Sunday, April 8, 2012

Ladang Strawberry, Kea Farm dan Tempat Makan Brinchang Cameron Highland

Lama tak update kan.. biasalah bukanya aku sorang je kan.. korang pun sama jugak kan kan kan, mode berblogging tu turun naik.. kadang ke laut kadang kedarat, kekadang ke bukit, kadang ke lurah dendam hehe.. aku sendiri pun tak tahu masa depan blog aku ni cerah ke tak cerah errr..

Sebab blogging pun tak de motif yang jelas.. sekadar suka berkongsi cerita, tampat yang aku dah pegi kongsi gambar gambar yang show off.. haha.. tak de la show off apa, sebab kalau nak taip entry panjang bejelah ni aku tak reti sangat.. so biarlah gambar yang bercerita.. tambah sikit sikit captions kira jadi la..

Ok, one fine day.. jeng jeng jeng...

Aku di Cameron Highland bersama rakan sekerja.. mana lagi nak nampak pokok strawberry kat Malaysia ni kalau bukan di CH, walaupun kat Kundasang Sabah pun ada Strawberry jugak tapi agak agak la aku kat sini tetiba ada kat Kundasang pulak hahaha.. Amacam nampak sedap je estoberi ni kan.. 

Malam kat Cameron Highland kalau bukan musim cuti sekolah atau weekend tak de apa sangat.. boring kat hotel Tanah Rata kitaorang cari tempat makan.. cari sampai kat Brinchang, ni tempat makan first time aku pegi.. restoran ape tah aku lupa dah nama dia.. selalunya kitaorang makan kat Restoran Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam yang popular kat Brinchang, tapi kali ni cuba tempat lain pulak.. btw, memperkenalkan two of my lovely friends, umi dan kido.. hehehe macam je pestime gambar diorang muncul dalam blog ni..
 
Masa order makanan, aku tanya apa makanan yang sedap kat situ.. emmm dia jawab "semua sedap" errr?!!.. so aku tanya lagi apa yang dia recommend.. dia cakap "cuba try nasi goreng Cameron Highland".. nasi goreang dengan banyak sayur, sebijik telur mata dan sebijik buah estoberi yang di belah dua.. rasanya kalau tak de estoberi tu, tak dapat la nak bagi nama nasi goreng cameron highland haha.. kesedapan, daripada 5 aku boleh bagi 3 je...

Salah satu tempat yang korang perlu lawat kalau pegi kat cameron highland ialah ladang contoh Ladang Strawberry KHM Strawberries & Jam.. kitaorang pun dah beberapa kali pegi sini, sebab kat sini boleh makan ice-cream strawberry yang sedap.. ice-cream homemade daripada strawberry dan dicampur dengan jam estoberi, jam tu dia letak kalau korang dah nak beli, rm 2 satu cup.. serius sedap.. kat sini jugak korang boleh beli jam yang diorang buat tu, pelbagai jenis dan grade.. sedap tau jam ni, selalu je orang mintak kirim kalau ada orang yang gi CH.. 

Dia sediakan tables tuk orang rehat sambil sambil makan ice.. haven tak haven, sejuk di ladang estoberi, berbumbungkan pokok anggur hijau yang menjalar sambil menikmati ice-cream strawberry hahaha.. tempat rehat ni tak luas mana pun, tapi memang nice la.. rugi kalau tak singgah, kat Kampung Taman Sedia Cameron Highland.. dalam kampung ni jugak ada banyak homesaty..   


Abang kerajaan dan abang kawasan keh keh.. pas ni tak best dah outstation, sebab kawan aku Pokli yang pakai spek tu dah nak benti kerja, di dapat keja kerajaan.. jadi Encek Pegawai Pertanian..

Untuk korang yang tak pernah gi Cameron Highland, Kea Farm adalah salah satu tempat yang wajib korang pegi.. kalau nak shopping di sini la tempatnya.. selain bunga yang pernah aku ceritakan dalam entry ni, di sini jugak korang boleh beli pelbagai jenis buah buahan seperti jambu apple, jagung, strawberry, limau dan banyak lagi.. pelbagai jenis dan perisa teh, souvenirs dan sayur sayuran tanah tinggi.. datang sendiri baru tahu.. pasti korang rambang mata, yang perempuan lagi la, pasti korang akan diracun oleh nafsu sendiri tuk membeli pelbagai jenis bunga bunga yang segar hahaha..

Posing beraksi seperti model di Kea Farm.. ah!! lupakan, sebab kawan kawan aku semua macam ni, suka sangat bergambar, cakap orang padahal dua kali lima haha.. macam ni keadaan di Kea Farm, cuma deretan gerai gerai yang menanti pelanggan untuk membeli, tak sesak sebab hari biasa..

Ok fine, korang mesti cakap Abu ni asyik bejalan aje kerjanya.. real show off, tunjuk gambar bagai.. well  macam ni la identiti blog aku.. berkongsi tempat tempat yang aku dah pegi kepada pembaca.. dengan harapan dapat memberi sedikit info, sebab kalau nak buat entry enrty yang berilmiah ni aku tak reti sangat hehehe..

37 comments:

CikAnyss' :O said...

seronoknyaa , kenapa nampak sedap sgt nasi tu !! ? lapar ..

BENA said...

ladang teh yg berbukit bukit pergi takkkkk abu ? heee :)

ABU said...

Oh ada singgah kejap berak, Sakit perut masa tu hahahaha.. Lagipun lalulalang je ladang tu..

Yatie Awang said...

ooo...bestnya jalan2 tapi yg pasti kalau namanya ABU gambar makanan pasti kena ada kan? haaaa

syakey said...

blog pon nak pk ms depan hahah.

aik abu, sikit aje tempek muka sniri. insaf dah ke apa :P

ABU said...

Ok fine ada dua orng tengah melongkang aku hahahaha...

onie said...

sape melongkang kau abu?hahaha... nak p sana no hal, yang ada hal nya bila keadaan jalan yang menempah maut perut aku, ulooooooo sangat,mencik aku,hahaha...naik CH kalau tak muntah memang taksah... kalau balik ikut jalan tapah,phewwwwwwwwwwwww! bertaburan muntah aku ditepian jalan dan rumah orang asli,kahkahkahkah....


tapi best p sana, feeling-feeling hindustan gitu,hehe..kuch kuch hota hai kat pokok stoberi,muahahahaha...

p/s: maap terkomen panjang :P

onie said...

aku setuju apa yang kau cakap wei,nak duit lebih ...keje pon lebih lah kan,muehehehe

Miss Butterfly said...

gua tengah lapar , tersinggah plak blog nih . perghhhh . meleleh !


dah lame tak pegi cameron . rindu nak petik buah strawberi tu pastu ngap ! huuuu >.<

syirah rasid said...

aiseh nk pegi sekarang jugakk! T.T

Azie Azman said...

u tak makan pun ice-cream homemade tuh masa pegi dulu..
nak kena pegi lagi ni..haha!

Wadi AR said...

abu, ce ko ikat kaki ko tu jgn jln2 lg. boleh x?

Rtp Farra Arisha said...

would love to be in cameron highland sebab dapat 'borong' banyak buah. hahaha

Hanif said...

bestnya....jalan2 sama kawan...

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

#fakta gua tak makan lagi time baca entry ni

lu buat gua lapar laaaaa :D~

Yumida said...

sronok nye korang...jelesss tau! klo pakai baju sejuk yg berbulu tu sure nampak korang cam kt oversea..

ABU said...

ya la kan.. aku pakai baju kerja je tu.. baru habis audit farm hahaha

Cik Farhana said...

Bestnye !! nampak enjoy je ~ paling best ofcosz ler klik-2 kn ?! hee~

Anonymous said...

"two of my lovely friends" awwwww..sweet sgt :)
we love you too..

your lovely friend,

umi

si robot comel said...

uih dah lama tak pergi cameron ni.

Edy Fee said...

yeah aku penah duduk kerusi tu.,.sambil mkan ice cream strawberry ...hehehe best2

adan said...

gila ar.. ko mcm tau2 jak kan..
aku baru mau cakap yg ko ni bejalan jakkk.. hehehe..

ko kongsi la apa pun bro.. janji tak menyusahkan orang.. lantak la org nak cakap apa pun..

cik pinkmoon said...

hi kebetolan .. sy bru smlm g cameron.. g makan iskrem sdap same mcm dlm ur pic kt kg tman sedia:))
jgn lupa jengah2 blog saya:))

O CIKTEDDY said...

err =D

[sutera kasih] said...

abu, nasi goreng tu aku pon pandai gorengkan utk ko haha..


ko ni balik2 p sana tp teda jgk ko post utk aku sebijik stroberi :(

Ezad Skytech said...

3/5 je...macam kureng je nasi cameron highlands tu...heee~

> seronok kot asyik berjalan je..(^^,)

Cik Yatt said...

tak pernah pi sana..huhuhuu

ABU said...

One day pergila.. Best tau..

A retarded kitty said...

Dah lama aku tak pergi cameron weyh. Kesian kan?

har3

Azham Vosovic said...

untunglah dapat kerja sambil jalan2 hehe...org lain x dpt pengalaman ni hehehehe

Izz Faizah said...

wahhhh..beznye...nak g cameron lagi!!!!

APAN said...

teruskan je mcm ni bro...x nampak memualkan sangat pun...ramau je orang baca nih...

penah pergi cameron...cuma da lama sudah :)

Cikgu Ma said...

dah penah pgi CH...kat beris jer belum..hehe

CekbOlat-bOlat said...

ha`ah.. Abu keje brjln.. best citer abu.. xpe jauh prjlanan byk pngalaman kan XD

Afzainizam said...

uihhhh nasib baik tak makan nasi berulam strawberi tuuu ... mmg ko kuat berjalan dah banyak tempat ko jelajah...

Ko sebut kundasang tempat tu pun macam ni gak ... tempat cam ni mmg best gilerr

nissan ad resort y10

Shawn Razaleigh said...

cantek gambar 1st. untunglah asyik merayau je koje.awrrr

dill said...

saje bikin guwa dengki kan?

dill.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!