Saturday, April 28, 2012

Review The Avengers

Korang suka tak tengok movie superhero? suka kan... Korang dah tengok tak The Avengers? mestila dah kan.. errr.. kejadah aku soal dan aku jawab sendiri ni haha.. oh kalau korang tak tengok baik la korang pegi tengok weekend ni.. pegi la dengan aweks yang ada awek tu.. kalau tak de pegi je la dengan geng geng jantan atau kawan kawan sejantina korang.. mari berhibur di hujung minggu.. jangan duduk depan laptop je, nanti kepala jadi teppu..

Aku dengan member dah awal awal pegi tengok The Avengers 3D kat Summit USJ hari tu, first day 26 haribulan, cuma macam biasalah, aku bukannya rajin sangat nak review movie.. tahun ni dah beberapa kali tengok wayang tapi tak de pun nak review review.. jangan cakap review, nak buat entry biasa pun mode dah so so..


Ok sedikit pasal The Avengers.. yang paling orang nak tahu best ke tak best, mestila aku cakap best kan, imdb.com pun bagi rating 8.9/10.. bukan macam filem tempatan, 10 yang keluar mungkin 3 je yang best.. sorry to say, aku jarang sangat tengok wayang cerita melayu, last sekali cerita Hijab.. barapa bulan dah..huhuhu.. sebab rasa rugi je duit kalau beli tiket tapi cerita macam hampe..

Oh berbalik kepada The Avengers, untuk peminat komik Marvel, movie ni adalah sesautu yang sangat mereka nantikan, superhero mereka berkumpul dan melawan kuasa kejahatan yang diketuai oleh Loki sedara angkat si Thor demigod daripada kingdom Asgard.. awal cerita banyak berkisar pasal bagaimana semua superhero ni berkumpul dan usaha si Loki untuk membuka portal menghubungkan bumi dan dunia lain..

Black Widow dan Hawkeye

Memandangkan aku tak pernah baca komik marvel, so aku tak familiar dengan watak Black Widow dan teammate dia Hawkeye.. tapi kedua duanya nampak superb.. yang lain tu dah familiar kecuali Nick Fury agent of SHELD.. beberapa watak agak nampak lain apabila diorang digabungkan daripada dunia dan zaman yang berlainan.. terutamnya Steve Rogers Captain America struggle menyesuaikan diri dengan abad ke-21 canggih manggih hightach seperti yang ditunjukkan oleh Tony Stark, Iron Man.. tapi sifat leadership dan semangat petriot dia still sama macam dulu.. 

Penampilan Bruce Banner, Hulk yang wataknya kini dimainkan oleh orang lain pulak (Mark Ruffalo) memang menarik, SHELD memerlukan kepakarannya tentang radiasi gama exactly sama dengan yang akan dipancarkan oleh Tesseract.. seronoknya movie ni, terdapat banyak unsur humor yang diselitkan.. beberapa dialog dan scenes yang boleh membuatkan korang gelak ketika berada di dalam panggung.. 

Wah nak jugak tangkap gambar hahaha.. oh ya dapatkan free key-chain The Avengers di GSC dengan pembelian  GSC Combo 2 atau Regular Signature Combo1.. hohoho.. aku dapat Hulk.. 

Kalau nak aku cerita semua memang la aku tak mampu.. apa kata korang pegi tengok sendiri, seronok untuk mengisi masa hujung minggu korang.. untung aku terbaca dalam twitter.. kalau movie ni habis korang jangan terus keluar daripada panggung.. sebab, selepasa beberapa kredit ditunjukkan pengarah pelakon pelakon tu semua, ada dua tiga scene lagi akan kuar.. bagi tahu bagaimana movie ni akan bersambung...

ps: jap lagi nak gerak gi Johor.. jalan jalan, balik nanti aku terjah terjah korang ok!.. hug and kiss xoxo...^^

16 comments:

CikAnyss' :O said...

wahh , seronoknyaa , dah tengok . huhu

Rtp Farra Arisha said...

everyone saying great regarding the movie! hehe i'm surely enjoyed when watching such trailer movie. :) happy weekend abu..

Afzainizam said...

oohhhh pakai spec mato 3D lagi.... dahsyat lah ko...

nampak citer macam best ajerr

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy service blower aircond kereta

Ezad Skytech said...

wahhh..layan 3D movie The Avengers ni...aq dpt free je..tapi 2D je la...tapi layan...hee..

aq pun da tengok..mmg superb la movie ni...nak tengok lagi sekali pun berbaloi ni..:D

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dahsyatttttttttttttttttttttttt

eyqa amin said...

best ar dye da p nenguk muvie tue~~~~~~~~~~

Fakhrul Haiyin said...

the avengers mmg besh gilaa. thumbs up. 4.5 over 5. XD

Cik Yatt said...

tak tngok lagi...jeles dowh

syafiqakarim said...

alah..bila nak tgk niiiii

ena meina said...

best kan?
ena bg 9/10 for the avengers..hehe

c'axoera ヅ said...

best ke citer ni?

schaze zainn said...

tu la ramai review cite ni best of the year (untuk tahun ni)

tak sabar nak tgk :)

btw, kat ipoh takde pon dorg nak bg free gift bagai T_T

Hanif said...

ni macam sambungan Captain America..dan Iron Man...kan!!!
Nak tengok !!!

Yumida said...

rugi klo x tengok movie tu..huhu..apakn daya...x kuar..

sronok nyer dpt g jenjln..jauh plak tu...kongsi ole2 nnti

APAN said...

x boleh jadi...mesti ko lagi awal tengok. haha...aku baru esok nak gi tengok. murah sikit hari rabu. itupun kalau ada tiket la....ada baca review dlm blog2 lain. semua pun kata best. part yg scene last tu x boleh tetinggal. nanti jadi cam battleship. aku tetinggal yg tu sebab nak keluar awal...

[sutera kasih] said...

hjg mggu ni aku p tgk hehe

knapa jgk muka mu gitu tu abu?hahah lucu niii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!