Sunday, November 20, 2011

UK Fun Fair Macam Sweet Home Alabama

Korang layan tak lagu Sweet Home Alabama.. aku ter paling aku suka versi yang Kid Rock nyanyi tu.. hebak.. kalau dengar lagu tu aku terbanyang cowboy town, ada funfair dan summer time.. harap maklum ya, aku bajet duduk kat oversea jap kah kah kah..

Sebenarnya aku nak bagi tahu korang aku pegi Fun Fair, itu dia hahaha.. mukadimah saja cakap pasal lagu Sweet Home Alabama kan.. jangan kau bilang Lahad Datu itu duduk kat tengah tengah hutan rimba tropika.. ada rumah panjang, sungai dan gajah.. no no no no..


Lahad Datu ada UK Fun Fair ok, yang sangat klasik FM, amazing, gojes dan awesome.. hampir nak sama taraf dengan Genting Highland dan Time Square punya theme park.. ngeee..

Rate dia kalau nak masuk bayar rm 2 perkepala, lelaki ada lebih daripada satu kepala but still bayar satu kepala jugak.. kalau bawah 3 tahun free.. setiap game guna token, daripada 1 hingga 3 token, tengok jenis game.. harga token pulak rm 2 ringgit satu.. mahal? em.. boleh la bah, kampung kampung punya..

Sebelum aku terlupa, ekceli funfair ni mobile, macam orang nomad, musim ni dia kat sini LD.. tah pas ni dia pindah kat mana pulak.. mungkin saaaaaaana ranau (gaya sebutan kena betul)..


Game yang paling awesome aku tengok ialah bendalah dalam gambar kat atas tu Tacada/ Tagada.. casino hot dance, dia macam stage besar orang duduk atas satu bulatan besar pastu dia pusing dan shake shake ikut musik.. dia pusing je orang ramai dah start jerit macam nak teberanak semua..

Aku main pastu aku rasa aku macam bangang jak kat atas.. aku terpelanting daripada tempat duduk pastu aku berdiri kat tepi sambil dia berpusing pusing dan bergoncang goncang.. oh dammmm..


Ada rumah hantu jugak.. sah sah la aku tak nak masuk, bukan sebab aku ni jenis yang penakut tapi aku rasa game ni macam bangang, yang kat Sunway tu pun aku rasa macam theeee.. yang ni lagi la, gondola dia masuk dalam cabin dan anda di cak cak boom kan di dalam tu.. rasanya tak sampai pun 3 minit haha.. membazir 2 token satu kepala..


Kebanyakan game tuk budak budak.. tapi mamak budak pun naik sekali ya untuk pengetahuna korang haha.. nak menjaga keselamatan anak anak mereka katanya.. yang kat atas tu jiran sebelah rumah, kebetulan pulak dia pegi sekali malam tu terjumpa kat sana.. kelas kau kak Mamak Daus.. hehehe tak pe dia tak baca punya blog aku ni..


Game Apollo ni bikin aku pening kepala.. tapi even dia perpusing laju dan tinggi, well aku macam biasa la cool..ngeee.. jangan tanya aku budak sebelah aku tu siapa.. aku tak kenal siapa ntah.. jorico rosales mengkali..


Juga ada banyak jenis game yang boleh dapat patung patung besar.. aku main game yang kat atas tu dan aku menang patung angry bird yang sangat besar plus free one round game lagi haha.. memang puas hati la, mudah je game dia, aku kumpul banyak mata.. so dapat la patung... ok aku tipu, aku pulang dengan tangan kosong.. looser.. tapi tengok gambar kat atas tu gaya membaling kemain lagi hahahaha..


Daripada fun fair tu.. kitaorang singgah kat Restoran Auliah makan malam kat situ.. dah tak ramai orang sebab restoran tu dah dekat dekat nak tutup.. Restoran Auliah ni antara kedai mamak yang agak popular kat bandar Lahad Datu.. menu lebih kurang je macam kebanyakan kedai mamak kat KL.. kalau aku jangan cakap la.. memang dah boring kat puchong, tapi dah alang alang kuar dangan family, singgah je la makan.. lagipun diorang suka..


Ha yang ni mesti ada orang cakap macam kena paksa lagi begambar..hahahaha.. tak de la dia tenga gadoh dengan adik dia.. nak makan roti  kosong jugak kataya.. ish..

Btw, berhuha huha dengan family memang kena sedia duit lebih sikit.. dah jarang jumpa kena la belanja diorang pulak kan.. but still tetap puas hati, even fun fair dia macam cowboy cikai cikai punya.. yang paling penting dapat spend time dengan diorang semua ni..

ps: entry auto publish.. sekarang ni otw gi Sandakan, nak gi Spilok lawat member member lama.. eh tak, nak gi majlis kahwin suku sakat..

25 comments:

dill said...

syoknye!

dah lame tak g funfair!

dill.

~SaL IjOu~ said...

sekali je penah g funfair..part rumah hantu tu,walopun tau antu die xdela antu sgt.tp still aku pegang kwn & pejam mata sampai pintu kua..haha~ =p

Wani said...

wow! lama tak p fun fair... =)

Rtp Farra Arisha said...

aaaa, cerianya dia HUHA HUHA dengan family tercinta..hehe. the place looks interesting..

adwafarahin said...

lama gila aku x g funfair weyh! haha :P

semutsengal said...

wooo,

aku penah rasa gaks, naik yang pusing 360 lajulaju tuu. Abes anak tekak aku sakit sebab mnjerit tak keterhaluan.


ahakz.

khairul akmal bin azman said...

#janggut abu yg mahal

nice holiday

Fathiah Hamim said...

fun fair cikai2 pun best kott

Azham Vosovic said...

cantik gambar2 fun fair ni weyh....

hehehehehe

Daddylicious said...

fuyooo...hebat tu sampai kesana perginya...:)

Saiazuan said...

hmm dah brapa lama tah aku x ke funfair mcm ni

sleeping_maniac90 said...

wahh cm best jew.. da lma ak x pg fun fair sob3..

Bro Ahmad said...

funfaif kalau kt semenanjung di hidup mati tak mau sebab dah tak laku.. rumah hantu best hihihii

Anak Wak Mail said...

hahaha,,teringat pegi funfair haritu. aku pergi masuk rumah hantu,memang sia-sia je la. dia buat dinding kaler hitam,,dengan sound effect je,,baru nak takut2..tak jadi.tak thrill langsung!

Lieyly ︱ Alia said...

muka xrela kena tngkap gmbar ngn abu ah tuh..aahaha !

nk main jgk T_T

rozeeta rashid said...

tak suka pergi funfair. selalu pergi pesta penang pun saya cuma tengok je. penakut. hehe.

:.—¤÷('[¤*F.a.n.a*¤]')÷¤—- said...

seyes lame gilak tak pegi..last aku pegi mase kecik2 dulu..dlu lah...

Cik TeN10 said...

cikai pun cikai la.. tp masa dgn family tu is a very precious moments !!

kajaharuna said...

Pergi funfair..

woahh!! tiada sudah tu hutan belantara di sabah, banyak sudah membangun kunuk..

YOUsoF said...

Siot la. Apsal aku tak pernah bosan baca entri kau ek? Mula² nampak panjang, bila baca enjoy.*Serius.

Mungkin sebab lelaki jugak kot. Ada lebih kepala. haha


Aku pernah try dekat Time Square lebih kurang macam bendalah. Serius bongok gila la bendalah tu, sakit badan aku. haha

Baru aku nak terasa jeles, rupanya angry bird kau hanya AUTA semata-mataaaaa. ;D

YOUsoF said...

*Tagada

ABU said...

oh tagada..tq

ko saja cakap suka baca kan.. padahal ko nak bagi tahu entry aku panjng2.. ok fine fine fine..hahaha

Ezad Skytech said...

da lama tak pergi funfair ni..
aq kalau pergi pun bukannya main pun..sekadar tengok2 je..jalan2...haha~

Abg Stalker said...

aku klu g fin fair cm malu2 kucing ckit r..:P sbb kt cni bdk2 je yg meriah.aku main tikam2 je.hahaha

ciK LyndaWawa said...

sy pun sekali je pnh g funfair..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!