Wednesday, December 7, 2011

Mengembara Seperti Go Diego Go Di Rainforest Discovery Centre (RDC)

Wah ini entry pertama sejak balik kampung bercuti kat Sabah hari tu.. dua hari bekerja mode masih feeling feeling kekampungan, tak nak buat OT lagi konon hahaha.. masuk opis 400 lebih email tak baca.. full, terpaksah pindahkan kat archive dulu.. baca mana yang penting ja.. ok aku dah cakap pasal microsoft outlook pulak.. sila ignore ya..

Entry ini adalah sequel daripada entry yang ini dan yang ini.. kan ada cakap nak tulis pasal Rainforest Discovery Centre (RDC).. ha ini la dia, sedikit gambar tuk paparan korang.. RDC ni dekat dengan hutan sepilok kat sandakan.. siapa yang minat dengan alam flora, hutan dan haiwan rimba, ini la tempat dia..

Ia adalah satu kawasan hutan semulajadi.. pastu diorang buat macam jambatan daripada besi atau disebut sebagai canopy walkway yang menyusur masuk kedalam hutan.. jambatan dia agak panjang dan tinggi sebab dia dibina khas tu pelawat melihat pokok pokok hutan dan haiwan haiwan seperti jenis burung, monyet, orangutan, serangga dan banyak lagi la..
Macam dalam gambar atas tu.. siap ada beberapa menara, kalau ada DSLR yang boleh zoom tangkap gambar gambar yang lawa buat join pertadingan hahaha.. kalau ada binocular pun best jugak.. boleh tengok haiwan dan pokok pokok dengan jelas.. 


Sebenarnya kawasan ni amat dijaga dengan rapi untuk memastikan keasliannya terpelihara, dekat dengan kawasan ni ada beberapa station kajian dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).. tapi yang gambar kat atas tu adalah bangunan pelawat... nak dapatkan info boleh la pegi kat opis tu..

Walaupun hutan tapi kat sini ada banyak kemudahan.. selain canopy walkway, visitor building, cafe dan toilet, di sini jugak ada kemudahan paddle boats.. seronok kan.. tapi paddle boats ni buka cuma sabtu ahad dan public holiday sahaja.. bayaran 5 ringgit tuk 15 minit.. mengayuh masuk ke tengah tengah kolam besar tu.. tak de buaya, jangan risau..

Ini adalah antara view daripada atas menara tu.. kat menara ada disediakan poster besar tuk pelawat mengecam jenis jenis pokok dan nama saintifik dia.. dia dah tunjuk nama dan real pic, cuma cari je mana satu pokok dia, pakai teropong senang la.. ala ala macam Dora The Explorer gitewwww..hahahaha.. 

Ini pula cousin si Dora The Explorer.. si Go Diego Go hahahaha.. best tau kat atas menara tu.. boleh tengok seluas luas alam hutan hujan tropika.. boleh muhasabah diri menginsafi kejadian ciptaan tuhan.. alam semulajadi yang sangat berharga dan perlu di pelihara.. tak ke gitu kawan kawan.. mode imam muda tiba tiba hadir ya..hehehe..

Dan antara yang sangat penting bagi aku.. ada cafe, kalau dah penat menyusuri hutan boleh la singgah basahkan tekak atau lunch sekali.. makanan agak mahal, sedap ke tak aku kurang pasti sebab masa tu kitaorang tak makan pun, minum soft drink je.. kola tin kecik tu rm 3 sebiji ok.. 

Time ni tak ramai orang, pelancong pun dua tiga orang je.. mungkin diorang masih kat dalam hutan kot, gigih kitaorang nak explore semua.. jauh kot, sampai malam pun tak habis hahaha.. tak rugi apa pun sebab masuk free ok.. btw, tajuk entry ni macam propaganda la.. hahahahahaha..

32 comments:

amir aizat said...

macam best jer, hehe

Outbound Malang said...

berkunjung sob..salam blogger
salam kenal dan sukses selalu ..:)

abah khalisha said...

sonok btl ko abu g jejalan di sabah

syakey said...

ni best ni kalau dpt snap2 gamba XD

conopy walk dia mesti besttt. eh,slamat bekeje! sila lupakan mood cuti itu hr ok. ;D

Rtp Farra Arisha said...

WAHHHHHHHHHH! hijaunya pemandangan!!! i love to see such these views!!!

Anak Wak Mail said...

cantiknya.bila la nak sampai sana ni.

::FAIZ FARISH:: said...

nice picture

deeya said...

jauhnye alahai kat sandakan .. tapi cantek . lau ade rezeki lebih nak pusing satu sabah . haha !

Aki said...

wah.. semat tu abu.. :-p

Afzainizam said...

lan kat canopy walkway ni tengok kat bawah mesti gayat.... cuma kalau masa hujan ribut petir takleh dok kat atas tu ... bahaya...

tapi kita dapat tengok lah panorama indah dari atas kan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

adwafarahin said...

mst awesome kan! bila la aku dpt p sana urmmmm....

Lieyly ︱ Alia said...

haiii diego ! :D

ciK LyndaWawa said...

kim salam org baju hijau...=]

~SaL IjOu~ said...

buat aku excited nak pegi sana je ko ni~ =p

khairul akmal bin azman said...

berjalan jew si abu ni
jeles lak aku...

Abu Huzaifah said...

ak smenanjung sudah ditrokai... belum pernah ak jejak sabah dan sarawak.. mcm best je... heee

APAN said...

bejalan sakan gayanya...memerlukan stamina yg bnyk gak ni.haha...

kajaharuna said...

go Diego GO!!!..
dah lama cuti, kerja la betul2.. kasi tambah tu ot, biar cepat kita kawin.. hahahahah..

sabah memang awesome la!!
cafe tu nampak seksi..

vampire's lovex said...

woooo nak pegi canopy walk tu wehhh...


mcm best je lepak2 minum kopi kat situ... pehhhh

mana beg skolah go diego go??? hahaha

Bro Ahmad said...

bro kalau pergi sana boleh jadi tarzan nanti XD

chemay said...

nanti nak ajak parents pergi sana la..
tapi kena bawak dslr lahh.
baru best nak amik gambar
:)

Fana | Aqim said...

pergh..tang atas menara tuh yg takleh blah..mesti best!!

c'axoera said...

niceeeee..:)


http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html

Outbound Malang said...

halo, salam kenal..
kunjungan perdana dsni..
salam persahabatan.. :)

cik wanie Lovela (CWL) said...

wah sakan naaa

http://cikwanielovela.blogspot.com/

YOUsoF said...

Apsal rasa jeles aku semakin bertambah bila tahu masuk situ free ek??

5 ringgit tuk 15 minit, berbaloi dan kau sangat rugi sebab tak dapt try haha.

View dari menara tu memang CUN!!

khairul akmal bin azman said...

abu..xde key chain ke>

ABU said...

alaa.. ada je tabi dah bagi kat budak2 opis.. tu pun tak cukup nak bagi semua.. :(

ABU said...

*tapi..

say to easy=) said...

bestnya!

Afzainizam said...

eeeemmmmm memang tempat ni menarik sangat..... rasanya kat semenanjung tak ada benda ni... nampaknya kena kesana juga untuk merasai pengalaman tersebut...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Convert Enjin Daihatsu YRV

emy zulaiha said...

wah berape hari explore sabah nie?haha eh yeke kezen si dora nie? nak mintak sign boleh?anak buah emy kipas susah mati dora dgn si diego tu!! ahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!