Isnin, 16 Januari 2012

Basuh Guna Tisu Atau Air Dalam Tangki Flush

Ramai yang dah tahu pasal masalah air yang di hadapi kat Selangor ni.. dalam berita je pun jap tadi ada cakap pasal bekalan air yang tidak mencukupi di Selangor dan mungkin akan merebak ke sekitar wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya..

Punca utama adalah disebabkan bekalan air terhad daripada Loji Rawatan Air Sungai Langat dan Sungai Semenyih.. sekarang ni pun loji rawatan tersebut sedang beroprasi pada tahap yang maksimum, tapi masih tak cukup jugak sebab penggunaan air semakin meningkat sebab cuaca panas dan nak dekat dengan raya cina..

Tapi yang pasti sejak beberapa hari ni kat opis ada je masalah air yang berlaku, gua kurang pasti sama ada itu ada kaitan dengan masalah yang disebutkan kat atas atau masalah teknikal kat tempat kerja, pam rosak ke apa kah, mana la tahu kan..

Kalau gangguan air berlaku kat opis mungkin korang dapat bayangkan masalah masalah lain yang akan timbul antaranya nak solat pun susah, minum air nestle dan alicafe tekan tekan  pun tak dapat, selain masalah nak beristinjak.. 

Dengan itu dinasihatkan check la dulu air tu ya sebelum melampiaskan nafsu serakah dalam toilet, ada ke tak de air.. kang dah berak semua masa nak cebok.. fak!! tak de air.. apa nak buat..hahaha... 

Nasib baik la Islam tu mudah, kalau dah tak de air terdesak sangat dah kencing terpaksa la guna tisu yang disediakan.. kalau tak nak, cebok guna air yang ada dalam tangki flush je la.. untung kalau tangki tu tak tinggi, kalau tinggi masalah bagi orang hobbit macam gua ni haha.. tapi sesuci mana air dalam tangki flash tu kalau dah second, third, forth user.. guna tisu je la ya.. 

Kalau yang perempuan gua tak tahu solusi apa yang paling sesuai tuk korang, luar lingkungan pemikiran gua keh keh.. sebab setahu gua perempuan ni lah yang paling kuat guna air kalau bab bab urusan dalam tandas mahupun di bilik mandi hehe.. 

Suykur la kat flat bajet apartment tingkat lapan tempat gua tinggal ni tak de lagi masalah air.. kalau tak, mengambing la gua tak mandi pegi kerja, seperti zaman silam beberapa kali tak mandi pegi kuliah disebabkan tak de air kat kolej..

So, nasihat gua jangan la nak membazir sangat dengan air.. kurangkan la aktiviti yang mewajibkan korang mengambil hadas besar haha.. basuh keta basuh motor jangan nak royal sangat.. ok, i go amigoss..

48 ulasan:

adan berkata...

lepas ni kena berjimat bro.. part cek air kat toilet sebelum melabur tu penting..

FR berkata...

teringat seksa tadak air dok asrama dlu -,-
eh bdak2 laki leh slumber aje eh g skola tak mandi, ish3.

Unknown berkata...

hhhaah sgt seksa bila takdaq air ni, haha

~Sal Ismail~ berkata...

selangor ada masalah air??!..aku baru nak g posting selangor ni..adeyh deyh..~

RHI berkata...

Alhamdulillah..tempat akak tak de pulak masalah air..mai sinilah hahaaaa

dill berkata...

ooo!! ko dulu slalu tak mandi ye!

dill.

Cik TeN10 berkata...

Hahaha.. Aku plg xsuka masa kt asrama dulu bila air xde.. Aku penah bwak baldi gi amik air kat umah pengetua.. Nak mandi punya pasal.. Tp yg bestnya dpt cuti bila selepas sehari semalam air tak muncul2 jugak ! Leh balik umah !!!

Cikgu Ma berkata...

tandas rumah kau ke tu??hehe...waaa, lagi smart la header ni...

vendoline berkata...

aku yang hostel pon asyik takde air..lg la susah nak g kuliah

Afzainizam berkata...

kena beli air minerel gelen besor buat masa darurat ke tandas tu... aku kalau nak kemana-mana akan bawak gelen besor air masak bukan sahaja buat minum malah boleh buat air sembahyang dimanajua...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Insurans kenderaan akibat bencana alam

Daddylicious berkata...

mereka diwajibkan beli air minuman utk kegunaan sendiri...

org pompuan mmg hantu air...hehe

Tanpa Nama berkata...

klu guna tisu? aishhh cm ne tu??

Cik TeN10 berkata...

sorry weh sal video tuh.. ko leh tengok kat youtube.. mgkin lg ringan nk loading kot... ini linknya..

http://www.youtube.com/watch?v=NvbVfUNKEWA

syakirahmn berkata...

mmg airlahh segalagala nya. aku kalau kt kolej takdak air, lari balik rumah. xsanggup g kuliah tak mandi. haha

syakirahmn berkata...

eh,header kali ni lebih seswaiii dr header ala model sblm ni. haha

Abu Bagi berkata...

terima kasih syakeyra.. lapiu..:D

Liyana Zahim berkata...

Kau bukan biasa mengambing ke selama ni? Hahahahahahha!

ciK LyndaWawa berkata...

selamat menyembur minyak wangi banyak2 ok..hehehe=]

Unknown berkata...

nsb bek la ak nyer kolej nih ad air.. kang ngn ak pun jdik kambing xmndi hahaha

Eera Shera berkata...

rumah kt slgr..tp mak x ckp pape pun..ok ke x xtau la..x sanggupnya hidup tanpa air huhu

ps:header bru tu..comel2 ;)

Tanpa Nama berkata...

hahahaa loklaq..

Rtp Farra Arisha berkata...

"So, nasihat gua jangan la nak membazir sangat dengan air.. kurangkan la aktiviti yang mewajibkan korang mengambil hadas besar haha.. basuh keta basuh motor jangan nak royal sangat...." ayat di atas membuatkan Arisha tersedar buat seketika. a fabulous reminder to all of us...:)

Abu Bagi berkata...

RTP u always be oh oh oh ohsem!! :)

si robot comel berkata...

dulu kat kampus,seminggu tade air,oh merana hidup oh.

Abu Bagi berkata...

haha tahu tak pe? Masuk dewan kuliah panas even ada airkon..

Anak Wak Mail berkata...

haha,,masa belajar dulu selalu la ada masalah air ni..kalau takde air aku mandi kat pili bomba..haha..tak yah bayangkan la eh.

APAN berkata...

cam ada pengalaman xde air dlm jamban je.huhu...

kat kuantan pun 2 3 kali gak xde air baru2 ni.tpi x lama mana gak.kejap je.tpi keterseksaan tu terasa gak :)

BENA berkata...

perempuan akan lebeh risau kalao seseorang perempuan tu bulan mengambang . risau tahap melampau kalo air tak cukup . hi hi hi :



# ai tuka header ke encik abu ? hihihi

Mohd Faathir berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Cik TeN10 berkata...

ko blom rsa masakan aku.. ramai yg terpikat tau.. ;p

Tanpa Nama berkata...

Itulah dah dekat 95 kali aku minta tukar kat boss, tak dapat-dapat, kalau kena masalah ni kat aku (takde air)
Memang aku mengamuk punya.

[sutera kasih] berkata...

kalo xda mknn blh trima lg, jgn jak teda air hehe


apa kbr bosss??? ;p

Mun berkata...

kalo balik bercuti kat umah parent kat semnyih.. pernah 2kali xde air.. kitrg g mandi kat sg tekala.. ngee~ dekat jerkk 5 minit..

ena meina berkata...

air owh air
skung pon dh ade mslh air..huhu
btw nice header abu ; )

Fathiah Hamim berkata...

kalo pompuan, tak pi tandas la kot. tahannnn je :D

Rina Rahamat berkata...

akak x leh idup kalau takda air..walaupon ada cara lain utk beristinjak tp adehh x blhla..sbb x biasa kan..

Unknown berkata...

part last memang siot , haha

ch000tz berkata...

tgk tandas macam ni pun dah takde nafsu nak membuang hehehe

blog-tips-kurus berkata...

kami pembersih tapi pandai berjimat le.. ;)

Abu Bagi berkata...

ye ke berjimat.. paling kuat ok paling kuat!!! hahaha :p

dear anies berkata...

ni pengalaman hang ka ni heheheheh

Hanif berkata...

teringat dahulu kala melaka tak der air 3 bulan!!!
Tiap2 malam beratur tunggu tangki lori..dan semu saperigi kat Melaka berfungsi kembali..huhuhu..

Ce'gu JAERA berkata...

orang kata bila emas dan sebaldi air diletakkan bersebelahan, orang lebih untuk pilih air bila bekalan air terputus.. ehehe

YouSOF berkata...

Nasib baik kat tempat aku tak pernah kena seteruk tu.. Kalau potong pun air dalam kolah masih cukup untuk mandi 4, 5 kali. Tak perlu risau untuk mengambingkan diri..


Tapi masa duduk KL dulu aku pernah rasa, duduk tingkat 5 tak ad lift pulak tu, terbaiklah!

Tak sempat nak puji heasr haritu dah bertukar.. Yang baru ni NAIS!!

Nurul Iman Rosman berkata...

tak boleh bayang macam mane nak u'uk kat toilet macam dalam gambar tu. tak leh nak fokus kot -,-

shamyheart berkata...

susah wei, hidup tak de air..
tak de letrik ok lagi. klu air tak de, fuh susah..

jadi hargainya selagi ianya ada.

adda syuhada berkata...

klu adda kt kg..nk berkubang dlm kolah pun xheran..24jam bukak air pun xde nk byr bil bagai..dh guna air free..heheh..xde air pun leh terjun sungai blakang umh..jernih jer ank ikan bleh nmpk...untung2 menyelam leh nmpak kelah..rindunya kt kg halaman..

Unknown berkata...

Argh...tak dpt bayangkan pegi kelas tp x mandi....rasa mcm overseas la sgt hahha...... aku selalu gak hadapi perkara sebegini, kolej aku kt Bangsar tu selalu je terputus bekalan air.....pagi2 before Subuh kena bangun dan mandi awal, habiskan air dulu sebelum org lain habiskan hahahahaha

Babab.net