Tuesday, March 6, 2012

Melantak Di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh Perak

Destinasi melantak diteruskan di Negeri Perak pulak kah kah kah... siapa tak pernah gi Ipoh rugi la korang.. ada Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terkenal dengan kelazatannya hehehe.. ni dah dua kali aku singgah kat kedai ni.. reason sebab sedap la..

Lagipun kan otw nak gi Lunas Kedah.. salah satu tempat makan yang masi buka time kitaorang lalu sekitar dua tiga pagi kedai ni la.. plus memang plan nak singgah sini pun hahaha.. rehat rehat.. singah kat RNR Tapah tapi sekejap je, gi toilet, lantak pulut panggang huha huha terus bla pegi Ipoh..

Restoran dia besar dan selesa.. aku syak time siang memang ramai gila orang, ya la kitaorang singgah time malam memang tak ramai, lagi pun time ni hujan renyai renyai.. tinggal tiga empat group je yang lepak kat kedai ni.. restoran ni menyediakan bilik VVIP.. kot kot korang nak buat meeting sambil makan makan ayam kampung kan..

Nah.. ambek ni siap aku bagi no talipon lagi kat korang kalau nak buat reservation hahaha.. bagus kan aku.. diorang menerima tempahan untuk semua jenis majlis..

Menu istimewa diorang tentula nasi lemak ayam kampung, depan restotan dia bertingkat tingkat ayam kampung goreng..  selain tu terdapat jugak menu lain seperti western food macam lamb chop dan grilled chicken chop.. yang paling istimewa asian seabass tamarind steam lemon AKA ikan siakap kukus asam limau, kukus peksak, menangis dan masam manis.. banyak lagi la.. gila aku nak sebut semua..

Tapi kitaorng order nasi lemak ayam kampung aje.. kan dah singgah RNR beli jajan dan pulut panggang.. tak larat dowh nak sumbat lagi.. mana nak letak.. hahaha.. boleh tahan jugak Village Chicken Nasi Lemak dia ni, RM 7 satu set.. tapi memang sedap la.. gua dah rasa, anda bila lagi.. tetiba guna kata ganti nama 'gua' kan haha..

Huduh yang amat.. ni tak de kerja punya hal, saja gurau gurau.. buhsan, tak ramai orang perangai hodoh pun kuar.. aku macam tecekek dowh, buruk gila.. nak show off jugak tak kira hahahaha.. tapi lama lama nampak seram pulak, macam hantu tenga melantak ayam goreng..

Haa.. ya kat sini ada belut hidup macam ular dalam kawasan yang diorang sediakan khas.. siapa yang suka makan belut boleh la order sup belut emmm.. tak lalau aku nak makan.. tahu tak rupa dia macam apa, tahu tak dia seekor haiwan yang panjang, tahu tak macam mana di bergerak.. yai yai yai.. tak nak weyyiii... ikan ni betul betul kat tepi pintu masuk restoran..  eikkk!! apasal gambar jadi mcam tu... eh nanti la ubah..

Ini pulak untuk sesiapa yang menggemari hidangan seafood.. ada ketam, sotong, udang galah dan siakap.. gambar kat atasa tu ialah lala.. comel kan nama dia..

Sebenarnya even aku ni asal Sabah, tapi nama nama binatang laut ni memeng aku tak seberapa nak kenal sangat.. ada beberapa jenis ikan macam ikan pari ikan joss dan lain lain.. yang pelik pelik aku tak tahu nama dia..  speasis speasis kerang lagi la aku tak reti nak bezakan.. yang aku tahu semua kerang, unless siput sedut kah kah kah..

Ok ini limau ais... dah.. itu je..
Malas dah aku...

29 comments:

Ezad Skytech said...

jalan2 cari makan..mmg best...haha...

> kedai ni sampai pukul berapa dia buka...? huhu~

> awat semua muka macam zombie kelaparan je...HAHA~

Gen2Merah said...

Haha.. Melantak sampai nganga besar2.. Mmg superb la ksedapannya... Teringin nk mkn nasi lemak aysm goreng tu

eyqa amin said...

pagipagi blogging terus nampak makanan. lol!

gendang gendut tali kecapi kenyang perut susah hati. berat makin naik. oh, nooo!!

weyuuuuu.. abu kena tag laa..

yok cnie...heh
http://lifeyqa.blogspot.com/2012/03/blog-reviewing-by-haruno-hana.html

NAZRUL AZAT said...

tak ajak kannnn, grrrrrr :-p

semutsengal said...

wooo,


makan nasi lemak tengah malam, no wonder kalau abu boroi.



kahkahkahkah

ABU said...

biar la bah.. dah terjojor dah pun hahahaha

Zakaria's daughter said...

wohoo.
muke sorang2 cm yeye nikmatiii tuuu.
kehkeh.

si robot comel said...

kat situ mmg sedap,cer makan pulak kat nasi ganja ipoh,perghh gian nnt :P

hani said...

telan air liur!!

cimöt said...

aku yg mmg orang jati perak pon tak penah lg ke situ..huhuhu

Cikgu Ma said...

haip, makan ke bedal ni?

syafiqakarim said...

Jalan2 cari makan punya pengacara baru tak best.aku rasa kau patut
ganti kan.sebab mimik muka time kau makan betul2 ghairah bole tarik org.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

Luasnya mulut naya kalo x leh tutup hehe

Belut tu ewwwww mmg x lalu la akak

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...
This comment has been removed by the author.
anamizu kaito said...

memula aku dok layan tgk gmbr nasik...gmbr ko dgn kgkawan ko dok nganga..pastu tetiba tgk gambar BELUT tu! euuwwwwwww adeh geli aku weyyhh abu!! =P








luv,
cik ana

yad'z said...

hamboii.. terserlah muka pelahap disitu ye. hahahahaa.. errrkk tak selera nya tengok belut tuh. ><

Kami Sahabat Pena said...

duh lapar aku.

CekbOlat-bOlat said...

gmbr abu gile ! ekekeke..asl tgok gmbr abu mkn bolat terbuat mimik muke gitu? =="

belut? hmm.. taye xmkn,tpi babah taye sorg mkn dlm fmly.. erkkk? geli boh

hanjila said...

tiba-tiba rasa rindu pada ayam di kmpung, haha (:

chemay said...

wahhhh.
asyik berjalan je abu ni.
jelesssss.

terliur tengok nasi lemak tuh.
tapi bila tgk belut tu.
terus tak terliur dah.
geliiiiiii~

NARDtheNERD said...

mahal nasik lemak 7ringgit. selalu limaposen je. awww. haha. :P

Abu Huzaifah said...

hamboi... makan.. errr...

Lea Isnawi said...

nampak sedap je nasi lemak tu
tgk ko makan pun buat aku terseliur dah

Azham Vosovic said...

erk!

ikan joss?

haha, ejaan sy masa budak2 dulu haha

APAN said...

mmg x boleh dinafikan, ko mmg kuat mkn..pastu banyak tempat makan yg ko kongsi dlm ni aku x penah pergi lagi :)

kalau berpeluang jln2 jauh, nak gak merasa...

Liyana Zahim said...

Kdg2 rase best sgt ambek gmbr mknan kat restoran.. Tp aku salu segan weh ambek gmbr mknn.. T org tgk, aku rase aku sgt jakun.. Hahahahhaa..

sha my heart said...

nampak sedap, sedapkah? hahaha~

mesti sedap kan sebab tu ramai orang singgah.

fathiahRAIHANA said...

kami suka lala ;D

ish gambaq tiga serangkai tu sungguh la meneyramkan. nsib baik baca time siang -,-

Afzainizam said...

hoooo ko dah macam pengacara jalan-jalan cari makan lerr... hebat korang semua ratah ayam tu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!