Friday, February 10, 2012

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Bekerja

Ustaz, apakah hukumnya tidak solat Jumaat disebabkan sedang bekerja, misalnya pegawai keselamatan, pekerja kilang, pegawai hotel dan lain-lain?

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.”(TMQ Al-Jumu’ah : 9).

Nabi SAW bersabda,”Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap Muslim dalam sesuatu jemaah, kecuali empat orang : hamba, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.”(HR Abu Dawud no 901).

Barangsiapa mendengar azan Jumaat, lalu tidak ada uzur yang menghalanginya daripada mengikutinya, maka tidak ada solat baginya.” Para sahabat bertanya,”Apakah uzurnya?” Nabi SAW menjawab,”Takut atau sakit.” (HR Al-Hakim no 857; Abu Dawud no 464).

Oleh yang demikian, orang-orang yang tidak dikecualikan tetap terkena kewajiban untuk solat Jumaat. Jadi bagi mereka yang sedang bekerja seperti pegawai keselamatan, pekerja kilang dan pegawai hotel tetap wajib untuk solat Jumaat sebab tidak ada nas yang mengecualikan keumuman ayat yang mewajibkan solat Jumaat (TMQ Al-Jumu’ah : 9). Jika mereka meninggalkan solat Jumaat, mereka berdosa kerana telah meninggalkan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah SWT.




Oleh itu, bagi mereka yang bekerja seperti pegawai keselamatan, pekerja kilang, pegawai hotel dan yang seumpama dengannya tetap wajib untuk solat Jumaat. Jalan keluarnya adalah dengan melaksanakannya dalam jemaah yang kecil dengan minima dua orang. Boleh juga salah seorang yang sudah solat Jumaat (di luar) untuk mengikuti sekali (bagi mencukupkan ahli jemaah minima). Khutbah tetap wajib disampaikan. Waktunya pun boleh juga diakhirkan misalnya jam 2.00 atau jam 3.00 petang kerana tempoh waktu solat Jumaat adalah sama dengan waktu solat Zohor. Wallahu a’lam.
Namun begitu, masih tetap ada jalan keluarnya. Laksanakanlah solat Jumaat walaupun hanya dengan dua orang sahaja. Inilah jumlah minima ahli jemaah untuk solat Jumaat (termasuk Imam/khatib) yang rajih (kuat) menurut kami. (Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Al-Solat, II/172). Ini adalah pendapat Imam Ibrahim an-Nakha`i, Imam Ibnu Hazm, dan Imam Asy-Syaukani. (Ibnu Hazm, Al-Muhalla, Juz V/45, Al-Syaukani, Nailul Authar, Juz 5/289). Dalilnya adalah kemutlakan hadis tentang solat jemaah yang sah adalah dengan jumlah minima dua orang. (HR Bukhari, no 618).

Memang terdapat khilafiyah (perbezaan pendapat) tentang jumlah minima ahli jemaah untuk solat Jumaat. Imam Ibnu Hajar menjelaskan terdapat 15 pendapat dalam masalah ini (Fathul Bari, Juz III/349). Namun yang rajih ialah minima dua orang seperti yang telah kami kemukakan. Ini adalah kerana tidak ada dalil yang sahih yang mensyaratkan jumlah orang tertentu dalam solat Jumaat (misalnya 40 orang). Imam Suyuti berkata,”Tidak ada satupun hadis sahih yang menetapkan jumlah tertentu dalam solat Jumaat.” (Al-Syaukani, Nailul Authar, Juz 5/289).


Sumber 100% daripada Mykhilafah.com
(peringatan untuk diri sendiri dan orang lain)


27 comments:

Cik Yatt said...

bgus1..tazkirah..:)

Fakhrul Haiyin said...

btul2.

cimöt said...

solat jumaat ni adalah hadiah drpd Allah tau tak?

so, rebut laaa peluang solat jumaat ni...solat jumaat seminggu sekali je kot..then why u must leave it??

Rtp Farra Arisha said...

this is good. buat kaum adam, selamat menunaikan solat jumaat. mudah2an mendapat pelbagai ilmu baru sewaktu mendengar khutbah nanti :)

Liyana Zahim said...

Bnyk tmpt kerja skrg die tak provide trnsport kat pkerja2 yg tadek trnsport p solat jumaat.. Ambik remeh sgt org2 laki ni.. Ish.. Dan aku plg tkut kalau kerja nnti dpt tmpt kerja yg takde mse nk solat sbb kwn aku pnh dpt warning letter dari bos sbb solat zohor kat surau.. Deimm sgt aku rasa..

YOUsoF said...

Entri yang sangat bagus kawan! ;)


Banyak je tempat yang tak fleksibal untuk tunaikan solat.. Syukur sangat² kerja kita tak menghalang kita menunaikan ibadat kan.

[sutera kasih] said...

Insya'Allah ada jalan penyelesaiannya tu..

Lea Isnawi said...

sesungguhnya ISlam sgt mudah dan tak menyusahkan kan

chemay said...

nice entry.
semoga ramai lelaki yang boleh dapat input dari entry ni.
:)


suka tengok lelaki pakai baju melayu + naik motor + tak pakai helmet yang rushing pergi sembahyang jumaat,
dari tengok lelaki yang pakai kemeja + tuxedo tapi tak pergi sembahyang jumaat.
then boleh selamba online fesbuk time orang tengah solat tuh.
:)

APAN said...

xtau langsung sebelum ni ada pendapat minima 2 orang...

delarocha said...

terima kasih kerana mengingatkan

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

ramai yang cuba mengelak solat dengan memberi alasan seperti bekerja.. hai anak adam, segeralah tunaikan kewajipanmu..

Alia Nur Jazlia said...

Baguss3 ! Lama xsinggah sni pulak.

deeya said...

solat jumaat tu fardhu bagi orang lelaki muslim . jadi memang wajib buat . tak leh tinggal . pada aku kalau da susah sngat nak tunaikan solat bile time kerja , benti jer kerja situ . cari keje tmpat laen yg boleh diberi mase untuk solat . Allah kan Maha Pemurah . Ape nak takot kehilangan kerja . mane tau Allah ade hadiah yang super best dari kerja tu .

Ezad Skytech said...

bagus entri ni...dapat tambah ilmu :D

semutsengal said...

tiada yang terkecuali, selain itu.


=)

Anak Munsyi said...

nice post ! so knp lelaki-2 sekalian pergilah solat jumaat, lalalala :D

fathiahRAIHANA said...

wahh ilmu baru. detail betul entry ni ^^
baru tau psal minima dua org tu. hehe.

TiraPengemis said...

ustaz abu...heheee

Cik TeN10 said...

betul tu.. keja apa skalipun solat tetap wajib dilaksananakan.. rukhsah dlm solat membuktikan Islam itu membebankan.. :)

ekin alias said...

alhamdulilah Abu :DDDDDDD

Solat la kamu sebelum kamu disolatkan :)

selagi ade kekuatan, kesihatan yg baik, SOLAT lah :)

KhaiRin : anies said...

kalu ssh sgt step down je..byk rezeki allah kt muka bumi ni

sha my heart said...

dulu, aku pernah kerja restoran kat r&R yg mmg hari2 ramai customer. tapi pekerja lelaki tak pergi solat Jumaat sb jauh dan kdg2 customer terlalu raamai.
bos pun tak de plak peruntukkan masa utk solat Jumaat. Nasib baik, aku perempuan.

Kira ada penyelesaian la ya. Islam itu mudah =)

Tq berkongsi bab ni, weh. ilmu baru =)

[sutera kasih] said...

napa x update ni buuuuu

A retarded kitty said...

adalah menjadi satu culture shock bagi aku first time kerja bila budak-budak lelaki dengan selambanya tidak pergi solat Jumaat. tidak takut sama Allah ke?

Fatin Mraz said...

bagus igt mengingtkan begini~

Afzainizam said...

pernah dengar barang saperrr yg tak gi sembahyang jumaat 3 kali berturut2 hati dia hitam dan hilang nur di dahi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pasang soundproof kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!