Sunday, November 6, 2011

Ucapan Hari Raya Idul Adha 2011: Ramai Yang Tak Balik Kampung

Even hari raya haji ada jugak orang yang search ucapan salam perantau, godek godek Nuff tadi ada beberapa carian ucapan salam perantau singgah kat blog abubagidotkom..

Merantau tak merantau, tapi kebiasaanya kalau time raya haji ni tak ramai yang balik kampung kan, kat KL ni pun ramai je orang kat tesco beli tomato dan makanan ruji yang lain.. tak tahu sekarang ni kalau musim cuti universiti.. emm sabtu ahad isnin, tiga hari kompom la korang balik kampung kan! korang kan anak manja.. giteeew! gedik gedik santai..

Lagi yang berkerjaya pulak memandai nak sambungkan sekali dengan cuti tahunan yang betimbun tak habis lagi.. suka la korang..ciss!

Dulu masa study jarang sangat aku balik kampung time raya haji, biasanya raya kat kolej atau rumah kakak sepupu yang duduk dekat dengan universiti.. aku tak balik sebab aku tak manja macam korang..auww.. (padahal jeles sebab korang duduk dekat boleh balik hahaha..)

Hari ni Hari Raya Idul Adha 2011, aku ingin mengambil kesempatan nak mengucapkan selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. batin ya kalau ada.. kat korang, maafkan aku tau, sebab aku pun maafkan korang jugak.. kosong kosong bergu campuran...

Yang pasti raya haji peti ais kompom penuh dengan daging lembu, anak beranak pegi dapatkan daging lembu kat masjid masjid atau rukun tetangga berdekatan, ada korban.. banyak makan daging, tengkuk sakit, kepala pening pening sebab darah tinggi.. kah kah kah.. beringat tau..

Disunatkan mengenakan pakaian yang cantek cantek.. pegi solat sunat idul adha dan berkunjung kunjungan sanak saudara rakan dan taulan..


Ini adalah buras, salah satu makanan tradisional masyrakat bugis, tiap kali raya samaada raya haji atau raya puasa makanan ni mesti ada.. aku suka makan dengan ayam masak lengkuas, yang dalam gambar tu aku tak tahu apa macam serunding je aku tengok.. ntah, lama dah pic ni aku cedok daripada google..

Semalam talifon, mak aku cakap dia nak buatkan aku buras kalau aku balik sabah nanti 15 haribulan ni.. oyeh!!

15 comments:

syakey said...

takde student yang akan sesaje tak balik raya. kalau ada pn,tu pengorbanan yg sgt besarr ahh. huhu

slamat rayaa korban! slamat menjamu slera XD

محمد رازيق said...

salam idul adha bro.. aku dah buat komen pop up.. lagi sng bro. thnx suggest :)

lilypelangi said...

salam aidiladha abu~

lily balek kg pon sebab ng cuti mid sem.. kena la blek! home sick home ! hehehe


btw , cm sedap je kueh buras tu , mai la post ke rumah lily skit :p

Nurnajwa KZ said...

Samat hari raya too Abu, duit raya mana? --

Haha, pos sini sikit buras tu. Nk rasa^^

sergeant keroro said...

salam aidiladha abu :)

p/s : macam nasi himpit jek, haha :p

Saiazuan said...

Selamat Hari Raya Aidiladha
kepada semua Umat Islam Seluruh Dunia
Terutamanya Pembaca Setia Saiazuan Blog (",)

ingat,
berhenti makan sebelum kenyang hehe

onie said...

cuti tahunan aku seminggu je...dah abih sebab aku guna time raya,sadis woooo...semalam aku cuti... ponteng,mood kerja takdak,kahkahkah



salam aidiladha abu ..jgn makan daging lemu byk sgt,kolestrol tinggi :)

ena meina said...

salam aidiladha abu ; )

si robot comel said...

salam aidiladha abu,eh buras rasa apa eh?

KhaiRin said...

sy blk kg w'pn cuti smpi senin je

buras u mende? biras sy tau la

Rtp Farra Arisha said...

yihuuuuu, i get a very long holiday :') bolehlah gedik2 santai yah :'D hehe buras itu keliatan sedap. happy eidul adha abu!

kajaharuna said...

kesian pulak saya tengok.. mari la bha, datang rumah saya, ada burasak sama rendang..

Azham Vosovic said...

tak beraya pon tahun ni...

dpt berita sedih...pastu sakit perut dgn pening kepala lagi....

ABU said...

takziah..

banyak penyakit pulak time raya err..:D

Afzainizam said...

Seperti biasa burasak dan lepat lue ni makanan tradisi keluarga aku setiap kali hari raya...

cuma nak cari ikan parang masak asam pedas ajerr tak ada...


nak buat burasak ni bukan senang wehhh... nak balut ngan daun pisang sangat sukar sekali...

aku memang tak pandai yang aku pandai cuma makan ajerr..

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Selamat Hari Raya Aidil Adha
pada Korang semua yerr
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
diy polishing head lamp kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bau Busuk!!