Ahad, 4 Mac 2012

Ke Majlis Kahwin Di Sungai Petani Kedah

Hi kawan kawan.. apa khabar, sihat tak hari ni? oh sihaaat.. alhamdulillah.. weekend korang cam mana? mesti ada yang pegi menghadiri majlis kahwin kan.. tak tahu la tetiba hujung minggu ni ramai pulak orang kahwin.. rasanya la.. sebab kawan opis ada yang pegi johor ada yang pegi perak, ada yang terus gi utara sebab nak menghadiri majlis member kahwin.. tapi diri sendiri masih trang tang tang lagi kah kah..

Aku pulak join member ke majlis kahwin opismet Haz kat Sungai Petani Kedah.. perjalanan jauh menggunakan keta vios smart En Faathir bermalam rumah sedara En. Fadir dekat pekan Lunas.... pegi tiga orang tong tong jimat sikit ye dak.. padahal kemanala jimatnyerr tu kalau nak jugak pegi sana sini, makan itu ini menggular ke utara haha..

Aku tak larat nak cerita semua tempat yang kitaorang pegi.. mungkin next next entry la, sebab banyak sangat, nak pendekkan pun memang tak dapat la.. kitaorang pegi taman anggur kat Sik la, pegi pineng makan makan la, singgah Ipoh la, singgah Zoo Tipeng la.. banyak la.. fuhhh..

So, untuk kali ni aku just nak share sedikit je gambar kitaorang masa kat rumah pengantin Cik Puan Haz.. lokasi kat Taman Ria Jaya Sungai Petani Kedah... aku pestime sampai kat Sungai Petani dan pestime jugak aku  menghadiri majlis kahwin orang Kedah.. tak banyak beza pun.. cuma hang pa hang pa tu kedengaran di sana sini.. gambar, Cik Ita, En Abu, En Fadir dan En Faathir..

Ni antara girls yang hadir.. jauh nooh datang daripada KL mai sini sungai petani hehe.. alaa yang lain tu semua orang Kedah.. kecuali Cik Puan Selly dan Cik Ita.. semua semua empat orang kat belakang tu kemain lagi loghat utara dia, kat opis cakap keyhell sajoh..

Sebelum balik bergambar dulu dengan pasangan pengantin.. gigih tau, sebab ramai sangat orang ni pun nasib baik sempat curi masa diorang sikit.. kitaorang bermesra mesra alam pun kejap jak..

Apa apa pun selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin Haz dan Faizal.. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diberkati oleh Allah swt sehingga ke anak cucu cicit.. aminn..

Arghhhhhhh..!! esok mula kerja.. ingat Mr John ingat report dan kerja kerja opis yang tak siap lagi haha.. mana dan nak gi opis kalau weekend full dengan activities yang lagi ohsem.. see you tomorrow Mr John, jangan mara mara tau hik hik..

34 ulasan:

Juliet_iRa~" berkata...

hee..bestnyaaa dpt jalan2 :)

cantik pengantin n lain2..

Wadi AR berkata...

mohon kawen cepat

Abu Bagi berkata...

Mahu tak best.. Hehe..

Mek Onie berkata...

kuatnya kau jalan abu :))

Abu Bagi berkata...

wadi.. Kalau da ada jodoh.. Lama dah hahaha..
Onie.. Alaaa buknya selalu lab :P

cimöt berkata...

kenduri kawen sendiri bila lagi??hahaha

iAmCekbolat berkata...

waaaa syok ! eh? asl xdtg umah bolat ? lalalala~

semutsengal berkata...

taman ria ? dah dekat dengan umah tokwan aku dah tuu

Cik TeN10 berkata...

Amboi2 sakan betul smpai ke utara haa.. Nt ko kawin leh aku g sabah plak ea.. Kih3

P/s : ape yg peliknya aku nak hand mixer?..ok ape..banyak la gunanya berbanding rantai tu hanya boleh dipakai aja..tak gitu? Lgpn aku suka baking so berbaloi-baloi la..and lain dari yg lain kan..kih3 =p

blog-tips-kurus berkata...

jauhnya dengan umah saye. hihi!

semoga pasangan ini kekal bahagia.. :-)

anak ayah berkata...

lama dah rasanya x p umah org kawen..pasnie nak kawen laa..wiyuhuhu >,<

MizzTina berkata...

meriah...

anys nadhilah berkata...

haihhh , sungai petani ja ? pendang mai , hehe

M. Noridham berkata...

on behalf of Mr. John,

cepat berumah tangga Abu.

hahahaha~

Aien Not Alien berkata...

sekarang musim ronda malaysia...kawan-kawan kahwin..


esok2 aku kahwin dorang lak ronda datang melaka...ABU BILA???

syafiqa berkata...

haaa.ni aku x jeles.sb dah penah
pegi.hahaha.
weh,cr kan keje.bosan la duk umah.haha

Abu Huzaifah berkata...

hmboi.. jauh perjalanan... hehe

hani berkata...

jauh berjalan luas memandang.
oh, pelamin ohseemmm!!

ch000tz berkata...

bebalik tgk orang kawen.....arrghhhh tak suka!

Zaza berkata...

insyaallah semoga sampai ke syurga.

ewanthology berkata...

ambik berkat org kahwin yee

Afzainizam berkata...

Selamat pengantin baru
Semoga kekal abadi bahgia
Ke anak cucu sentosa murah rezeki
Alhamdulillah bertemu jodohnya
Berkat kesucian akhir terlaksana


woooo jauhhh ko gi sampai sungai petani.... makan nasi kawen tuuu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy hilangkan calar dashboard kereta

Cikgu Ma berkata...

uit..SP...dekat ngn umah dah tu...

[sutera kasih] berkata...

bila turn mu kawen? aku mau dtg ! haha

Unknown berkata...

hehehe makan nasi kenduri tu the best part

Eera Shera berkata...

bese la dah alang2 berjalan jauh mesti la sggh byk tempat kn..

abu bila plak nk kawin..jgn lupe jmput hihi

Abu Bagi berkata...

aishhhhh.. asal buat entry tang kahwin msti korang tanya aku bila nak kahwin.. ni yg malas nak buat entry kahwin ni.. hahahahahaha sensitip betol.. :D

Unknown berkata...

wah jauhnye pergi kenduri :) sambil jalan2 kan syok je!! :)

YouSOF berkata...

Amboi jauhhhhhhhhhhhhhh (semakin panjang perkataan, semakin jauh tempat perlambangan jarak tu) tu. ;D

Teringin jugak aku tengok kerja kat tempat orang, paling jauh aku pernah pergi kerja kahwin kat Perak..

Aku suka design pelamin pink putih tu. Macam simple tapi cantik! Kau boleh jadikan contoh untuk majis kau nanti wahai Abu..

Abu Bagi berkata...

Baikla wahai yousof, akan diusahakan..

Abu Bagi berkata...

Baik la wahai yousof, akan di usahakan :P

Unknown berkata...

Sungai Petani, so near to my house!

haha, amacam gulai batang pisang Kedah? ada makan x? hehehe

Liyana Zahim berkata...

Best giler kawen! Hahahahahahaha!

shamyheart berkata...

best2 jln2.. =)

p/s: cepat cari calon..

Babab.net