Selasa, 14 Februari 2012

Melantak Di Seaside Restaurant, Tanjung Kapal Beach Resort

"Abu tadi aku search tempat makan yang best kat bla bla bla... eik! tetiba aku terjumpa blog kau, best kah tempat tu?.."

"Abu tadi ada orang bagi tahu dia nampak gambar kita dalam website.. dia tenga search tempat makan yang best kat bla bla bla.." In bracket rekaan semata..

See reason aku suka cerita pasal makan makan dalam blog aku ni hahaha.. sebenarnya blog yang bagus adalah blog yang dapat bagi info yang user nak.. tak kira la info apa pun.. even tak detail sangat tapi sekurang kurannya boleh bagi gambaran kat user.. best ke tak best, sedap ke tak sedap..

Aku sendiri pun sebelum aku pegi kat sesuatu tempat tu selalunya aku akan search kat internet dulu.. blog blog la yang banyak bagi info sebenarnya.. so sediakan la info info yang berguna kat user ya.. jangan asyik nak merapu aje kerjanya.. kah kah kah.. bajet blog aku tak merapu..

So mari kita cakap pasal makan lagiiiiii..... hahahahaha...

Sesiapa yang datang kat Sungai Rengit Johor mungkin tertanya tanya mana tempat makan yang best kat situ.. sebenarya ada banyak, itu pun kalau waktu siang la.. tapi kalau waktu malam agak susah sedikit.. sebab kebanyakan kedai makan kat sana tutup.. tak banyak tempat makan yang boleh lepak sampai tengah malam kecuali ada beberapa tempat sahaja.. salah satu ialah kat Tanjung Kapal  Beach Resort di Seaside Restaurant..

Kedukan restoran ni agak Restoran Seaside macam agak terpencil.. tambah tambah lagi first time pegi, malam pulak tu.. macam tak yakin je ada tempat makan kat situ.. haha.. dinasihatkan kalau nak pergi bertanyalah kat orang orang kat situ plus on kan la papago atau google map korang tu hahaha..

Dalam pic kat atas tu ialah pilot kitaorang En. Zarin, kalau out station dia la yang banyak membantu, sebab dia dah pegi banyak tempat..

Dah seaside, tentu la makanan laut menjadi kepakaran mereka kan.. ikan dan udang yang segar emmm memang best la.. kitaorang order udang masak merah dan goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam seafood telur dadar dan ikan siakap masa tiga rasa..

Nampak macam banyak kan.. tapi kitaorang mintak size portion yang kecik, bajet sorang makan untuk setiap jenis.. kecuali yang ikan siakap tu la.. agak terkejut jugak masa dia sampai.. sebab besar gila, kalau kat KL mesti dia dah cas lebih.. but then kat sini serius murah.. berbaloi..


Cik Wafa makan udang gorang tepung.. "wah sedapnya.." monolog dalaman hahaha .. oh ya, kitaorang pegi bertiga aje.. so makan tong tong boleh la dapat rasa banyak jenis kan.. kena pandai pilih menu, ikut bajet.. jangan main order jak.. tapi untugla la makan kat sini tak mahal mana pun.. semua semua tu tak sampai pun seratus..

Suasana pada waktu malam.. watu ni tak ramai sangat orang, biasalah bukan musim ber-weekend.. so, kalau tak ramai orang order makanan pun cepat sampai hehe..

So, nak cari tempat makan yang best kat Sungai Rengit.. di sini la tempatnya.. walaupun agak jauh sedikit daripada pekan tapi serius tak rugi datang makan kat sini..angin dan view yang lawa dangan permandangan yang unik sebab banyak kapal besar parking kat tengah laut..

30 ulasan:

Eera Shera berkata...

bagus jugak kalo jadi blog berinfo ni..emm sedapnye ikan siakap tu

Ce'gu JAERA berkata...

hambooiiii... asyiknya melantak makanan sedap2 kat sanaaa.... meleleh air liur tengok masakan2 semua ni.... heehee (",)

Afzainizam berkata...

yupppp mmg kat sana laut dia banyak kapal lalu.... mmg tak berapa jauhhh dah nak nampak berderet kapal lalu kat area tuuuu... sungai rengit mmg best pemandangan dia...


nanti aku singah restoren tu klu aku nk kesana...

[sutera kasih] berkata...

ko mo ckp blog aku merapu la tu kan bu?hahaaha

bestnya dpt mkn sedap2...mau bah jgk..

lieynanilaz berkata...

menggoda iman tengok gambar2 makanan tuh!!...

RHI berkata...

abu ni suka makan...jaga2 kawal kolestrol...

shamyheart berkata...

untungl a wei, ko banyak berjalan dan makan2. itu kelebihan blog ko. aku tak mcm tu. so, kena la cari benda lain. penulisan yg mantap, mungkin. =)

syakirahmn berkata...

apa kata mai datang penang. sini tempat makan banyak sodapp sodapp :D

semutsengal berkata...

Err,

blog aku takda info, blog aku tak bagus.


LALALALALAA

Tanpa Nama berkata...

alaaaa.
lapar tengok ikan tuhhh.
:'(

vendoline berkata...

canitik suasana dia..sunset..perghhhh cun la.mkanan kompom sedap mkan tepi laut

Wadi AR berkata...

mohon bawak

Hanif berkata...

promote hanset sekali yek...heheheh

Blog yang best ialah blog bila orang search kat enjin jumpa blog kita..tak kira blog apa pun..
Aku terpaksa tabik blog hang kerana bila orang search tentang makan jumpa blog kau...

shamyheart berkata...

Special sebab makan? Ye kot. tapi pada aku ko special jadi kawan aku sebab ko mereng macam aku jugak. Haha~

Entri aku mesti la feeling. Nak challenge entri ko pasal jalan-jalan cari makan, tak leh, so entri beremosi je la. Haha~

Hans Hanis berkata...

adoi
terliur aku tgok gambar2 makanan tetengah malam nih
dah tengah diet nih


P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

Cik TeN10 berkata...

okeh.. nt aku balik mesia bleh la ko bawak aku gi makan kan.. ko kan pemurah mesti la nak belanja aku makan kan.. keh3 =p

Aki berkata...

makan di semporna lagi Murah abu.. ha ha ha.. :D

syafiqa berkata...

abu,bila nak bawa aku ni?

amna berkata...

udang celup tepung? nyummmny2! lapaq dah ni.. sg.rengit kt batu pahat ke??

shamyheart berkata...

alamak, ada orang sentap la.. hahaha~

blog-tips-kurus berkata...

menggiurkan!

cimöt berkata...

lapaq weyhhhh..

Ezad Skytech berkata...

memang buat aku lapar je bila tengok gambar2 ni...:D

Unknown berkata...

perghh..terliur tengok...

YouSOF berkata...

Tempat sendiri dah tentulah aku tekan +1 kan.. hahah


Sekali-sekali je sampai sana tapi tak pernah try lagi kat tempat kau makan dengan kawan² tu..


View kapal banyak² depan tu memang best.

A retarded kitty berkata...

aku tengah diet kau tayang gambar makan kan?

kekeke

FR berkata...

wahhh lapaq tengok gmbaq dia --"

Tanpa Nama berkata...

bestnya dpt jenjalan slalu..lpas exam nanti mmg semua tempat gua akan terjah ah! yee haa~! xD

rozeeta rashid berkata...

fuhhh kalau laa dapat makan ikan siakap tu sorang2.. *tamak* haha

Tanpa Nama berkata...

Lame x pegi mkn kat sini....emmm....sambil mkn leh tgk lampu2 kapal yg cntik tue.

Babab.net