Selasa, 17 Januari 2012

Jalan-jalan Di Sungai Rengit Mencemar Duli Di Negeri Johor

Sepatutnya minggu ni gua kena pegi Johor lagi.. outstation, follow up kerja yang gua buat last two weeks kat Desaru.. tapi memandangkan bos gua cakap gua ni nakal, soh pi buat audit tapi pegi pulak buat sesi fotografi kat semak verangan ikan patin. so bos gua tak bagi pegi dah.. suruh duduk opis diam diam pulak.. dammnn.. gua cuma boleh tengok gambar yang hari tu je la..

Kalau di bagi pilihan gua memang suka pegi outstation, sebab kalau duduk kat opis gua malas nak mengadap penyimpan mohor besar, duduk tepi buat kerja kerja yang ntah bila nak beres.. lagipun kalau keluar gua boleh menghirup udara segar luar kota, berDSLR dan cari tempat makan yang enak.. curi curi peluang sikit sikit sikiiiiiit makan angin..hehehe tapi yang paling penting priority kepada tugasan yang diberikan.. kerja dah siap baru boleh fikir benda benda lain.. ok ingat itu abu ingat..

Sampai sampai je kat Johor gua terus cari tugu peringatan.. gua jumpa tugu peringatan raksasa udang kat pekan Sungai Rengit.. pekan ni old-school sangat,  kalau malam pukul 9 semua kedai dah tutup, kecuali kedai kedai makan dan dua tiga bijik kedai cina.. cuma kawasan ni nice masa petang sebab ia berdekatan dengan laut Selat Tebrau..

Permandangan diwaktu petang di pantai dekat pekan Sg. Rengit.. cantek kan, sori la gua tak reti ambek gambar, gua cuma reti di gambar aje.. pantai dan air dia out.. opss!! sori.. gua dah terbiasa tengok pantai yang cantek kat Sabah, so parameter yang gua gunakan agak tinggi.. belagak sombong bongkak abu..haha.. tapi kalau dah gelap permandangan laut agak unik.. sebab kat sini macam RNR kapal kapal besar, singgah.. nampak macam satu kota besar kat tengah tengah laut.. serius.. tak tipu..

Gua dan rakan sekerja duduk kat hotel color hijau tu.. agak murah jugak la, kebanyakan sewa hotel dan rumah kat sini mahal even pekan dia nampak macam pekan mati.. mungkin sebab pekerja pelantar suka menyewa kat kawasan ni.. well pekerja pelantar tahu la gaji macam mana..

Antara moment moment  yang terpenting bagi gua ialah makan..  tengok tu dalam gambar, gua baru sahaja melantak ikan bakar.. makan kat tepi pantai berlantaikan pasir berbumbungkan awan nano.. otak otak dia 60sen satu ya harap maklum semua, murah seposen banding otak otak kat Puchong.. seposen pun nak cakap grrr..

Kata kawan gua En. Zuraimi yang berbaju oren kat atas tu yang memang orang Johor katanya, makanan special kat Sg. Rengit ni ialah lontong darat.. memang macam darat jugak la aku tengok.. biasanya lontong banjir dengan kuah dia.. tapi kat sini pulak makan dengan eeemm apa ya.. daging masak rendang kot.. dengan ada lagi bahan bahan lain..

Seperti biasa apabila gua menikmati makanan yang lazat.. gua akan kelihatan kacak kah kah kah.. nice kan pagi pagi dah lepak sarapan kat tepi pantai.. perut kena isi dulu sebelum memulakan kerja..

Cik Wafa dan En. Zuraimi mengukur kependekan dan kepanjangan papaya selain melihat size, index, maturity dan defectnya.. untuk pengetahuan korang papaya ni adalah papaya yang terbaik Malaysia, hantar sampai London buat makan Keira Knightley dan ke Hong Kong bagi kat Jackie Chan, texture, bau, dan rasa dia agak berlainan daripada papaya lain yang ada dalam Nilapura.. lebih sedap dan yam yam.. beli la hasil pertanian Malaysia, lebih selamat dan bermutu tunggi.. dapatkan di seluruh pasaraya Carrefour dengan jenama Carrefour dan seluruh pasaraya Giant dan Cold Storage dengan jenama Paiola.. wah promot habis aku ni hahahahaha

Pastu makan ulat gonggok pulak..yarkk!!.. comel kan ulat ni.. macam biji kacang.. kecik ni gua boleh pegang lagi, tu pun kalau dia dah begulung berani la gua.. tapi kalau yang sebesar jari, color hitam kaki warna merah tu aaaah memang gua takut...

Gua bergambar dengan girangnya dengan Cik Wafa.. panas jangan cakap la.. gua makin hitang.. kasut tuuuu.. kau ada!!

Masa otw balik KL kitaorang sempat singgah kat Johor Premium Outlets (JPO) eemmm... ingatkan mula mula dengar gempak sangat la tempat ni, biasa je pun.. tak de la murah mana, pilihan pun tak banyak.. best lagi KL.. orang Singapore ramai kat sini.. diorang suka la, nilai duit tinggi.. kuasa membeli pun tinggi la..

Apa apa pun seronok outstation kat Johor even tak boleh berhuha huha sangat sebab pergi atas urusan kerja.. ni adalah first time gua ke negeri Johor, dah mencemar duli..

31 ulasan:

Daddylicious berkata...

dalam tak reti ambik gambar...cantik pulak gambar pantai tu...

Rtp Farra Arisha berkata...

syok outstation :) inilah yang dikatakan pengalaman, pengalaman yang boleh membawa kita ke serata tempat and can make yourselves getting the best refreshing. hey, sedap kot klo dapat makan ikan bakar di tepi pantai yang indah. arisha klo bab makanan is such a priority. hehehe.

Wilayah Sepet Kuku berkata...

As salam,

welkam to johor..sesekali singgah lah kawasan Bugis..sure gempak..hehehe

Orang JB ni pun tak jejak lagi JPO...weee :)

Anak Wak Mail berkata...

erk,,apa kerja ko ABU??uji tahap ekmasakan betik??hehe

ikan bakar,,sedap!

dear anies berkata...

at least penah smpi..sy ni jiran negeri pon x penah tiba lg

Unknown berkata...

wah...outstation rupanya hehe...

igtkan cari rumah bakal mak mertua hehehehe

khairul akmal bin azman berkata...

abu dah macam wat rancangan cuti2 malaysia da

Tanpa Nama berkata...

wah..negeri aku tu =D
ala..apsal cpt sgt...
aku bru nk balik mgu ni..

dill berkata...

dengkinye guwa! dah lame tak g johor

dill.

Cik TeN10 berkata...

perghh !! makan je yg banyaknye.. oo ni la premium outlet fisrt kt mesia tu.. aku antra yg gemar la bab2 jelajah outlet ni !! hehe


btw aku blom penah sampai ke johor lg.. dh ade dalam plan nk jelajah singapore.. smbil tu sggah johor.. tp taktau bila.. balik mesia sebulan pn xckop.. huhu

RHI berkata...

aaa...padan muka, itulah lain suruh buat lain yang dibuat...kan dah kena huck hahahha..

Ikaa Sharin berkata...

amboi , sedapnye udang besar gedabak tuuu ! hihii :D

#hye owner blog :)

YouSOF berkata...

Orang Johor datang menurunkan komen.. ;D

Pekan tu memang sekolah lama sikit. aku pun jarang pergi sebab 'dekat' sangat engn tempat aku..



Aku tak pasti pulak aku kelihatan kacak atau tidak ketika makan...

Lagi satu aku perasan keychain kacak dekat beg kau. Cayalah! hahah

Unknown berkata...

ohh yg besar jari kale hitam tu spesis ulat gonggok jugak ye..

BENA berkata...

eh eh ! aku perasan sesuatu yang kiut tergantung laaaaa dekat beg kau . hahahaha :P sampai usop pun perasan . hahaha :)


asal ko tak diri depan raksasa tuuu . baru coollllll . heee :)

Fathiah Hamim berkata...

entah kenapa la yang kau pegi pegang ulat nuhhh
gatal2 nanti kanggg

si robot comel berkata...

dulu suka main dengan ulat gonggok best wo,hehe

cer dtg segamat,ada kita,ngeh ngeh

Cikgu Ma berkata...

ada bawak balik betik dr johor tak? mai sejibik...

Hanif berkata...

dari jauh nampak macam lipan..rupanya udang..kekeke

Unknown berkata...

wahhh..seronoknyer jalan2

Lea Isnawi berkata...

bestnya outstation sambil jalan2

SoLy SoLicious berkata...

pernah gak p johor.. p parit raja

Nurul Iman Rosman berkata...

tak penah pi Johor, dan teringin sangat pegi sane. -,-

btw, hai kawan baru :)

khairul akmal bin azman berkata...

abg abu!
bila nak berjalan ngn makwe lak?

APAN berkata...

aku advance sket pada ko...penah sampai johor dah sebelum ko.tpi masa aku sekolah rendah kot.lama giler...

Afzainizam berkata...

uihhhh kat sungai rengit tu mmg banyak makanan lazat... aku suka pekena roti bakar sapu kaya telur kat salah satu kedai cina situ... walau pun kedai cina tapi pelbagai kaum dok lepak kedai tu...


eehhhh johor premeum outlet tu mahallll barang mmg branded... aku cuma dapat tengok harga ajerrr pasal tak ade duit ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
prosedur motorsikal naik flight

Aien Not Alien berkata...

terasa macam aku yang sampai kat johor tu...bagussss...



*utamakan kerja baru bergumbira..baikkk.. :)

FR berkata...

amboi dlm gmbar reti plak eh, hahaa.
tp gmbar2 tu pn dh lawa la ^^



Err geli tgok ulat -,-

shamyheart berkata...

seronok pula nampak jalan2 atas urusan kerja ko ye..

Abu Bagi berkata...

seronok..aku mmg suka hahahahahaha

ciK LyndaWawa berkata...

anda memang kacak..hehehe

Babab.net