Isnin, 5 Disember 2011

Disebalik Rumah Lama Agnes Newton Keith "Agnes Keith House"

Entry ni agak lewat kena post.. disebabkan aku nak share jugak kat korang so aku post je la.. Khamis baru baru ni aku temankan kazen aku pegi Sandakan.. sebab nak hantar pakcik dan makcik aku (mak bapak kazen aku) pegi airport.. diorang nak pegi semenanjung lawat cucu, anak dan menantu diorang kat sana..


Balik daripada airport tinggal la aku dan kazen aku tu.. so sebelum balik LD kitaorang pegi berjimba jimba dulu ke tempat tempat yang best kat Sandakan yang tak sempat aku pegi masa trip ke sana seperti yang aku ceritakan dalam entry ini..


Kitaorang telah pegi ke empat tempat iaitu Rumah Agnes Keith, Rainforest Discovery Centre, Mini Zoo Sandakan dan di Kinabatangan masa otw balik kat Muzium Agop Batu Tulug, semua tempat ni best dan mempunyai keunikan masing masing.. tapi untuk kali ini aku cuma nak cerita pasal Agnes Keith House je la, entry macam biasala bergambar.. yang lain aku sambung nanti kat Puchong.. esok aku dah nak balik KL arghhh damn damn dammmmmn...


Ini la dia Rumah Agnes Keith yang terletak kat tepi bandar Sandakan.. siapa Agnes Keith ni? dia adalah isteri kepada seorang Konservator Hutan iaitu Henry.. Henry berada kat Sabah sejak 1925 kemudian berkahwin dengan Agnes Newton Keith dan membawanya (Agnes) ke Sabah pada 1934..


Rumah kayu "Newlands" dibina semula pada 1946-1947 dan merupakan rumah kayu pertama kat Sandakan ni dibina selepas Perang Dunia Kedua disebabkan tapak asalnya musnah masa peperangan.. cuba korang bandingkan dalam gambar lama kat atas dengan gambar baru kat bawah yang ada budak tenga berak tu.. tak banyak beza sebenarnya...


Rumah ni terletak di atas bukit.. aku dapat bayangkan memang family si Agnes dapat melihat bandar Sandakan daripada rumah dia ni yang menghadap ke Laut Sulu, cuma dia dah dilindungi oleh pokok pokok besar.. seperti yang diungkapkan oleh Agnes "adalah menjadi impiannya untuk menetap disebuah rumah yang terletak di kemuncak bukit".. Agnes, Henry dan anak diorang George meninggalkan Sabah pada 1952 dan tidak kembali lagi..


Rumah ni telah dijadikan muzium pada 2001 dan diselenggarakan oleh Jabatan Muzium Sabah.. kalau nak masuk kena bayar rm 2 tuk rakyat Malaysia, kalau orang asing kena rm 15, sapa suruh nilai matawang tinggi sangat hahaha.. dalam dia ada banyak detail pasal rumah ni sejarah, barang antik dan gambar gambar lama.. sorry, macam biasa tak boleh tangkap gambar dalam muzium..


Memang awesome la, aku pun teruja bila berada kat dalam.. banyak yang bermain dalam kepala hotak aku.. ada artikel tu cerita pasal kronologi penghuni rumah ni.. selapas keluarga Agnes ia didiami oleh Konservator Hutan yang lain, pegawai perhutanan dan pekerja sukarelawan daripada luar negara.. ia pernah terbiar didiami oleh penagih dadah dan tak terurus sehingga hampir musnah oleh serangan anai anai sebelum diselamatkan oleh Jabatan Musium.. 


Baca punya baca aku jadi seram selapas dapat tahu rumah ni juga dikenali sebagai rumah berhantu.. disebabkan terdapat orang mati kat situ, penagih penagih tu la tak silap aku.. dah la masa tu kami dua orang je kat dalam.. sunyi pulak tu, banyak bilik bilik dan gambar gambar lama..


Apa yang membuatkan Agnes terkenal ialah disebabkan buku hasil karyanya.. buku pertamanya "Land Below the Wind" membuatkan dia terkenal pada pada 1939 dan buku ini telah memahsyurkan Sabah sehingga ke hari ini.. buku itu ditulis secara jelas dan penuh jenaka menceritakan mengenai kehidupan terutama di kalangan masyarakat tempatan semasa pemerintahan British..


Selepas tu dua lagi buku hasil tulisannya menyusul bertajuk "Three Came Home" 1946 dan "White Man Returns" pada tahun 1951.. kedua dua buku tu ditulis dia atas rumah ini.. 


Para penduduk tempatan sehingga ke hari ini mengganggap Agnes sebagai "Duta" kepada Negeri Sabah yang juga dikenali sebagai "Negeri di Bawah Bayu" melalui hasil karya bukunya.. buku buku dia masih lagi dibaca di seluruh pelusuk dunia..


Oh dekat dengan Agnes Keith House ni ada restoran pulak.. nama dia English Tea House and Restaurant.. tengok memang english style la.. harga pun macam english jugak hahahaha


ps: sumber diolah daripada pembacaan dalam muzium, pemerhatian disekitarnya dan brochure yang kakitangan muzium bagi kat kitaorang serta di setiap gambar ada lagu..

40 ulasan:

adwafarahin berkata...

harga mcm english tu cmne abu???? hahahahahaha

dill berkata...

sila bawak banyak duit English kalau nak lepak tea house die. hehe

dill.

Unknown berkata...

fuh...naseb baik kau x jumpa hantu kan? hehehehehhe

Cik TeN10 berkata...

Kt restoran tu mknn western style lah ea?? Bestnye kl dpt umah kayu kat atas bukit lak tu..mesti sejuk and nyaman je kan..

RHI berkata...

akak rasa macam akak tengah melancong je...ahaaaaa

ciK LyndaWawa berkata...

belanja saya g muzium jugak..=]

Unknown berkata...

mst mhal kn kt english tea house hahaha

Unknown berkata...

wow duta sabah ek, cool :D

Kancil 8349 berkata...

macam best...nak ke sana juga nie...terima kasih

khairul akmal bin azman berkata...

good story..

terbaik!

Tanpa Nama berkata...

nk p jgk !

Addin berkata...

bestnyeeeee !

~Sal Ismail~ berkata...

muzium selalunye org kata mmg ada 'sesuatu'..jeng2~

Fyqa berkata...

tak seriau ke ?

errr

Lea Isnawi berkata...

lawo reka bentuk rumah tu=)

::FAIZ:: berkata...

rumah tu cntk... sgt desa... i like

Ceiler Mun berkata...

lepas ni ko bawak aku jejalan sana pulak ea. hehe.



abang abu. ada typo di situ. hehe.

"benyak yang bermain dalam kepala hotak aku" - banyak

"diebabkan terdapat orang mati kat situ" - disebabkan.


haha. power tak aku cari typo orang? jangan terasa. gurau2 je sayang. hehe.

syakirahmn berkata...

stiap gamba ada lagu? fuhh.

eh, tak de ke tenampak kot agnes keith duduk2 tepi tingkap rumah dia tu. haha. rumah lama kan macam creepy. XD

ishiko berkata...

harga english ?

APAN berkata...

xtau pun ada agnes no kat sabah...biasa dengar agnes monica je...

Cikgu Ma berkata...

wow, bawak akk pergi yea =)

Abu Bagi berkata...

bella.. baik la cikgu bella hahaha.. cikgu mmg kena mcm tu, tegur anak murid yg salah.. sbnrnya ada bnyak kalau rajin cari.. aku selalu mcm tu, tak nampak la.. hahaha..

kajaharuna berkata...

woahh, bejalan terus kau di Sabah ya..
endak pulak saya tahu pasal ini rumah..

selamat kembali ke KL.. awrr~~

shamyheart berkata...

suka entri ini.

ada info.
wow, dah rasa macam ada tourist guide pula bagitau. Awesome, wei..

Rina Rahamat berkata...

menarik! uku-buku agnes tu ko dah baca? buleh ko cerita apa yg ada dlm buku tu

Abu Bagi berkata...

tak pernah baca lagi la kak rina.. tahu gitu gitu je :P

Mek Onie berkata...

seronoknya dapat rumah gitu.... hehe...



abuuuuuuuuuuuuuuu!thanks for ur wishes .. :)

Khairi Fakhri berkata...

wahhhh cool! lepas ni nak gi sandakan la pulak! macam best je :D

YouSOF berkata...

Semalam baca tah habis, hari ni baru berjaya habiskan, itu dinamakan penangan English! kehkehkeh


Diaorang dapat buat balik rumah yang sebijik macam asal ek, hebat²..

RM2, bila² pun kau boleh belanja aku masuk kan, pasru boleh tangkap gambar banyak², kata setiap gambar ada laguuu..

vendoline berkata...

cntik je umah dia...klasik lg

Liyana Zahim berkata...

igtkan rumah ni berhantu.. bru nk feeling2 seram.. hahah!

Hanif berkata...

jelas penerangan...
bagus lu bro...
siap gambar lagi...
nice entri...
Salam kenal..
..

semutsengal berkata...

old skoll lah rumah tuu,


lama tak masuk muzium sabah.


LALALALLALALALALALLA

Tanpa Nama berkata...

terbaekk...ko bole jd pmandu pelancong aku nti oke...

hihi

Anif Abdullah| AA berkata...

menghadap laut sulu? perhh.. syok tuh..

Afzainizam berkata...

Agnes Keith House kira rumah zaman kolonial ni memang cantik walaupun dibuat dari kayu .. yang aku suka warna putih nampak gah betul lahh..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

fana.akim berkata...

Wow! menariklah info ko nih..aku pon tak tau pasal mende nih..huhu..

lepas nih ko cerita lah apa lagi yg menarik kat sabah tuh

p/s: bila lah dapat pegi sabah ni @_@

Anak Wak Mail berkata...

tak pernah tahu pon pasal Agnes ni..tahu Agnes monica je..haha

cantik tempat dia!

Tanpa Nama berkata...

Aku dah baca ketiga-tiga buku karya Agnes Keith tu. Sangat2 best. Land Below The Wind cerita pasal kehidupan sehariannya di sandakan sebelum perang. Three Came Home pasal kisahnya di kem tawanan perang di kuching masa kependudukan Jepun. Lepas perang tamat mereka balik ke Sandakan dan terbitlah buku White Men Returns. Separuh dari buku tu menceritakan penghijrahan mereka dari sandakan ke manila, filipina. Memang agnes keith dan keluarga tidak pernah kembali semula ke north borneo (sabah), tempat yg amat dicintainya. Beliau meninggal dunia di california pada 1981.

Syamsu ijal berkata...

Hari tu baru aku nak ke sana tapi dah tutup apa boleh buat nasib jadi bubur lambuk dah B-)

Babab.net