Sunday, January 29, 2012

Melantak Di Restoran Baser Nasi Ayam Dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor Bandar Putri Puchong Selangor

Lama jugak gua tak cerita pasal makan ni kan.. err!!.. anggap je la lama even baru sahaja beberapa entry lepas nampak gambar gua melantak kat Sungai Rengit.. keh keh keh.. tak de tempat nak jalan sebenarya, gua lebih suka jalan jalan tengok tempat orang lain dan juga melantak makan yang lazat itu adalah harus..

Dulu gua pernah post entry tang satu restoran cina muslim daripada Indonesia, tema restoran Jawa Sunda yang pernah dikunjungi oleh Team Jalan Jalan Cari Makan.. so, untuk kali ini gua membawakan satu lagi restoran yang pernah dikunjungi oleh JCM, Chopp TV9, Kosmo, Metro dan Mingguan Malaysia.. memperkenalkan Restoran Baser, Nasi Ayam dan Nasi Beriani Kota Tinggi Johor... lokasi restoran ni di Bandar Putri Puchong ya.. bukan di Johor..

Gua minum air limau ice ja.. sejak akhir akhir ni teh o ice tidak lagi menjadi kegemaran gua.. tukar dah yang lain.. sebab gua rasa teh o ice telah mengemokkan dan membulatkan badan gua..hahaha..

 Kipas pun ada dalam restoran ni tau.. motif la nak bagi tahu ada kipas kan kah kah kah..

Restoran ini bertemakan Lauk Pauk Tradisional Melayu.. kalau baca sejarah awal dia pun, restoran Baser dimiliki usahawan Melayu iaitu Haji Baser bin Haji Senin.. terkenal sejak 1985 lagi di Kota Tinggi Johor.. kini restoran Baser memiliki beberapa buah cawangan dan yang ada kat Bandar Putri ni lah satu satunya di luar Johor.. http://restoranbaser.blogspot.com/

Dua tiga kali datang sini time lunch hour kat tempat kerja baru sekali gua order Mee Bandung Johor.. gua terpesona... dan untuk kali ini gua order lagi.. yam yam memang sedap..

Dalam restoran ni ada banyak frame gabar bandar yang ditenggelami banjir.. reason, gua tak pasti, mungkin itu gambar kota tinggi la kot kena banjir suatu ketika dahulu kala.. unik, lain daripada yang lain dia ini..

Tengok la, lazat yang amat gua makan pun da macam singa dah..arrgummm!! 

Amacam adakah korang juga terpesona? marila kita meneruskan misi mencari makanan yang lazat lazat keh keh keh.. ok fine fine fine... gua memang kuat makan!!

38 comments:

delarocha said...

tgk cara makan mcm dah boleh jadi pengacara jalan jalan cari makan.

[sutera kasih] said...

tolongla abuuuu...tolonglaaa
aku lapar trus tgk mknn haha

Ihsan Khairir said...

Nasib baik baru lepas makan masa jumpa post ni... nampak cam sedap je mee bandung tu...

:)

Cik TeN10 said...

tak pasal-pasal teh o ice dipersalahkan.. ko tgk la tu betapa rakusnya ko makan.. cane xboolat kl baham mee bandung macam harimau baham org je.. hahaha ;p

Fatin Mraz said...

mee kat situ pedas tak?
menarik nih..

Yatie Awang said...

ini tak suka ni, makan tak ajak..hihih

ABU said...

hahahahaha sot sot la korang ni..

fatin.. agak jugak la.. but okla melayu punya style..

kak yati.. mampu senyum je la yerr..:P

sergeant keroro said...

ko buat aku rasa lapar baik =.=

Saddila said...

woi woi kaber sikit. jatuh bulu yang tak patut dlm tu kang. kehkehkeh

KhaiRin - anies said...

airu ada blogger wat entry psl restoran ni..tingin gak nk p kalu cm ni

hara said...

aish abu ni asik mkan aje
lapor tahu!

Azham Vosovic said...

haha, gelojoh kau ABU!

tapi takpe...pasal makan jgn tunggu hehehheehhee

CikAnyss' :O said...

keja makan ja ea , hihi .. nmpok sedap gila , huhu , jom tukar bloglist :)

btw i'm new here . alang2 dah masuk saya follow terus !hihi :) jemput ke blog saya ya ..
komen penulisan ke , appreciated :)

hassy chan said...

ko sj je kn nk bg ak lapa hahahaha..
bole la ko gnti qi dlm jln2 cri mkn ehehehhe

wanbu said...

huhu.. restoran baser dah ada kat KL
GILER GANAZZZ!!!

aq mmg membesar ngan makanan kat Restoran Baser nie... sejak berkelana kat KL nie dah lama aq tak makan kat kedai diaorang..

alang2 dah ada kat cni aq mesti cuba la gamaknya... sama tak mcm kat Kota punyer huhu...

amna said...

tu mesti mee bandung style muo kn? sedap3!

*lama x berblog.. alih2 msuk site ni jadi lapar.. :)

Nurul Iman Rosman said...

hamboi, ganas demo makan.
mesti kes tak sabo sangat ni. haha!

syakey said...

kalau iye pon sedap sangat takpayah la nak tempek muka melantak ko tu abu. ce pose sopan sikit senyum sambil buat thumbs upp ke nakk lerr jugak orang kepingin pegi. hahah :P

semutsengal said...

kemain besar kau nganga abu ? lalat masuk kang,.

Cik Yatt said...

hamboi..makan..heee

CekbOlat-bOlat said...

tgok biase je.. tpi kuat makan .. demm.. untunglah mkn byk berat xnaik.. jeles okehhh.. haha

Paris Lipton said...

kahkahkah tajuk xnak kalah!!!! gamba last gile semart ;p

Aki said...

nah..paling ngam.. ^_^.v.. ha ha ha.. makan ja ba.. peduli gemuk..

akoo pae said...

sedapnyeee air tuuu..

ABU said...

Sorry kawan2 gua tak leh nak bw kat blog korang.. Gua sekarng tenga menikmati bayu laut di Pantai sungai rengit johor.. Wah nyaman sekali.. Kah kah.. Nak juga bg tahu kan..:P

Rtp Farra Arisha said...

arisha nampak abu makan pun sudah menyelerakan dan ikut kenyang. muahahaha. ngappp, makan lagi...overall, never been there and i'm pretty sure i could be there...:)

Hanif said...

Tengok gambar last....mulut ternganga luas..lapau perut aku

cantekk said...

kt puchong ea,,,,ermm dekat je...
kene pegi jgk ni...
bselera aku tgk mi bandung tu

YOUsoF said...

2, 3 kali aku baca tajuk tu... Tak sangka pulak Restoran Baser ada cawangan kat sana.. Bangga seh jadi orang KT. hahah

Kalau aku dapat mee bandung sepinggan penuh + teh o suam pun dah cukup sangat².. Tapi mungkin aku bukak mulut kecik sikit dari gambar atas tu.

Fana | Aqim said...

wahhh..kota tinggi is my hometown!!

awat tak roger2 abu leh ko payung aku nanti..sob..sob..

aimaniman said...

sedapnya macam mee bandung nio jer.. tp mee bandung odeon bp pon ok,.. nanti balik cuti malidur rasul plus thaipusam akak nak terjah...

akak join juga http://ezaiza.blogspot.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

dofollow sini

ekin alias said...

peh heaven giler der makan2...bnyak betol

NURUL NAJWA said...

gile lah abu,pelantak.. haha

rozeeta rashid said...

fuhhhh macam syok jee mee bandung tu!! *terliur*

tu diaa muka memang macam singa tengah makan mangsa dia. haha.

khairul akmal bin azman said...

gua layan gak masakan johor
sodap gak!

Liyana Zahim said...

Hensem sgt gmbr ko kan.. Elok ni bg mak mentua.. Kahkahkah!

Afzainizam said...

pergghhhh mulut habih nganga seluas-luasnya menikmati mee bandung... mesti lazatkan...

۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

Global Products & Services Review said...

1Malaysia semua...

Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

Kalau berminat, sila layari :

(Versi English)
http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


(Versi Melayu)
http://PelaburanHartanah.blog.com


( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!