Tuesday, February 28, 2012

Meneroka Permata Laut dan Rimba Di Aquaria KLCC

Sejak beberapa tahun duduk Kuala Lumpur, ini la pestaim aku masuk Aquaria.. selepas dua tiga tahun, ini adalah kali ketiga aku pegi KLCC, perlu ke nak kira? tak perlu yerr.. apa ada pada KLCC? tak de apa kecuali barang barang dia yang mahal, ramai orang middle east dan I-Setan.. dan pada waktu perayaan akan dibanjiri lebih ramai masyarakat antarabangsa International Love.. kah kah kah..

Ok mari cerita pasal Aquaria.. untuk siapa yang nak tahu aje, aku percaya ramai dah yang masuk tengok haiwan darat dan haiwan laut yang tak pernah kita tengok in real life.. tibi banyakla..

Nak masuk kalau Malaysian dewasa kena bayar RM35 dan kalau bukan kena bayar RM45.. peraturan nak bawak kamera, tak boleh on flash, takut ikan ikan tu tekejut mengkali.. jom mulakan..

Pirana jenis red belly .. ugly gak rupa pirana ni, color pun kurang menarik.. cuma skin dia macam sparkling, color gold macam Edward Colin kena sinaran matahari.. itu je.. tak garang pun, tapi berbahaya la haha.. untuk pengetahuan korang pirana adalah spesies ikan air tawar yerr.. mendiami sungai sungai di Amerika Selatan terutamanya di perairan Amazon..

Dalam tu ada gak haiwan haiwan darat, contohnya ialah rama rama, labah labah, ular, cicak dan macam macam lagi.. Gambar kat atas ni ialah spesies kupu kupu terbesar di dunia Attacus Atlas, sebelah frame ni pulak ialah rama rama Rajah Brock, spesies rama rama yang dilindungi..

Selain buaya katak pun pun ada gak.. comel je dia sorang sorang duduk dalam aquarium kecik.. tah selesa ke tak duduk kat situ jauh daripada habitat sebenar.. kodok kodok kodok!!..

Yang ini tak tahu la pulak aku cicak ka biawak kah.. inesen sangat buat muka manja time aku nak tangkap gambar.. kau ingat kau cantek!! hahahaha.. comel kan, nama dia High Yellow Leopard Gecko, tak de 'suction cup' macam spesiesnya yang lain tuk membolehkan dia panjat dinding atau kaca..

Antara permata rimba yang lain, siapa tak kenal spider Tarantula.. uh!! meremang bulu roma aku tengok natang ni.. cukupla tengok dalam tibi huhu.. Mexican Redknee Tarantula ni adalah spesies Tarantula yang beloh hidup lama.. tarantula betina mampu hidup sehingga 30 tahun..

Arapaima atau ikan naga yang gedabak nak mampus.. uish!! tekejut aku tengok binatang ni, serius.. selalu gak dengar rakan sekerja kaki pancing sebut sebut arapaima.. ooo.. macam ni rupanya bentuk dia.. tapi ni arapaima amerika selatan, spesies ikan air tawar yang terbesar di dunia.. dikatakan boleh melompat dari dalam air untuk menangkap burung burung kecil dekat dengan permukaan air.. hebak kan..

Ini pulak makhluk tuhan spesies dari padang pashir kah kah kah.. minah arab la apa lagi, diorang la paling ramai dalam tu, seronok beno diorang aku tengok.. begini la antara suasana dalam aquaria yerr kawan kawan..

Menyusuri trowong sejauh emmmmm... brapa ya, tak ingat hehehe google la.. cantek kan, hanya perlu berdiri kat flat eskalator dan saksikanlah ikan jos, ikan pari, ikan uji rashid mata besar, ikan jaket, ikan kuning, ikan merah, ikan warna warni.. err aku tak tahu nama dia haha.. amazing race sangat pengalaman ni.. cantek cerius..

Bagaikan satu frame yang bapak besar dengan ikan yang real memang awesome.. lawa dowh, nak bergambar silakan, tapi gelap la sebab tak boleh on flash.. permandangan yang sangat lain daripada yang lain.. ni asyik tengok bangunan konkrit je kan.. sesekali meneroka di persiaran laut dalam pun ok jugak.. konon la.. haha..

Siapa yang tak kenal Nemo atau Clown Fish sila loncat bangunan KB Mall sekarang jugak haha.. nama saintifik Amphiprion ocella ikan yang sangat naaif dan comel.. nak goreng pun tak sampai hati ko tau.. ikan yang mempunyai hubungan simbiosis dengan rumpai laut anemone.. alaa, macam dalam katun Finding Nemo tu, sembunyi dalam rumpai laut yang color oren tu...nemo bersihkan anemone, anemone pulak tempat berlindung bagi nemo..

Kuar aku beli ikan siakap tiga kilo, ikan nemo satu kilo, arapaima berkilo kilo, kuda laut, obor obor, ketam, tembakul dan macam macam lagi.. nak goreng tepung, masak asam pedas dan masak tiga rasa haha.. tak de la, aku beli snowball yang comel aje..

Tu je la, penat aku merapu malam malam.. sori aku tak sempat nak balas kunjungan korang, busy yang amat.. sampai berak pun tak sempat.. yang penting aku great tiger!! haha..

Rasa bersalah pulak, entry ni auto publish.. time ni InsyaAllah aku tengah otw atau berada kat Cameron Highland.. seperi yang aku khabarkan dalam twitter, aku nak pegi melawat ladang teh Hariz dan Izzah kat sana, harap harap diorang ada, aku nak audit ladang diorang ni, GAP ke tak GAP?.. sekali terus mintak sign hahaha merapu lagi aku..

PS: GAP - Good Agricultural Practices.. 
Gambar raw, tak edit lagi la sayang, tak sempat.. turun nanti baru I buat ok.. ^^


Tag; Gambar ikan di Aquaria KLCC, gambar arapaima besar, arapaima di aquaria klcc, ikan ikan di aquaria klcc, jalan jalan di KL, melawat aquaria klcc, pemandangan dalam air aquaria klcc, bayaran masuk aquaria, gambar tarantula di aquaria klcc, melawat hidupan air di aquaria, cara nak pagi aquaria klcc, barang jualan di klcc

Sunday, February 26, 2012

Kalau Facebook Tutup

Ntah siapa punya kerja la ni.. ni saja nak troll user yang addicted dengan facbook kan, #KalauFacbookTutup pulak jadi trending dalam twitter semalam hahahaha.. bengong padahal dulu kemain lagi layan fb.. indeed masih ramai lagi twitter user ni masih aktif dalam facbook.. contohnya aku la haha..

Tak de apa apa la.. saja nak kongsi mungkin ada yang tak de twitter atau yang termiss trending semalam, ke dia masih trending sampai sekarang?!.. ni dia beberapa pendapats diorang dalam twitter kalau facebook tutup..


Hahahaha sengal betol.. yang pasti semakin ramai user dalam facebook telah berpindah ke dalam twitter, beberapa orang friends aku pun tak nampak dalam facebook rupanya diorang ada kat twitter mencapap..

Dalam facebook pun orang dah tak apa sangat.. just klik like like aje, stalk profile, poke poke, curi gambar itu ja.. kalau dah rasa bosan, apa kata korang masuk dalam twitter pulak.. tweet jak.. cakap sorang sorang, tak de dah orang nak komen komen macam dalam fb.. unless orang mention atau retweet aje..

ps: boleh pulak benda ni jadi entry hahaha.. nampak sangat aku dah tak de benda lain nak share kan.. btw, twitter aku ada di sini.. 

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday Comel

Sempat WW, ada sejam lagi... errr.. ni kira WW gak ker.. hahahaha
ps: lama tak buat wordless Wednesday ^^

Tuesday, February 21, 2012

Mandi Sungai Di Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Entry ini adalah sambungan daripada entry hari tu.. alang alang aku cerita baik aku habiskan terus.. hehehe.. selepas sahaja turun daripada bukit broga kitaorang terus ke satu lagi tempat yang best iaitu Sungai Tekala.. lebih kurang 30 minit perjalanan daripada kaki bukit broga tu..

Sungai Tekala mestila nak pegi main main air kan.. takkan nak pegi main askar askar pulak keh keh..

 Kelaparan.. sampai sampai je terus serbu gerai jual makanan kat situ.. sib baik ada nasi lemak, sebab aku memang lapar nasi time tu.. panjat bukit broga aku tak sempat sarapan nasi, makan sandwich je yang diorang buat dengan ramuan kasih sayang kata mereka.. ya la kasih sayang, sebab sandwich tu la kitaorang lewat gerak..

Even dah penat tapi masih kuat lagi begelak tawa, bercanda ria depan gerai bersama akak penjual dan sesama kitaorang.. err!!!... apesal macam haram je ayat aku ni..

Kesukaan yang amat.. sebenarnya aku dah lama tak mandi sungai.. last sekali emmmmm.. tak ingat, bertahun jugak la kot rasanya.. antara sungai dan laut, aku suka sungai lagi.. tapi sungai yang bersih la, kalau macam Sungai Klang tu err kim salam jak la.. katak pun tak nak duduk dalam tu mengkali...

Laluan nak masuk.. cari area yang best, yang ada jeram sikit.. atas atas kurang sikit orang. lagipun kalau main main air kat bawah macam tak best pulak.. entah entah orang kat atas kencing.. merasa la air kencing orang hahahahahaha...

 Tiga ekor ikan duyung sedang menjamah nurgget di tepi sungai.. eh ikan duyung ker ikan dugong ni.hahaha..
 
Ha.. akirnya tercapai jugak hajat si Alif ni nak mandi.. sejak daripada bukit broga lagi dia cakap nak mandi nak mandi.. puas dia loncat loncat berendam bagai sampai bekedut kedut hujung jari baru nak naik.. keh keh keh.. padahal yang aku lagi tak ingat dunia time mandi mandi hahahaha..

Bah sebelum bla.. layan dulu gambar aku yang cool.. hahaha.. cool la kot rasanya.. :P




Tag: Sungai best sekitar lembah klang, kawsan rekriasi dekat dekat selangor, kawasan rehat sungai selangor, mandi manda di sungai tekala, koleksi gambar foto sungai tekala..

Sunday, February 19, 2012

Mendaki Bukit Broga

Weekend yang paling ohsem adalah weekend yang di isi dengan aktiviti di luar daripada aktiviti seharian kita.. tak duduk rumah menghabiskan masa depan pc atau depan tv sahaja.. jalan jalan , berkelah, beriadah bersama keluaraga dan rakan rakan adalah consider sebagai aktiviti awesome.. ok!! siap intro hehehe..

Sebenarnya aku nak cakap pasal semalam aku bersama dengan rakan sekerja telah mendaki Bukit Broga.. alaa.. siapa je yang tak tahu Bukit Broga ni, kalau yang duduk kat area Lembah Klang mungkin bukit ini sudah tidak asing lagi bagi mereka.. lebih kurang sejam perjalanan daripada KL, terletak dekat Semenyih, kaki bukit menghadap ladang sawit dan Rabbit Farm menjadikan ia tumpuan kepada warga kota untuk main panjat panjat bukit..

Setiap hujung minggu hampir beratus kot orang yang panjat bukit ni.. agaknya la kot, sebab first time aku naik ni aku tengok ramai gila orang, gigih nak menawan puncak bukit..

Boleh dikatakan agak mencabar jugak la Bukit Broga ni, terutamanya yang tak sekuat aku kah kah kah.. tapi ok je, aku tengok orang gemok pun boleh naik apa, siap ada yang pakai seluar jeans dan pakai selipar jepun ja.. ala paling kuat pun jatuh begolek ke bawah, tak pegi mana pun..hahaha..

Bagi aku pulak Bukit Broga ni kacang aje.. sedangkan Gunung Kinabalu pun aku dah tawan ini kan pulak setakat Bukit Broga ni.. perghh!! belagak betol aku ni hahahahaha... ok mari layan gambar gambar kitaorang...

Inilah geng kitaorang Zul, Faathir, Hani, Umi, Mazu, Kido, Azrul dan anak dia Alif dan sorang kawan Azrul (ops!! aku memang susah nak ingat nama..).. sebelum mendaki tak de pulak buat regangan dan lari setampat ya.. semua bajet kuat.. hehehe..

Kitaorang bermula agak lewat, dah sembilan lebih baru nak mendaki.. orang lain dah ramai yang turun.. untung sahaja cuaca masa tu ok, banyak awan nano.. so tak de la panas sangat..

Azrul dan anak dia Alif yang banyak cakap, belum pun sampai kat puncak Alif dah nak mandi la, nak tidur la, nak jadi robot la.. adoi, kalakar betol..

Cuma kat sini bahaya sikit sebab agak curam dan licin.. ramai yang turun mengelongsor... sampai koyak seluar pun ada, yang nak naik pun kena pijak anak anak tangga.. sama ada naik ataupun turun kena berhati hati, silap silap memang boleh jatuh begolek..

Ramai ramai kat tepi bukit kadang tengok macam Planet of The Apes pun ada jugak..kah kah kah..

Ada buaiyan.. ada jugak yang bajet angkasawan negara tu nak main buai buai kat bukit broga.. hahaha.. dan ada jugak yang bajet bawang merah bawang putih, aku gelak je perati budak budak nyanyi  "laju buaiku laju.." kat situ.. tepelanting kang baru tau haha..

Perasan tak korang kat atas pokok tu ada banyak kasut bergantung.. macam dalam movie Drive Sex, sweet sangat main humban humban kasut sangkut atas pokok.. errr.. sweet la sangat kan.. ntah ntah sedia bawak kasut daripada rumah.. motiff.. hahaha...

Tengok la gaya orang yang dah penat.. macam macam dia buat, Alif siap baring lagi haha.. kat atas nampak permandangan indah seluas luas alam..

Rasanya lagi best kalau datang awal pagi sebelum terbit matahari atau petang sebelum terbenam matahari.. naik turun bukit gelap nanti ada yang masuk gaung hehehe.. mana mana la, yang penting kat sini memang best ber DSLR..

Posing kat atas bukit, tak kuasa aku nak upload semua haha.. nila untung dia kalau sampai kat puncak time semua orang dah turun, tak sesak.. tak ramai orang, lari lari lompat lompat bagai pun tak pe..

See.. tak payah nak berebut rebut nak naik atas batu begambar.. kitaorang je yang ada dengan beberapa group kecil yang lain, kan best.. tengok tu makan coki coki lagi..

Lepas berhenti bergambar gembar semua, pendakian di teruskan menuju ke puncak..

Antara laluan sukar untuk sampai ke puncak bukit.. yang kat sini kena kuat sikit.. kena pegang tali berpijak pada batu.. tengok diorang kat atas.. gigih kan, semua berjaya melepasi laluan ini..

Ini la dia puncak Bukit Broga.. jarak daripada bawah kaki bukit untuk sampai ke sini ialah 1.7 km.. kalau nak meneruskan pendakian lagi 4.8km untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan.. kita orang takat Bukit Broga aje..

Meluangkan masa agak lama, rehat panjat pokok dan tulis nama atas signboard.. penat seh.. sebenarnya aku termutah masa sampai kat sini.. mana taknya berlari, sampai kat atas pening terus muntah..

Ok hampir setengah jam lebih kat sini kitaorang pun mula menuruni bukit dalam keadaan cahaya matahari yang terik..

Kat bawah baru singgah beli air isotonic dan air kelapa.. rehat rehat kejap ada gerai untie jual air dan jajan.. table pun dia sediakan.. uh lega.. pastu misi di teruskan lagi untuk mandi mandi sungai di Sungai Tekala hehe..

Hujung minggu, bagi warga kota sesiapa yang ingin menghabiskan masa setengah hari bersama keluarga atau rakan rakan dengan aktiviti lasak mungkin di Bukit Broga la menjadi pilihan korang.. bagus, boleh mengeratkan silaturrahim, sebab kerjasama, teamwork diperlukan untuk sama sama menawan puncak bukit.. ceh ceh ceh.. bermotivasi pulak aku sini..

Thursday, February 16, 2012

Kenapa Perlu Remove Friends List Dalam Facebook

Sejak kebelakangan ni macam dah ramai orang dah start mengambil kira tentang privacy masing masing dalam laman sosial.. merimove friends list dalam facebook dah selalu orang cakap cakap.. perasan tak korang? perasan tak?.. ke aku je yang buat buat perasan hahahaha

Sebab orang Malaysia ni kuat sangat main facebook.. friends list beribu ribu, ada yang siap buat acc baru pulak tu, sebab acc yang satu lagi dah terlampau banyak sangat friends.. wah! bunyi macam jeles pulak aku orang lain ramai kawan aku pulak tak ramai kawan.. tak ok tak..

Mari sini aku nak racun otak korang.. nak bagi idea jahat kat korang.. hahaha

Kenapa perlu remove friends list?
Annoying la ramai sangat kawan.. suka suka hati je tag sana tag sini, ntah hape je diorang tag, kadang tu invite game tanam tanam bunga dan macam macam lagi la, notification pun jadi ntah pape..

Dalam time line.. menyemak, kenal pun tak, buat apa sebok nak tahu kan.. status pun bukannya berilmiah sangat pun.. kat home balek balek upload gambar yang annoying.. macam ni korang nak letak dalam friends list?.. tak payah la.. buat semak aje..

Siapa yang patut kena remove?
Selain orang yang aku sebut kat atas.. ala senang aje.. kalau korang rasa perlu ke dia tahu dalam semua benda yang korang buat, perlu ke dia tahu pasal status atau gambar korang.. kalau korang rasa ia sebagai kawan, tak pe la dia tahu so tak yah remove la.. biar je dalam list korang.. 

Macam tu jugak sebaliknnya, kalau korang rasa buat apa aku nak tahu pasal dia ni.. tak penting, tak kenal langsung.. so apa lagi tekan la unfriend..

Kadang ada je orang langsung korang tak kenal.. ntah bangla ke orang jamaika ke hape tetiba dalam friends list, gembira sangat ada orang add mengkali.. tekan je approve semua kan.. tak tengok pun siapa, kawan blog pun bukan kawan lama pun bukan.. eik?! pelik siapa ni.. apa lagi, jalankan tugas tanpa ragu ragu remove terus hahaha.. 

Baru la nampak exclusive tak ramai kawan, boleh tak aku cakap macam tu hahaha..
Public figure sangat sampai ketahap retis.. padahal orang biasa biasa je pun.. kalau betul betul retis atau sedia fofular tak pe la jugak kan.. mungkin boleh la cakap " oh! dia ni memang popular.. no wonder dia banyak friends".. tapi kalau takat so so.. mesti orang cakap "ala dia ni mesti gigih add orang" hahahaha..

Dan tahu tak korang?!.. sebenarnya ada ramai orang yang suka curi gambar orang then bincang kat laman sosial lain.. atau bbm.. hati hati.. hehehehehe

Btw, kalau korang terasa dengan entry aku ni aku nak mintak maaf awal awal.. aku ni bukannya bagus sangat pun.. ada je ramai orang yang aku add.. dan ada ramai jugak yang aku dah buang..

So, adil la.. kalau korang rasa aku ni bukan siapa siapa.. korang remove daripada friends list korang aku tak kisah.. negara demokrasi kan.. suka hati buat pilihan.. ok selamat bersosial.. 

Tuesday, February 14, 2012

Melantak Di Seaside Restaurant, Tanjung Kapal Beach Resort

"Abu tadi aku search tempat makan yang best kat bla bla bla... eik! tetiba aku terjumpa blog kau, best kah tempat tu?.."

"Abu tadi ada orang bagi tahu dia nampak gambar kita dalam website.. dia tenga search tempat makan yang best kat bla bla bla.." In bracket rekaan semata..

See reason aku suka cerita pasal makan makan dalam blog aku ni hahaha.. sebenarnya blog yang bagus adalah blog yang dapat bagi info yang user nak.. tak kira la info apa pun.. even tak detail sangat tapi sekurang kurannya boleh bagi gambaran kat user.. best ke tak best, sedap ke tak sedap..

Aku sendiri pun sebelum aku pegi kat sesuatu tempat tu selalunya aku akan search kat internet dulu.. blog blog la yang banyak bagi info sebenarnya.. so sediakan la info info yang berguna kat user ya.. jangan asyik nak merapu aje kerjanya.. kah kah kah.. bajet blog aku tak merapu..

So mari kita cakap pasal makan lagiiiiii..... hahahahaha...

Sesiapa yang datang kat Sungai Rengit Johor mungkin tertanya tanya mana tempat makan yang best kat situ.. sebenarya ada banyak, itu pun kalau waktu siang la.. tapi kalau waktu malam agak susah sedikit.. sebab kebanyakan kedai makan kat sana tutup.. tak banyak tempat makan yang boleh lepak sampai tengah malam kecuali ada beberapa tempat sahaja.. salah satu ialah kat Tanjung Kapal  Beach Resort di Seaside Restaurant..

Kedukan restoran ni agak Restoran Seaside macam agak terpencil.. tambah tambah lagi first time pegi, malam pulak tu.. macam tak yakin je ada tempat makan kat situ.. haha.. dinasihatkan kalau nak pergi bertanyalah kat orang orang kat situ plus on kan la papago atau google map korang tu hahaha..

Dalam pic kat atas tu ialah pilot kitaorang En. Zarin, kalau out station dia la yang banyak membantu, sebab dia dah pegi banyak tempat..

Dah seaside, tentu la makanan laut menjadi kepakaran mereka kan.. ikan dan udang yang segar emmm memang best la.. kitaorang order udang masak merah dan goreng tepung, kailan ikan masin, tomyam seafood telur dadar dan ikan siakap masa tiga rasa..

Nampak macam banyak kan.. tapi kitaorang mintak size portion yang kecik, bajet sorang makan untuk setiap jenis.. kecuali yang ikan siakap tu la.. agak terkejut jugak masa dia sampai.. sebab besar gila, kalau kat KL mesti dia dah cas lebih.. but then kat sini serius murah.. berbaloi..


Cik Wafa makan udang gorang tepung.. "wah sedapnya.." monolog dalaman hahaha .. oh ya, kitaorang pegi bertiga aje.. so makan tong tong boleh la dapat rasa banyak jenis kan.. kena pandai pilih menu, ikut bajet.. jangan main order jak.. tapi untugla la makan kat sini tak mahal mana pun.. semua semua tu tak sampai pun seratus..

Suasana pada waktu malam.. watu ni tak ramai sangat orang, biasalah bukan musim ber-weekend.. so, kalau tak ramai orang order makanan pun cepat sampai hehe..

So, nak cari tempat makan yang best kat Sungai Rengit.. di sini la tempatnya.. walaupun agak jauh sedikit daripada pekan tapi serius tak rugi datang makan kat sini..angin dan view yang lawa dangan permandangan yang unik sebab banyak kapal besar parking kat tengah laut..

Friday, February 10, 2012

Hukum Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Bekerja

Ustaz, apakah hukumnya tidak solat Jumaat disebabkan sedang bekerja, misalnya pegawai keselamatan, pekerja kilang, pegawai hotel dan lain-lain?

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.”(TMQ Al-Jumu’ah : 9).

Nabi SAW bersabda,”Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap Muslim dalam sesuatu jemaah, kecuali empat orang : hamba, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.”(HR Abu Dawud no 901).

Barangsiapa mendengar azan Jumaat, lalu tidak ada uzur yang menghalanginya daripada mengikutinya, maka tidak ada solat baginya.” Para sahabat bertanya,”Apakah uzurnya?” Nabi SAW menjawab,”Takut atau sakit.” (HR Al-Hakim no 857; Abu Dawud no 464).

Oleh yang demikian, orang-orang yang tidak dikecualikan tetap terkena kewajiban untuk solat Jumaat. Jadi bagi mereka yang sedang bekerja seperti pegawai keselamatan, pekerja kilang dan pegawai hotel tetap wajib untuk solat Jumaat sebab tidak ada nas yang mengecualikan keumuman ayat yang mewajibkan solat Jumaat (TMQ Al-Jumu’ah : 9). Jika mereka meninggalkan solat Jumaat, mereka berdosa kerana telah meninggalkan kewajiban yang ditetapkan oleh Allah SWT.




Oleh itu, bagi mereka yang bekerja seperti pegawai keselamatan, pekerja kilang, pegawai hotel dan yang seumpama dengannya tetap wajib untuk solat Jumaat. Jalan keluarnya adalah dengan melaksanakannya dalam jemaah yang kecil dengan minima dua orang. Boleh juga salah seorang yang sudah solat Jumaat (di luar) untuk mengikuti sekali (bagi mencukupkan ahli jemaah minima). Khutbah tetap wajib disampaikan. Waktunya pun boleh juga diakhirkan misalnya jam 2.00 atau jam 3.00 petang kerana tempoh waktu solat Jumaat adalah sama dengan waktu solat Zohor. Wallahu a’lam.
Namun begitu, masih tetap ada jalan keluarnya. Laksanakanlah solat Jumaat walaupun hanya dengan dua orang sahaja. Inilah jumlah minima ahli jemaah untuk solat Jumaat (termasuk Imam/khatib) yang rajih (kuat) menurut kami. (Uwaidhah, Al-Jami’ li Ahkam Al-Solat, II/172). Ini adalah pendapat Imam Ibrahim an-Nakha`i, Imam Ibnu Hazm, dan Imam Asy-Syaukani. (Ibnu Hazm, Al-Muhalla, Juz V/45, Al-Syaukani, Nailul Authar, Juz 5/289). Dalilnya adalah kemutlakan hadis tentang solat jemaah yang sah adalah dengan jumlah minima dua orang. (HR Bukhari, no 618).

Memang terdapat khilafiyah (perbezaan pendapat) tentang jumlah minima ahli jemaah untuk solat Jumaat. Imam Ibnu Hajar menjelaskan terdapat 15 pendapat dalam masalah ini (Fathul Bari, Juz III/349). Namun yang rajih ialah minima dua orang seperti yang telah kami kemukakan. Ini adalah kerana tidak ada dalil yang sahih yang mensyaratkan jumlah orang tertentu dalam solat Jumaat (misalnya 40 orang). Imam Suyuti berkata,”Tidak ada satupun hadis sahih yang menetapkan jumlah tertentu dalam solat Jumaat.” (Al-Syaukani, Nailul Authar, Juz 5/289).


Sumber 100% daripada Mykhilafah.com
(peringatan untuk diri sendiri dan orang lain)


Thursday, February 9, 2012

Ayer Hitam Syurga Membeli Belah Barangan Seramik, Souvenirs Dan Patung Boboiboy

Siapa sini orang Negeri Sembilan.ok.. siapa sini orang Johor, ok.. siapa sini pernah pegi Nilai.. tempat yang orang membelih belah tu.. kat Johor pun ada satu tempat yang hampir sama dengan kat Nilai.. nama tempat tu ialah Ayer Hitam..

Untuk sesiapa yang tak pernah pegi Ayer Hitam ini dia sedikit gambar untuk tatapan korang.. sdikit aje ok, yang tempat kain kain karpet, bunga bunga semua tu kitaorang tak singgah.. sebab tak larat nak round semua tempat.. luas kott..

Sini ada banyak ceramic, pasu hiasan lanskap bagai.. daripada bentuk angsa, ikan harimau, biawak, kura kura, beruang semua ada.. banyak pilihan. siapa yang minat benda benda macam ni disinila tempat anda menjulingkan mata..

BoboiBoy pun ada jugak kat sini.. diorang sumbat masuk dalam plastik.. gantung gantung macam hiasan dalaman.. angry birds, sponge bob, doraemon, hello kitty dan macam macam la.. tak kuasa aku nak sebut semua..

Sejauh jauhnya.. tak de orang pung!! hahaha.. sebab kitaorang pegi bukan time weekend.. kalau tak, sure ramai orang.. nampak tak kerepek pelastik besar tu.. beli bak balik bagi jiran jiran makan kalau nak..

Souvenirs dan goodies yang boleh di bawa balik.. mau tak rambang mata kalau tengok banyak banyak macam tu.. 

Ini la burung yang gua masuk dalam gerai dia dan tepuk tangan, then diorang bunyi.. lucu sebab at the same time banyak burung yang bunyi masa gua tepuk tangan.. kalau korang pegi one day cuba korang cari burung burung ni.. tepuk tepuk tangan kat situ, cam orang gila..

Ini pulak gua beli kat Bali.. eh bukan.. kawan belikan kat Bali.. hahaha..

Ekceli gua tak de beli apa apa pun.. tempat ni gua saja singgah masa outstation kat Ayer Hitam hari tu.. gua suka jalan jalan ajer..

Saturday, February 4, 2012

Mari Habiskan Voucher Buku 1Malaysia Korang Di Malaysia Book Expo 2012 PWTC

Kepada sesiapa yang tak tahu lagi.. sekarang ni tengah berlangsung Expo Buku 1Malaysia di PWTC.. macam biasa la kalau ada expo, pesta apakah mesti ramai orang kan..

So, gua nak mintak maaf kepada ulat ulat buku yang ada kat sana tadi, gatal dah tangan ni, ntah apa je yang gua tertouch.. soriii.. bukan salah gua... tambah tambah lagi dengan kehadiran Ustazah Nurbayah, berderat gadis gadis nak bergambar dan mintak sign bagai kat dia.. sesak.. gua ada kat sebelah tidak diendahkan pulak oleh mereka..


Expo buku ni diadakan untuk budak budak yang dapat voucher buku 1Malaysia tu.. gua jeling jeling je tadi tengok budak budak U beli buku guna voucher.. jeles ko tau!!
Bukan salah ibu mengandung.. gua lahir awal sangat..

buku lama askara lontara bugis  

Depan stage ada pameran Sejarah, Kesusastraan dan Penulisan Suku Kaum Bugis.. ya la kan tak silab gua Datuk Najib tu kan keturunan bugis hehe.. mereka dan prob bahan pameran diorang ni didatangkan kas daripada Sulawesi Indonesia.. bersoal jawab ada banyak info jugak la yang gua dapat..

 wah nampaknya gua dah mula nak jadi ulat bulu ni.. ehem! ada novel Liyana Zahim

Ini buku yang gua dan kawan gua beli, cash ye.. bukan voucher buku 1Malaysia dapat daripada internet.. kira murah la, kalau kitaorang beli time bukan expo mahunya dekat dua ratus.. so korang pegila cepat, ada tinggal dua hari je lagi..

Pendapat gua, bagusla voucher buku tu.. boleh merangsang minat membaca dikalangan anak muda.. sebab voucher tu boleh pakai tuk beli buku cerita dan novel jugak kan.. selain tu, jualan buku meningkat so dapat la jugak benefit kepada penulis penulis buku, lagi bersemangat la diorang menghasilkan buku, so industry tu terus meningkat.. nampak tak kat situ, nampak tak?!..hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!