. eeemmm

Part yang paling best ialah menyantap udang udang dia.. segar pun segar.. juicy lagi tu, wah sungguh enak sekali hahaha.. tapi aku syak udang yang kitaorang makan tu adalah jenis yang diternak.. well sebenarnya aku tak reti nak bezakan jenis jenis udang.. aku bantai je, semua sedap bagi aku grrrrr...

Beginilah suasana kat Warung Mak Teh wing sebelah kiri.. ada lagi satu wing sebelah kanan.. time lunch hour, cuti sekolah dan weekend kompom ramai orang kat sini..

Oh ya, kalau korang tak boleh makan udang.. alergi gatal gatal katanyerrrr, korang boleh order makanan lain.. ada je goreng goreng..

Ok itu je la, datang tepeng jangan lupa singgah di Sepetang tau.. bukan Sepitang ya, Sepitang tu kat Sabah.. memang tak rugi, antara makanan must eat kat Perak..

Alamat:
Warung Mak Teh Mee Banjir Udang,
Batu 19 1/2, Kampung Tebok,
Jalan Kuala Sepetang,
34750 Matang, Perak. 

Tag: Tempat Makan Yang Best Kat Perak, Mee Udang Kuala Sepetang, Makanan Sedap Di Perak, Jalan Jalan Cari Janda hahaha..


Isnin, 28 Mei 2012

Pemandangan Malam Sekitar Bandar Kuala Kangsar

(Banyak gambar kalau berat pangkah terus) Olla kengkabut nak upload picture.. baru balik daripada Perak jalan jalan cari makan cari tempat tempat yang best cari pasangan hidup dan macam macam lagi hahaha.. sori lama tak round round kat blog korang.. ada dua tiga orang je yang sempat pegi, tu pun tak larat nak guna bb...

Btw, berikut adalah beberapa gambar kat Kuala Kangsar, pemandangan pada waktu malam.. cantik tau di sekitar Bandar Diraja Perak ni waktu malam.. ni hari hari biasa, bayangkan kalau dekat dekat dengan Hari Keputraan Sultan Perak.. banjir bandar ni dengan lampu lampu yang lawa..

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 

Pemandangan di sekitar Istana Iskandariah Kuala Kangsar 

Jeti berhampiran dengan Taman Kuala Kangsar.. ni kat Sungai Kangsar 

Keychain yang comel comel kat Arena Square Kuala Kangsar.. sepuluh ringgit dua uolllzzz...   

Hemm!! mutiara Sabah pun ada jual kat Kuala Kangsar.. brother yang jual ni isteri dia orang Tawau..

 Belon belon boboibay pun ada jual gak..hehehehe..

Pemandangan malam Jambatan Sultan Abdul Jalil Kuala Kangsar daripada jeti

Highway kat sini macam I-city   

 Singgah kat Restoran Benteng.. mati mati aku ingat restoran Ben10, member aku kencing aku hahaha..

Air kelapa laut kat Restoran Benteng Kuala Kangsar.. sedap, biasanya air kelapa laut color lain kan, yang ni tak, jernih je..

Nasi Phak Ka Phau.. makan tak hingat gusi baru habis opret.. sedap, tapi pedas la.. mandi peluh aku makan hahaha..

Ada banyak tempat yang aku dah pegi sepanjang dua hari satu malam aku kat Perak.. aku akan breakdownkan dalam siri entry entry yang akan datang hahahaha.. ya serius ada banyak, tak muat nak story dalam satu dua entry.. korang akan termuntah dengan more pictures and entry yang mendatang hahahaha..

Ahad, 27 Mei 2012

Tips Untuk Kempiskan Perut Buncit

Dipetik daripada Petuahowto.com, berikut adalah petua cara cara nak kempiskan perut buncit..


Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.

Tag: Atasi Perut Buncit, Cara Cara Kempiskan Perut, Buang Lemak Di Perut, Petua Orang Kampung, Limau Nipis Atasi Perut Buncit

Ahad, 20 Mei 2012

Belajar Tentang Tumbuhan Dan Haiwan

Mari belajar tentang tumbuhan dan haiwan..

Ok mari belajar la sangat.. aku nak ajar apa?.. sedangkan nama tumbuhan ni pun aku tak tahu hahaha.. korang tahu tak nama bunga ni?.. daun dia color gelap gelap, bawah daun macam color ungu gelap.. bunga kecik kecik dan hidup subur dengan baja taik ayam hehehehe...

Ini ialah sejenis lettuce.. nama dia Salad Butterhead.. makan sebagai salad la kot.. campur dengan pepper, mayonnaise dan thousand island.. emmmm sedapnya.. orang melayu makan cicah dengan sambal belacan ataupun budu hahahaha

Ulat bulu dah naik daun.. ulat bulu adalah salah satu daripada fasa perubahan bagi rama rama atau kupu kupu dalam proses metamorfosis.. bukan simbiosis ya kawan kawan hahaha..  ulat bulu ni berbisa, kalau terkena kulit pasti terasa gatal.. petua cara nak hilangkan gatal gatal bisa ulat bulu.. ambek bawang merah dan bawang puith seulas, tumbuk dan campur dengan minyak masak... sapu kat tempat yang gatal, insyaallah boleh sembuh...

Ini pun aku tak tahu nama dia bunga apa.. yang ni ke bunga kemboja orang sebut sebut tu.. eh!! sembarangan hahahaha.. tanam kat pasu daun dia tak banyak.. cantek.. macam bunya loceng kuning...

Ini aku ingat buah delima.. tapi aku search, pokok delima bukan macam ni.. daun dia lain.. ini adalah sejenis tumbuhan menjalar, so ada tak siapa siapa yang tahu kat sini?...

Semua gambar gambar ni daripada CH.. ok thanks singgah menimba ilmu hehehe..

Tag: Tumbuh Tumbuhan Cameron Highland, Jenis Jenis Bunga Cameron Highland, Tips Rawat Gatal Ulat Bulu, Buah Pelik.

Jumaat, 18 Mei 2012

Jenis Jenis Strawberry Yang Terdapat Di Cameron Highland

Mari mengenal jenis jenis strawberry yang terdapat di Cameron Highland hehehe..  masa naik cameron highland hari tu aku ada tangkap beberapa gambar strawberry, kat Kea Farm, dan kat Strawberry Farm Kampung Taman Sedia..

Daripada pengamatan aku, aku dapat bezakan beberapa jenis strawberry yang terdapat kat sana , perbezaan yang sangat jelas.. dengan gambar aku jelaskan satu persatu ok..

Strawberry Sedia Dimakan.. ini adalah jenis strawberry yang sudah dibayar dan sedia untuk di mam mam.. kebanyakan strawberry ini adalah segar, kelihatan cantik dan sangat sweet.. sebab pembeli dah pilih mana yang bagus untuk dijadikan santapan.

Strawberry Terbuka.. estoberi jenis ini adalah jenis estoberi yang dijual didalam clamshell dengan keadaan penutup clamchell yang terbuka.. kebiasaanya estoberi ini di display selepasa baru sahaja ditimbang..

Strawberry Jual Murah.. jenis ni sangat banyak kat cameron higland, terutamnya time musim banjir strawberry atau musim cuti sekolah ataupun stock clearance.. strawberry dijual dengan harga RM10 untuk 3 clamshell/ paket.. murah kan... 

 Strawberry Tingkat Tingkat.. jenis strawberry di display dalam keadaan bertingkat tingkat..

Strawberry Belum Masak.. strawberry jenis ni hanya terdapat kat ladang sahaja, tidak dijual dan tak sedia tuk dimakan lagi.. kalau nak makan pasti rasanya masam..

Amacam dapat tak ingat perbezaan jenis jenis strawberry yang aku terangkan kat atas.. kalau tak ingat tak tahu la nak cakap apa hahahaha...

Kawasan Rekreasi Daerah Kunak, Air Terjun Madai

Ini adalah gambar stock lama.. emmm tak de la lama sangat pun, beberapa bulan yang lalu aje hehehe.. nak share gambar kat korang tapi tak dan.. 

Saja nak kongsi kat korang tempat tempat aku yang dah pegi.. alaa macam biasa la kan blog personal aku ni.. jalan jalan, makan makan, tutorial, tips dan entry entry merapu.. entry bergambar adalah entry yang paling senang nak buat.. 

So, kali ni aku nak kongsikan satu tempat yang kira agak dikanali di daerah Kunak.. Kunak tu kat mana? Kunak tu adalah salah satu Daerah kecil yang terletak di antara Tawau dan Lahad Datu.. sila rujuk peta Sabah kalau korang rajin hehehe..

Nama tempat ni ialah Air Terjun Madai, ia adalah salah satu pusat reakriasi yang terdapat daerah tersebut, terletak lebih kurang 10km daripada pekan Kunak dan kawasan ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan Sabah.. ia adalah sebahagian kawasan daripada Pusat Sejadi Hutan Simpan Madai Baturong Kunak Sabah..

Kawasan ini sangat mudah dikunjungi kerana ia terletak dilaluan perjalana antara Tawau dan Lahad Datu.. betul betul berada di tepi jalan..

Selain hutan yang menyamankan gitohh!!.. kawasan ini juga menyediakan pondok rehat, tandas, surau, jual jajan, gerai gerai makan, jambatan gantung dan juga tapak perkemahan untuk pelancong asing.. jangan tak tahu kawasan hutan ini selalu menjadi tumpuan pelancong daripada luar negara seperti Jerman, Jepun,  Korea, UK, US dan banyak lagi..

Untuk ke kawasan air terjun pengunjung akan menuruni kawasan anak tangga.. tak tinggi mana pun, kejap je sampai kat bawah..

Ini la area air terjun setinggi 40m tu.. kitaorang pun tak mandi, singgah bergambar gambar aje.. sebab kat kawasan tu dia letak signboard dilarang mandi, kalau nak mandi risiko tanggung sendiri hehehe..

Dulu ramai je orang yang suka turun kat situ mandi mandi.. aku pun pernah gak.. tapi lately aku tengok kawasan tu dah semakin cetek.. kalau nak mandi pun yang kat area ada air terjun tu la, dalam sikit..

Ada laluan kanopi jambatan gantung yang diikat pada pokok besar.. kanak kanak yang di bawah 12 tahun hendaklah dijaga kalau nak naik jambatan gantung ni.. hehehe nak bagi tahu gak kan..

Daripada atas jambatan korang dapat melihat air terjun yang gambar kat atas tu.. hutan hutan dan kalau bertuah dapatlah korang melihat unggas unggas dan mergastua hehehehehe..

Pokok besar yang tinggi.. tempat jambatan gantung laluan kanopi tu diikat..

Ini aku tak tahu.. ada orang suka ikat straw kat akar pokok macam ni.. kepercayaan karut, nak wish wish sesuatu.. ikat straw minuman pada akar kayu..

Ada pondok jaga, parking load, bangunan pengurusan dan bendera hehehe..

Kalau kat semenanjung ni orang selalu singgah kat RNR kan.. tapi kalau kat Sabah RNR tak de, so orang selalunya akan singgah kat mana mana kawasan yang dirasakan sesuai untuk menghirup udara segar minum minum dan rehat rehat.. macam kat sini la Air Terjun Madai.. ok itu je, thanks singgah baca muah muah...


Tag: Kawasan Pelancongan Daerah Kunak, Tempat Menarik Di Kunak, Kawasan Rehat Kunak, Singgah Rehat Di Air Terjun Madai 

Khamis, 17 Mei 2012

Cara Menguji Kelajuan Internet Broadband Dengan Celcom Speedometer (Pengguna Celcom)

Ini adalah tutorial untuk pengguna internet celcom.. tahu banyak yang komplen pasal kelajuan internet yang diorang sediakan.. ye la kan sekarang dah banyak guna tab tab bagai..

Tapi apa kata kalau korang mengetahui dahulu berapa kelajuan download dan upload internet korang sebelum korang complen kat diorang.. sama ke tak atau hampir sama ke tak dengan kelajuan yang korang langgan/ subscribe..



Masuk ke dalam  website www.celcom.com.my.. lepas tu pegi ke celcom b. band (bulatan merah gambar kat atas)



Lepas tu pegi kat SUPPORT dan lihat kat sebelah kanan.. ada celcom B.BAND SPEEDOMETER.. (bulatan merah dalam gambar atas).. klik kat butang tu.. paling senang korang  pegi je terus kat sini....http://speedosht.celcom.net.my/

Pas tu gambar macam kat atas ni akan keluar.. klik Begin Test untuk mula mengetahui kelajuan data deterima/ download speed dan kelajuan data dimuatnaik/ upload speed.. 


Lepas tu Mbps meter akan bergerak gerak.. satu bebola biru akan bergerak ke arah gambar manusia berdiri tu dan kemudian patah balik ke gambar bumi.. hehehe.. sedang menguji kelajuan katanya... pastu dah siap, bacaan akan ditunjukkan dalam kotak Download Speed dan kotak Upload Speed..


Itu adalah tahap kelajuan download dan upload broadband celcom korang sekarang.. buat dua tiga kali.. kalau korang rasa rasa something wrong, kelajuan sangat jauh beza dengan yang korang langgan better kotang call celcom.. biasanya bantuan teknikal akan diorang berikan.. via call...

Tapi perlu diingat, kelajuan internet jugak bergantung kepada kedudukan korang kat mana, coverage bagai.. kalau yang duduk kat ulu ulu.. atau kawasan yang internet slow.. maka memang slow la internet korang.. ok good luck..

Tag: Ketahui Kelajuan Internet, Uji Kelajuan Broadband, Kelajuan Broadband Celcom

Rabu, 16 Mei 2012

Wajah Berubah Seperti Seekor Rubah Selepas Pembedahan

Aku perasan selepas je pembedahan hari tu muka aku da bertukar seperti Brad Pitt dah, ni pipi sebelah rahang aku membengkak sebijik macam dia rasanya.. ke aku je ni yang perasan sendiri kah kah kah... so, untuk membuktikannya mari kita spot the difference..

Oh ok!! tak paya la nak spot the difference sangat.. udah nampak significant differentnya, jelas dan nayata lagi..

hidong aku macam sebiji jambu air.. hidong di macam apa..
aku tak mandi air karat sebab tu rambut tak kuning.. rambut dia? di kasi high light high light lagi..
bibir aku tak suntik botox, bibir dia segala jenis vitamin botox semua dah dimasukkan mengkali..
aku bergambar kat masjid, dia bergambar kat majlis Oscar..
oh banyak lagi perbezaan.. tak paya nak macam retis sangat hahahahaha
bersyukur la dengan apa yang ada ya kawan kawan.. thank you Allah..

Sori entry merapu, aku tak tahu nak buat apa cuti banyak hari ni.. kalau aku kaya sikit sudah tentu aku beli tiket balik sabah Isnin lepas.. enam hari kat kampung pun syok jugak kan.. emmmmm gini la nasib

ps: ramai orang menyalahgunakan Wordless Wednesday
ps: masa entry ni ditaip aku sedang memakai kain pelikat..heew heew.. motiff nak bagi tahu...

Selasa, 15 Mei 2012

Pengalaman Aku: Pembedahan Gigi Bongsu (wisdom teeth)

Mari kita sambung story aku pasal gigi tu.. orang cakap kalau kita tak de pengalaman ada baiknya kalau kita belajar daripada pengalaman orang lain aje.. paling kurang pun ambil tahu je la. oooo cam ni, oooo cam tu oooo cang gini rupanya hahaha..

Disebabkan gigi, aku first time masuk tidur dalam wad dan kena operation.. dalam entry aku yang sebelum ini cakap aku kena buat operation gigi kan.. dan aku decided untuk buat operation kat Sime Darby Medical Centre.. tup tup aku pegi kat hospital tu pada 9 haribulan May.. apa lagi mintak MC la sehari..

Dengan pertolongan member opis aku yang gojes bernama Alia, aku dapat GL daripada PMCare dan buat appointment dengan dentist Dr. Mohd Noor Awang.. cool je doctor dia, daripada cara bercakap aku suspek dia ni orang Kedah.. tengok kat pintu, dia bekas study kat London..

So, Dr Mohd Noor cakap aku kena buat operation buang wisdom teeth dan sebelah kiri yang tolak gigi gigi aku yang lain... dan tengok gigi aku yang rosak tu.. kalau dia tak effect kat saraf tak payah nak buat root canal treatment.. dia tanya lagi "nak buang jugak ke gigi bungsu yang sebelah kanan?" tapi aku cakap tak sakit pun.. dr tu cakap soon dia akan sakit, sama ada dia buruk atau dia terus menolak gigi macam sebelah kiri aku ni.. one shoot buang je la dua dua.. aku cakap okay fine, buang je la..


Dan begini la kejadiannya, kat atas adalah gambar aku sedar sepenuhnya selepas pembedahan.. masih nampak hensem lagi kan hahahaha... pada petang Jumaat tu habis kerja aku 'check in' kat hospital SJMC.. thanks En Fadir yang banyak membantu.. aku duduk kat sepital sorang sorang single room, juadah gigi bungsu aku yang terakhir ialah burger Subway, tabah je aku makan kat bawah sepital tu sorang diri.. pedulik hape, sebab dia dah nak kena buang dan aku kena puasa start pukul 12 malam sebab esoknya nak kena opret..


Pagi Sabtu aku siap siap tu masuk ke bilik pembedahan, sign document pembedahan, berak kencing semua dan pakai gaun warna pink.. kelakar sebab aku pakai gaun tu dengan baju kat dalam seluar panjang dan boxer sekali.. aku tak tahu, rupanya kena bogel kalau nak pakai gaun tu hahahaha..

So, 9. 30 pagi aku dah kena tolak tolak atas katil pegi turun kat tingkat satu.. kat situ ruang menunggu tuk pembedahan, sorang dokter pakar bius datang explain pasal bius dan aku pun turunkan tandatangan kat situ.. aku sign je pun sebenarnya, malam sebelumnya aku dah baca document tu dan aku faham..

Selepas je doctor tu masukan bius dalam badan aku, mata aku terus berpinar pinar, siling meja orang katil semua tunggang langgang aku tengok.. tak lama pastu aku sedar katil aku tu diorang sorong masuk kat bilik pembedahan.. sempat tengok lampu lampu tuk pembedahan aje, muka Dr Mohd Noor pun aku tak sempat tengok selapas dia masukan sekali lagi bius tak silap aku.. then aku tak sedar apa apa dah..  

Aku separuh sedar masa aku dah dalam lift nurse tolak bak masuk dalam bilik.. aku tak sedar pun masa operation tu diorang buat.. tahu tahu je nurse cakap " Abu Abu wake up!!" aku tanya "Done?".. "Yes you going beck to your room".. pastu aku sambung pengsan..hahahaha

Aku dah sedar sepenuhnya dekat pukul 1.00.. dan rasa bekas pembedahan tu tahu tahu je la.. aku dok tekan tekan suis nak paggil nurse.. aku cakap sakit, then diorang datang bagi inject pain killer dalam saluran air kat tangan aku.. muka dah mula sembam dan badan lemah..

Ni cocok cocok air ni aku mana pernah buat.. first time semuanya, thanks gigi yang sakit sebab bagi aku pengalaman yang macam ni.. mula mula nak cucuk tu semua aku rasa oh damn.. sepanjang aku dalam wad tu aku kena dua atau tiga bag air tak silap aku, termasuk semasa pembedahan.. nurse cabut hos tu masa petang dah..

Oh btw, sempat gak wish Happy Nurse's Day kat diorang hehehe.. sorang tu cakap "You the only patient yang wih Happy Nurse's Day today" aku senyum je.. tupun aku tahu sebab trending kat twitter hahaha.. ramai Nursing student beb.. Sime Darby Nursing College..

Sepanjang dalam bilik hospital tu ini la yang aku buat.. makan bubur yang diorang bagi, tengok Mania, tukar tukar channel, bbm, twitter dan facebook memanjang.. bosan gila, sebab tu ada gambar warna warni ni hahaha.. tak de kerja aku edit guna BlackBerry.. tapi cantik gak aku tengok hahaha..

Maklum la kat sini aku tak de family, yang ada pun cuma kengkawan baik je.. diorang la yang datang melawat aku kat wad, thanks kat En. Azrul, En Fadir, Ustat Saufi dan Cik Hani.. macam macam, ustat ada bagi kuliah maghrib lagi, Azrul yang balik time aku tak sedar dan Hani yang bagi kad.. thank kat korang.. well mak dan family aku kat Sabah pun cuak pasal pembedahan aku ni.. sal gigi je pun..

Yang dalam botol tu adalah gigi aku yang doctor cabut nak bagi kat Ratatouille hahaha.. empat batang semunya, aku pun pelik.. aku terfikir apa yang dokter tu buat sebenarnya, apesal banyak sangt cabut.. buat root canal treatment ke tak.. aku jadi musykil..

Hari Ahad aku discharge daripa hospital.. tapi sebelum aku keluar Dr. Mohd Noor datang bagi consultation dulu, time tu gak aku tanya apa yang doctor buat sebab aku tak sedar langsung dan tak pernah jumpa dia selepas pembedahan Sabtu tu.. dia cakap, sebenarnya gigi yang dia cabut tu cuma dua je, disebabkan payah nak cabut, kena belah gusi bagai, so dia kena potong gigi aku belah dua.. oooo baru la aku faham.. then aku tanya lagi, buat tak root canal treatment.. dia cakap tak buat pun, sebab gigi yang rosak tu tak banyak, tak effect pegi saraf lagi, dia cuma bersihkan, buang dressing yang klinik sebelum ni aku jumpa, dan tampal aje gigi tu.. oh okay fine...

Lebih kuarang pulul 2.30 macam tu aku discharge, tunggu hospital sipakan bill.. dan aku tengok total kos pembedahan semua semua terbeliak matak aku hahahaha.. kakak kat kaunter tu, cakap "This one you punya bill, I akan call insurance yang adik guna ni dan tengok mana yang dia cover dan mana yang dia tak cover, kalau yang tak cover tu adek kena bayar sendiri la".. aku cakap oh ok..

Masa otw nak balik rumah singgah jap kat restoran Murni Discovery kat Taipan Subang.. lek lek dulu minum minum dangan en Fadir dan kawan dia.. tetiba kakak kat hopital SJMC tu call cakap adik kena bayar 4 ringgit 60 sen je tuk sampul surat.. yang tu insurance tak cover, nanti bayar time follow up check gigi Friday ni.. hehehehe Alhamdulillah.. dan sekarang aku duk kat rumah MC 5 hari.. asyikkkk...

Isnin, 14 Mei 2012

Rawatan Akar Gigi (Root Canal Treatment) dan Cabut Gigi Bungsu (Remove Wisdom Teeth)

Ini adalah kali pertama gigi aku dinodai oleh dokter gigi.. even gigi aku ni tak cantek mana, tapi sejak zaman kanak kanak rebina lagi gigi aku tak pernah disentuh, diusah, diketok ketok, dixray bagai oleh dokter gigi.. tapi pada awal bulan May baru baru ni tetiba aku diserang sakit gigi.. first time sakit gigi yang macam ni.. dulu masa budak budak gigi aku yang pecah ke, bedarah ke, goyang ke biasanya aku cabut sendiri.. ntah masa tu senang je tanggal, ikat dengan benang pastu tarik hahaha kampung style.. maybe mugkin sebab gigi susu kot, tak sakit mana, syok je goyang goyang pastu tarik..

First time pegi kelinik gigi 8 May 2012, dentist tu xray dan buat dressing kat gigi aku..dressing means dia tampal sikit sikit tempat bahagian yang belubang then kalau sakit lagi kena datang lagi kat klinik dia dan buat treatment terus.. dia cakap gigi aku yang buruk tu tak banyak, masih boleh diselamatkan lagi, dia suggest  aku buat root canal treatment dan buang gigi bungsu atau wisdom teeth yang menolak gigi sebelah depan dia..dokter tu suh aku skali buat scaling hahaha.. maybe sebab banyak karat kot kat gigi aku ni..
Wisdom teeth ni orang Melayu sebut gigi bugsu la.. wisdom teeth ni biasanya mula tumbuh pada usia 17 hingga 25 tahun.. dalam satu populasi, hanya 35% je yang tidak akan ada wisdom teeth, betuah la korang kalau korang dalam kelompok yang itu.. selebihnya akan ditumbuhi dengan wisdom teeth, tapi bergantung.. some of them mungkin tidak memudaratkan.. 


Apa yang aku faham dokter tu cakap wisdom teehs aku ni dah menolak gigi gigi kat depan dia, menyebabkan gusi aku bengkak dan makanan mudah tersangkut kat between wisdom teeth dan gigi depan dia.. punca gigi aku buruk dan sakit.. 


So, dokter gigi tu cakap wisdom teeth tu mesti kena buang dan gigi depan dia perlu dirawat dengan kaedah Rawatan Akar Gigi atau bahasa orang putih dia Root Canal Treatment.. macam mana root canal treatment tu? tengok gambar kat bawah..


Seram je kan tengok gigi di korek korek macam tu.. sayang kalau nak buang gigi yang rosak sikit sikit.. sebenarnya ia masih boleh diselamatkan lagi menggunakan kaedah macam dalam gambar kat atas tu.. gigi dibersihkan buang bahagian yang buruk termasuk saraf yang ada kat dalam gigi..means tak de dah rasa sakit sebab tak de saraf.. bahagian dalam gigi dimasukkan dengan gutta percha dan tooth colored... cam mana seram kan..

Tapi perlu diingat kaedah ni adalah kaedah mematikan gigi, maksudnya gigi ko lekat kat situ je.. dia rosak ke patah ke korang takkan rasa apa apa sebab saraf dia dah kena buang, gitu gitu je gigi korang kat situ mati.. so, bagi aku kalau root canal treatment ni masih boleh dielakkan aku pilih jalan yang itu.. 

Dokter gigi tu cakap, yang aku ingat la tak silap aku.. kalau nak buat root canal treatment tu kena bayar lebih kurang RM 2000 dan tampal cost dia dalam RM 500.. see untuk RCT je dah RM 2500.. pastu kena cabut wisdom teeth lagi RM 800 sebijik lepastu scaling lagi dalam RM100.. so come up with RM3500.. tu tak termasuk kalau ada komplikasi berlaku, kalau ada kompom la cost dia lagi mahal ye dak.. 

Hari tu sahaja cost gigi aku kat klinik dah RM120 untuk dressing dan 2 kali xray.. disebabkan klinik gigi ni tak boleh nak cover terus guna insurance (PMCare) company tempat kerja aku, so aku decide pegi kat private hospital yang boleh cover terus guna PMcare.. private hospital lagi ok, accommodation dan service dia lagi bagus.. aku pegi kat Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.. SJMC or SDMC whatever.. 

Nak tengok gambar aku dan nak tahu macam nana aku batak first time tidur kat ward kena bius, pengsan cabut gigi muka sembam bagai.. nantikan entry aku yang seterusnya jeng jeng jeng.. tapi korang yang friend list aku dalam facebook dan follow kat twitter mungkin dah tahu story aku kan hahaha

Jumaat, 11 Mei 2012

Jalan Jalan Di Bandar Melaka Kota Bersejarah

Aku dah sampai Bandar Melaka.. ya dah sampai akhirnya hahaha.. lama dah aku nak datang sini tapi tak de kawan nak pegi.. beberapa bulan yang lalu budak opis berapi cakap nak jalan jalan kat Melaka Bandar Bersejarah, pusing pusing tidur kat hotel naik public transport bagai... tapi sampai hari ni tak dop.. kencing je diorang tu semua hahaha..

Dulu pernah sampai Melaka, tapi kat Pangkalan Balak, dengan bebudak opis jugak la... kat sana pantai, best gak.. mandi mandi, babikiu tidur kat chalet.. asyikkk... masa tu aku tak de blog lagi, so tak dapat la nak show off..

Tapi kali ni aku nak tunjuk beberapa keping gambar yang aku tangkap masa kat Bandar Melaka.. ya 'tangkap' gambar macam tangkap ikan pulak kan.. sikit je, takut nanti page ni berat pulak.. ye la kan, padahal aku dah dapat rasa blog aku ni memang dah berat.. banyak sangat tepek gambar mengkali..

Pada awalnya kitaorang sebenarnya tak plan pun nak masuk bandar melaka.. masa on the way pegi Kluang hari tu tetiba kitaorang decide tuk singgah.. kira memang dah petang, pegi tempat mana yang sempat aje..

Kat bandar dia memang banyak bangunan bangunan lama yang menarik.. aku suka tengok bangunan kedai yang nampak old school.. Church of St. Francis adalah antara banguanan yang nampak ohsem betul betul kat tepi jalan.. gambar ni pun aku tangkap daripada atas kereta aje... tengok tahun dibina bangunan ni, 1849 beb.. bapak lama, dah berusia 163 tahun..

Nasib baik dapat parking dekat dengan balai polis.. kat bandar melaka payah gila nak cari parking, sesak dengan bas bas pelancong, keta orang luar yang masuk, orang bejalan jalan lain lagi banyak beca yang pasang lagu kuat kuat.. dekat dengan tempat kitaorang parking ialah muzium... ooooo baru aku tahu kapal besar yang tak bergerak tu rupanya muzium..

Kalau nak masuk dewasa kena bayar 3 ringgit dan tuk kanak kanak pulak kena bayar 1 ringgit.. masa lawatan ialah daripada pukul 9 pagi sampai 5 petang.. diorang cakap tiket tuk muzium ni boleh jugak digunakan tuk masuk ke Kompleks Muzium Maritim iaitu Muzium TLDM, Musium Samudera II dan jugak Replika Kapal Flor De La Mar..

Depan bangunan putih ni ialah tapak Kubu Frederik Hendrik, tu dia siap siap pagar lagi.. kubu ini ialah sebahagian daripada bekas tapak Kota Melaka yang dibina oleh Portugis, dikatakan jugak bagunan ini terletak berhampiran dengan Istana Sultan dan rumah rumah Pembesar Melaka pada ketika itu..

Semasa Pemerintahan Portugis, Kota Melaka dilengkapi dengan pembinaan kubu di setiap penjuru. Kubu Caurassa menjadi kubu pertahanan utama Portugis yang menghadap ke laut Selat Melaka. Apabila Melaka ditakluk oleh Belanda pada thaun 1641, kubu ini telah diperbaiki dan dinamakan kubu Frederik Hendrik sempena nama Raja Hendrik yang memerintah Belanda pada tahun 1642 hingga1647.


Kubu Frederik Hendrik dahulunya sangat penting sebagai pertahanan di Kota Melaka. tentera yang berkawal di atas kubu ini dapat memberi tindak balas jika terdapat ancaman yang datang daripada Selat Melaka.. dahulunya ia dilengkapi dengan meriam, peralatan perang, menjadi post utama dan jugak telah menyimpan banyak khazanah sejarah lama yang memberi gambaran kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan Melaka, Portugis dan Belanda...

Wah ok.. nampaknya kita belajar sejarah Melaka pulak dalam entry ni hahahaha...



Gambar kat atas ni pulak ialah Kereta Bomba Lama dan Jentolak Oliver.. Kereta Bomba Lama ni telah memulakan operasinya pada 1939.. pada tahun 1942 ia telah dipindahkan ke Singapura oleh British.. tetapi telah dipindahkan semula ke Melaka oleh Jepun selepas perang dunia ke dua.. manufacturing date 1937 (?) dan pembekal, Dennis Turbeni, England ..   

Jentolak Oliver pulak ialah jentolak kecil yang bergerak melalui rantai dengan menggunakan 50% petrol dan 50% minyak tanah.. ia digunakan sebelum perang duni ke dua untuk membuka kawasan ladang bagi penanaman getah di pedalam negeri.. manufacturing date 1936 (?) dan pembekal, Cleaveland Amerika Syarikat.. 



Ini pulak ialah Bangunan Stadthuys, bangunan setinggi 4 tingkat mengikut Bukit St Paul.. Stadthuys yang juga bermaksud Dewan Bandaran dibina pada tahun 1650an oleh Belanda setelah mengambil alih Melaka daripada Portugis pada tahun 1941.. ia telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran oleh Gabenor Belanda sehigga tahun 1824.. 

Pemerintah Inggeris juga menjadikan ia sebagai pusat pentadbiran sehingga tahun1979.. dahulu warna asal bangunan ini ialah putih, kemudian ditukar kepada warna merah pada tahun 1820an dan kekal disebut orang sebagai Bangunan Merah..


Ini pulak ialah statue Abu Bagi yang dibina oleh saudagar bugis pada tahun 1980an.. pada asalnya statue ini berada di Sabah tetapi kemudian pindahkan ke Melaka pada tahun 2012 oleh pihak yang tidak dikenali.. menurut sumber penceritaan, stataue ini sangat ajaib.. mempunyai kebolehan berangan yang sangat tinggi.. comel tak statue abu bagi tu hahahaha.. 


Ok aku mengarut, gambar atas menunjukan aku sedang berada di dalam bangunan lama runtuhan Gereja St. Paul.. dalam gereja ni terdapat banyak batu batu yang bersandar yang diambil daripada lantainya.. gereja lama ini pernah dijadikan benteng pertahanan stelah temboknya diperkuatkan untuk melawan musuh.. pada tahun 1810-1811 bangunan ini dijadikan sebagai gudang untuk menyimpan peluru oleh British semasa menyerang Jawa..

Dalam runtuhan ni jugak ada satu macam perigi tah ape nama dia, kawasan tu berpagar boleh baling duit masuk kat lubang tu tuk buat wish.. banyak duit kat dalam, duit syiling dan duit kertas.. duit asing pun ada.. untuk orang yang bukan muslim je la.. yang Muslim jangan nak buat wish wish bagai macam tu, syirik..


Ok kalau datang melaka jangan tak beli ole ole ok.. aku beli beberapa magnet yang lekat lekat kat peti ais.. sebab aku tak de peti ais so aku lekat kat CPU atas meja aku kat opis keh keh keh.. banyak dah aku kumpul.. lagi aku beli key-chain ole ole tuk member kat opis.. tak banyak la tapi.. gerai jual souvenir ni terletak di dalam kawasan runtuhan Gereja St. Paul..

Ini pulak ialah kawasan dilarang pijak rumput.. tapi aku pijak je.. bebal tak aku hahaha.. masih kat atas bukit St. Paul.. aku berdiri berhampiran dengan tugu The Memories of Isabella Caroline Velge, Robert Malcolm Evans dan lain lain.. dekat ni jugak ada gerai jual souvenirs..

Nampak tak kat bawah tu.. tu la Kota A Famosa dan Dataran Pahlawan.. sebenarnya kawan atas bukit St. Paul ni kita boleh lihat banyak kawasan disekitar bandar Melaka.. daripada depan dapat tengok Menara Taming Sari dan kawasan kawan menarik yang lain.. serius nice..

Beca jangan cakap la.. banyak gila, colour full menarik cantik tertarik.. tak silap nak naik kena bayar 40 ringgit something, korang akan dihiburkan dengan lagu sound yang pasang kuat kuat, kalah dalam bilik karaoke, dangdut pun ada, lagu tamil, lagu india.. lagu laday gaga pun ada haha.. dia bawak pusing bandar dan kawan kawan yang best di sekitarnya..

Bagus naik beca kalau korang ni jenis yang malas nak bejalan.. sebab kat bandar ni sangat banyak tempat yang best.. memang tak larat nak pusing dalam setengah hari.. ya la kalau aku bukan just nak tengok je, nak tangkap gambar lagi, posing lagi,.. nak baca note dan info info lagi.. rugi la kalau datang just nak tengok then bla.. kena ada feeling  feeling belancong barula syok..hahaha..

Pintu Gerbang Santiago.. ia adalah salah satu daripada empat pintu gerbang yang telah digunakan dahulu untuk memasuki Kota Melaka "A Famosa".. Kota A Famosa dibina pada tahun 1512 oleh Tentera Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque kerana sering diserang oleh tentera Sultan Mahmud... kemudian  Aceh dan tentera Johor daripada masa kesemasa selama hampir seabad..

Kota selebar 3 meter mengelilingi Bukit Melaka telah dibina daripada runtuhan istana, masjid, makam makam.. menara penijau didirikan di penjuru Barat Daya Kota Pertahanan Melaka.. ah aku rasa korang pun dah baca pasal Kota A Famosa ni.. dan dan aku nak tulis dalam entry..

Btw, masa kat sekolah menengah susah gak nak ingat nama si alfonso tu.. yang aku ingat Alfonso de Albukaki dengan lagu jingkling nona jingking nona yongkare kosa...

Tu je la yang aku boleh story dalam entry aku ni.. tak larat dah aku, banyak tempat yang kitaorang tak pegi sebenarnya.. sangat banyak ok.. sehari pun tak cukup kot, kena bermalam kat sana baru puas.. muzium muzium tu semua aku tak masuk, sebab setahu aku kat bandar ni ada banyak muzium..

Kira ok la.. dulu kan aku duduk kat Sabah, terfikir gak bila la aku nak sampai kat tempat tempat ni.. ya la kan dalam buku teks sejarah kan kita ada belajar pasal Sejarah Kegemilangan Melaka.. tengok dalam gambar je Kota A Famoso.. then datang sini baru la aku tahu kecik je rupanya A Famosa ni..

Syok la jalan jalan kat Bandar Melaka.. tak puas macam nak datang sini lagi one day..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Btw sebelum aku bla, aku nak bagi tahu yang korang mungkin akan merindui aku dalam tempoh beberapa hari ni hehehe rindu la sangat kan hahaha.... sebab aku akan berada kat SJMC untuk menjalani pembedahan, ceeeh macam nak bedah ape je kan.. apa apa pun doakan aku selamat, tak de komplikasi berlaku dan baik baik sahaja ok.. keep in-touch kat twitter @ashgive..  



Babab.net